Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 58

Tak jadi nak merajuk bila tengok komen korang HAHAH
thankyou support ❤️

__________________

Dewan kuliah itu mula bising dengan kedatangan Danish. Danish Izmeer bin Iskandar. Yang dahulunya popular di sekolah dan sekarang? Sudah semestinya menjadi rebutan di Universiti.

Nasib kau lah Ayreen!

Sekali lagi aku memperkenalkan diri, assalamualaikum. Nama aku Ayreen Qaisara binti Hashim. Berumur 19 tahun dan bekas penolong ketua pengawas SMK Damai.

Ouh tak lupa juga, tunang kepada Danish Izmeer. Aceceh!!

Sebelum aku bagi author mulakan bab ni, bagi aku terangkan kemana perginya kawan-kawan aku masa di sekolah. Ehem!

Eliana Izzati, kawan pertama aku di SMK Damai memerangkap kawan rapat. Gadis itu sekarang sudah melanjutkan pelajarannya di Melaka. Katanya kalau belajar di situ, boleh jenguk kampung selalu.

Next! Fatin Farzana. Fatin ni dah selamat terbang ke US memandangkan abang dia sambung belajar di sana. Lagipun impian dia dari dulu lagi untuk belajar di United States.

Zahira Batrisya aka Tisya. Dia dapat menyambung pelajaran di matrikulasi Negeri Sembilan. Memandangkan dia dan Kamarul akan betunang lagi 4 bulan, jadi mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di situ. Bertunang? Terkejut bukan? Begitu juga dengan aku. Terkejut bila mendapati mereka berdua mempunyai hubungan secara rahsia.

Siti dan Izzah, mereka berdua pula berada di Perak. Kawan sehidup semati, tak pernah berpisah.

Dan aku, aku melanjutkan pelajaran di private university di Subang Jaya. Perjalanan dari rumah aku ke Universiti mengambil masa lebih kurang sejam. Tetapi, itu bukan halangan untuk aku berjauhan dengan keluarga. Asalkan satu negeri hikhik.

Nampak tak betapa manjanya Ayreen? Nak jauh dengan mama papa pun tak boleh.

Tipu lah kalau aku cakap aku tak rindukan kawan-kawan sekolah. Tetapi rezeki masing-masing dah ditetapkan. Hanya mampu berjumpa melalui skrin telefon.

Siapa rindu Ayreen??Comment emoji jamban 🚽.K tak lawak.

Professor Maria masuk ke dalam dewan kuliah membuatkan suasana yang agak huru-hara tadi menjadi senyap. Seorang perempuan yang berdiri di sebelah prof Mari dipandang lama. Ada apa-apa ke?

"So, as you guys know, we have a student exchange from Amsterdam. Girl, please introduce yourself." Professor Maria memberi peluang kepada gadis itu untuk berdiri dihadapannya.

"Hye everyone, my name is Mia Eryna. You guys boleh panggil I Mia. Any question?" Gadis bernama Mia itu memandang satu persatu wajah yang berada di dewan kuliah ini. Memandangkan tiada siapa yang ingin menanyakan soalan, gadis itu hanya mengangguk perlahan.

"Macam kerek je." Bisik Anis tepat di telingaku. Aku tidak menjawab. Mata masih memandang Mia Eryna. Ada sesuatu yang tak kena apabila gadis itu kerap memandang Danish yang duduk selang 4 baris daripada tempat aku.

Jangan dia jadi macam Misha and Izara dulu sudah.

___

"Princesss." Danish Izmeer menghampiriku yang sibuk mengemas barang untuk ke kafeteria. Anis pula setia menunggu di sebelah.

"Princess ada kelas tak lepas ni?" Soal Danish. Aku hanya membalas dengan gelengan kepala. Sepatutnya ada kelas Dr. Idham tetapi kelas itu dibatalkan awal pagi tadi.

"Kau ada kelas ke? Kalau tak ada jom la pergi makan." Pandangan dialih ke arah Danish yang sibuk menilik skrin telefon. Jejaka itu kemudiannya mengangkat kepala memandangku.

"Too bad.. lepasni ada kelas lah pula."

"Tak apa lah kalau macam tu. Kitaorang pergi kafeteria dulu. Nanti makan tau jangan biarkan perut kosong." Pesanku sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah bersama Danish. Tunangku itu hanya menganggukkan kepala kemudian melangkah meninggalkan aku dan Anis.

Sebenarnya kan...






Aku dari tadi tahan nak terkencing.

"Anis aku nak pergi tandas jap! Emergency! Kau tunggu aku kat sana eh? Nanti aku datang." Tuturku tergesa-gesa. Kaki laju melangkah ke arah tandas. Tetapi malang tidak berbau, air kopi ais yang dibawa seorang gadis di hadapan akhirnya tertumpah dan meninggalkan kesan pada baju blouse yang dipakai.

"Aduh cuai betul kau ni, Ayreen." Gumamku sebelum mengangkat wajah memandang gadis yang baru sahaja dilanggar tadi.

"Excuse me? You jalan pakai mata ke lutut?" Soal gadis itu berang. Matanya pula sudah membulat menikam anak mataku.

Ini ke Mia Eryna?

"Sorry aku tak sengaja. Sorry sangat." Aku menunduk berkali-kali kerana kecuaian yang telah dilakukan. Rasa seperti mahu menampar pipi berkali-kali.

"Urgh! Lain kali jalan tengok depan! Bukannya buat macam jalan ni bapak you punya!" Bentaknya sebelum berjalan meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil disitu.

Aku menoleh ke arah Mia yang sudah berjalan jauh di hadapan. Bola mata diguling ke atas.

Sekurang-kurangnya aku minta maaf.

Kerek!

__


Pintu rumah ditutup perlahan. Dengan langkah longlai, aku menghampiri Aryan yang leka menonton televisyen. Kepala dilentokkan pada bahu jejaka itu. Mata terpejam rapat.

Benci!

"Penat?" Soal Aryan. Hairan dengan kakaknya yang tiba-tiba lembik macam agar-agar.

"Sakit hati." Kataku perlahan. Peristiwa tadi kembali melayar di ingatan.

"Kau balik dengan siapa,Reen?" Soal Dania. Gadis yang merupakan kawan rapat aku di kolej selain Anis.

Aku memandangnya.

"Danish."

"Elele balik dengan tunang. Uyo! Tak apa lah. Aku balik dulu. Take care dating. Muah!" Sempat Dania mengusik sebelum meminta diri untuk pulang. Lengannya pula sudah menjadi mangsa cubitan berapi aku. Gadis itu terkekek ketawa.

Kaki diaturkan ke arah kereta BMW milik Danish Izmeer. Tangan ingin membuka pintu penumpang tetapi malangnya gagal kerana ianya dikunci. Aku berdecit geram.

"Tadi suruh tunggu dalam kereta, ni pintu pun tak buka kunci." Omelku sebelum menyandarkan badan pada kereta. Tangan memeluk tubuh. Menunggu kehadiran Danish Izmeer yang terchenta!

Tanpa disangka, mataku terhenti pada figura seorang lelaki yang amat dikenali bersama seorang perempuan. Mereka berdua yang sibuk berborak di tepi blok itu dipandang redup.

Mia dan Danish.

"Dah lah. Akak naik atas dulu." Kataku lemah. Kaki memijak anak tangga satu persatu untuk naik ke tingkat 2.

Ting!

Ting!

Ting!

"Ish!" Langkah terhenti di tengah tangga. Handphone yang terletak di dalam beg diambil kasar.

+6013-276xxxx
Ni Ayreen ke?
Takut salah nombor.
Btw, ni Farid. Remember me?

Dahi dikerut apabila membaca mesej daripada manusia yang bernama Farid itu. Otak ligat mengingati semula siapakah Farid.

Bagaikan ada mentol yang menyala, aku akhirnya ingat!

You
Yes ni Ayreen
Mana dapat number?

Kaki sekali lagi memijak anak tangga untuk ke atas. Mata tidak lepas dari memandang handphone. Menunggu balas daripada Farid.

"Sara! Nak berjalan jangan tengok phone tu. Nanti tak pasal-pasal tergolek jatuh tangga siapa yang susah? Mama juga. Simpan handphone tu dulu." Tegur mama yang baru hendak turun ke tingkat bawah. Aku tersengih seperti kerang busuk. Handphone dengan cepat di simpan semula. Ha kan dah kena bebel.

"Tu baju Sara kotor kenapa?" Mata mama memandang tepat pada kesan tompokan air kopi ais pada blouse biru muda yang dipakai. Sekali lagi aku tersengih. Habis lah macam ni!

"Ta- tadi Sara terlanggar orang. Lepastu air dia tu- tumpah kena baju." Kata-kata itu seperti tersekat di kerongkong. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Ha itu lah mama pesan. Nak berjalan jangan tengok phone, jangan tergesa-gesa. Tak pasal-pasal dah jadi masalah. Sara tu dah 19 tahun, jangan jadi cuai sangat. Peka dengan keliling." Bebel mama tanpa henti. Aku di situ hanya mampu tersenyum. Redha menadah telinga mendengar bebelan mama yang tercinta itu.

"Ye mama, Sara janji tak macam tu dah lepasni. Sara naik dulu, mama." Kepala menunduk sedikit. Dengan pantas aku menuju ke bilik. Nafas dihela perlahan.

Fuh! Selamat tak sambung bebel.

Mesej daripada Farid dibuka semula.

+6013-276xxxx
Aku ambik nombor kau kat cg Nizam.

Ting!

+6013-276xxxx
Aku cuma nak berterima kasih.
Sebab kau, aku dpt keputusan cemerlang
SPM.

Ting!

+6013-276xxxx
Agaknya kalau kau tak bebel untuk sedarkan
aku dulu, mesti aku tak dpt keputusan macam ni.
Terima kasih, Ayreen

Ting!

+6013-276xxxx
Masa ambil result tahun lepas, aku
cari kau tapi tak jumpa.
So aku mintak la nombor kau kt cg Nizam.

Bibirku terlakar senyuman manis. Tak sia-sia aku menghabiskan air liur untuk memberi nasihat kepadanya. Berguna!

+6013-276xxxx
Apa-apa pun, tahniah juga untuk keputusan
cemerlang kau.
Ramai cikgu puji-puji kau.
Staright A lah katakann.

You
Ish sudah la Farid hahaha
Nanti apa2 mesej je lah aku

+6013-276xxxx
Hahaha
Tolong ucap tahniah jugak dekat Danish.
Aku nak mintak maaf dekat dia.
Tolong eh.
Bye, assalamualaikum.

Salam itu dibalas sebelum handphone diletakkan di atas meja solek. Siapa sangka pelajar yang baik berubah jadi nakal, dan mampu menjadi baik semula. Ini semua kerana motivasi dan dorongan yang kuat. Kalau Farid boleh, kenapa anda tidak?

Gituuu.

Danish's POV

Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala. Handphone yang terletak elok di atas meja belajar dicapai. Butang tengah ditekan sebelum mata memandang ke arah notifikasi mesej daripada seseorang.

Mia.

Ugutan gadis itu kembali terngiang di kepala.

'I takkan benarkan you balik kalau you tak bagi number phone you.'

Ayreen dah lah balik dengan aku. Aku pula kena hadap ugutan perempuan tu. Nak tak nak kena bagi juga lah nombor aku dekat dia.

Mia
Hi handsome boy.
Sorry tadi I paksa-paksa you bagi number.
I just nak kenal-kenal 😉

"Ramai-ramai lelaki kat situ, kenapa aku juga?" Omelku.

Ting!

Mia
You dah berpunya ke?
I rasa belum berpunya, right?
Sebab I tengok you macam tak layan girls sangat.

You
Siapa cakap belum?

Mia
Ouh, i salah lah ni? i'm sorry.
Anyway, siapa perempuan yang dpt you tu?

Mesej daripada Mia dibiarkan tidak dijawab. Dia tak ada hak nak tahu apa-apa pasal aku. Dia hanya orang luar yang tiba-tiba pecah masuk rumah orang.

Princess Ayreen 💞
Online

Nama Ayreen ditenung lama. Online tapi tak mesej? Atau...

"Dia merajuk dengan aku ke eh?" Kepala digaru. Positif Danish, mungkin dia sibuk.

Back to Ayreen's POV

Danish 💗
Online

"Sampai hati Danish tak mesej minta maaf pun pasal petang tadi." Kataku sendiri. Kepala disandar pada birai katil.

"Sibuk sangat ke sampai nak bercakap dengan aku pun tak sempat?" Bibir dicebik. Air mata sudah bertakung. Hanya menunggu empangan untuk pecah mengalir.

Ting!

Aryan💙
Akak!!
Turun dinner

Mesej daripada Aryan dipandang lama. Aryan? Aryan adik aku tu kan? Yang duduk serumah dengan aku tu kan?

Jari laju menaip huruf di papan kekunci sebelum butang hantar ditekan.

You
Susah sangat ke nak naik atas panggil akak?

Aryan💙
Akak..kita kena gunakan kemudahan yang kita ada
Faham?

You
Pandai lah kau

Aryan💙
Lek lek hahaha.
Kaki Yan sakitlah training bola sepak tadi kat sekolah.

Kepala digeleng perlahan. Suis lampu dan kipas bilik ditekan sebelum aku melangkah ke tingkat bawah. Kalau aku tak tutup suis nanti kena bebel lagi dengan mama.

Tak sanggup lagi!

Mia's POV

Mata tekun memandang skrin Macbook di hadapan. Nama Danish Izmeer dicari di laman web Safari. Maklumat tentang Danish mesti ada di sini. Dia instafamous hot , mesti berterabur maklumat tentang jejaka itu di mana-mana.

"_danishizmeer."

Tangan mencapai handphone berjenama iPhone yang terletak di atas katil. Pantas sahaja jari menaip nama itu di Instagram.

Apa motif aku? Sudah semestinya untuk mencari siapa kekasih hati Danish Izmeer.

Nope, correction!

Atau ayat yang lebih tepat sekali, untuk mencari siapa gadis yang bakal menjadi 'bekas' kekasih hati Danish Izmeer itu.

Gambar-gambar di akaun Instagram milik Danish terpampang di skrin handphone. Aku tersenyum gembira. Di gambar pun hensem apatah lagi jika tenung jejaka itu depan-depan! Dua kali ganda kekacakannya menyerlah!

Satu-persatu gambar Danish dilihat. Sempat juga aku berangan jika menjadi kekasih hati lelaki itu.

"Omg ! Bayangkan, Danish Izmeer dan Mia Eryna, hot couple letops!" Bantal dicapai kemudian wajah ditekup. Kaki pula dihentak berkali-kali. Mode fangirling sudah tiba.

Aku menyambung menilik gambar Danish. Jari ligat menarik skrin dari bawah ke atas. Ada juga gambar Danish yang di-screen shot .

Tiba-tiba ada satu gambar yang menarik perhatianku. Gambar Danish dan seorang perempuan sedang mirror selfie . Ini ke girlfriend Danish?

Caption gambar itu dibaca sebelum mata terbuntang luas.

"Baby girl..Eee..apa lah taste Danish ni..aku lagi cantik kot"

Gambar mirror selfie mereka berdua ditekan. Terpampang username gadis itu pada gambar.

"ayreenqaisara" Aku membaca nama gadis itu kemudian username aku tekan. Dahi sudah berkerut apabila melihat gambar-gambar Ayreen.

"Ni bukan ke perempuan buta yang langgar aku tadi?" Kepala digeleng. Handphone dicampak di atas meja.

Tak boleh jadi!





TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro