MHP 6
"Sara" Panggil along.Dia menghampiri ku lalu duduk di sebelahku di atas sofa ruang tamu.
"Apa?" Kening sebelah diangkat.Ye lah,dia ni kalau panggil aku mesti ada sebab dan kalau dia ada permintaan je ,memang susah aku nak tunaikan.
"Tolong along boleh?" Dia mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Apa?" Soalan yang sama aku tujukan.
"Tolong belikan barang ni" Along menghulurkan senarai barang yang perlu dibeli.Aku hanya memandang senarai itu sebelum tersenyum nipis.Malasnya nak drive kereta.
Sara tahulah yang along nak sambung belajar.Tapi beli lah sendiri.
"Tolong eh" 'Kitty' eyes ditayangkan.
Kalau sampai buat mata macam tu,maknanya memang dia tengah sedaya-upaya cuba nak paksa aku.
Kalau ada Yan,mesti dia paksa Yan yang belikan.
Yan?
Hehe.Korang akan tahu Yan tu siapa.
"Ye lah" Dengan malas,aku bangun dari duduk dan menuju ke arah bilik.
Masuk sahaja ke dalam bilik,benda gebu yang berbulu putih datang ke arah aku dan menggeselkan badannya pada kaki ku.Hikss..Milo!!!
Apa?lepasni jangan tanya dah kenapa aku namakan kucing yang warna putih ni Milo.Mata dia warna coklat cair.Sebab tu aku bagi nama dia Milo.
Nasib je aku tak bagi nama dia Cadbury.
Hoodie berwarna hitam disarung,tudung shawl berwarna hitam dan seluar skinny jeans berwarna putih dikenakan sekali.Purse dan iPhone diambil.Aku terus keluar dari bilik setelah selesai bersiap.
Bedak?Aku kalau jalan dekat-dekat memang tak pakai bedak sebab kulit aku memang dah tak perlukan bedak ehek!
Kunci kereta BMW diambil di tempat letak kunci.Aku tak ada lesen lagi tapi aku dah reti bawak kereta.Harap tak ada roadblock.
Kereta BMW milik papa terus meluncur keluar dari perkarangan rumah.
• • •
Sampai sahaja di Mall berdekatan,aku menuju ke kedai alat tulis yang berhampiran.
Pen biru 5
Pen hitam 5
Pensel
Kertas A4
Kertas warna
Sticky note
Pemadam
Pembaris (beli benda basic lah)
Highlight
Correction tape
Liquid
Marker pen
Novel (hehe)
"Heh! novel pun nak jugak ke?" Aku menggeleng lalu menuju ke tempat yang terletaknya pen.
Selepas membeli semua barang yang betul-betul perlu,aku menuju ke tempat novel.Haritu along ada minta aku belanja dia novel.Tajuk dia apa der..
Aku ternampak novel yang ingin dibeli.Nak capai novel tu,tapi...tak sampai!
Kenapa lah pekerja ni letak tinggi sangat.Fikir lah sikit orang pendek yang nak ambik pun susah.Haih,baik tak payah kerja kalau macam ni.Tak membantu langsung
Aku sekali lagi cuba untuk mencapai novel tapi masih tak berjaya.Fuhh Ayreen..try lagi try..
Sekali lagi..
Dapat!
Tapi..bukan aku yang ambil novel ni.Ada orang tolong ambilkan.
Tanganku mengambil novel dari tangan pemuda yang menolong aku.Kepala terus diangkat untuk memandang wajahnya.
"Dah tau pendek tu pendeklah.Berlagak jugak nak ambik sendiri.Dasar perasan tinggi" Lelaki itu menjelingku.Eh..apa masalah dia hah nak kutuk aku?At least aku tinggi jugak!
"Kau kalau sehari tak sakit kan hati tak boleh ke?" Aku memandangnya tajam.Kat sekolah nak sakitkan hati orang,kat sini pun nak sakitkan hati orang jugak.Entah dia ni selalu sumbat apa dekat mulut sampai mulut tu puaka sangat!
"Tak" Jawab Danish selamba.Dia mengambil handphone milikku yang dipegang dan pergi meninggalkan aku.Ehh ehh! suka hati mak nenek dia je nak ambil handphone orang.
Tanpa memikirkan apa-apa,aku terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Tiba-tiba aku teringkatkan sesuatu.
Mana phone aku?
Selepas otak ku kembali berfungsi.
Phone aku!!!!!!!!!!!!
Aku terus mengambil barang setelah di bayar dan berlari untuk mencari Danish.
"Ish! dia ni..menyusahkan aku la!" Setelah berpusing satu pusat membeli-belah ini,aku terduduk sambil tercungap.
"Nah" Seseorang menghulurkan handphone yang seperti aku pernah nampak.Eh!macam kenal je phone ni.
Aku memandang gerangan yang menghulurkan handphone itu kepadaku.
"Eee..kau ni pergi mana hah?!Penat aku cari" Nafas Danish tercungap cungap.Sepatutnya aku yang kena cakap macam tu.Bukan dia!
"Yang kau senget sangat pergi ambil phone aku dah kenapa?" Aku mengeluarkan soalan berbaur geram.
"Arh..apa-apa je lah.Teman aku" Danish menarik tanganku membuatkan aku terdiam.
Ehh! ewah bulan mamat ni..pegang anak dara orang pulak!
Aku terus menarik tanganku dari pegangannya membuatkan Danish tersentak.Dia memusingkan badannya menghadapku.
"Erkk..so- sorry..terpegang" Dia menggosok belakang lehernya.Aku menggeleng perlahan.
"Teman kau pergi mana?" Soalku.Dahi pula dikerutkan.
"Makan..aku lapar lah" Dia terus menarik lengan hoodie ku.Haih..aku tak tahu lah siapa yang malang jadi bini dia nanti.Mesti asyik kena heret!
Kami berdua berhenti di satu restoran.Danish memandangku sekilas lalu tempat duduk yang kosong menjadi pilihan untuk kami berdua duduk.
"Kau order lah.Aku belanja" Danish bersuara.Hehe..ini yang aku nak dengar.
"Ambil sama dengan kau je lah.Malas pula nak order" Kataku sebelum menongkatkan kepala menggunakan tangan.
"Asal kau baik pulak dengan aku?Ke kau ada sesuatu yang kau sorok?!" Keningku terangkat.Ye lah,setiap hari dia jahat dengan aku.Kena sampuk ke apa waktu-waktu macam ni?
"Kau ni teringin nak kena pijak dengan aku ke?Aku jadi baik dengan kau,kau nak tuduh itu ini.Aku jahat dengan kau, kau nak marah pulak.Tapi..petang ni je lah kot aku baik dengan kau sebab aku bosan tak ada orang nak teman makan" Jawapan dia tu macam mintak aku yang pijak dia.Bukan dia yang pijak aku.
"Asal kau tak ajak Misha kau tu?" Aku menjeling.Bukan cemburu,cuma aku menyampah dengan ulat bulu tu.
"Malas aku.Kalau aku ajak dia pergi Mall,buat nipis je aku punya wallet " Adu Danish membuatkan aku meletuskan ketawa kecil.
"Tu lah kau.Nak sangat couple dengan minah gedik gila make up tebal tu.Padan muka!" Danish terus memandangku tajam.
Marah ke aku kutuk girlfriend kesayangan dia?
Kesah pulak aku!
"Sara" Panggil Danish.
"Panggil Ayreen lah!" Aku menjelingnya.Apa masalah dia?
Aku tak marah.Cuma tak biasa bila orang yang tak kenal aku sangat panggil aku 'Sara'.
"Nama kau Ayreen Qaisara kan.Salah ke aku panggil kau Sara" Aku diam.
"Apa kau nak?!" Danish tersenyum manis.Ingat aku cair?!Hehh..Mintak dijauhkan!
"Aku suka tengok kau marah.Nampak comel lah bila marah" Aku terdiam.Ewww..tolong lah!
"Sara.." Sabar Ayreen.Sabar..
"Boleh tak jangan panggil aku Sara?" Bukan apa.
Cara Danish panggil aku Sara macam cara arwah Farhan panggil.
Dan itu masalah kedua aku tak suka orang yang tak berapa kenal aku sangat panggil aku Sara.
"Nevermind.Kau cantik sangat-sangat."
Danish tersenyum manis sekali lagi.Aku?Kaku tengok senyuman dia.Ayreen jangan terpikat!Jangan.Jangan.Jangan!
Tapi..dia handsom-
TAK TAK TAK.
Tanpa pengetahuan aku.Danish tersenyum sinis dalam diam.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro