MHP 54
chapter kalini tak ada POV sebab saja-saja and chapter ni panjang sikit kalau nak banding yang sebelum edit sebab author ada tambah tambah sikit hehe.
_____________________
Telefon pintar di atas meja lampu dicapai. Jam yang sudah menunjukkan pukul 2 pagi itu ditenung tidak percaya. Mata digosok-gosok. Ngantuknya tidak lagi mampu ditahan!
"Tahan Danish tahan." Danish memujuk dirinya sendiri. Laptop yang masih terbuka di hadapan itu dipandang semula dengan kerutan di dahi. Satu persatu e-mail diperiksa. Gambar kumpulan Farid yang sedang mengambil bahan terlarang sedang tersebar di laman rasmi sekolah. Bukan di situ sahaja, gambar itu juga sudah tersebar di luar sekolah.
"Susah." Keluhnya. Gambar itu serta-merta merosakkan dan menjatuhkan imej SMK Damai. Apa dia nak jawab dengan pengetua ni?
Kepalanya kusut memikirkan. Adakah pengetua akan menghukumnya kerana menjadi ketua pengawas yang tidak bertanggungjawab?
Nampaknya selepas ini dia perlu membuat rondaan blok dengan lebih kerap.
Pagi itu, Danish Izmeer hadir awal ke sekolah. Dia sudah memberitahu di group rasmi pengawas dimana dia akan mengadakan perjumpaan.
"Assalamualaikum." Seorang gadis masuk ke dalam bilik pengawas. Dia tersenyum sebelum menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Aku tersenyum nipis selepas menjawab salam. Pelajar tingkatan 2 yang ayu bertudung labuh berwarna biru dan memakai handsock itu duduk di atas kerusi. Di tangannya sudah tersedia notepad dan pen berdakwat hitam.
Pintu bilik pengawas sekali lagi ditolak oleh seorang gadis yang baru tiba. Wajah Ayreen Qaisara dipandang sekilas. Tiada salam tiada apa, terus redah je masuk.
Danish menggelengkan kepala.
"Ada apa kau nak buat meeting?" Soal Ayreen. Pelajar perempuan tingkatan 2 yang masih menunggu disitu dipandang Ayreen. Jam yang baru menujukkan 6:50 dilihat.
"Awalnya Qis datang." Tegur Ayreen pada pelajar itu. Gadis tingkatan 2 atau namanya Qistina hanya tersenyum malu.
"Aku yakin cikgu Nizam akan pilih dia jadi penolong ketua pengawas nanti." Ujar Danish. Qistina masih tersenyum malu. Ayu sahaja.
"Kau tak jawab lagi soalan aku." Ayreen kembali mengalihkan padangan ke arah Danish. Dia masih hairan kenapa Danish mahu membuat perjumpaan pada waktu pagi. Selalunya perjumpaan aku dibuat selepas tamat waktu persekolahan.
"Kau tak tengok website sekolah ke?" Danish mengerut hairan.
"Pasal Farid and the geng ke?" Soal Ayreen semula. Danish Izmeer hanya mengangguk mengiyakan soalan Ayreen.
Waktu sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Badan pengawas SMK Damai sudah memenuhi ruang di bilik pengawas. Danish mula membincangkan hak berlaku. Dia juga memberi arahan dan tugasan baharu kepada mereka. Nampaknya kalini jadual bertugas pengawas akan lebih padat. Lebih-lebih lagi pengawas tingkatam 4 kerana mereka yang akan mengambil alih sepenuhnya apabila pengawas tingkatan 5 sibuk membuat persediaan SPM.
"Abang Danish! Kak Emisha injured!" Seorang pelajar tingkatan 1 bersuara. Semua mata menumpukan perhatian ke arah Emisha Puteri yang mengaduh sakit.
"Kenapa?" Danish bergegas melangkah ke arah Misha. Kaki Misha yang luka itu dipandang. Darah yang mengalir membuatkan jeritan Misha lebih kuat. Gadis itu cukup benci dengan darah yang mengalir.
"Kaki I sakit. Terkena paku dekat meja ni. Sakitt you!! Tengok darah ni!!" Misha menarik-narik lengan Danish. Danish mengarahkan Ammar untuk mengambil minyak, kapas dan plaster di dalam peti kecamasan.
"Eli, kau tolong cuci luka ni." Arahan daripada Danish membuatkan Eliana terlopong. No way!
"No! I nak you cucikan. Please, Danish. Sakit ni!" Misha mengesat air matanya yang mengalir. Danish Izmeer mengeluh perlahan. Ammar menghulurkan barang yang diperlukan kepada Danish.
"Buka lah kasut dengan stoking kau. Habis stoking terkena darah." Jejaka itu memandang Misha yang masih terkulat-kulat merenungnya.
Danish melutut di hadapan Emisha. Hatinya rasa sebersalah pada seseorang tetapi tidak tahu kenapa. Darah yang mengalir itu dicuci sehingga bersih sebelum ubat disapu dengan perlahan. Telinganya hanya mampu menahan jeritan Emisha ketika ubat kuning itu disapu.
Tanpa disedari, sepasang mata memandang adengan itu dengan hati yang agak terluka. Tapi dia tiada hak untuk berkata apa-apa.
•••
Tiga bulan berlalu, tangan tidak lepas dari memegang buku latihan dan rujukan. Otak pula ligat menghafal segala formula dan nota-nota ringkas. Debaran kian terasa.
Ayreen sehingga kini tidak banyak bercakap seperti dahulu. Mungkin dia agak tertekan dengan peperiksaan besar yang sudah tiba.
Begitu juga dengan Danish. Makin hari, dia semakin dingin dengan semua orang selepas kejadian di bilik pengawas. Dia sudah kurang bercakap dengan perempuan lebih-lebih lagi Emisha mahupun Izara. Tidak mahu mengambil kisah hal mereka kerana dia tahu ada yang akan mengambil kesempatan terhadapnya.
"Tekun bhaii korang study." Faris melabuhkan punggung di atas kerusi. Buku-buku rujukan miliknya diletakkan di atas meja.
Danish memandang Faris. Nota yang dibacanya diletakkan di atas meja. Kepalanya yang sudah penuh dengan pelbagai formula diurut perlahan.
"Otak aku nak meletup buat jalan kira addmath ni." Eliana memejamkan matanya. Buku latihan Addmath dipegang lalu kepalanya diketuk berkali-kali menggunakan buku itu. Dia sungguh benci dengan matapelajaran matematik. Matematik moden atau matematik tambahan, sama sahaja! Entah bagaimana dia boleh masuk kelas 5 Emerald yang dikenali sebagai kelas sains tulen itu.
"Kan best kalau tak payah ambil SPM. Terus kahwin pun tak apa lah." Kamarul sudah tersengih sendiri. Hakimi disebelahnya laju mengetuk kepala Kamarul menggunakan kotak pensel. Gatal!
"Siapa nak kahwin dengan kau? Tak laku." Kutuk Ammar sebelum terkekek mengetawakan Kamarul yang sudah masam mencuka.
"Tisya kan ada..."
Gulp!
Semua memandang ke arah Tisya yang sudah terlopong. Pipinya yang putih sudah berona merah.
Habislah lepasni!
-
Langkah longlai diatur masuk ke dalam rumah. Ayreen menhampiri Aryan yang khusyuk menonton kartun Spongebob di kaca televisyen. Badan gadis itu direbahkan di atas sofa. Matanya terpejam rapat.
"Sara ku sayang, pergi mandi dulu. Balik-balik sekolah terus baring. Amboi!" Puan Linda yang muncul dari dapur menghampiri Ayreen dan Aryan di ruang tamu. Anak daranya yang baring terkangkang di atas sofa dipandang bersama gelengan di kepala.
"Tu lah. Busuk pula tu." Kutuk Aryan. Ayreen langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakan Aryan. Yang dia tahu, dia penat!
"Saraa, bangun bangunnn!!" Pipi gebu Ayreen ditampar Puan Linda berkali-kali. Sengaja mahu anaknya rasa annoying.
"Eee ye ye! Sara bangun." Ayreen mengalah. Dia bangkit dari pembaringan. Baru niat mahu tidur sekejap sebelum sambung mengulang kaji. Mama pula mengacau.
"And now your song is on repeat, And I'm dancing on to your hearbeat, And when you're gone I feel incomplete,So if--"
Ting!
Ting!
Nyanyian Ayreen terbantut. Telefon pintar miliknya yang elok terletak di atas meja solek diambil. Butang tengah ditekan dan terpampang mesej daripada Danish Izmeer.
Danish
Nak study kimia dengan aku
tak?
Mesej Danish dipandang lama. Gadis itu teringat yang dia ada minta Danish ajarkan subjek Kimia.
You
Nak nak. Bila? Dekat mana?
Ayreen menunggu balasan daripada Danish. Skrin telefon miliknya ditenung lama.
Danish
Rumah kau.
You
On.
Handphone diletakkan kembali di atas meja. Tuala dicapai kemudian kaki melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
"Akak! Abang Danish datang!" Laung Aryan.
"Kejap!!"
Tudung disarung pada kepala. Alat tulis, kertas kosong, buku teks dan buku rujukan subjek Kimia dibawa keluar dari beg sekolah. Kaki pantas melangkah menurun ke tingkat bawah.
Danish yang sudah bersedia di meja yang terdapat di halaman rumah dipandang Ayreen.
Meow!
Milo si kucing yang entah muncul dari mana menggesel badannya pada kaki Ayreen. Geram gadis itu membuak-buak pada kucing yang badannya semakin membesar itu. Makin gemuk!
Danish Izmeer dihampiri. Buku-buku diletakkan di atas meja. Sesi mengulang kaji bermula. Modul Kimia dibuka. Satu persatu helaian diselak sehingga tiba di tajuk Termokimia.
Soalan pertama dibaca Ayreen dengan perlahan.
"Satu eksperiman dijalankan dengan mencampurkan serbuk magnesium secara berlebihan ke dalam 100 cm3 larutan ferum(II) klorida 0.5 mol dm-3. Apakah perubahan suhu yang dijangkakan dalam eksperiman ini?"
Ayreen mengerutkan kepala. Dia cuba mengingati formula bilangan mol iaitu MV/1000 .
"Boleh jawab tak?" Danish tiba-tiba memecah kesunyian antara mereka berdua. Wajah dinginnya ditenung Ayreen sebelum gadis itu menggeleng perlahan.
Modul Ayreen dicapai oleh jejaka itu. Soalan tadi dibaca kemudian kepala mengangguk faham.
"Soalan tanya tentang perubahan suhu. Tentukan bilangan mol dulu. Kau ingat formula?" Danish menjongketkan keningnya. Ayreen mengangguk laju.
"MV bahagi 1000." Balas gadis itu.
"So ikut formula, 0.5 darab 100 lepastu bahagi 1000. Bila dah dapat, guna formula perubahan haba pula. Pastikan guna unit joule..."
Danish menerang lagi satu persatu. Ayreen di hadapannya hanya menganggukkan kepala menandakan dia faham.
Hampir dua jam setengah mereka berdua mengulang kaji mata pelajaran Kimia. Ayreen menghela nafas lega. Akhirnya banyak yang sudah difahami.
"Danish, sini lah minum teh dulu sebelum balik." Panggil Puan Linda. Dia menjemput Danish masuk ke dalam rumahnya. Teh dan kuih-muih dihidangkan. Aryan yang memandang Danish dan kakaknya itu sudah tersenyum nakal.
"Apa senyum-senyum? Kena sampuk ke?" Ayreen menjeling. Aryan pula membalas.
'Kahwinkan dengan Danish baru tahu.' Desis Aryan. Senyuman nakal masih terlakar dibibirnya.
-
Malam menjelma, punggung dilabuhkan di atas kerusi di halaman rumah. Tempat dimana dia dan Danish mengulang kaji petang tadi.
Sedang Ayreen sibuk menggunakan aplikasi Instagram, matanya terhenti pada satu posting oleh Aryan.
Ceh.
AryanQalish_
#JejakaKesayanganKalian
❤️100,020
@Neylya OMG HANDSOME NYA YOU!!!!!!!!!!!!!!!!!!
@ZahiraTisya_ Jangan handsome sangat boleh tak😒
@Daaniisyaa Handsomenya adik @AyreenSara_ 😭😭
@IzKimi Fikir sem arh?😂
@Trisyyaaa.Dyna Awww..my boyfriend!!
@Ameliaatasya Wuuuu @SofiaaNina
@PtraAmmar Bapak ah adik Ayreen..
"Hah! Tenung gambar orang!" Sergah Aryan. Ayreen yang baru ingin membaca komen yang lain terus menutup aplikasi itu.
"Tak study ke?" Soal Aryan sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Akak dah penat hadap buku." Balas Ayreen malas. Aryan Qalish hanya mengangguk faham.
"Akak.." Panggilnya.
"Akak tak cintakan abang Danish dah ke? Macam sebelum ni?" Aryan mengutarakan soalan yang mampu membuat Ayreen tergamam terkedu dan tersentak.
"Ish! Akak nak exam, dia tanya pasal cinta-cinta pulak."
"Yan nak kepastian jee.." Jawab Aryan. Kepala Ayreen digeleng. Barangkali dah tak ada perasaan.
Aryan mengeluh perlahan.
Hanya tuhan dan dia sendiri yang tahu isi hatinya.
•••
Tiba sahaja di hadapan sekolah, Ayreen menarik nafas kemudian dihembus perlahan. Niat ingin menghilangkan rasa gemuruh dan gementar...tetapi...
"Tarik nafas kak lepastu hembus. Yan yakin soalan nanti mesti susah gila kak." Usik Aryan. Perkataan susah itu ditekankan. Sengaja mahu Ayreen menjadi lagi gementar.
Aunty Linda yang berada di tempat duduk penumpang hadapan mencubit lengan Aryan membuatkan dia mengaduh kesakitan.
"Kakak kamu nak exam, bagilah kata-kata semangat. Ini lagi diusik ada lah." Bebel Puan Linda. Encik Hashim di sebelah hanya ketawa melihat gelagat anak-beranak itu.
"Sara, baca doa. Selawat banyak-banyak. Good luck. Buat yang terbaik untuk mama dengan papa-"
"Untuk Yan sekali." Aryan laju memotong percakapan Puan Linda. Kepalanya ditunjal oleh Ayreen. Lebih-lebih budak ni!
Mereka berdua bersalaman dengan mama papa tercinta sebelum melangkah keluar dari perut kereta.
"Good luck , kak. Dapat result cun Yan belanja aiskrim." Ujar Aryan sambil mengenyit sebelah matanya. Rasa mahu termuntah.
"Ayreen!" Eliana berlari anak ke arah Ayreen. Siti yang juga baru tiba menghampiri Eliana dan Ayreen.
"Jam di dinding terus berdetak aaa dup dap dup dap dup dap dup." Lagu Ayda Jebat dinyanyikan oleh Siti. Nampaknya dia begitu berdebar. Begitu juga dengan Ayreen dan Eliana.
"Pelajar tingkatan 5, sila berkumpul di kantin. Bacaan yaasin akan bermula tidak lama lagi." Laungan cikgu Aishah mendapat perhatian semua pelajar di situ. Ayreen, Eliana dan Siti mengaturkan langkah ke arah kantin.
"Rereen, tolong ambilkan yaasin." Eliana mengerdipkan matanya berkali-kali. Gedik sekali!
"Assalamualaikum semua pelajar tingkatan 5.." Ustaz Yusuf bersuara bersama mikrofon kecil di tangan. Semua pelajar menjawab salamnya serentak.
"Alhamdulillah pagi ini dapat lagi kita bertemu, masih diberikan rezeki daripada Allah untuk bernafas seperti biasa. Sebelum kamu memulakan peperiksaan besar, hendaklah kita membaca surah yaasin dulu setiap hari ye? Buka sikit hati kamu tu, kan?" Ustaz Yusuf tergelak kecil.
"Jadi tanpa melengahkan masa, saya menjemput Danish Izmeer untuk mengetuai bacaan yaasin pada pagi ni. Dipersilakan." Mikrofon kecil itu dihulur kepada Danish yang merupakan pemimpin kepada pelajar SMK Damai.
Bacaan yaasin dimulakan. Alunan suara Danish didengari semua pelajar di kantin.
•••
Baju kurung putih disarung pada badan. Selendang putih yang terletak kemas di atas katil dicapai lalu dililit di atas kepala sehingga kemas. Ayreen tersenyum manis di hadapan cermin. Gaya macam nak pergi bernikah!
Pelembab bibir dicalit sedikit untuk mengelakkan bibir kering. Ketukan di pintu menyentakkan Ayreen.
"Akak! Dah siap ke belum?" Suara Aryan kedengaran di sebalik pintu.
"Kejap!"
Malam ni, Ayreen sekeluarga perlu pergi ke rumah uncle Iskandar dan aunty Adhia. Ada majlis bacaan yaasin untuk Danish dan Ayreen. Jadi nak tak nak kena pergi juga.
Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama Danish ditenung Ayreen. Hari terakhir Danish mesej Ayreen sewaktu bercadang mengulang kaji Fizik. Itu yang terakhir.
Rindu? Tipu lah kalau tak.
"Sara..jom." Panggil Puan Linda. Ayreen menggangukkan kepala.
Rumah tiga tingkat di hadapan itu dipandang kosong. Malu rasanya. Aryan yang mencuit bahu Ayreen serta-merta menghentikan lamunan gadis itu.
"Linda.." Puan Adhia memeluk mama kepada Ayreen. Seterusnya Ayreen pula dipeluknya. Rindu rasanya pada gadis itu walaupun baru sahaja berjumpa.
Encik Iskandar pula sudah berbual dengan papa Ayreen. Laju je!
"Jom masuk." Jemput Puan Adhia. Mata Ayreen Qaisara melilau mencari kelibat Danish. Nafas dihela perlahan. Nasib tak ada.
'Kenapa kau nak malu sangat dengan Danish tu Ayreen?' Soal Ayreen sendiri. Tapi, tidak peliklah kalau malu kerana mereka berdua sudah jarang menegur. Tak ada angin tak ada ribut, segalanya berlaku sekelip mata.
Selama 4 bulan, boleh dikira menggunakan jari berapa kali sahaja mereka saling menegur.
Tiba-tiba mata Ayreen terhenti pada figura jejaka yang segak mengenakan baju melayu berwarna krim. Siapa lagi kalau bukan Danish Izmeer..
"Danish, tolong ambilkan raga yaasin kesini." Arah Puan Adhia pada anak teruna nya itu. Danish akur kemudian membawa sebuah raga yang berisi yaasin. Dihulurkan raga itu kepada semua orang yang hadir.
40 minit berlalu, bacaan Yaasin akhirnya selesai. Tiba masa untuk menjemput tetamu makan.
"Sara, macam mana jawab exam tadi? Okay" Puan Adhia menyoal. Ayreen tersenyum manis apabila dia dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.
"Okay je aunty." Balasnya.
Perut yang berkeroncong dipegang. Puan Adhia menyuruh Ayreen mengambil makanan tetapi gadis itu mahu menunggu orang yang ramai berkurang. Begitu sesak tempat mengambil makanan. Tak sanggup!
"Aunty minta Danish ambilkan makanan nak? Sekejap aunty panggilkan. Danish!!" Baru sahaja Puan Adhia ingin berdiri, Ayreen pantas menegah. Dia menggeleng. Tak mahu susahkan Danish.
"Ayreen boleh ambil sendiri aunty. Tak payah lah." Tolaknya lembut. Aryan yang melihat gaya pertuturam Ayreen ingin segera mengeluarkan muntah. Dekat rumah macam gorilla, kat sini ayu pulak!
Danish Izmeer yang mendengar panggilan ibunya segera menghampiri. Puan Adhia dipandang dengan kening dijongket ke atas. Amboi!
"Ye mummy?"
"Tolong ambilkan makanan dekat Ayreen ni, perut berbunyi-bunyi dah lahai. Kesian dia." Pinta Puan Adhia. Tanpa membantah, Danish menganggukkan kepala.
"Aunty tak apa. Sara boleh ambik makanan dengan mama nanti." Sekali lagi gadis itu menolak. Danish yang baru ingin melangkah terbantut.
"Mama kamu dah pergi ambil makanan dah Sara." Puan Adhia tergelak kecil. Ayreen pantas menoleh. Mamanya dan Aryan sudah tiada.
'Sampai hati mama tinggal Sara yang kelaparan dekat sini.' Desis Ayreen. Rasanya seperti ingin meraung. Merajuk!
"Aunty pergi dekat depan sekejap ye, ada orang panggil." Puan Adhia berdiri. Langkahnya laju diaturkan ke ruang tamu pertama.
"Nak makan ke tak?" Danish menyoal memandang Ayreen yang masih terkebil-kebil.
Gadis itu masih diam. Danish mengulingkan matanya. Lengan Ayreen berlapikkan baju kurung putih itu ditariknya pergi ke tempat nasi dan lauk disediakan.
"Ada mulut lain kali cakap." Tegur Danish. Ayreen hanya menunduk. Kenapa Danish begitu berubah sebegini?
Nasi dicedokkan di atas pinggan. Lauk pauk yang menarik perhatian Ayreen membuatkan perut gadis itu kembali berbunyi.
"Kau nak makan dekat mana?" Danish memandang Ayreen yang sibuk mencari mama nya dan Aryan. Keluhan dilepaakan. Lengan gadis itu sekali lagi ditariknya pergi ke belakang rumah. Meja kopi di sebelah kolam ikan itu menjadi tempat untuk Ayreen menjamu selera. Mereka berdua duduk di situ.
Selepas sahaja membaca bismillah, Ayreen menjamah nasi dan lauk di dalam pinggan. Lapar sangat!
Danish yang meneguk teh susu di hadapan gadis itu hanya tersenyum kecil. Lama rasanya dia tak berbual dengan Ayreen.
"Jangan lah tengok aku. Ada comot ke?" Ayreen mula cemas. Keliling mulutnya disapu. Risau kalau ada nasi melekat.
Ayreen di sekolah dan luar sekolah terlalu lain bagi Danish.
"Kau ni pakai baju serba putih nak jadi bunian ke?" Soal Danish dengan nada bersahaja. Ayreen yang sibuk mengunyah itu terhenti.
"Kau ni, jaga sikit mulut tu." Marahnya. Danish hanya terkekek mengetawakan Ayreen.
"Yang kau malu-malu dengan aku ni kenapa?" Soalan lain pula diberikan.
"Mana ada." Ayreen menafikannya sedangkan dia tahu, Danish kerap memerhatikannya yang malu malu kucing tadi. Ahaks!
"Kau sejak dua tiga bulan ni kenapa? Tertekan ke?" Giliran Ayreen pula menyoal. Nasi di dalam pinggan sudah habis licin!
"Maksud kau?" Danish mengerut hairan.
"Kau..kurang bercakap, dingin, bila ditanya jawab malas-malas. Lagi-lagi dengan perempuan. Kenapa eh? Eliana tu dah banyak kali berasap sebab kena palau dengan kau." Ayreen mengeluh kecil. Apa yang tersimpan akhirnya diluahkan.
"Entah lah. Aku kesian dengan kau Reen. Kau kena dengan Misha, lepastu Izara. Semua sebab aku." Jejaka di hadapan Ayreen itu mengeluh.
"Selama ni Misha tu pura-pura berbaik dengan kau. Dia ambil kesempatan tu untuk lebih dekat dengan aku. So untuk elakkan semua tu berulang, aku betul-betul malas nak endahkan perempuan. Biar Misha dengan Izara tu berdendam sorang-sorang." Tambah Danish.
"Aku tahu kau jealous masa aku rawat kaki Misha kat bilik pengawas dulu. Aku nampak Ayreen." Bibir Danish melakar senyuman nipis. Pipi Ayreen pula sudah berona merah.
"Aku sayangkan kau. Aku tak nak kau jealous dan aku tak nak orang berdendam dengan kau macam Misha dengan Izara buat. Jadi sejak daripada tu, semua orang aku layan sama rata. Sayang ke tak sayang, semua aku tolak tepi. Fokus aku time tu hanya kepada SPM dan jawatan yang aku sandang." Jelas Danish untuk kali terakhir. Kepala Ayreenh hanya mengangguk. Dia sudah faham.
"Akak, jom balik." Aryan yang muncul entah dari mana menyentakkan Ayreen dan Danish.
Sempat Ayreen meminta diri kepada Danish untuk pulang. Senyuman mereka saling berbalas.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro