Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 5

Sudah sebulan aku menjadi pelajar SMK Damai yang tak berapa nak damai ni.Banyak juga lah masalah yang timbul waktu aku mula-mula jadi pengawas dulu.

Tapi lepas aku dah geram sangat dengan perangai pelajar yang jenis tak endah dengan arahan,aku jadi 'Cik Singa' balik.Jangan main-main!

Hubungan aku dengan Danish? Fuh..tak payah sebut 'hubungan' , geli pula aku dengar.

Sekarang aku dengan Danish Izmeer memang dah tak ada rasa mahu berbaik langsung.Sebab lepas dia tarik kerusi aku macam dekat 'previous chapter' tu.Aku ada balas dendam dekat dia.

Apa aku buat?

Hah! Aku cuma sediakan tepung untuk dia.Tepung tu aku bawak dari rumah dan tolong jangan bagitahu mama yang aku curi tepung dia.

Esoknya,waktu balik sekolah tu..aku bagi lah dia pakai tepung tu.Biar kulit dia yang memang tersedia putih tu jadi putih lagi!

Ramai jugak lah orang yang nampak termasuk budak sekolah lain sebab bila Danish langkah keluar je dari pagar sekolah,aku lempar tepung tu kat muka dia dan sekarang...

Aku ramai musuh terutamanya musuh ketat baru aku.

Emisha Puteri.

Apa?mestilah dia marah kan aku buat boyfriend kesayangan dia tu malu.Tapi apa aku kisah!

Kaki ku melangkah masuk ke dalam kelas membuatkan semua orang di dalam kelas senyap.Masing-masing mendiamkan diri.Dalam diam,aku tersenyum sinis.

Diorang kan rakan sekelas aku,dekat sekolah je diorang macam ni dengan Ayreen.

Ayreen Qaisara tak ada la sekejam mana okey!

Jadi,kalau kitaorang pergi lepak kat luar..perangai masuk air kami tu keluar la.

Cikgu Aishah iaitu guru matapelajaran Matematik Tambahan masuk ke dalam kelas.

Mungkin harini mood dia okay sebab masuk kelas kitaorang dengan senyuman walaupum hanya senyuman NIPIS.

Cikgu Aishah ni selalunya akan masuk kelas dengan muka serious.Mungkin dia jadi serious sebab kelas kitaorang yang tak ubah macam pasar malam.Kadang-kadang aku pun takut dengan cikgu ni.Dingin memanjang.

"Selamat pagi,cikgu" Hafiz sebagai ketua kelas memberi ucapan diikuti pelajar lain.

"Selamat pagi.Sekarang bukak kerja saya bagi semalam" Dia terus mengeluarkan rotan yang di bawa olehnya sepanjang masa.

Cikgu Aishah bergerak ke tempat Danish dan Ammar.Buku milik Danish Izmeer dibukanya lalu muka surat diselak satu persatu.

Kata Izzah,Danish ni memang pandai subjek Matematik Tambahan.Memang selalu lah dipuji cikgu.Entah dia makan apa sampai pandai Addmath.

Cikgu menghampiri meja ku dan Eliana pula.Eliana sudah menggoncangkan tangan aku kerana takut.

"Weyh serious arh aku tak boleh duduk diam" Bisik Eliana kepada ku.

"Aku pun takut" Bisik ku semula.

"Apa bisik-bisik kamu ni?Ada masalah otak ke?" ZAPPP.Cikgu ni,kasihanilah kami.Apa cikgu cakap?kami ni ada masalah otak?

Cikgu menyemak satu persatu muka surat di buku latihan ku.Akhir sekali,dia mengerutkan dahinya.Walawey..ada salah ke apa?

"Hrmm..Ayreen" Panggilnya mendatar.Aku mengangkat wajah memandangnya.Siapa yang teringin nak ganti kan tempat aku sekarang?

"Jalan kira kamu yang ni betulkan sikit.Tiba-tiba sesat nombor mana ni kat sini?!Elok-elok jalan kira straight betul tiba-tiba kat sini terbengkok sebab salah.Kan dah salah jawapan sebab jalan kira yang ni.Benda ni kamu kena ringkaskan betul-betul,jangan cuai sangat! Kalau tak jawapan salah!Jangan nak jadi lurus bendul sangat" Aku mengetap bibir.Tiba-tiba telinga ku terdengar seseorang sedang ketawakan aku.Danish la tu kan?Entah apa masalah dia.

Tapi..aku ni lurus bendul ke?

"Danish,kamu dah kenapa.Tergelak macam orang tak sihat!" Tegur cikgu Aishah membuatkan Danish terus berhenti ketawa.

• • •

Kringgg!

Barang di atas meja dikemas lalu diletakkan di dalam laci meja.Perut yang dari tadi berbunyi melajukan pergerakan ku untuk ke kantin.

Baru sahaja ingin keluar dari kelas...

"Eli..lepas rehat, pengawas kena pergi bilik mesyuarat tau." Tutur Danish kepada Eliana.Selepas itu ,Danish memberikan senyuman manis kepada
Eliana Izzati.Oh sopan nya cara dia cakap dengan Eliana..tapi bila dengan aku?

Danish terus melangkah keluar dari kelas.Tetapi sebelum itu...

Baru sahaja kaki nya ingin melangkah keluar dari kelas,sempat dia menarik belakang tudungku membuatkan tudungku sedikit ke belakang.

Woih! Kalau nak bergurau atau nak main-main aku tak kesah.Tapi tudung jangan sentuh!

"DANISH IZMEER!!" Jeritku lantang.Orang yang lalu hanya memandangku pelik.

"Apa tengok-tengok?!pergi kantin!"

"Beb..lek-lek.Tapikan.Lawak lah tengok diorang kelam kabut lari" Eliana sudah meletuskan tawanya.Aku?aku terus berjalan meninggalkan Eliana yang sedang ketawa macam orang sawan.














Kaki melangkah masuk ke dalam bilik gerakan bersama Eliana.Baru ada 2,3,4 orang.

Tanpa memikirkan tentang siapa-siapa, kerusi di hadapan menjadi pilihan untuk aku melabuhkan punggung.

Apa aku kisah kalau tempat aku duduk ni tempat untuk ketua atau penolong ketua pengawas.Nampak tak perangai Ayreen Qaisara yang tak patut dicontohi di situ?

Selepas beberapa minit,bilik ini mula penuh dengan pengawas sekolah.Guru disiplin iaitu Encik Razali dan guru pengawas,Encik Nizam juga sudah masuk ke dalam bilik ini.

"Baik,semua boleh senyap" Cikgu Nizam bersuara membuatkan semua senyap.Kan bagus kalau macam ni.Tak perlu nak pekik dah sebab semua orang gerun jugak dengan Cikgu Nizam.Dengan cikgu Razali lagi lah.Garang!Tapi tak garang dengan aku.Aku pun tak tahu lah kenapa.

Jangan cakap pilih kasih ok! Dia kalau bercakap dengan aku je dia tak garang.Cikgu Razali ni kalau bab denda orang dia tak pilih kasih sebab haritu aku ada kena jemur tengah panas dengan dia sebab lupa bertugas masa mula-mula jadi pengawas.

"Saya panggil kamu semua datang sini sebab nak beritahu tentang kursus kepimpinan pengawas yang akan diadakan di Johor.Saya ingat lepas tamat je kursus,boleh bawa kamu pergi jalan-jal-.." Belum sempat cikgu Razali menghabiskan ayatnya.Semua junior sudah bersorak.Haih.. nak tempah keranda ke?

"Ada saya suruh korang bising?" Soal Cikgu Nizam tegas.Semua diam.Cikgu Razali pula menyambung ayatnya.Kalau tengok muka junior-junior ni.Macam tahan sembelit!

"Kursus itu akan diadakan 2 hari 1 malam.Macam saya cakap,boleh bawak jalan-jalan sekali selepas habis sahaja kursus tu.Jadi,bayaran hanya 20 ringgit sahaja.Yang lain semua sekolah yang tanggung.Bersyukur la kena bayar sikit je.Semua wajib pergi kecuali yang ada urusan penting" Satu kertas diedarkan untuk menulis nama bagi setiap tingkatan.Selepas Danish menulis nama nya di atas kertas A4 berwarna putih itu,dia menghulurkannya kepadaku.

Baru sahaja aku ingin mengambil kertas itu,tangan Misha laju sahaja mencapai kertas itu sedangkan aku boleh ambil sendiri sebab tangan aku sampai nak capai kertas tu.

Lagipun si MiSup tu dah tulis nama.Asal dia nak ambil kertas tu?

"Nah" Misha menghulurkan kertas itu kepada ku.Aku mengambilnya.Wajah menyampah ditayangkan.

"You..lain kali bagi I dulu.Ntah-ntah tangan budak ni tak sampai nak ambik.You tak payah susahkan diri you nak kena hulurkan" Suara Misha membuatkan telinga ku seperti mahu tercabut.BUDAK?!dia panggil aku budak tadi?

Aku mengalihkan pandangan ke arah Danish yang berada di sebelah Misha.Wajah muram Danish itu dipandang hairan.Awek kat sebelah kot,takkan tak happy?



TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro