Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 60

Selendang yang berwarna hitam disarungkan pada kepala. Minyak wangi disemburkan sedikit. Wajahku ditilik kemudian kerutan di dahi mula terbentuk.

Eyebag.

Ni semua sebab siapkan kerja dan assignment yang due date tidak lama lagi.

"Sara! Aunty Adhia dah sampai. Turun cepat. Tak payah la nak lawa-lawa sangat. Danish tak lari punyalah." Panggil mama di sebalik pintu bilik. Sempat juga dia mengusik aku.

"Kejap!"

Suis lampu dan kipas ditutup. Kaki laju melangkah turun ke tingkat bawah.

Mama ajak uncle Iskandar and aunty Adhia makan malam di sini. Katanya nak eratkan lagi hubungan dengan bakal besan. Amboi!

"Ha dah turun pun anak dara sorang ni, meh duduk." Aunty Adhia tersenyum manis. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu. Kepalaku diusapnya perlahan.

"Ayreen kat universiti macam mana? Okay ke?" Uncle Iskandar memecah kesunyian ketika kami mula menjamu selera. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Boleh lah." Balasku sebelum tersenyum plastik. Padahal tak okay! Ada je ulat bulu ulat gonggok bapak kerbau bapak ayam nak kacau.

"Lagi dua tahun dah boleh lah kita buat majlis akad nikah, kan Linda?" Aunty Adhia pula bersuara. Aku yang mendengarnya sudah menelan air liur kesat. Amboi tak sabar benar ye?

"Boleh lah tu." Mama terkekek mengetawakan aku setelah dia melihat raut wajahku yang bertukar. Aku dan Danish di situ hanya mampu tersenyum kecil. Malu makkk!!




Langit gelap itu ditenung lama. Buai pula diayun perlahan. Menikmati angin malam yang sejuk.

"Hai." Sapa Danish. Aku tersenyum melihat jejaka itu yang sedang memeluk Milo iaitu kucing peliharaanku. Dia mengambil tempat di sebelahku di atas buaian.

"Hye" Aku mengusap Milo yang barada di atas riba Danish.Berterima kasih dekat Ayreen sebab buat Danish dah tak phobia kucing.Phobia ni susah nak hilang ok.Jadilah seperti Ayreen.

"Esok princess punya kelas mula pukul berapa?"

"Pukul 9." Jawabku. Mata masih memandang Milo yang lena di atas riba.

"Pergi dengan papa ke aku? Aku tak ada kelas esok."

"Dengan kau lah. Hehe." Peace ditayangkan sambil tersengih.

"Danish..." Panggilku meleret membuatkan Danish dengan pantas menolehkan kepala ke arahku di sebelah.

"Kau sayang aku tak?" Soalan pertama ditujukan. Danish tergelak kecil.

"Mestilah sayang."

"Kau percayakan aku?" Soalan kedua pula ditujukan. Danish mula mengerutkan dahi. Badannya dipusing menghadap aku. Dia tersenyum manis.

"Lepas apa yang terjadi masa kita sekolah dulu, aku percayakan kau."

"Kau cinta dan sayangkan aku banyak mana?" Soalan terakhir membuatkan jejaka di sebelahku diam seketika. Sekali lagi dia tersenyum.

"Sebanyak butiran pasir di pantai, dan sedalam paras lautan yang paling dalam. Banyak tu lah aku sayang and cintakan kau."

Aku terkaku. Ayat Danish itu seperti pernah aku dengar...

"Han.." Panggilku. Farhan yang sibuk bermain handphone memandangku dengan senyuman di bibirnya.

"Ye Saraaa.." Farhan membalas panggilanku.

"Han sayang Sara banyak mana?"

"Banyak mana? Entah lah. Han bukannya sayang Sara pun." Gurauan Farhan cukup membuat raut wajahku berubah masam mencuka. Jejaka itu dijeling tajam. Sampai hati!

"Alah Han gurau je la." Farhan meletuskan tawa setelah melihat raut wajahku. Dia berdehem.

"Sebanyak mana butiran pasir di pantai? Cuba Sara kira berapa butir pasir dekat pantai. Banyak tu la Han sayang Sara." Senyuman manis diberikan. Akhirnya, aku turut tersenyum melihat Farhan.



"Ayreen.." Panggil Danish. Aku yang agak tersentak segera memandang Danish.

"Kau fikir apa?" Soalnya.

"Tak ada la. Tak fikir apa pun." Bibir mengukir senyuman kelat. Air mata perlahan-lahan mengalir. Aduh Ayreen, sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila nak menangis bila teringatkan Farhan?

"Ayreen.." Danish memandang mutiara jernih yang sudah membasahi pipi. Memandangkan dia memakai t-shirt lengan panjang, dia menarik sedikit hujung lengan bajunya lalu air mataku dilap dengan lembut. Aku hanya merenung anak mata hazel milik Danish.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu tadi?" Danish cuba menolak perasaan sedihku tadi.

"Aku cuma takut kau tinggalkan aku sebab Mia dan aku takut kau hilang kepercayaan kau dekat aku sebab Mia." Kepalaku ditunduk sedikit. Jujur aku takut apa yang terjadi antara aku dan Danish dahulu berulang.

"Ayreen jangan fikir macam tu." Danish memegang lenganku yang berlapik t-shirt lengan panjang.

"InshaAllah benda tu tak akan terjadi. Kalau kau sayang aku, jangan fikir benda tu dah."

Aku tersenyum kecil. Kepala diangguk perlahan. Anak mata Danish dan anak mataku bertembung membuatkan pipiku kembali berona merah bak tomato.

____

Suhu penghawa dingin diperlahankan. Comforter ditarik menutupi seluruh badan yang kesejukan. Mata cuba untuk ditutup semula tetapi tidak berjaya.

Lampu tidur di meja sebelah dibuka. Kepala yang memusing itu cuba untuk tidak dihiraukan.

"Kenapa sakit sangat kepala ni?" Gumamku. Minyak cap kapak yang terletak di dalam laci diambil. Jari mengurut kepala dengan perlahan tetapi tiada apa-apa perubahan. Kepala masih terasa berdenyut.

Kaki diaturkan ke tingkat bawah. Terasa haus di tekak membuatkan langkahku laju ke arah dapur. Lepasni kena isi air dalam botol, tak ada lah susah-susah nak turun setiap kali haus.

Mataku memandang ke arah lampu dapur yang masih terbuka. Kerutan di dahi terbentuk. Mama ni lupa nak tutup lampu ke?

Ke..ada hantu?

"Ish merepek lah kau ni, Ayreen." Pipi ditampar.

"Akak tak tidur lagi ke?" Suara Aryan menyapa gegendang telinga. Aku yang agak terkejut laju memandang ke arahnya yang sedang duduk di atas kabinet bersama segelas air kosong.

"Tidur. Lepastu terjaga. Entah kenapa rasa sejuk sangat bilik tu. Padahal suhu aircond sama je macam sebelum ni." Jawabku. Gelas dicapai kemudian butang untuk air sejuk ditekan.

Aryan yang duduk di atas kabinet tadi menghampiriku lalu tangannya melekap di dahi aku. Dia mengerutkan dahi.

"Panas. Akak demam lah." Aryan mengalihkan tangannya dari dahiku. Jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 3 pagi dipandang.

"Akak pergi lah naik tidur." Arah Aryan selepas aku habis meneguk segelas air kosong. Aku hanya mengangguk malas. Langkah longlai diaturkan ke tingkat atas.

Pintu bilik dibuka oleh seseorang membuatkan lampu yang malap di luar mencerahkan sedikit bilikku.

Aryan duduk di sisi katilku.Bekas yang dibawanya di letakkan di atas meja lampu.Kain yang dia rendam di dalam bekas itu diperah kemudian perlahan lahan kain itu dilap ke seluruh muka ku dan akhir sekali diletakkan di atas dahiku yang tak jendul.Haha.

"Get well soon,akak."

Aryan berjalan keluar dari bilik kemudian pintu ditutup rapat.

Aku tersenyum kecil.

•••

Danish's POV

Tepat pada jam 8 pagi, aku tiba di perkarangan rumah Uncle Hashim. Aunty Linda yang ternampak figuraku terus menjemput masuk ke dalam rumah.

"Duduk la dulu, Danish." Jemput aunty Linda.

"Nak ambil Sara ke?" Soal Aryan yang baru tiba di ruang tamu. Aku menganggukkan kepala. Teringat yang harini hari Sabtu. Patutlah Aryan tak pergi sekolah.

"Sara demam." Aryan Qalish mengambil tempat di atas sofa bertentangan dengan aku.

Kelihatan Ayreen turun dari tingkat atas dengan selendang yang menutupi seluruh kepalanya. Muka gadis itu yang agak pucat jelas menunjukkan bahawa dia tidak sihat.

"Dah pergi klinik?" Soalku walaupun aku tahu jawapan Ayreen semestinya 'tidak' .

"Belum. Tak nak lah pergi klinik. Nanti dapat ubat. Lepastu kena paksa makan." Ayreen mengguling bola matanya ke atas kemudian melabuhkan punggung di sebelahku. Kepalanya disandar pada sofa.

"Danish, lunch la dekat sini. Tak ada kelas kan?" Aunty Linda yang berdiri di sebelah meja makan dipandang.

"Ha'ah tak ada kelas."

"Ayreen, dah bagitahu Anis dengan Dania ke kau tak datang kelas?" Pandangan bertukar ke arah Ayreen di sebelah. Gadis itu hanya membalas dengan anggukan di kepala.

"Aku tak larat lah nak naik atas." Kata Ayreen perlahan. Matanya kemudian terpejam rapat. Eh tidur dah ke?

"Ayreen, tidur kat bilik lah. Selesa sikit." Aku cuba memanggilnya untuk bangun. Ayreen menggeleng.

"Tak larat."

"Ke kau nak aku dukung?" Bibir mengukir senyuman nakal. Mata Ayreen yang tertutup rapat tadi terus tercelik luas. Lenganku dicubitnya.

"Gatal!"

"Jom naik atas. Kalau pengsan jangan risau aku jaga belakang. Cepat!" Hujung lengan baju Ayreen ditarik membuatkan gadis itu berdiri dari duduk. Dia mendengus geram.

Tiba sahaja di dalam bilik, Ayreen merehatkan badannya di atas katil. Comforter ditarik sehingga menutupi badannya.

"Aku turun dulu tau. Nak apa-apa mesej je aku." Pesanku.

Baru sahaja ingin berjalan keluar dari bilik, terasa seperti tanganku dipegang erat. Pandangan dialihkan ke arah Ayreen di atas katil.

"Duduk la sini." Katanya dengan mata yang masih tertutup. Mimpi kah?

Aku hanya akur dengan arahannya. Punggung dilabuhkan di birai katil. Wajah Ayreen yang putih bersih itu ditenung seketika.

"Princess nak makan apa-apa ke?"

Ayreen mencelikkan mata. Aku yang masih duduk di birai katil dipandangnya.

"Apa kau buat dalam bilik aku?" Dia mengerutkan dahi begitu juga dengan aku.Tadi dia yang suruh aku duduk sini.

"Kau yang suruh." Balasku dengan kerutan di dahi yang masih jelas terbentuk.

"Aku ingat kau Aryan tadi. Hehe."

"Tidur lah. Aku tahu kau tak larat. Aku keluar dulu eh?" Pamitku. Ayreen hanya mengangguk sebelum dia memejamkan mata.

Back to Ayreen's POV

Usai menunaikan solat isya', aku melangkah ke arah bilik solat untuk mengambil Al-Quran. Kain telekung yang meleret itu ditarik sedikit ke atas.

Pintu bilik solat ditolak sedikit, tiba-tiba alunan suara yang sedang membaca ayat suci Al-Quran menyapa pendengaranku. Alunan suara itu cukup membuatkan aku terbuai.

Tiba-tiba rasa hairan menyerbu diri, siapa yang tengah baca? Kalau mama yang baca, kenapa suara garau sangat?

Papa? Papa selalunya akan baca di dalam bilik tidur. Aryan juga begitu.

Penceroboh ke?

Eh kau ni Ayreen. Takkan la penceroboh nak masuk rumah ni untuk baca Al-Quran je?

Keee..pencuri tu lepas dia mencuri,dia rasa bersalah.Then terus dia cari bilik solat..buat solat taubat and baca Al Quran.Hoho..

"Ish mengarut lah pemikiran kau ni, Ayreen!" Pipi mulus itu ditampar. Merepek!

"Sayang buat apa kat depan pintu ni?" Soal Danish yang baru sahaja keluar dari bilik solat itu. Aku tersentak lalu memandangnya.

"Nak ambil Al-Quran." Aku tersengih lalu masuk ke dalam bilik solat.

"Kau tak balik lagi ke?" Kening dijongket ke atas. Danish Izmeer yang masih tercegat di hadapan pintu itu dipandang.

"Tak. Mama kau tiba-tiba suruh bermalam kat sini." Danish tersengih. Aku pula sudah berkerut hairan. Nak pula dia bermalam kat sini walaupun rumah tak jauh mana. Ke dia takut hantu melalak waktu-waktu macam ni?

Ehh..hantu melalak ke?

"Kau dah makan ke?" Langkahku untuk ke bilik terhenti apabila mendengar soalan daripada Danish.

"Belum."

"Lepas mengaji kau turun makan. Aku tunggu kat bawah."

Aku hanya menayangkan simbol 'OK' menggunakan jari sebelum berlari anak ke arah bilik.

Al-Quran ditutup lalu disimpan setelah selesai membacanya. Telekung yang masih tersarung itu dibuka kemudian tudung bawal dicapai.

Kaki perlahan-lahan memijak anak tangga untuk ke dapur memandangkan Danish sudah menunggu di sana.

"Hai! Lama tunggu?" Danish Izmeer yang sibuk bermain handphone itu disapa. Dia hanya menggelengkan kepala. Entah kenapa, chapter ni banyak angguk geleng je. Kan author kan *wink~*

Danish mengambil pinggan berisi nasi dan lauk ayam masak merah. Aku memandangnya.

"Aku suap eh?" Sudu yang tersedia di atas meja dicapai. Kemudian sudu itu yang sudah dipenuhi dengan nasi disua ke arahku.

"Nah. Aummm.." Dahi dikerut.

"Ingat aku budak ke?" Soalku setelah nasi yang disuap tadi ditelan.

"Haah. Kau memang budak pun." Danish ketawa kecil lalu suapan kedua diberikan.

"Jahat!" Jelingan tajam dilemparkan.

Sampai sahaja suapan keenam, aku menggelengkan kepala. Perut masih lapar tetapi seleraku untuk makan menghalang segalanya.

"Dah kenyang?" Danish mengangkat sebelah keningnya.

"Dahh." Bibir dicebik.

"Okay. Kalau macam tu, makan ubat ye sayang?" Danish tersenyum mengusik.

"Eee tak nak!" Bibirku yang tadi dicebik terus bertukar menjadi muncung itik.

"Ye lah. Tau sangat princess saya ni tak suka ubat. Dah pergi lah tidur. Good night." Sebelah matanya dikenyit. Aku yang masih duduk di situ sudah seperti aiskrim. Menunggu masa untuk cair.

Ini kalau Mia tu tengok Danish buat wink, mahu pengsan dibuatnya.

Tapi, benda itu takkan sesekali terjadi!






TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro