MHP 48
Ehh before korang start baca...
First of all, i'm so sorry sebab lambat update. Bukan apa, cuma rasa MHP ni cliche plus cara penulisan teruk 😔
Last year, i tinggalkan wattpad for 1 year and tahun ni baru active balik. So skill penulisan pun dah hilang.
Sometimes rasa nak unpublish ') tapi kesian yang tunggu new update
Anyway, selamat membaca ❤️
•••
Papp!!
Pelajar kelas 5 Emerald yang ketiadaan guru itu akhirnya senyap. Semua mata tertumpu ke arah Izzah yang baru mengetuk mejanya sehingga menarik perhatian semua orang.
"Jamuan raya bila eh?" Izzah mula menyoal.
Aku memberikan pandangan tidak percaya kepada Izzah. Dia ketuk meja semata-mata nak tanya jamuan raya bila?
"Lusa kan?" Farisha meminta kepastian. Kepalaku diangguk perlahan kemudian kelas 5 Emerald kembali bising.
"Hai bunga-bunga sekalian." Sapa Hakimi mesra. Izzah dan Siti sudah menarik kerusi ke arah meja kumpulan aku, Eliana, Danish dan Ammar.
"Wei Danish, asal dengan kau? Tak nak join sembang ke?" Soal Hariz hairan. Kami semua memandang Danish di sebelahku yang hanya mendiamkan diri. Dia menggelengkan kepala.
"Nish okay tak?" Giliran aku pula menyoal. Tetapi tiada respon yang diberikan olehnya.
"Danish, jangan lah macam ni."
"Danish!" Aku masih mencuba untuk memujuk.
"Dani-- "
"Kau boleh diam tak?!" Aku terkedu. Pelajar kelas 5 Emerald sekali lagi senyap. Danish bangun dari tempat duduknya. Semua yang berada di dalam kelas hanya memandang Danish yang keluar dari kelas tanpa mengeluarkan sebarang suara.
"Asal dengan dia?" Siti mengerutkan dahi. Aku ada buat salah ke?
"Biarkan je lah dia. Ada la tu kacau fikiran dia sampai emosi tak stabil." Eliana cuba menenangkan aku. Tiba-tiba Ammar datang ke arah Eliana kemudian membisikkan sesuatu.
"Aku nak keluar kejap eh." Gadis itu segera melangkah keluar kelas diikuti Ammar.
Ammar's POV
"Kau nak cakap apa sebenarnya?"
Kepalaku ditoleh menghadap Eliana yang berjalan di sebelah. Kami berdua berjalan tanpa hala tuju. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Sampai sahaja di taman sains sekolah, aku menghentikan langkah begitu juga dengan Eliana.
"Actually, kau tahu kan yang aku suka kau?" Eliana diam.
"Aku rasa kau salah orang la Ammar." Gadis itu ketawa hambar. Dia cuba melarikan pandangannya daripada memandangku
"No! Aku betul-betul suka kau. Listen Eli, yes memang dulu aku suka Ayreen, tapi aku dah move on sebab aku lagi nampak Danish yang dah mula sukakan Ayreen. "
"Ouh okay. So then kau-- "
"Aku nak kau jadi aku punya." Ujarku membuatkan Eliana terus menoleh ke arahku.
"Kau betul-betul ke?" Soalnya tidak pasti.
"Muka aku macam main-main ke, Eli?" Jariku ditunding tepat ke arah wajahku. Eliana pantas menggelengkan kepala.
"So? Kau nak ke?"
Mendengar sahaja soalan daripadaku itu, Eliana mendiamkan diri beberapa saat. Dia tersenyum lebar sebelum kepala diangguk laju.
Yes!
"Ehem ehem." Aku dan Eliana serentak memandang ke belakang. Kelihatan figura Kamarul dan Faris membuatkan mataku dan Eliana terbuntang.
"Dua pasangan dalam geng kita dah couple. Lepas ni siapa pula agaknya?" Faris acah seperti berfikir.
"Hakimi dengan Siti kot." Tutur Kamarul. Mereka berdua langsung tidak memandang aku dan Eliana. Acah pandang tempat lain.
"Er dah lah. Jom masuk kelas. " Eliana berjalan mendahuluiku. Aku menggarukan kepala yang tidak gatal. Faris dan Kamarul sudah tersenyum mengusik.
Siap korang!
•••
Back Ayreen's POV
Pintu bilik ditutup rapat. Beg sekolah diletakkan ditepi meja belajar. Dengan longlai, aku melangkah ke arah balkoni bilik. Punggung dilabuhkan di atas buaian bulat. Keluhan kecil dilepaskan apabila teringatkan Danish yang langsung tak bercakap dengan aku.
Aku tak tahu apa aku buat dekat dia. Hari ini baru hari pertama sesi persekolahan selepas cuti Hari Raya.
"Sara! Teman Yan!"
Pandanganku beralih ke arah Aryan yang kepalanya tersembul di pintu bilik.
"Teman pergi mana?" Soalku. Aryan Qalish yang masih berdiri di hadapan pintu bilik itu dihampiri.
"Teman pergi rumah abang Danish. Mama suruh hantar apa benda entah dekat Aunty Adhia. Yan tak ingatlah jalan nak pegi rumah diorang."
"Ala! Yan suruh la along teman. Sara penat la." Bohongku. Aku betul-betul tak nak jumpa Danish lagi.
"Along busy lah. " Balas Aryan. Bibirku sudah dicebik.
"Sekejap je, cepatlah bersiap!" Aryan menolakku masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Aku akhirnya mengalah, nak tak nak kena pergi teman juga!
Aryan's POV
"Jalan lah cepat sikit kak!" Aku mendengus geram. Selalunya dia paling excited bila nak jumpa Danish.
Sampai sahaja di hadapan rumah Aunty Adhia, aku terus menekan loceng. Sara yang berdiri jauh di belakang dipandang hairan.
"Kenapa?" Soal abang Danish yang baru keluar dari rumah. Aku menghulurkan sebuah beg yang aku tak tahu apa isi dia kepada Danish. Beg itu akhirnya bertukar tangan.
"Mama suruh bagi dekat Aunty." Danish hanya mengangguk kecil. Dia memandangku kemudian matanya terhenti ke arah belakangku.
"Tak nak masuk dulu ke?" Abang Danish memandang aku semula. Aku hanya menggeleng. Baru nak usik Danish dengan Sara, tapi aku tengok Danish macam tak suka je Sara ada.
"Er kitaorang balik dulu. Bye."
Baru aku ingin melangkah meninggalkan rumah itu, Danish laju menarik lenganku membuatkan pergerakanku terhenti. Sara yang sudah berjalan laju meninggalkan aku dipandang tidak percaya.
Tadi bukan main jalan lambat, boleh pula berjalan laju.
"Nak tanya sikit boleh?" Soal Danish. Dia dipandang dengan kening dijongket ke atas.
"Jap."
Kami berdua berjalan menuju ke arah taman. Abang Danish di sebelah dipandang hairan.
"Er Aryan kenal tak mamat ni?" Aku mengambil handphone milik abang Danish. Gambar yang ditunjuknya dipandang lama. Kemudian mataku terhenti pada username Instagram jejaka itu.
@rayyanhykal
"Kenal. Kenapa?" Kerutan jelas di dahiku. Gambar Rayyan dan Sara semasa hari raya dipandang semula.
"Eh jap jap, jealous ke apa ni?" Soalku. Abang Danish hanya membiarkan soalanku tadi ditiup angin. Kami berdua mencari tempat duduk setelah tiba di taman.
"Rayyan tu cousin kitaorang. Dia ni memang pelik sikit. Sara pun tak suka dia."
"Lagipun Sara dah ada abang kan? Buat apa dia nak pergi dekat mamat gila ni lagi." Tambahku. Bola mataku diguling ke atas.
"Gila?" Kening abang Danish bertaut. Dia memberikan pandangan hairan.
"Yan pun tak suka dia. Desperate sangat."
"Sara!" Panggil Rayyan. Ayreen memandang Rayyan kemudian dia mengulingkan bola matanya.
"Er jom tangkap gambar."
"Yan nak masuk jugak!" Aku menyampuk.
Rayyan memandangku kemudian menggelengkan kepala. Aku mencebik. Sebenarnya tak teringin pun nak tangkap gambar dengan beruk macam kau!
"Tak naklah." Ayreen menggeleng.
"Jom je."
"Tak nak."
"Please."
"Tak nak!"
"Sara please."
"Tak naklah."
"Please please..satu gambar je" Rayyan masih memujuk. Aku yang memandang mereka berdua hanya menayangkan wajah menyampah. Orang dah tak nak tu tak payah paksa!
"Ish ye lah ye lah"
"Then diorang bergambar je lah lepas Rayyan tu paksa." Abang Danish mengangguk faham selepas mendengar cerita daripadaku.
"Habistu, perlu ke Rayyan tu letak caption 'Mine' ?" Abang Danish mengulingkan biji matanya. Aku tergelak kecil.
"Dah lah. Pujuk Sara tu balik. Kalau tak, Yan takkan bagi akak jumpa abang dah."
"Ye ye. Nanti abang pujuk balik."
"Yan balik dulu eh? Bye." Aku terus berdiri kemudian berjalan meninggalkan abang Danish.
End Aryan's POV
•••
Wajah direnung di biasan cermin. Penampilan ditilik buat kali terakhir. Handphone di atas meja solek dicapai.
"Danish ni memang tak reti nak buka mesej ke?" Omelku. Mesej yang dihantar olehku semalam langsung tidak dibacanya.
Aku melangkah turun ke tingkat bawah. Aryan yang segak memakai baju raya dipandang.
Asal adik aku ni tiba-tiba nampak hensem?
"Jom breakfast."
Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Roti bakar diambil. Teh susu yang masih panas disisip sedikit.
"Akak ni dah kenapa? Orang excited tapi dia tak." Aryan mengerutkan dahi tanda hairan.
"Petang semalam Danish datang nak jumpa Sara. Tapi time tu Sara tengah tidur. Dia pun balik je lah." Ujar mama. Kepalaku hanya diangguk perlahan. Aku betul-betul malas nak ambil kisah pasal Danish.
Ye ke malas nak ambil kisah?
Selesai bersarapan, aku dan Aryan mencapai kuih raya yang ingin dibawa. Langkah kemudiannya diaturkan ke arah rak kasut.
"Yan nak duduk depan." Aryan Qalish berlari ke arah kereta. Pintu tempat duduk penumpang di hadapan dibukanya.
Tak ubah macam budak!
"Kak cepat lah pakai kasut!" Suara Aryan yang lantang itu membuatkan aku tersentak.
Tiba sahaja di sekolah, kelas 5 Emerald dituju. Memandangkan dewan sekolah masih kosong, baik duduk dalam kelas dulu.
"Hai princess." Sapa Danish yang tiba-tiba muncul. Aku yang baru ingin membuka pintu kelas menoleh memandangnya.
"Tumpang laluuu!" Kamarul mencelah. Dia masuk ke dalam kelas 5 Emerald.
"Danish dengan Ayreen tercegat depan pintu tu dah kenapa?" Soal Izzah hairan.
"Nak sambut tetamu." Balasku selamba sebelum ketawa terkekeh.
"Aku lah tetamu tu." Ujar Kamarul bangga.
"Hi everyone!" Farisha masuk ke dalam kelas dengan senyuman lebar.
"Yang kau happy semacam ni kenapa?" Ammar menyoal apabila melihat Farisha yang dari tadi tersengih.
"Aku tak sabar nak tangkap gambar dengan crush !"
"Eh dah dah. Turun dewan sekarang." Arah Danish kepada pelajar kelas 5 Emerald.
"Hah! kau pulak..." Aku yang baru hendak berjalan meninggalkan kelas memandang Danish. Kening sebelah diangkat.
"Kau jalan dengan aku." Danish tersenyum manja. Aku terus menolak kepala Danish.
"Fikir comel senyum macam tu?" Aku menyoal.
"Boyfriend kau memang comel masalahnya."
Muka toya ditayangkan kepada Danish. Sekali lagi tanganku aku menolak kepalanya. Angkat bakul sendiri pula.
"Habis lah rambut aku Reen." Pantas Danish membetulkan rambutnya yang sedikit serabai akibat sentuhan Ayreen tadi. Ops!
"Blok ni dah kosong kan?" Danish memandang sekeliling blok. Aku mengerutkan dahi apabila ternampak Danish mengeluarkan handphone miliknya.
"Nak buat apa?"
Danish memandangku kemudian melemparkan senyuman manis. Handphone miliknya diangkat sebelum sekeping gambar kami berdua di ambil.
Click
•••
"Dengar cerita lepasni Izara buat persembahan." Fatin memecah kesunyian. Aku, Eliana dan Tisya serentak memandang Fatin.
"Ha? Apa dia?" Celah Siti.
"Izara? Persembahan apa?" Soal Eliana. Nampaknya gadis itu juga tidak percaya.
"Yang aku tau, time dia buat persembahan, aku tak nak tengok. Hancur mood jamuan raya aku." Izzah laju menggelengkan kepala. Aku tergelak kecil. Ada-ada je dorang ni.
"Ayreen.." Panggil Danish. Kepalaku ditoleh ke arahnya dan..
Click
Tiba-tiba flash kamera milik Danish bercahaya.
"Danish delete lah gambar tu! Buruk!" Aku mencebik. Suka sangat ambil gambar secara mengejut.
"Cantiklah." Danish memandang gambar itu lama.
"Hotak kau!"
"Eh, macam mana Danish boleh sampai ke sini?" Raut wajah Tisya berubah hairan. Aku hanya mengangkat bahu.
"Aku baru teringat, esok perkhemahan kan?" Mata kami semua tertumpu ke arah Fatin.
"Tak nak pergi boleh?"
"Kenapa pulak?" Soal Danish. Dahinya sudah dikerut.
"Entah lah. Rasa macam-"
"Perhatian kepada semua pelajar, dah boleh simpan handphone tu sekarang sebelum saya ambil." Guru di hadapan mengalihkan tumpuan semua pelajar SMK Damai.
Aku hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Perhatian ditumpukan sepenuhnya ke arah cikgu Aishah di hadapan.
TBC
Jemput baca new story yang author baru publish.
tittle ; Love or Dare?
genre ; Teen Fiction
Promote 🌸
promise
ummyyyyy_
Penantian Aaira
the_sya
Setulus cinta AUNA DANISHA
atikahika02
Gambar kat atas tu as Sofia Amanina 🌸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro