Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 55

Pelajar 5 Emerald dan 5 Bronze berpusu-pusu keluar dari dewan setelah menduduki peperiksaan matematik tambahan. Macam-macam riak dapat dilihat pada wajah masing-masing. Ada yang tersenyum gembira, ada yang sudah merancang ingin bercuti dan ada juga adengan air mata kerana hari ini merupakan hari terakhir sekolah.

"Freedom!" Jerit Kamarul dan Faris. Tangan digenggam dan diangkat setinggi-tingginya. Aku yang memerhati hanya menggeleng padahal dalam hati tidak terucap betapa leganya apabila SPM sudah tamat.

Tetapi, hati aku juga sayu nak tinggalkan sekolah ni. Walaupun hanya setahun di sini, banyak kenangan yang tak mampu nak diceritakan.

Dan, korang tak rasa sedih ke lepas ni Mr.Headprefect Poyo dah nak masuk versi dimana kitaorang dah mula belajar di kolej? Bukan di sekolah lagi.

Aku nak nangis!

"Hai bunga-bunga sekalian." Tegur Hariz dengan senyuman lebar. Ammar, Hakimi, Kamarul dan Faris dibelakangnya juga tersenyum gembira.

"Mana Danish?" Soal Siti.

"Dia dekat garaj kereta. Mummy dia call." Balas Ammar. Matanya mencuri-curi memandangku yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Ting!

Aryan busuk 💙
Kak kitaorang otw nak ambik!

Mesej daripada Aryan dipandang sekilas sebelum aku meminta diri untuk pulang. Eliana, Tisya, Siti, Izzah dan Fatin dipeluk erat. Bakal merindui segala benda yang berlaku di sini. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Damai.

"Lepasni dah tak ada lah pengawas singa." Usik Hakimi. Aku mencebik. Pengawas macam ni juga lah yang baik dan banyak membantu tau! Dah lah comel...

"Aku balik dulu. Jaga diri korang!" Air mata mula bertakung. Setiap bangunan dipandang sebelum kaki melangkah menghampiri pagar utama sekolah.

"Ayreen."

Danish berjalan menghampiriku. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Nak balik dah ke?" Kening dijongket ke atas. Aku mengangguk. Kereta papa yang sudah berhenti di hadapan pagar sekolah mengalihkan perhatian aku dan Danish.

"Nah." Danish menghulurkan bungkusan coklat kepadaku. Terkebil-kebil aku menerima hulurannya. Bila diingatkan balik, di pagar ni lah aku dan Danish pertama kali bertemu. Di tempat kami berpijak sekarang. Tempat kami bertemu dan berpisah.

Over lah kau ni Ayreen!

"Jaga diri. Apa-apa call aku." Pesan Danish. Kepalaku diangguk sebelum melangkah ke arah kereta. Bungkusan coklat yang diberi tadi dipandang dengan senyuman.

•••

"Kita pergi bercuti nak tak?" Cadang Aryan. Aku yang duduk di sebelahnya ditoleh. Meminta pendapat.

Gelengan diberikan. Aku nak duduk rumah puas-puas! Dah berapa minggu aku tak dating dengan katil kerana kerap tidur lewat.

"Memang mama dengan aunty Adhia cadang nak pergi bercuti pun." Mama mencelah. Mataku pula sudah terbuntang.

Dengan aunty Adhia?

Maksudnya...

"Yeah! So akak, no excuse!" Aryan Qalish menjelirkan lidahnya. Eee geram nak tampar!

"Bila nak pergi tu, mama?"

"Esok!" Sorak mama gembira sambil menepuk tangan. Aku yang mendengarnya sudah terlopong.

"Hahhh?!!!"

Aryan tersenyum kemenangan. Rancangan berjaya!

-

Beg bagasi milikku dibawa keluar dari bonet kereta. Tidak lupa juga dengan patung di dalam pelukan.

Apa? Tak salah kan nak ada patung?

"Haa tu aunty Adhia!" Mendengar suara mama membuatkan aku mengalihkan pendangan ke arah tempat yang dipandang mama.

Dari jauh, figura Danish yang segak memakai cermin mata hitam ditenung lama. Amboi Ayreen, dah pandai tenung-tenung balik.

"Pergh! Hensem jugak eh bakal suami Sara." Seorang gadis tiba-tiba bersuara serta-merta menyentakkan aku yang dari tadi merenung Danish.

Jelingan tajam dilemparkan. Aryna Qasleana hanya tersengih tidak bersalah.

Kak Aryna atau digelar sebagai along aku ni balik Malaysia minggu lepas. Mama pula cerita semua perkara yang berlaku semasa along tak ada di Malaysia. Termasuk tentang pertunangan aku dan Danish yang ditolak olehku.

"Eh! Ada abang Danial la,along." Aku membalas. Giliran kak Aryna pula memberi jelingan tajam.

Abang Danial? Alah! abang kepada Danish tu la. Tua sangat ke korang ni kalau korang lupa?

"Eh! Orang tak suka dia dah okay?" Kak Aryna meng-flip kan tudungnya. Aryan yang berdiri dibelakang memandang along dengan pandangan menjengkelkan.

-

Langkah kanan dimulakan dengan bacaan bismillah. Pintu ditutup rapat. Aku tak berkongsi bilik dengan siapa-siapa memandangkan along sebilik dengan Aryan.

Mengada budak tu! Takut nak tidur sorang-sorang lah apa lah. Tak padan dengan lelaki. Sofia tengok mahu dia reject Aryan.

Pintu gelangsar dibuka. Laut yang terbentang luas di belakang bilikku dipandang dengan senyuman. CiptaanNya tiada siapa boleh tandingi.

"Cantikkan view?" Suara garau seseorang menyapa gegendang telinga. Kepala laju menoleh ke kiri. Erk!

"Perlu ke bilik kau dekat sebelah aku?" Danish dipandang menyampah. Asyik muka dia je, tak ada muka mamat lain ke yang aku boleh tengok?

"Perlu. Sebab kau aku punya-"

Tanpa mendengar habis ayat Danish, aku terus berlari masuk semula ke dalam bilik. Sliding door ditutup kemudian di kunci. Fuh! Asal kau gelabah sangat Ayreen?

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Handphone yang terletak di dalam sling bag milikku di ambil. Notifikasi aplikasi Whatsapp dilihat.

Aduh!

Danish
Asal kau lari?
Aku tak habis cakap lagi.
Aku nak cakap sebab kau aku punya 'kuli'

Ting!

Ke..Kau ingat aku nak cakap sebab
kau aku punya cinta hati ?😏😏

Mata terpejam rapat. Malunya.

Tak apa, Ayreen. Danish pandai-pandai je buat andaian. Tak kuasa aku nak jadi cinta hati dia!

Ting!

Danish
Bluetick?

You
Ouh
Ehh mana ada bluetick
Ni dah reply ni ha

Handphone dicampak di atas katil apabila melihat perkataan 'typing..' . Aku tak nak layan dia. Nanti lagi malu!

Danish's POV

Senyuman nipis terlakar di bibir. Mesej daripada Ayreen dibaca sekali lagi. Malu lah tu.

Princess Ayreen💞
Ouh
Ehh mana ada bluetick
Ni dah balas ni ha

"Dah malu tak nak mengaku pulak." Omelku sendiri. Senyuman masih terlekat di bibir.

Ni mesti tengah blushing.

Back to Ayreen's POV

"Lepas ni kitaorang nak pergi shopping." Ujar mama kepadaku yang sibuk melahap nasi goreng. Aunty Adhia mengangguk sambil tersenyum.

"Sara pergi la mana-mana dengan Danish.." Tambah aunty Adhia. Aku dan Danish yang enak menjamu selera serentak memandang sesama sendiri.

"Kenapa? Sara tak boleh ikut mama dengan aunty ke?" Kening bertaut. Diri mula hairan. Kenapa mesti aku dengan Danish? Along dengan Aryan boleh pula ikut!

"Sara tak nak luangkan masa dengan Danish?" Aunty Adhia menyoal semula. Apa aunty ni?

Dia tak tahu ke aku dengan Danish dah tak ada apa-apa? Takkan Danish tak bagitahu? Mama pun..takkan tak bagitahu?

Aku ni punya lah broken separuh mati, tak pergi sekolah dua minggu, takkan sorang pun tak bagitahu aunty Adhia dengan uncle Iskandar?

"Tak apa lah. Mummy dengan aunty pergi je lah. Nish boleh jaga Ayreen." Danish akhirnya bersuara tanpa menunggu apa-apa balasan daripadaku. Kurang ajar! Ingat aku budak kecik ke nak jaga-jaga bagai?

Kelihatan Aryan dan along sudah tersenyum mengusik. Tak guna! Tunggu korang!

-

Sepanjang berada di dalam kereta, aku hanya mampu mendiamkan diri. Hanya lagu-lagu yang dimainkan di radio kedengaran. Danish yang fokus memandu langsung tidak dipandang.

Bosannya!

Lebih kurang 20 minit kami berdua mendiamkan diri, kereta akhirnya berhenti. Danish keluar dari perut kereta selepas mematikan enjin. Aku yang masih terdiam di situ memandang ke hadapan. Pantai? Malam-malam macam ni dia bawa aku pergi pantai?

"Orang bawa la pergi mall ke apa ke, ni bawa pergi pantai." Bebelku seorang diri. Tiba-tiba, pintu sebelah penumpang terbuka. Danish memandangku dengan kerutan di dahi.

"Dah habis bebel sorang-sorang sampai tak reti keluar kereta?" Soalnya sinis sekali. Aku mencebik.

Tanpa berkata apa-apa, Danish menarik lenganku yang berlapik dengan blouse biru. Ditariknya sehingga sampai di gigi pantai. Aku hanya menuruti tanpa membantah.

Tangannya dileraikan daripada memegang lenganku, badannya pula dipusing menghadapku di sebelah. Pandangan redup dilemparkan.

Dengan kerutan di dahi, pandangan dialihkan ke arah Danish Izmeer . Anak mata berwarna hazel itu dipandang lama. Automatik aku teringkatkan arwah Farhan apabila merenung mata Danish. Air mata yang bertakung di tubir mata akhirnya mengalir.

"Hey! asal kau nangis?" Danish mula cemas. Dia ada buat salah kah?

Pantas kepalaku digeleng. Senyuman kelat diberikan. Gila lah kau Ayreen!

"Are you sure? Kau takkan nangis tiba-tiba macam ni kalau tak ada sebab."

"Aku..nak Farhan." Sekali lagi air mataku jatuh membasahi pipi apabila menyebut nama Farhan. Rasa diri ingin jatuh terduduk di pasir pantai ini.

"Ayreen, dia dah tak ada. Belajar menerima takdir. Ni semua ketentuan Allah." Sayu sahaja suara Danish. Cuba memujukku yang tidak henti mengeluarkan air mata.

"T-tapi.. aku rin-rindu dia." Tersekat-sekat aku tatkala ingin bersuara.

"Ya, aku faham. Tapi sampai bila kau nak macam ni, Ayreen? Kau langsung tak cuba nak terima semua ni dengan redha."

"Kenapa kau masih terkejar kan orang yang dah tak ada?Sedangkan orang yang cintakan kau ada dekat depan mata kau"

Zapp!!

Mata yang masih berair memandang Danish dengan raut wajah yang tak dapat diungkapkan. Terkejut? Terkedu?

Eliana's POV

Badan dibaringkan setelah tibanya di rumah. Tangan laju membuka aplikasi Instagram. Gambar Ammar yang lalu di wall cukup menarik perhatianku. Bibir mengukir senyuman gatal. Hensem tak terkata!

"Amboi gatal eh kau, Eli." Pipiku ditampar.

Mataku bersinar apabila memandang instagram story seseorang. Tangan sudah menekup mulut tanda teruja.

"Fuyo! masuk list close friend Danish." Sorakku. Jari menekan instagram story lelaki itu sebelum riak terkejut terpancar pada wajah.

Ayreen?

"Bila masa Danish dengan Ayreen get back?" Kening bertaut. Pelbagai soalan bermain di minda. Aku memandang semula gambar Ayreen yang dipos oleh Danish di instagram story 8 jam yang lepas.

Bibir sekali lagi mengukir senyuman nakal. Ni kalau usik Ayreen best ni!

Back to Ayreen's POV

Usai mandi, handphone dicapai kemudian butang on ditekan. Tiada mesej daripada 'dia' .

"Kenapa kau masih terkejar kan orang yang dah tak ada?Sedangkan orang yang cintakan kau ada dekat depan mata kau"

"Sedangkan orang yang cintakan kau ada dekat depan mata kau"

Mata dipejam serapat yang boleh. Apa semua ni ?

Ting!

Eliana 🌈
Seronok honeymoon?

Mesej daripada Eliana itu dibaca dengan kerutan. Bila masa aku cakap aku pergi honeymoon?

Jari laju menekan papan kekunci. Menaip mesej untuk dihantar pada Eliana.

You
Mana ada honeymoon!
Family trip okay!
Er..tapi sekali family Danish..

Eliana 🌈
Honeymoon jugak lah tu! 🙊
Ececeh, dah ada something2 tak bagitau eh.
Nak kena Ayreen ni!

"Apa Eliana ni merepek?" Soalku sendiri. Bingung jadinya.

You
Ish apa kau ni.
Daripada aku layan kau, baik aku ambik angin luar.
Babai 😝

Aplikasi itu ditutup. Lantas tangan mencapai selendang hitam dan disarung pada kepala. Kot-kot kalau keluar pergi balkoni ada Danish kat sebelah, mahu gelabah cari tudung.

Bunyi petikan guitar menarik perhatianku. Aku terdiam. Suara dia..

Biar waktu tentu takdir kau dan aku
Biar hati jadi saksi bersamamu
Namun aku,tak sanggup merelakan
Hancur semua namun ku
Tahu yang kau harus ku lepaskan

Tiba-tiba teringatkan saat dimana aku betul-betul putus harapan, patah hati. Hanya disebabkan lelaki yang bergelar ketua pengawas.

Biarkan semua
Kenangan yang indah
Akan selalu ada
Kau dan aku bersama

Biarkanlah sayang
Cinta kita hilang
Walau kita tak rela
Tinggalkanlah demi kita
Demi kita

Danish berhenti memetik gitar. Dia yang perasan aku memandangnya terus menoleh ke arahku. Selepas beberapa saat, dia berdiri kemudian melangkah masuk semula ke dalam bilik.

Aku mengeluh perlahan. Niat nak ambil angin luar terus terbantut. Langkah longlai diaturkan masuk ke dalam bilik.

Danish's POV

Pintu gelangsar dikunci. Ayreen yang masih berdiri tegak di balkoni biliknya diintai. Tetapi tidak lama, gadis itu juga masuk semula ke dalam biliknya.

Aku terus menyandarkan diri di pintu itu. Nafas dihela perlahan.

Maafkan aku, Ayreen.

•••

"Hey budak gemuk!" Kepala Aryan tersembul di pintu bilik. Tajam mata memandang ke arah Aryan Qalish. Tak guna dia panggil aku gemuk! Sumbat mulut tu dengan pasir baru tau!

"Malam nanti, abang Danish suruh pergi pantai belakang." Aryan menyampaikan pesanan.

"Kalau tak nak?" Kening sebelah dijongket ke atas. Aryan pula mengerlingku tajam.nApa? Nak cakap aku ni degil lah tu.

"Akak ni jangan mengada boleh tak? Abang Danish ada orang lain nanti dia juga yang meraung, merengek, menangis, terkurung dalam bilik macam orang hilang anak." Kutuk Aryan tanpa belas kasihan.

"Cerita dulu jangan dikenang." Balasku.

"Along pesan, kalau dah suka jangan nak berdalih lagi. Melepas tak ada guna. Jangan ego sangat. Macam Yan cakap tadi..nanti akak juga yang bagai kaca terhempas ke batu ." Sempat Aryan selitkan peribahasa. Aku mengulingkan bola mata.

Ada betul juga apa yang dikatakannya.

"Ye la ye la." Akhirnya, aku akur.

Malam itu, aku mengenakan blouse berwarna hitam dan seluar putih di badan. Minyak wangi disembur. Nafas ditarik kemudian dihembus. Rilek Ayreen. Jangan gelabah, jumpa Danish je pun.

Handphone yang terletak di atas meja solek dicapai. Langkah diatur menuju ke pintu. Baru sahaja ingin mengunci pintu, kaki terpijak pada patung teddy bear kecil.

"Anak siapa tinggal patung depan bilik aku ni?" Bebelku sebelum mata tertancap pada sepucuk surat yang terletak elok di pelukan patung itu.

Dengan kerutan di dahi, tangan mencapai surat itu dan dibaca.

Hye pretty ;)
Firstly,aku rasa kau tahu siapa yang buat semua ni..
Sekarang ni, aku nak kau ikut kelopak bunga dekat depan kau.

Aku memandang lantai di hadapan.Ouh..ada kelopak bunga ros.Patutlah rasa macam bau ros tadi.

Surat tadi disambung baca..

Jangan salah ikut pulak,nanti kau tak jumpa jodoh kau yang hensem ni.
Jumpa dekat sana,sayang <3

Aku tersenyum sendiri. Jodoh yang hensem? Perasan!

Jangan nak nafikan Ayreen, kalau dia tak hensem tak adanya kau kena berebut dengan Misha and Izara

Kaki mula bergerak melangkah mengikut setiap kelopak bunga yang sudah ditabur. Bau bunga ros itu sekali lagi membuat aku tersenyum. Gembira di hati tak terkata.

Sampai sahaja di kelopak yang terakhir, mataku terhenti pada lilin-lilin yang disusun mengikut bentuk hati. Mulut ditekup. Danish ke yang buat semua ni?

Tapi..

Mana orangnya? Aku tak nampak kelibat siapa-siapa pun dekat sini.

"Ehem." Badan dipusing ke belakang. Danish Izmeer yang memakai kemeja hitam dipandang lama.

"Hai..princess." Danish tersenyum manis.

"Hai." Balasku perlahan. Kepala ditunduk memandang pasir pantai. Malu, segan tak terkata.

"First of all, aku nak minta maaf kalau aku ada buat hati kau terguris secara sengaja ataupun tak. Aku pun manusia, tak lepas dari membuat kesilapan. Tak sempurna. Banyak masalah yang aku dah buat kat kau. Sorry, again." Ucapan Danish sedikit sebanyak membuat hati aku lega. Mengharapkan tiada lagi pertengkaran yang berlaku.

"Aku dah lama maafkan kau, Danish. Aku pun sama, banyak salah silap yang aku buat. Sorry." Pintaku seikhlas-ikhlasnya. Jejaka di hadapanku ini sudah tersenyum nipis.

"Ayreen.." Danish dipandang.

"Aku tak tahu kau akan terima ke tak kalini, tapi tak salahkan aku mencuba nasib?"

Ayat yang ditutur Danish membuatkan aku jadi tak keruan. Apa dia nak buat? Cuba nasib apa? Ada apa-apa yang berlaku ke?

Danish menarik nafas kemudian di hembus. Matanya terpejam beberapa saat. Aku di hadapannya sudah berdebar-debar. Jantung rasanya mahu meletup.

"Sudi tak kalau kau jadi tunang aku?And promise me,you will be my wife also mother to our children?" Danish memandang anak mataku.Aku terdiam.Mulut ditekup..nanangis.

Nak ke tak nak?

"Er Danish, a-ku bukan apa. T-tapi.."

Aku memejamkan mata.

Senyuman manis terlakar di bibir..










"I will"

Dapat ku lihat senyuman bahagia di bibir Danish. Lelaki itu bagaikan tidak percaya akhirnya Ayreen Qaisara menerimanya.

"Pengantin baruu..pengantin baru..eaok eaok" Aku memandang belakang.

Aryan!

"Along bila pulak? Sara dah nak bertunang. Jodoh along pun ada je kat sini. Tu abang Danial tu." Aryan mencuit kak Aryna. Sengaja mahu mengusik kakak sulungnya itu.

"Balik KL nanti kita buat persiapan la kan?" Aunty Adhia mula teruja. Dia dan mama sudah berpeluk sakan.

Nampaknya apa yang terjadi tadi telah diperhatikan oleh keluarga aku dan Danish dalam diam.

Danish menarik hujung lengan bajuku. Sebelah tangannya pula memegang guitar yang dibawa abang Danial.

Kami berdua mengambil tempat di atas kayu. Menghadap air laut yang begitu tenang. Pandangan beralih ke arah guitar yang Danish pegang. Seterusnya aku merenung Danish yang sibuk menikmati keindahan pantai.

"Danish, nyanyi lah." Suaraku menyentakkan Danish di sebelah.

"Lagu apa?" Mendengar soalan Danish, aku menjongketkan bahu. Dia diam beberapa saat kemudian petikan guitar mula kedengaran..

attention - charlie puth

"Oouhhh , Hmmm , Yeah"

Mata Danish tidak lepas dari memandangku. Aku tersenyum.

You've been running round
Running round
Running round
Throwing that dirt all on my name

Cause you knew that
I knew that
I knew that
I'd call you up

You've been going round
Going round
Going round
Every party in LA

Cause you knew that
I knew that
I knew that
I'd be at one

Danish yang menghayati lagu itu ditenung. Macam tahu-tahu je lagu kegemaran aku.

I know that dress is karma
Perfume regret
You got me thinking 'bout when you were mine

And now I'm all up on ya
What you expect
But you're not coming home with me tonight

You just want attention
You dont want my heart
Maybe you just hate the thought of me with someone new

Yeah you just want attention
I knew from the start
You're just making sure I'm never getting over you

Ouhhhhhhh








"I love you,Ayreen Qaisara" Danish tersenyum.

"I love you too and more,Danish Izmeer"







The End dah ke?














To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro