Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 53

Anis's POV

Loceng rumah Ayreen ditekan, tersembul wajah kacak Aryan Qalish yang digilai ramai. Kalau aku cakap macam ni depan dia, mahu kembang semangkuk!

"Kak Reen manoi?" Mataku melilau mencari kelibat Ayreen Qaisara. Tetapi tiada. Kalau yang jenis cepat bersiap tu bukan Ayreen namanya!

"Macam biasa lah, akak tu nak bersiap makan masa sejam." Kutuk Aryan. Aku ketawa kecil. Aiseh!

"Hey bestiee!" Ayreen muncul di belakang Aryan. Bau Ayreen yang cukup semerbak itu membuatkan aku sakit kepala.

Rasanya semua orang tahu yang Ayreen ni sekali dia sembur minyak wangi macam mana. Rasanya dalam seminggu boleh habis sebotol!

"Akak kuat nya bau perfume kau!" Aryan memicit hidungnya.

"Untuk sentiasa wangi, of course lah!" Tudungnya di flip kebelakang.

"Kawan-kawan aku semua dah tunggu dekat sana. Jom lah gerak! Lambatlah kau ni Anis." Tuduh Ayreen. Kereta aku dituju kemudian Ayreen terus memasuki ke dalam perut kereta.

"Aku yang lambat ke dia yang lambat sekarang ni?" Omelku. Aryan yang masih berdiri di belakang hanya mengetawakan aku.

Setengah jam berlalu, aku dan Ayreen bergegas melangkah ke arah Kafe yang telah dijanjikan. Masak ni kalau kena bebel dengan kawan-kawan Ayreen.

"Lambat!" Eliana mencebik. Salahkan Ayreen, bukan aku!

"Itu lah, sejam jugak tunggu korang ni." Giliran Tisya bersuara. Ayreen hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Eh jom kita order makanan. Hehe." Ayreen masih tersengih malu. Shy shy syaiton gituh!

Back to Ayreen's POV

"Sakit kaki lah." Adu Siti sambil berjalan dengan longlai. Apabila dia ternampak bangku, laju sahaja dia berlari untuk melabuhkan punggung di situ.

"Fuhlamak! Jejaka Idaman SMK Damai kat sini siak!"

Kami memandang ke arah tempat yang dipandang Fatin. Kelihatan Faris, Kamarul dan Hariz berada di dalam sebuah kedai kasut berjenama.

"Bertiga je ke?" Izzah menyampuk.

"Nampaknya begitulah." Balas Fatin. Matanya masih memandang ke arah tiga jejaka itu tanpa berkelip.

Atau lebih tepat..

Memandang Faris tanpa berkelip.

"Eeeee tangkap cintan dengan Faris ehhh." Anis mula mengusik. Boleh dilihat sendiri dengan mata kasar. Sudah terang lagi bersuluh!

Walaupun Anis bukan pelajar SMK Damai, tetapi dia begitu akrab dan senang bergaul dengan kawan-kawanku yang lain.

"Eh mana ada! Tak baik tuduh." Bantah Fatin. Wajahnya yang putih berseri itu sudah merah bak tomato!

"Ada-ada je korang ni." Aku menggelengkan kepala. Aku juga dapat merasakan benda yang sama seperti yang dikatakan Anis.

-

Pintu rumah ditutup rapat. Jam yang sudah menunjukkan pukul 8 malam dipandang sekilas.

"Eh Sara, baru balik?" Soal aunty Adhia yang sedang menghidangkan makanan di atas meja makan untuk makan malam.

"Ha'ah aunty." Aku tersenyum malu. Langkah diaturkan ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas. Baru sahaja ingin memijak anak tangga, aku tersedar akan sesuatu.

Aunty Adhia?

Kepalaku menoleh kebelakang untuk melihat figura aunty Adhia iaitu ibu kepada Danish.

Aku salah masuk rumah ke? Kenapa ada aunty Adhia kat sini? Kalau ada aunty Adhia...

Gulp!

Kenapa mama tak bagitahu yang family Danish nak datang?!

Pelbagai persoalan bermain dimindaku.

Aryan yang baru hendak turun ke tingkat bawah sambil bermain phone ditarik kasar.

"Akakk apa tarik-tarik ni?" Soal Aryan dengan kerutan di dahi.

"Kenapa tak bagitahu akak?" Giliran aku pula mengerutkan dahi. Aryan masih blur mendengar persoalanku. Kalau aku tampar dia sekali baru hilang kot blur tu.

"Bagitahu ap- argh sakitt." Pipinya yang baru ditampar itu dipegang.

"Yan pun baru tahu tadi yang aunty Adhia dengan uncle Iskandar nak datang. Macam mana nak bagitahu akak?" Balasnya.

"Ee mama ni pun satu, bukan nak bagitahu dulu." Aku mencebik.

"Dah lah kak, pergi mandi. Busuk! Nanti tak pasal-pasal abang Danish lari." Kutuk Aryan sambil mengipas hidungnya. Konon gaya 'busuk' .

"Excuse me? Suka hati lah Danish tu nak lari ke apa, dia bukan ada kena mengena pun dengan akak." Bola mata diguling ke atas. Menyampah!

Selendang hitam diletakkan di atas kepala kemudian lebihan di tepi diselempang kebelakang. Lip balm dicalit sedikit di permukaan bibir. Setelah selesai, aku berjalan keluar dari bilik dan turun ke bawah menuju ke arah meja makan.

"Sini Sara. Duduk." Panggil aunty Adhia. Punggungku dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan mama. Nasi yang jumlahnya agak sedikit diletakkan di dalam pinggan memandangkan aku sudah kenyang.

"Banyak itu je ke Sara makan?" Aunty Adhia menyoal kemudian tersenyum manis. Belum sempat Aryan menjawab, aku terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Ha'ah aunty, Sara kenyang lagi." Balasku. Aryan yang duduk di sebelah hanya diberikan jelingan tajam. Mesti dia nak cakap aku tengah diet !

"Sara tau tak kenapa aunty dengan uncle datang?" Soal papa tiba-tiba. Aku memandang papa. Gelengan diberikan sebagai jawapan.

Macam ada sesuatu yang tak kena je. Selalunya kalau uncle Iskandar dengan aunty Adhia datang, sebab lama tak berjumpa je. Sekarang ni kenapa papa tanya macam tu? Ada kaitan apa-apa ke dengan aku?

Danish yang duduk di sebelah aunty Adhia dipandang. Nampaknya dia sibuk dengan gadget ditangan. Langsung tidak memerhatikan sekeliling.

"Sebenarnya, aunty dengan uncle datang sebab kami nak berbincang tentang cadangan untuk tunangkan Sara dengan Danish lepas korang SP-"

"Uhuk uhuk uhukk!"

Aku tercengang. Belakang badan Aryan ditepuk-tepuk. Air oren di dalam gelas dengan cepat dihulurkan kepadanya. Dia pula yang tersedak nasi setelah mendengar apa yang dikatakan aunty Adhia.

"Er..kenapa cepat sangat?" Aku mengerutkan dahi. Ye lah! Lepas SPM tu terlalu awal bagi aku dan Danish. Lagipun, kami berdua dah tak ada hubungan apa-apa. Lelaki itu juga milik Izara dan bukan aku.

Danish dipandang. Dia juga sedang memandang aku dengan wajah yang tenang. Kenapa dia terlalu tenang sedangkan jantung aku dah mengepam laju?!

"Uncle dengan aunty tak paksa. Kami ikut sahaja keputusan Sara. Kalau Sara tak setuju, kami terima sahaja." Uncle Iskandar tersenyum. Aku membalasnya dengan senyuman nipis.

•••

Roti diambil kemudian jem strawberi disapu di seluruh permukaan roti. Baru sahaja ingin memasukkan roti ke dalam mulut, pergerakanku tiba-tiba sahaja terbantut.

"Sara dah fikiran pasal semalam?" Mama mengangkat sebelah keningnya.

Pasal tunang ke?

"Sara rasa..."

"Sara rasa....."

"Rasa apa sayang? Sara belum berbaik dengan Danish ke?" Soal mama sambil menuang teh susu di dalam cawan papa. Mereka berdua menumpukan sepenuh perhatian kepadaku.

"Bukann. Tapi Sara rasa..Sara tak nak terima lagi. Bukan apa, tapi rasa macam terlalu awal pula." Aku akhirnya memberi kata putus. Ini yang terbaik untuk kau Ayreen..

Dan yang terbaik untuk hubungan Danish dan Izara.

"Oohh look what you made me do
Look what you made me do
Look what you just made me do
Look what you just made me do
Oohh look what you made me d-"

"Apa?" Soal Aryan serta-merta memberhentikan nyanyiannya tadi apabila perasan kami semua memandangnya. Papa menggeleng memandang Aryan.

"Jadi..Sara memang tak nak?" Soal papa sekali lagi untuk memastikan yang aku benar-benar menolak.

"Ye papa."

"Okay, kalau itu keputusan Sara, mama dengan papa ikut je. Nanti mama call aunty Adhia." Mama mengangguk tanda terima dengan keputusan aku. Dia juga sedar yang dia tidak boleh memaksa aku untuk menerima.

"Yan! Cepatlah makan." Beg sekolah digalas. Pagi ni aku kena berjumpa dengan cikgu Nizam. Jadi kenalah ke sekolah awal.

Sampai sahaja di hadapan sekolah, aku dan Aryan berjalan berlawan arah. Aryan perlu ke tapak perhimpunan memandangkan hari ini hari isnin. Aku pula terus berjalan ke arah kelas. Pelajar tingkatan 5 tidak perlu menghadiri perhimpunan pagi kerana pada waktu itu, guru akan mengadakan kelas tambahan sehingga habis waktu perhimpunan. Kemudian kami akan belajar seperti biasa mengikut jadual.

Beg diletakkan di atas kerusi, aku berjalan keluar kelas dan menuju ke bilik pengawas untuk berjumpa dengan cikgu Nizam.

Baru sahaja ingin membuka pintu bilik pengawas, pandanganku terpaku pada ketua pengawas SMK Damai. Wajahnya yang dingin tanpa perasaan atau reaksi dipandang dengan penuh hairan. Apa kes pula si Danish ni?

"Ha Ayreen, apa tercegat depan pintu ni?" Soal cikgu Nizam. Aku yang agak terkejut itu hanya tersengih.

"Kamu usha Danish ye? Amboi!" Cikgu Nizam membuat gaya seperti hendak memarahiku.

"Hah masuk lah." Jemput cikgu Nizam selaku guru pengawas. Gayanya seperti aku tidak pernah masuk dalam bilik ni padahal dah banyak kali.

"Ingat cikgu dekat bilik disiplin, tapi tak ada. Puas mencari." Rungutku. Sebenarnya aku hampir terlupa yang cikgu Nizam kadang-kadang akan duduk di biliknya yang terdapat di dalam bilik pengawas.

"Maaflah, cikgu terlupa bagitahu yang cikgu duduk di bilik ni." Guru lelaki itu tergelak kecil.

"Cikgu nak jumpa ni ada apa-apa ke?" Tanpa membuang masa, aku terus menyoal memandangkan kelas tambahan akan bermula lagi 20 minit.

"Danish ada inform cikgu tentang kumpulan Farid, dan cikgu nak minta pendapat kamu sama ada perlu kekalkan mereka di sini atau terus menghantar surat keluar sekolah?" Cikgu Nizam memandangku serius. Aku terdiam sejenak.

"Rasanya cikgu, kumpulan Farid tu kena beri lebih motivasi. Sebab SPM pun dah tak lama cikgu. Sia-sia kena buang sekolah pada waktu-waktu macam ni." Cadangan diberikan. Cikgu Nizam mengeluh kecil.

"Kami cikgu-cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan kumpulan tu. Tak makan saman! Ibu bapa dah dipanggil, guru kaunseling pula dah penat bazirkan air liur untuk beri kesedaran. Tetap sama, tak berubah." Keluh guru dihadapan ku itu. Sedihnya tidak mampu dikawal kerana masalah disiplin di sekolah ini semakin tinggi dek kerana perangai pelajar yang tak makan saman.

"Tak apa cikgu, nanti saya cuba bercakap dengan Farid." Aku memberi kata putus. Cikgu Nizam memandangku.

"Bahaya tu Ayreen. Kamu tu perempuan."

"InshaAllah tak ada apa-apa cikgu." Senyuman kecil diberikan.

"Kamu tak nak ajak Danish?" Soalnya meminta kepastian. Aku menggelengkan kepala.

"Cikgu sendiri tahu Farid tu terlalu anti dengan Danish. Katanya guru-guru pilih kasih, sayangkan sangat dekat Danish."

Ya, aku tahu apa yang dilalui Farid. Dahulunya dia seseorang yang rajin, bijak, duduk di kelas yang bagus. Tetapi sejak cikgu-cikgu kerap memuji dan melebihkan Danish, Farid mula iri hati dan perangainya berubah 100% akibat pengaruh rakan sebaya. Aku tahu semua ni pun sebab cikgu Nizam juga.

Jadi, pilihlah kawan yang tepat, yang sentiasa membawa kita ke arah positif.

"Ayreen?" Panggil cikgu Nizam.

"Ye cikgu?"

"Cikgu tanya, kalau Farid kamu boleh bantu, macam mana pula dengan kawan-kawannya?"

"Yang itu saya tak berapa pasti. Sebab perangai kawan-kawan Farid tu dari dulu dah macam tu." Kepala ditunduk kebawah. Tak mampu untuk membantu.

Cikgu Nizam tersenyum nipis.

"Tak apa lah Ayreen. Asalkan kamu mencuba. " Senyuman cikgu dibalas.

"Kalau macam tu saya masuk kelas dulu." Pamitku sebelum mendapat anggukan daripada cikgu.

•••

Blok lama sekolah dituju. Aku hanya menanti kehadiran Farid di situ. Teringat akan wajah sedih cikgu Nizam, aku betul-betul kena bantu!

"Hai cik Ayreen Qaisara." Sapaan seseorang membuatkan kepalaku menoleh kebelakang. Wajah Farid yang gatal itu membuatkan aku menghela nafas perlahan.

"Farid, we need to talk!"

"Pasal apa? Pasal perkahwinan kita?" Soalnya nakal. Aku mengulingkan biji mata ke atas. Tak habis-habis.

"Farid tolong lah jadi serious. Kalini je." Rayuku. Wajah Farid tiba-tiba berubah. Matanya memandang anak mataku.

"Kau nak bercakap pasal apa?"

"Ikut aku pergi bilik pengawas."

"Perlu ke pergi bilik tu? Tak ingin lah aku!"

"Ikut aku!" Aku menjegilkan mata. Akhirnya, Farid akur. Dia menuruti langkah dari belakang.

Masuk sahaja ke dalam bilik itu, aku mengarahkannya untuk duduk berhadapan denganku. Hanya sebuah meja yang menjarakkan kami berdua.

"Ha apa dia?" Pantas Farid menyoal.

"Berubah." Hanya itu yang mampu aku katakan.

"Hah?!" Jejaka itu mengerutkan dahi. Nampaknya dia belum faham apa yang dimaksudkan olehku.

"Farid , please. Berubah lah. Sampai bila kau nak perangai macam ni? Perangai nakal, suka melawan, ponteng kelas, ambil benda terlarang, sampai bila? Kau tak kesian ke dekat cikgu yang dah banyak korbankan masa untuk kau berubah? Tapi hasilnya tetap sama. Kau tak kesian ke?" Mendengar bebelanku itu, Farid tersenyum sinis.

"Sebab cikgu-cikgu jugak aku jadi macam ni, Ayreen. Kau tak faham do!" Farid menghentak meja membuatkan badanku sedikit terhenjut.

"Lepastu? Kau tetap nak ikut kata hati untuk buat benda yang tak betul? Macam tu? Apa kau dapat Farid? Kepuasan? Semestinya tak, kan? Apa yang kau dah buat selama ni hanya menyeksa diri kau. Tak ada apa-apa kebaikan." Aku membalas.

"Aku tahulah, kalau aku cakap banyak pun mesti kau back up cikgu, back up boyfriend tak guna kau tu! Sedangkan dia orang lah penyebab! " Bentak Farid. Aku memejamkan mata.

"Kau tak nampak lagi ke yang cikgu sayangkan kau? Cikgu sanggup berkorban untuk kau berubah, cikgu Nizam sanggup berfikir panjang untuk selesaikan masalah kau, cikgu Ashikin sanggup usaha untuk bagi motivasi dekat kau. Kalau cikgu tak sayangkan kau, tak adanya kau kena berulang-alik masuk dalam bilik kaunseling, jumpa cikgu Ashikin setiap minggu. Kalau cikgu tak sayangkan kau, tak ada lagi kau dekat sekolah ni."

"Terpulang pada kau, Farid. Kalau kau nak berdendam dengan Danish sekalipun, terpulang pada kau. Tapi ingat balik setiap jasa cikgu untuk kembalikan kau yang dulu." Sambungku.

"Ingat ayat aku Farid, cikgu-cikgu bantu kau sebab mereka yakin kau akan jadi Farid yang dulu."

Farid terdiam. Meja dihadapan itu ditenung. Tiba-tiba Danish masuk ke dalam bilik pengawas membuatkan Farid tersentak. Lantas sahaja Farid melangkah keluar dari bilik itu. Nampak gaya dia memerlukan masa untuk berfikir.

Danish membuka locker miliknya. Blazer disimpan di dalam locker. Tanpa memandang ke arahku yang masih disitu, dia terus menuju ke arah pintu.

"Danish."

Pergerakan Danish terbantut. Kepalanya ditoleh ke arahku. Wajahnya yang tiada reaksi dipandang.

"Kau kenapa? Tiba-tiba je macam ni?" Dahiku berkerut. Hairan betul dengan perangainya. Sekejap elok, sekejap tak elok. Dah macam perempuan!

"Tak ada apa." Balasnya.

"Tipu."

Danish Izmeer mengeluh perlahan. Aku yang merengnya dari tadi ditenung semula.

"Kau ke.na.pa?" Sebutku satu-persatu. Danish akhirnya mengalah. Dia duduk di atas kerusi yang diduduki oleh Farid sebentar tadi

"Kau tolak eh cadangan parents kita untuk tunangkan kau dengan aku?" Soalnya tanpa berdalih.

"Ha'ah. Kenapa?"

"Patutnya aku yang tanya kau, kenapa?" Aku disoal semula.

"Jaga lah hubungan kau dengan Izara tu baik-baik. Takkan aku nak jadi perosak pula." Jawabku. Tetapi, jawapanku itu membuat Danish mengerut tanda hairan.

"Bila masa aku dengan Izara ada relay?" Dia menyoal dengan nada tidak berpuas hati.

"Eh, Misha yang bagitau aku."

"Kepala hotak dia. Dia dengan Izara sama je, pandai-pandai heboh cerita yang salah. Tak kuasa aku dekat budak hingusan tu." Danish mengulingkan biji matanya apabila mendapat tahu yang dia dituduh sedang bercinta dengan Izara Dahlia.

"Budak hingusan pun kau percaya juga cakap dia masa camping du-"

"Ayreen, stop." Danish merenungku tajam. Aku pula sudah meneguk air liur.

"Jadi, kau betul-betul dengan keputusan kau? Muktamad?" Danish meminta kepastian. Kepalaku diangguk.

"Lagipun, terlalu awal la Danish. Lek lek la dulu. Aku tak lari kemana pun lah." Jawabku dengan usikan.

"Kau tu ramai fans , mana boleh macam tu. Melepas lah aku." Dia menjeling. Aku sudah terkekek mengetawakannya.

Ingat senang ke hati aku nak terbuka untuk orang lain?

Kalau dah ada dia, dia lah yang aku nak.

Sama juga seperti arwah Farhan, tapi sayangnya. Aku dah tak mampu untuk ada dengan dia. Begitu juga dengannya.

"Hah! Lepastu termenung. Ada skandal baru lah tu." Danish menyentakkanku. Mataku menjelingnya tajam. Suka hati je tuduh. Tak guna punya ex!

"Dah lah, tak payah berfikir pasal cinta sangat. Ingat! SPM dah tak lama. Trial pun dah tak lama. " Tegurku. Danish pula hanya menggangukkan kepala. Tak mampu nak melawan.




TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro