MHP 52
"Hai Ayreen."
Pantas kepalaku menoleh kebelakang. Raut wajah dingin turut ditayangkan ke arah sekumpulan lelaki itu.
Bala.
"Nak pergi mana sorang-sorang ni, sayang? Tak takut ke? " Tutur salah seorang daripada mereka. Wajah nakalnya membuatkan tanganku ringan sahaja untuk melayang ke arahnya.
Tanpa berkata apa-apa, aku mengaturkan langkah ke bilik pengawas. Tetapi tidak semudah itu.
Lenganku tiba-tiba ditarik sekaligus badanku disandar dan dikunci pada dinding blok lama sekolah. Riak dingin masih ditayangkan. Farid yang bibirnya tidak lekang dari senyuman nakal itu dipandang sinis.
"Nak pergi mana ni sayang? Jangan lah sombong sangat dengan abang." Farid memegang pipiku yang putih mulus itu.
Duk!
"F*ck !" Carut Farid. Matanya yang terkesan dengan tumbukanku itu dipegang.
"Jangan kau berani pegang aku dengan tangan kau yang jijik tu. Kau dengan binatang tak ada beza. Agaknya binatang jauh lebih suci daripada kau." Tuturku sinis. Apa dia fikir perangai aku dulu dah berubah?
Tidak sama sekali!
"Berani eh kau, Ayreen?!" Jerit salah seorang rakan Farid sehingga air liurnya terpercik keluar. Amirul menarik pinggulku tetapi pergerakannya terbantut.
"Excuse me?" Danish tiba bersama blazer di bahu dan tangan yang dimasukkan ke dalam poket. Tak ubah lagaknya seperti lelaki poyo.
Tetapi gaya itulah yang membuatkan dia digilai ramai.
"Wow! Hero dah sampai lah geng." Farid tersenyum herot. Matanya yang masih sakit itu dipegang. Danish dihampirinya.
Amirul yang memegangku sudah meleraikan pegangan. Dia hanya memerhati Danish dan Farid tanpa membuat apa-apa.
"Tak serik-serik ke Farid?" Danish bersuara tetapi hanya mendapat gelakan daripada Farid.
"Serik? Serik apa? Kalau serik untuk cuba dapat ngap Ayreen ni..memang tak lah!" Farid memandangku. Jijik.
"Sebelum aku keluarkan surat berhenti sekolah untuk korang, baik korang beredar sekarang." Arah Danish. Tiada segaris senyuman pun yang terbit di bibir jejaka itu.
"Amboi! Mentang-mentang disayangi cikgu, kau nak suruh kami berhenti sekolah ye?" Farid tidak berpuas hati. Anak mata Danish dicerlung tajam tetapi Danish masih bersama wajah dinginnya. Beku sebeku hatiku.
Lama-kelamaan, Danish tersenyum sinis.
"Kalau jadi budak tak guna kat sekolah ni, cikgu mana je nak suka kau?"
"Tak guna!!" Farid cuba menumbuk Danish tetapi Danish terlebih dahulu menumbuknya membuatkan dia terjatuh di atas tanah. Aku hanya memerhati tanpa membuat apa-apa.
Danish mencangkung di hadapan Farid yang terduduk di tanah itu. Bibirnya didekatkan di telinga Farid.
"Sekali lagi kau kacau Ayreen, aku tak teragak-agak nak buat tindakan seterusnya." Bisik Danish tepat ditelinga Farid yang sedang menahan sakit. Danish kemudiannya beredar meninggalkan kami semua. Wajahku langsung tidak dipandangnya walaupun sekilas.
Ah! Kenapa kau nak kena kisah dia pandang kau ke tak Ayreen? Itu yang kau lebih sukakan!
•••
"Ayreen. Termenung apa tu? Pay attention, please. Bulan depan dah nak SPM." Aku tersentak lalu memandang cikgu Saridah yang sedang berdiri di hadapan kelas.
"Kamu okay, Ayreen?" Soal guru mata pelajaran Biologi itu. Aku tersenyum nipis sebelum kepala diangguk tanda 'okay' .
"Psstt pssttttttt."
Pandanganku beralih ke arah Eliana di sebelah. Kening sebelah dijongket ke atas. Apa kena dengan Eliana ni? Nak jadi ular ke? Psst pssttt.
"Kau. Okay. Tak?" Eliana menyebut satu persatu perkataan itu tanpa bersuara. Risau jika cikgu Saridah yang garang itu mendengar pelajarnya berbual.
Tanpa bersuara, aku sekali lagi menganggukkan kepala tanda 'okay' . Danish di hadapanku hanya memandang kami berdua sekilas.
In case kalau korang lupa kedudukan kami di kelas...
Satu meja kumpulan 4 orang. Aku sudah semestinya diaturkan untuk duduk di sebelah Danish mengikut arahan cikgu Aida manakala Eliana di sebelah Ammar. Tetapi sekarang kedudukan Eliana dan Danish sudah bertukar. Eliana duduk di sebelah aku dan Danish di sebelah Ammar.
Bunyi loceng menandakan waktu rehat membuatkan aku bergegas mengemas barang dan keluar dari kelas. Tisya dan Fatin yang sudah menunggu diluar kelas 5 Emerald dituju.
"Berita hangat weh!!" Fatin memecah kesunyian. Wajahnya dan Tisya begitu tidak sabar untuk menyampaikan 'berita hangat' itu.
"Apa benda?" Soal Eliana.
"Misha dah tak free hair! Dia dah pakai tudung!" Tisya menepuk tangannya. Aku menayangkan senyuman. Baguslah kalau macam tu.
"Apa-apa je lah, jom turun kantin. Aku lapar dah ni." Rungut Siti. Muncungnya sudah kedepan kerana tidak tahan kelaparan. Ini kalau sangkut baju kat muncung dia ni agaknya lepas.
"Duit..duitt." Eliana menghulur tangan gaya seperti ah long meminta hutang. Seperti biasa, Eliana dan Siti yang akan bantu membelikan makanan.
"Ayreen, kau nak makan apa?"
"Macam biasa." Balasku sambil menghulurkan duit ke arah Eliana.
"Aii aii captain!" Eliana dan Siti melangkah ke arah pelajar yang berpusu-pusu membeli makanan. Kenapa nampak berserabut ni?
"Dia orang ni lapar sangat ke sampai berhimpit-himpit kat situ? Sia-sia je sekolah sediakan palang besi tapi pelajar tak beratur." Bebel Izzah. Matanya sakit melihat mereka yang gayanya seperti semut menghurung gula!
"Ayreen!" Panggilan seseorang serentak mengalihkan perhatian aku, Izzah, Tisya dan Fatin.
"Apa kau ni, dah tak reti nak bertugas ke?" Danish mengerutkan dahi.
"Jadual harini bukan aku yang jaga kantin." Balasku sebelum menjeling.
"Kau tu penolong ketua pengawas, takkan nak berkira?"
"Kau banyak bunyi sangat pergi lah-"
"Ayreen..dah lah. Selagi kau membalas, benda ni takkan habis. Ikut je lah cakap Danish." Izzah memotong percakapanku dengan teguran yang lembut. Aku mendengus kasar. Geram!
Laju aku berdiri dan melangkah ke arah pelajar yang masih berhimpit-himpit untuk membeli makanan. Langsung tak reti untuk beratur!
"Tak pasal-pasal aku kena jaga korang, tunggu lah.." Omelku geram.
"NAMPAK GAYANYA KAT SINI DAH TAK ADA ISTILAH BERATUR YE?" Lantang sahaja suaraku serta-merta menjadikan kantin SMK Damai senyap sunyi. Semua pelajar diam memandang.
"Apa guna papan 'SILA BERATUR' kat situ? Dah jadi halimunan ke papan tu sampai semua orang tak nampak?" Tuturku sinis. Pelajar tingkatan 4 menunduk kebawah.
Dah tingkatan 4 pun perangai tak ubah macam tingkatan 1!
"Tunggu apa lagi? BERATUR LAH!" Aku menjegil. Pantas sahaja mereka beratur dengan tertib untuk membeli makanan. Makcik Latifah selaku makcik kantin tersenyum kepadaku.
"Mentang-mentang aku tak datang dua minggu. Ini yang jadinya ye?" Tambahku sebelum berjalan ke arah ketua pengawas terpaling poyo itu.
"Puas hati kau? Semua benda nak harapkan aku." Ujarku sinis. Jelingan tajam dilemparkan kemudian aku kembali melangkah ke tempat dudukku. Air mata yang bertakung cuba ditahan daripada menitis.
Kenapa dengan kau ni Ayreen?
Nafas ditarik sedalam-dalamnya kemudian dihembus perlahan. Tiba-tiba ayat Misha semalam kembali menjalar di ingatan.
"Kau tahu kan Danish dengan Izara tengah hangat as hot couple sekarang ni?"
Aku tersenyum nipis. Aku perlu tunjukkan pada Danish yang aku ni kuat. Aku tak perlukan dia!
-
Pen berdakwat hitam diletakkan di atas meja setelah karangan yang perlu dikarang itu siap. Jari dipatah-patahkan sebelum punggung diangkat dan mengaturkan langkah ke arah cikgu Suraya yang berada di meja guru dituju.
"Nah cikgu." Buku penulisan dihulurkan. Cikgu Suraya memandangku kemudian tersenyum lebar. Pantas!
"Bagus! Cepat betul kamu siapkan. Alang-alang dah siap, tolong hantarkan kotak modul ni dekat dalam kereta saya. Ni kunci." Arah cikgu Suraya lalu menyerahkan kunci kereta Myvi miliknya.
"Boleh cikgu!" Kunci kereta yang dihulurkan guru muda itu diambil. Kotak modul yang agak berat diangkat.
Macam mana aku nak angkat yang lagi satu? Yang ini pun dah berat..
"Cikgu, dah siap." Aku memandang Danish yang baru sahaja menghulurkan buku penulisannya.
"Ha! Bagus lah lagi sorang dah siap. Tolong angkat lagi satu kotak ni."
Mendengar sahaja arahan cikgu Suraya kepada Danish, aku terus berjalan keluar kelas mendahului ketua pengawas sekolah itu. Tak ingin lah aku berjalan dengan dia!
Punat unlock ditekan. Aku membuka pintu penumpang bahagian belakang kemudian kotak modul diletakkan.
"Tolong letak." Suara seseorang menyapa gegendang telingaku. Bola mata digulingkan ke atas. Suka hati arah-arah aku!
Tanpa melengahkan masa, aku mengangkat kotak yang dibawa Danish dan dimasukkan ke dalam kereta. Punat lock ditekan. Kaki laju melangkah meninggalkan Danish di belakang.
"Ayreen."
Langkahku terhenti.
"Aku nak minta maaf. Aku tau aku salah, aku tau aku tak ada hak langsung untuk tampar kau. I'm sorry." Ujar Danish dengan lembut. Tetapi ianya tidak mampu melembutkan hati aku!
Aku meneruskan langkah meninggalkannya. Hati aku masih tak dapat menerima maafnya.
Malam itu, balkoni bilik menjadi tempat untuk aku menenangkan diri. Menghilangkan kusutan di kepala. Angin malam membuatkan aku sedikit kesejukan. Rambut panjangku yang tidak diikat disisir ke belakang. Dalam fikiran aku sekarang, hanya seorang sahaja.
Farhan.
Apa? Kau ingat Danish?
Air mata cuba ditahan. Rindu. Hanya itu yang aku mampu ungkapkan apabila mengenangkan seseorang yang telah pergi dan tak akan kembali. Tak akan..
"Sara ingat Danish akan layan Sara macam Han. Tapi Sara salah. Sara menyesal buka pintu hati untuk dia." Aduku walaupun Farhan tiada. Air mata bercucuran membasahi pipi. Ketukan di pintu serta-merta membuat aku mengelap air mata.
"Sara, boleh mama masuk?" Aku memandang mama yang berdiri di pintu bilik. Anggukan diberikan. Mama terus mengaturkan langkah ke arahku yang berada di balkoni.
"Sara dah okay ke? Masih fikirkan pasal Danish?" Soal mama lembut. Aku menggeleng laju.
"Sara cuma rindu Farhan." Aku tersenyum hambar. Mama mengusap kepalaku lembut.
"Banyakkan sedekah Al-Fatihah untuk dia." Mama tersenyum nipis. Itulah mama, seseorang yang sentiasa ada ketika anaknya gembira, sedih, berduka. Tiada siapa yang mampu mengganti tempatnya.
"Sara ada apa-apa masalah ke yang nak mengadu dekat mama?" Soalnya prihatin sekali.
Gelengan diberikan.
"Okay..cuma satu je mama nak cakap.." Mama menggantungkan ayatnya membuatkan aku mengerutkan dahi. Curious dibuatnya.
"Kalau orang minta maaf, Sara maafkan saja lah. Walaupun dia ada buat kesalahan kat Sara. Jangan berdendam. Setiap manusia layak diberikan peluang kedua untuk tebus kesalahannya. Okay? Mama keluar dulu." Pamit mama kemudian berjalan keluar bilik.
Aku termenung. Apa yang dikatakan mama, ada betulnya juga.
•••
Usai solat subuh, aku terus menyiapkan diri. Sweatshirt berwarna hitam dikenakan dengan shawl putih. Amboi! nak berjogging ke nak dating kau ni Reen?
Entah kenapa aku tiba-tiba rasa nak jogging. Lagipun semalam Aryan ada cakap...
'Akak ni semakin gemuk lah. Pipi tu dah macam dua kali ganda pau. Gemok!'
Ayat dia memang buat aku rasa nak lunyai-lunyai muka dia tu. Tapi sabar..
"Yeayy! orang yang tengah lancarkan misi membakar lemak dah turun!" Aryan menepuk tangannya semasa aku berjalan menuruni setiap anak tangga. Tak guna punya adik!
"Sara nak pergi jogging ke?" Soal mama yang baru sahaja mengambil tempat di atas kerusi. Papa memandangku kemudian tersenyum.
"Ish mama ni, kan Yan dah cakap akak tengah lancarkan misi membakar lemak." Tutur Aryan.
"Eh eh membakar lemak apanya? Akak kau tu kurus je, ikut mama. Badan slim." Balas mama lalu tersenyum bangga. Aryan mencebik.
"Tapi Yan tengok Sara dah gemuk. Mama cakap Sara ikut mama kan, kiranya mama pun gemuk lah." Mendengar sahaja ayat yang ditutur oleh Aryan, tanganku laju menarik cuping telinganya. Aku cili jugak mulut mamat ni nanti!
"Macam-macam lah Aryan ni." Mama menggeleng. Papa pula menahan ketawa.
"Papa sokong Aryan."
"Oh yeah!" Aryan dan papa saling bertepuk tampar.
"Eee! Tap payah nak diikutkan sangat cakap budak ni." Aku menjelirkan lidah ke arah Aryan.
Selesai sarapan, aku mengayuh basikal ke arah taman tasik yang tidak terlalu jauh dari taman perumahanku.
Basikal ditongkat di tempat khas. Kelihatan figura seseorang yang manis bertudung mengalihkan perhatianku.
"Hai Ayreen." Misha tersenyum manis.
"Datang nak jogging ke?" Soal Misha. Aku hanya menganggukkan kepala.
"Ouhh. Aku pun baru lepas jog hehe. Aku balik dulu. Bye!" Pamit gadis itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman manis.
Setelah kelibat Misha hilang dari padangan, aku terus memulakan pusingan pertama.
"Bapak penat!" Aku terhenti pada pusingan kedua. Weh aku ni betul-betul dah gemuk ke? Selalunya pusingan kedua aku tak ada lah penat macam ni. Pusingan keenam je selalunya aku akan penat.
"Mamaaa Sara dah gemukk!" Omelku seorang diri sebelum bibir dicebik.
"Gemuk pun comel." Suara seseorang dibelakang membuatkan aku pantas menoleh.
Apahal lah harini pun kena tengok muka dia? Rosak cuti aku!
"Ayreen, sorry.." Danish merenung anak mataku. Aku hanya diam membisu.
"Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk dapatkan kemaafan daripada kau. Sampai bila kau nak hukum aku macam ni? Ye aku tahu aku yang salah dan aku layak dihukum. Tapi sampai bila Ayreen? " Luah Danish membuatkan aku sedikit terkedu.
Sampai bila Ayreen?
Ayat mama kembali berlegar di dalam ingatan. Aku memejamkan mata.
"Kalau orang minta maaf, Sara maafkan saja lah. Walaupun dia ada buat kesalahan kat Sara. Jangan berdendam. Setiap manusia layak diberikan peluang kedua untuk tebus kesalahannya"
Nafas dihembus perlahan.
"Danish."
"Sorry. Aku..ego." Aku menunduk. Tidak dapat dinafikan lagi, aku memang ego.
Danish dipandang. Senyuman manis terukir di bibir jejaka itu. Rindu. Rindu dengan senyuman tu.
"Macam ini lah Ayreen Qaisara yang aku sayang.." Usik Danish. Aku hanya tersenyum malu.
"Nak sambung jogging tak?" Danish menyoal. Kening sebelahnya diangkat.
"Tak nak lah. Penat." Aduku. Danish terkekeh mengetawakan aku.
Senyuman aku tadi tiba-tiba mati, ingat Ayreen, Danish milik Izara, bukan milik kau lagi!
"Ni kenapa tiba-tiba monyok? Marahkan aku lagi ke?" Danish Izmeer muka risau. Ish Danish ni, nampak je!
"Eh tak ada lah. Tak marah dah." Jawabku. Senyuman plastik dilemparkan.
"Nak aiskrim tak?" Soalan daripada Danish cukup membuat mataku bersinar. Penat-penat macam ni kalau dapat aiskrim memang nikmat!
"Kalau nak..kejar aku dulu!" Danish membuka langkah dan berlari meninggalkan aku dibelakang.
"Apa ni tak aci lahh!!" Aku berlari mengejarnya yang sudah jauh dihadapan.
Misha's POV
Danish dan Ayreen yang sedang berkejaran dipandang kosong. Air mata jatuh membasahi pipi mulus.
Cemburu?
Perempuan mana je tak cemburu bila orang yang disayangi dari dulu dah berubah hati.
Aku fikir kalau aku pakai tudung, Danish akan pandang.
Tapi dia masih tunggu Ayreen!
Aku berlari masuk ke dalam kereta. Pintu dihempas kuat. Sakit mata aku melihat Danish dan Ayreen!
"Arghhhhhhhhh!" Jeritku. Air mata tidak lagi mampu ditahan.
"AKU BENCI KAU AYREEN!! BENCI!! KENAPA KAU MUNCUL DALAM HIDUP AKU?! KAU PEROSAK SEGALA-GALANYA AYREEN!!" Kepala diletakkan di stereng kereta.
Sabar Emisha, sabar.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro