Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 57

Silent reader ni ramai sangat buat author jadi tak semangat nak update dah.
Tak tahu lah next chapter author nak update lagi ke tak.
Ada semangat ada la new update.
Thankyou :)

___________________

"Ehem."

Aku yang sedang leka bermain handphone mengangkat kepala. Wajah dingin bak ais beku ditayangkan.

Hampir 30 minit aku tunggu dia. Tapi dia? Dengan wajah tak bersalahnya duduk depan aku tak minta maaf apa-apa pun.

"Sabar Ayreen sabar." Gumamku.

"So how kau dengan abang Danish sekarang?Bahagia?" Soal gadis itu dengan nada sinis. Dah lah datang lambat, lepastu alih-alih tanya pasal Danish.

Bibirku kemudiannya mengukir senyuman sinis. Kau nak main api dengan aku ye Izara? Okay boleh!

"Eh of course lah bahagia. Dia sweet, baik, gentleman pula tu. Hari-hari cair tengok dia. Mesti kau nak rasa juga kan? Tapi tu lah kau pula tak dapat dia. Kesian." Kepalaku digeleng. Senyuman herot masih terlakar di bibir.

"Ouh ya! Lupa nak bagitahu, lusa kitaorang ada majlis. Majlis bertunang. Jemput datang lah ye. Kalau tak nak datang pun tak apa sebab kau bukan penting pun, kan?" Tambahku. Tidak lama kemudian, suara Izara memenuhi ruang kafe itu.

"Wait what?! Tunang?!" Mata Izara terbuntang luas. Mata-mata menumpukan perhatian ke arah mejaku dan Izara. Pantas tanganku mencapai buku menu untuk menutup wajah.

Memalukan!

"Kenapa abang Danish tak bagitahu pun yang dia nak tunang dengan kau?!" Wajah gadis itu sudah berubah kemerahan. Aku mengangkat sebelah kening.

"Macam yang aku cakap tadi, kau tak penting pun." Perkataan 'tak penting' itu sengaja ditekankan. Biar dia rasa sikit! Sekali dia bagi, berpuluh-puluh aku balas!

"Kau! Dah hancurkan hati abang aku, lepastu senang-senang nak bertunang dengan orang lain!" Izara masih tidak mahu mengalah. Aku ketawa kecil mendengar apa yang dikatakan Izara Dahlia. Aku? Aku hancurkan hati Izz?

Dua beradik ni waras ke tak?

"Sebelum kau nak tuduh aku apa-apa, baik kau check diri kau dengan abang kau tu dulu. Risau aku tengok korang ni lama-lama. Pandai play victim je. Bodoh tetap sama sampai sekarang." Ujarku sebelum berdiri meninggalkan Izara yang gayanya sudah seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus. Dia yang mula, kita bagi je la balik.

Apa susah?

•••


Mataku tidak berkelip apabila menilik diri di hadapan cermin. Baju kurung berwarna silver elok tersarung pada badan dikenakan dengan shawl berwarna putih. Solekan yang nipis itu menaikkan lagi seri pada wajah. Aku tersenyum sendiri.

"Ayreen Qaisara ku sayang, jom turun. Family Danish dah sampai. Sudah-sudah lah tu tilik muka, baju, tudung kau. Dah cantik sangat dah." Eliana menarik tanganku. Dia pula yang terlebih teruja.

"Eli, aku malu la." Langkah kami berdua terhenti. Eliana menoleh memandangku yang masih enggan untuk turun ke tingkat bawah. Tanganku yang sejuk digenggamnya erat. Dia tersenyum.

"Rilek, Ayreen. Tak ada apa yang nak dimalukan. Jom." Akhirnya aku akur. Langkah diteruskan memijak anak tangga untuk ke tingkat bawah.

Pelamin yang ringkas itu menjadi tempat untuk aku melabuhkan punggung. Kelihatan keluarga Danish, keluarga aku dan rakan-rakan sudah memenuhi ruang tamu.

Ya Allah, ini baru tunang, nak menikah nanti nervous dia macam mana pulak?

Ish jangan fikir lagi yang tu!

Aunty Adhia berjalan mengampiri dan mengambil tempat di sebelahku. Sebentuk cincin dihulurkan mama sebelum ianya disarungkan pada jari runcing milikku. Aunty Adhia disalam.

Setelah semuanya selesai, tiba masa untuk menjamu selera mengalas perut yang kosong. Mataku melilau mencari susuk tubuh seseorang tetapi tidak dijumpai.

Danish tak datang ke?

"Kak!" Panggil Aryan. Dia menarik lenganku ke gazebo di halaman rumah. Keningku bertaut. Apa budak ni main tarik-tarik?

"Duduk sini diam-diam" Arah Aryan sebelum dia meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga di situ.

"Hai." Figura seseorang menyapa dari belakang. Pantas aku menoleh ke arahnya.

Danish yang mengenakan kemeja berwarna kelabu itu dipandang dengan senyuman. Bahagian lengan yang dilipat hingga ke siku itu menampakkan lagi kekacakkan nya. Ini kalau Izara dengan Misha nampak ni, habis!

"Dah makan?" Soalku memecah kesunyian. Danish menggeleng perlahan.

"Kenapa tak makan?" Soalku lagi.

"Sebab tak lapar." Balas Danish sebelum mengambil tempat di meja kopi.

"Lagipun aku tengok kau pun dah kenyang." Tambahnya kemudian ketawa kecil.

"Mengada! Jom la makan." Aku mula memaksa tetapi jejaka di hadapanku itu masih menggeleng.

"Ayreen, bila aku tengok kau pakai baju ni kan....








Rasa macam tak sabar pulak nak kahwin dengan kau" Mata ku terbuntang luas.Lengannya dicubit.Rasakan ketam aku ni..gatal sangatkan.

"Aduh sakit lah!" Danish mencerlung mataku tajam. Cubitan segera dilepaskan. Gatal!

"Sara, panggil Danish makan." Suara mama kedengaran dari dapur. Mataku memandang Danish.

"Dengar kan apa yang mama cakap? Jom makan!" Akhirnya, Danish akur. Dia membontoti langkah aku dari belakang menuju ke dapur.

Pinggan yang berisi nasi diletakkan di atas meja. Air sirap yang memenuhi cawan itu juga diletakkan dengan perlahan. Risau kalau tumpah.

"Hai korang." Aku dan Danish serentak menoleh sebelum kami berdua terkedu. Betul ke apa yang aku tengok ni?

Izz dengan Misha?

"Er Ayreen, sebelum kau soal apa-apa aku bagitahu dulu. Adik kau si Aryan yang jemput kitaorang. Lagipun aku minta tolong dia untuk sampaikan maaf dekat kau. Kebetulan pula dia cakap kau dengan Danish bertunang harini. So dia pun jemput la." Izz tersenyum kelat. Misha disebelah pula hanya menundukkan pandangan.

Aku tersenyum kecil.

"Tak apa. Terima kasih datang." Balasku lembut. Misha mengangkat wajahnya memandang kami berdua.

"Congrats, Ayreen and Danish. I harap korang punya hubungan sampai ke jinjang pelamin." Misha akhirnya bersuara. Air matanya cuba ditahan daripada mengalir.

Tetapi tidak lama kemudian, gadis itu memelukku. Bercucuran air mata yang mengalir membasahi pipi. Aku sekali lagi terkedu dengan tindakan drastik Misha.

Misha ke ni? Adakah dia Emisha Puteri? Gadis yang kerap mencari kesalahan aku sebelum ini.

"I nak minta maaf, Ayreen. I banyak buat salah dengan you." Pelukan Misha semakin erat. Air matanya juga tidak berhenti keluar.

Aku menepuk belakangnya perlahan. Meredakan tangisan gadis itu. Izz dan Danish hanya memerhati adegan kami berdua. Masing-masing diam .

"Aku dah lama maafkan kau Misha. Maafkan juga salah silap aku." Aku tersenyum begitu juga dengan Misha. Air matanya diseka.

"Lepasni kita dah tak jumpa. I buat keputusan sambung belajar dekat Ireland. Doakan I okay?" Misha memegang bahuku. Tiba-tiba rasa sedih menyerbu diri. Lepasni dah tak jumpa..

"Kitaorang balik dulu." Pamit Misha dan Izz. Aku memerhatikan mereka berdua sehingga hilang dari pandangan.

"Kau dah buat keputusan nak sambung belajar kat mana? Atau..kau ikut along belajar kat London?" Danish memecah kesunyian antara aku dengannya.

"Tak. Aku sambung belajar dekat sini je. Kau? Tak ikut abang Danial?" Giliran aku pula menyoal.

"Aku ikut kau. Tak sanggup nak berjauhan dengan tunang." Ayat terakhir itu sengaja Danish perlahankan tetapi aku dapat mendengarinya. Bibirku mengukir senyuman. Macam-macam la Danish ni.


___

Ting!

Ting!

Butang pause sekali lagi ditekan. Aku menekup telinga menggunakan bantal. Geram! Waktu aku tengah syok tengok movie lah ada gangguan itu ini. Aku bukan apa, tapi dah banyak kali aku pause movie ni. Sebab apa?

First pause, ada emergency. Tiba-tiba rasa nak melabur.

Second pause, Aryan masuk bilik aku sebab nak minta tolong halau rama-rama besar yang tiba-tiba masuk dalam bilik dia.

Third pause, Anis call aku ajak nak membawang.

Fourth, rama-rama besar yang dalam bilik Aryan tu masuk dalam bilik aku pula. Aku tak dapat nak fokus tengok movie bila rama-rama tu asyik terbang depan muka aku. Tahu lah aku cantik!

Fifth,Aryan masuk bilik aku sekali lagi then terloncat atas katil aku macam beruk sebab Sofea setuju nak couple dengan dia (melepas siapa crush dekat Aryan).WTH.Aku jadi mangsa tho.

Dan sekarang..mesej masuk tak berhenti dan aku tekad tak nak layan!

Handphone dicapai . Mode do not disturb ditekan. Ambik kau! Tak ada siapa boleh kacau aku.

"Akakk!!! Rama-rama besar datang balik!!!!!!!" Jerit Aryan dari dalam biliknya. Aku memejamkan mata. Kenapa?!?!


•••

Izara's POV

Rambut dikusutkan, badan perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai. Air mata yang bertakung itu akhirnya mengalir. Gambar Danish dan Ayreen yang baru sahaja lalu di wall Instagram ku dilihat semula.

"One step closer." Caption posting itu dibaca perlahan sebelum aku mencampakkan handphone itu jauh dariku.

"Abang Danish tak sayang Zara ke? Kenapa abang buat Zara macam ni?"

"Aku benci kau Ayreen!!! Bodoh!!!" Jeritku tanpa memikirkan apa-apa lagi. Sungguh aku benci dengan gadis itu. Benci!

"Hai. Er boleh I masuk?" Misha yang berdiri tercegat di pintu bilik itu dipandang tajam. Kenapa perempuan tu ada dekat sini?!

"You okay? I dengar you jerit-jerit tadi." Soal gadis itu prihatin. Aku hanya diam memandang luar tingkap. Soalan Misha dibiar sepi tanpa jawapan.

Misha berdehem.

"Tak apa lah kalau you tak nak jawab. I faham. I tau you suka Danish and I tahu you tak dapat nak terima yang Danish dah jadi milik Ayreen semula lepas apa yang terjadi." Emisha Puteri menunduk. Menahan air mata daripada jatuh. Hati aku cukup panas menggelegak apabila mendengar ayat terakhirnya. Sakit!

"Tapi sampai bila Zara? You kena lepaskan Danish. You have to move on, Izara. You sendiri kena faham yang you memang dah tak akan dapat lelaki bernama Danish Izmeer tu." Tambah Misha. Mataku terpejam rapat.

"Kau ni cakap je lebih padahal kau pun suka Danish tu kan? Entah-entah kau pun gunakan abang aku untuk move on." Anak mata Misha ditenung tajam. Gadis itu tersenyum nipis.

"Terpulang you nak cakap apa. But for me, cinta I untuk Danish Izmeer dah tak boleh nak diteruskan lagi. Kita kena sedar diri Zara. Cinta Danish sekarang hanya untuk Ayreen. You nak ke kejarkan dia macam orang bodoh? Kenapa I cakap macam orang bodoh? Sebab kita dah tahu yang kita takkan dapat, tapi kita tetap kejar dia." Ujarnya tenang sekali.

"Kau tak faham aku la Misha." Butiran jernih sekali lagi membasahi pipi. Otak masih ligat memikirkan cara untuk mendapatkan Danish.

"Zara, I kenal Danish lagi lama daripada you. Apa yang you nak buat sekarang untuk dapatkan Danish hanyalah sia-sia. It's up to you, babe. Make your own decision. Move on. I keluar dulu." Emisha Puteri akhirnya melangkah keluar dari bilik. Pintu ditutupnya perlahan.

Kepala disandar pada dinding. Tangan tidak berhenti menyeka air mata. Apa yang dikatakan Misha ada betulnya juga. Danish pun dah tamatkan zaman persekolahannya.

Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan. Untuk kebaikan kau Izara Dahlia. Kau kena cuba.


Lupakan Danish Izmeer.



Back to Ayreen's POV

Bangku di hadapan tasik itu menjadi tempat untuk aku melabuhkan punggung. Aryan yang keletihan setelah membuat 5 kali pusingan juga mengambil tempat di sebelahku. Masing-masing diam keletihan. Demi membakar lemak, kami sanggup!

"Penat- ah- penat." Aryan sudah tercungap-cungap. Pehanya diurut perlahan. Peluh yang menitik tidak dihiraukan lagi.

Aku memandang Aryan seketika. Boleh tahan hensem adik aku ni. Level Danish!

Aipp!

"Hai korang." Sapaan seseorang membuatkan aku dan Aryan serentak menoleh ke belakang. Mata kami berdua terbuntang luas.

Rayyan Haikal.

"Er apa kau buat kat sini? Bila balik?"

Rayyan datang Shah Alam sebab majlis bertunang semalam. Aku sangka pagi ni Rayyan sekeluarga dah balik ke Johor. Rupanya belum!

"Kenapa? Tak suka ke aku kat sini?" Rayyan menjongketkan sebelah keningnya. Aryan sudah membuat muka menyampah.

"Eh kak, Yan panas lah. Jom lah kita balik." Aryan pantas berdiri dan menarik lenganku. Tetapi pergerakannya terhenti apabila dihalang Rayyan.

"Jangan lah balik lagi. Rilek-rilek lah dulu Yan. Takkan panas kot? Kan pagi lagi ni." Rayyan menghampiri kami berdua. Aryan Qalish hanya mengguling bola matanya. Sibuk!

"Cakap je lah kau nak usha kakak aku. Sebabtu kau datang sini kan? Orang dah bertunang pun sibuk nak kacau." Aryan memperlahankan suaranya pada ayat terakhir tetapi aku masih dapat mendengarnya. Rayyan menayangkan muka masam.

"Dah lah. Jom lah kak. Makin panas pula duduk sini. Hairan betul, pagi-pagi pun rasa bahang je." Lenganku ditarik sekali lagi meninggalkan Rayyan di belakang. Lelaki itu sudah menendang batu di hadapan. Frust agaknya.

"Eh! Aryan. Asal muka masam je ni?" Satu suara garau menyapa gegendang telinga kami berdua. Langkah laju Aryan dihentikan.

"Ada haiwan kacau kitaorang." Balas Aryan selamba. Lantas lengannya aku cubit. Kalau ye pun tak suka, jangan lah panggil haiwan.

"Haiwan? Seriously?" Danish mengangkat sebelah keningnya. Matanya memandang keliling. Mencari 'haiwan' yang dimaksudkan Aryan.

"Baru nak pergi jogging ke?" Soalku. Mata Danish beralih ke arahku. Dia menganggukkan kepala.

"Ni haiwan mana pula yang Yan cakap ni?" Jejaka itu memandang ke arah Aryan dengan pandangan seperti meminta penjelasan. Aryan Qalish tergelak kecil.

"Bang, lepas abang jogging kita lepak-lepak nak tak? Bosan lah duduk rumah." Aryan mengedipkan matanya berkali-kali ke arah Danish. Aku yang tengok pun rasa nak bagi penyepak.

"Boleh je. Ayreen nak ikut?"

Aku menggeleng. Malas nak keluar.

Tapi sebenarnya aku malas nak bersiap.




Badan direhatkan di atas tilam empuk. Laci berwarna putih di meja solek itu ditenung lama. Rasanya dah lama tak buka laci tu.

"Apa ada dalam laci tu eh?" Soalku sendiri. Kepala digaru. Aish lupa lah!

Dengan perasaan yang ingin tahu, aku bangun dari posisi baring. Meja solek dihampiri sebelum tangan menarik laci itu. Koleksi casing dan handphone lama menyapa pandangan membuatkan aku mengangguk perlahan. Eh asal nak angguk?

iPhone 5s dicapai memandangkan handphone itu mempunyai lebih banyak gambar jika nak dibandingkan dengan yang lagi satu. Butang on ditekan lama. Aku menjadi teruja apabila handphone itu masih menyala.

Tiba-tiba keterujaan itu hilang sekelip mata dan digantikan dengan senyuman kelat. Gambar di lock screen itu direnung. Lama. Mengharapkan susuk tubuh yang kaku di gambar itu hidup.

"Sara tak pernah lupakan Han." Gumamku.

"Sara!!" Jerit Farhan. Aku memandang ke arah Farhan yang sudah berdiri jauh di hadapan. Bibir dicebik. Dia ni jogging laju sangat! Bukan nak tunggu aku pun.

"Penat la, Han!" Langkah terhenti. Farhan tersenyum sambil menggeleng. Baru sikit dah penat.

"Sara duduk lah dulu." Arah Farhan sambil berlari anak ke arahku yang tertinggal di belakang.

"Jap tau. Sara tunggu kat sini. Nanti Han datang balik." Pintanya. Aku hanya membalas dengan anggukan. Penat sampai tak mampu nak bersuara. Over betul kau Ayreen.

Hampir 10 minit aku menunggu, tiba-tiba kedengaran nyanyian lagu Happy Birthday dari belakang. Bibir mengukir senyuman lebar.

"Happy birthday to Ayreen Qaisara. Happy birthday to you!"

Farhan menghulurkan cupcake coklat kepadaku. Sebatang lilin bersama nyalaan api ditiup. Comel!

"Nak hadiah tak?" Soalnya tetapi aku hanya diam tidak menjawab. Takkan nak minta kot. Malu.

"Okay kalau diam tandanya nak lah tu kan? " Jejaka itu tersenyum manis.

"Cuma, Sara pilih sendiri Sara nak apa. Han ikut je. Okay?" Bibirnya masih mengukir senyuman manis. Aku tergelak kecil.

"Tak payah susah-susah lah. Sara tak nak hadiah apa-apa pun." Tolakku lembut. Dah macam-macam Farhan bagi, takkan nak meminta.

"Mana boleh macam tu. It's your birthday! So, petang nanti kita hangout nak?" Cadangnya.

"Tapi minta izin mama dulu. Cakap nak keluar dengan Han. Kalau mama tak bagi, jangan melawan tau." Pesan Farhan. Aku menayangkan simbol 'ok' menggunakan tangan.

-

Hampir sejam kami berjalan di sekeliling pusat membeli-belah itu. Farhan pula sudah kelaparan. Akhirnya kami menuju ke sebuah kafe untuk mengalas perut yang sudah berkeroncong. Amboi lapar sangat lah tu.

"Han tengok lah camera ni!"

Farhan memandang camera iPhone 5s ku lalu beberapa keping gambar jejaka itu diambil. Aku tersenyum lebar. Hensem tak terkata!

"Sara." Panggil Farhan. Mataku yang dari tadi menilik gambar terus memandang Farhan di hadapan.

"Yes, bro?"

"Han nak Sara tahu tau,yang Han sayang Sara sorang je.Tak pernah ada nama lain dekat dalam hati Han kecuali Ayreen Qaisara" Farhan tersenyum.

"Sara pun sayang Han. Banyak-banyak!"

Farhan terkekek mengetawakan aku apabila melihat gaya aku mendepakan tangan. Menunjukkan sayang aku kepadanya banyak mana.

"Lagi satu..kalau Han dan tak ada nanti,Han nak Sara cari orang yang boleh jaga Sara sama macam mana Han jaga Sara.Jangan lupa bawak dia jumpa Han.Tau" Farhan masih tersenyum.Aku terdiam.Kenapa pasal ni jugak dia nak cakap?

"Han kenapa cakap macam tu? Merepek lah! Tiba-tiba je ish!" Raut wajahku berubah masam mencuka. Farhan langsung tidak dipandang. Air fresh orange itu ditenung. Merajuk!

"Dah jangan buat muka macam tu. Han cakap je. Merajuk pula dia ni." Senyuman malu terlakar di bibir. Susah betul nak merajuk lama-lama.

"Cepat makan, nak balik dah. Nanti mama risau pula Han pinjam anak dara dia lama sangat." Usik Farhan membuatkan kami berdua meletuskan tawa.


Aku berjalan melintasi jalan raya memandangkan kereta abang kepada Farhan di-parking di luar. Farhan yang masih di belakang dipandang sekilas. Aku yang jalan laju ke Farhan yang jalan lambat?





Pon pon!!




Dum!

Aku berhenti melangkah. Terkejut mendengar bunyi lori yang agak kuat di belakang.

Kepala dipusing menoleh mencari Farhan yang tadinya berjalan jauh di belakangku.

Tetapi,

Jantungku seperti berhenti berdegup. Badan pula kaku. Mata langsung tidak berkelip. Orang ramai mula berkumpul ke arah seorang lelaki yang baru sahaja dilanggar. Jasadnya ditarik keluar dari bawah lori. Mulut ditekup tidak percaya. Darah yang berlumuran membuatkan aku menangis dengan kuat.

Farhan.



"Sara rindu Han.." Mutiara jernih tidak berhenti mengalir. Skrin iPhone 5s sudah basah dek kerana air mata yang menitik.

"Kak! Akak nak Yan belikan apa-apa tak? Abang Danish dah sampai!" Suara Aryan kedengaran dari luar bilik. Disebabkan aku tidak menyahut, dia membuka pintu bilikku perlahan- lahan.

"Eh akak kenapa?" Aryan menghampiri aku kemudian pandangannya jatuh ke arah gambar di skrin handphone.

"Akak jangan la macam ni." Badanku dipeluk erat. Aryan cuba menenangkan aku daripada menangis berterusan.

"Sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak dekat arwah. Jangan menangis macam ni. Kalau abang Farhan ada, mesti dia tak suka tengok." Tangan Aryan menyeka air mataku. Dia tersenyum nipis.

"Akak kan dah ada abang Danish. Yan yakin sangat abang Danish boleh buat akak bahagia macam abang Farhan buat." Kata-kata Aryan sedikit sebanyak membuat aku tersenyum. Bersyukur ada adik yang memahami sepertinya.

"Akak nak Yan belikan apa-apa?" Soalnya sekali lagi.

"Nak aiskrim."

"Okay!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro