Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 47

Hari ini merupakan hari terakhir sebelum umat islam meninggalkan bulan ramadhan. Masing-masing sibuk membuat persiapan hari raya atau pulang ke kampung halaman.

"Sara! Cepatlah angkat beg ni. Lambat betul lah nak bersiap pun." Rungut Aryan. Aku yang baru tiba di tingkat bawah menjelingnya tajam.

"Yan angkat lah sendiri beg Yan tu. Kalau boleh angkat beg Sara sekali." Aryan mengulingkan biji matanya.

"Korang ni pasal angkat beg pun nak gaduh ke? Sara, kau angkat beg mama ni. Aryan pula angkat beg along dengan papa. Thank you." Kak Aryna terus menyarungkan kasut dan masuk ke dalam perut kereta. Aku dan Aryan terlopong melihat along yang hanya goyang kaki di dalam kereta.Ni memang tak adil!

Perjalanan dari Shah Alam ke Pahang yang mengambil masa selama 3 jam lebih itu membuatkan aku sedikit bosan di dalam kereta. Aryan yang sibuk dengan PUBG dikerling. Tak pening ke main phone dalam kereta?

Pandanganku beralih ke arah along di sebelah Aryan yang sedang mengambil gambar pemandangan luar. Nak letak dekat instagram story la tu.

Aku mengeluh kecil. Badan disandar kemudian kelopak mata perlahan-lahan ditutup. Ngantuk!

Danish's POV

Ayreen Qaisara 💜
Last seen today at 9:30 AM

Bibirku dicebik kecil. Jam sekarang yang sudah menunjukkan pukul 11.45 pagi dipandang. Baru ingat nak telefon. Rindu.

"Danish!" Kepala didongak untuk memandang gerangan yang memanggil. Aiman iaitu sepupu ku yang sudah berada di atas motor dipandang dengan kerutan.

"Nak pergi mana?"

"Opah suruh beli santan. Jom lah! Alang-alang aku bawa pusing satu kampung."

Mendengar sahaja ajakannya itu, aku memandang cahaya matahari yang mula panas terik. Mata dikelip berkali-kali sebelum aku menggelengkan kepala.

"Tak nak lah. Penat."

"Budak bandar memang macam ni ke duh?" Soal Aiman. Dia sudah memeluk tubuh.

"Woi kau elok sikit." Mikaell yang baru keluar dari rumah mencelah.

"Alo ye la ye la. Baru nak ajak pusing kampung." Lelaki itu akhirnya mengalah.

"Lain kali lah. " Celah Mikaell. Aku hanya melepaskan ketawa kecil.

Back to Ayreen's POV

"Kak!!"

"Sara!!"

"AYREEN QAISARA!"

Mataku perlahan-lahan terbuka. Aryan yang berada di sebelah dipandang dengan kerutan. Budak ni rupanya yang terjerit-jerit panggil aku. Sakit telinga aku dibuatnya.

"Bangunlah. Dah sampai." Tangan Aryan laju menampar lenganku supaya bangun dari tidur. Aku mendengus perlahan. Pintu dibuka lalu aku melangkah keluar dari kereta.

"Assalamualaikum." Langkah kanan diayunkan untuk masuk ke dalam rumah. Mana mama? mana nenek? mana orang lain?

Langkahku terhenti apabila ternampak kelibat 'dia'. Ya, DIA!

"Aduh! Kenapa tahun ni dia raya kat sini? Tahun lepas dah raya sini kan." Gumamku. Kepala yang tidak gatal digaru. 'Dia' yang aku maksudkan itu ialah sepupu aku. Rayyan Haikal.

Kenapa aku tak suka Rayyan?

Sebab bagi aku, Rayyan ni pelik. Setiap kali ada aku, mesti ada dia. Senang cerita...

Di mana ada Ayreen, di situ ada Rayyan.

Kadang-kadang aku tak selesa dengan dia. Lagi-lagi bila dia pandang aku. Macam ada sesuatu yang dia nak sampaikan tapi aku tak tahu apa.

"Oi!" Seseorang mencuit bahuku. Aku menoleh ke belakang.

"Kau usha siapa? Rayyan eh? Aku bagitahu Danish." Kerutan jelas di dahiku selepas mendengar apa yang dikatakan Anis Azilla tadi.

"Memandai kau je fikir macam tu. Buat apa aku nak usha dia? Lagi baik aku usha ayam kat luar tu." Balasku membuatkan Anis menayangkan muka toya.

Tiba-tiba handphone milikku berdering. Dengan cepat aku memandang skrin handphone sebelum bibir mengukir senyuman lebar.

Danish 💗 is calling..

Baru sahaja ingin mengangkat panggilan, Anis terlebih dahulu merampas handphone milikku kemudian menjawab panggilan daripada Danish.

"Hello!" Sapa Anis mesra. Sempat gadis itu mengerling ke arahku yang berdiri di sebelahnya.

"Er ni Anis ke?"

"Haah. Ayreen tengah baring-baring. Penat agaknya sebab dia baru sampai kampung." Aku terlopong. Kurang garam punya Anis!

"Ouh ye ke. Tak apa lah kalau macam tu, kirim salam dekat Ayreen. Suruh dia rehat banyak-banyak. Bye."

Anis terus meletakkan panggilan. Dengan muka tidak bersalahnya, dia menghulurkan semula handphone milikku yang dipegangnya.

"Nah! Danish kirim salam, then dia suruh kau rehat. Seronok dapat sembang dengan instafamous hensem tu hehe. Eh aku penatlah, Ayreen. Aku masuk bilik dulu ye? Bye!" Gadis itu segera melarikan diri ke dalam bilik memandangkan aku sudah menayangkan wajah tidak puas hati. Nasib sayang je!

"Hai Sara." Sapaan seseorang iaitu Rayyan membuatkan aku mengeluh perlahan. Badan perlahan-lahan dipusing menghadap Rayyan Haikal dibelakang. Senyuman plastik diberikan.

"Hai." Balasku malas.

"Bila sampai? Tak perasan pun."

"Tadi."

"Ouh, eh by the way aku nak-- "

"Rayyan, aku penat lah. Aku nak rehat kejap tau. Bye." Dengan cepat aku mengaturkan langkah meninggalkan jejaka itu. Sebelum dia mula banyak cakap, baik aku larikan diri.

•••

Malam itu, aku melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi kayu. Mata memandang ke arah papa, atuk, paklong dan paklang yang sibuk membakar lemang manakala paksu merebus ketupat. Makcik yang lain pula sibuk dengan pemprosesan kuih raya di dapur.

Aku yang duduk di dapur tadi memang tak senang duduk bila Rayyan asyik memerhatikan aku.

"Reen!" Anis mengambil tempat disebelahku diikuti dengan Athira, Khairina dan Aqilah. Memang diorang berempat ni je yang sebaya dengan aku dan yang paling rapat dengan aku.

Athira ni duduk di Perak, Khairina pula di Johor, Anis dengan aku di Selangor dan Aqilah pula memang dekat Pahang ni.

Kampung aku ni Pahang belah mama, di Johor pula belah papa.

"Eh Aryan mana? Aku rindu budak tu. Lama tak jumpa." Aqilah bersuara.

"Entah, dia dekat ruang tamu kot dengan Khairil." Balasku. Aqilah dan Anis terus menghilangkan diri untuk mencari Aryan Qalish.

Anis's POV

"Aryan!" Aku dan Aqilah terus berjalan ke arah Aryan, Khairil dan Asyraf yang sibuk menonton televisyen. Bukan nak tolong buat kerja!

"Apa?" Soal Aryan yang sedang terkebil-kebil memandangku dan Aqilah.

"Macam mana sekolah baru? Okay ke?" Aku mula menyoal. Aryan menganggukkan kepalanya.

"Okay je. Kenapa?"

"Sah-sah lah best. Masuk je sekolah tu terus orang kenal sebab adik Ayreen Qaisara yang famous gitew!" Aqilah menayangkan wajah teruja.

"Ni mesti dah ada crush kan?" Soalan lain pula dituju kepada Aryan.

Aryan tersengih lalu tangannya menggosok belakang lehernya.

"Er ada je."

"Ye ke?! Apa nama di-- " Belum sempat Aqilah menghabiskan soalannya, laju seseorang memotong.

"Excuse me? Aryan, Ayreen mana?" Rayyan tiba-tiba muncul.

Aryan hanya memandang Rayyan dengan pandangan kosong. Aku tahu, Aryan tak berapa suka dengan Rayyan sejak lelaki tu paksa dia bagi nombor Ayreen.

"Ada mata kan? Cari lah." Balas Aryan selamba. Asyraf pula sudah melepaskan ketawa kecil begitu juga dengan Khairil.

Rayyan yang mendengar jawapan daripada Aryan terus meninggalkan kami semua yang berada di ruang tamu. Dia juga sempat menguling bola mata menunjukkan yang dia sedikit tidak berpuas hati.

Back to Ayreen's POV

Usai menolong mengemas dapur, aku terus masuk ke dalam bilik memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Agaknya Danish dah tidur ke?

Handphone dicapai sebelum nombor Danish di-dail.

"Hai Danish!" Sapaku mesra setelah lelaki itu menjawab panggilan.

"Hai princess. Eh aku nak ucap awal-awal ni. Selamat hari raya, aku nak minta maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku tahu aku banyak buat salah dengan kau."

Aku tersenyum kecil apabila mendengar suara Danish di corong telefon itu.

"Aku pun nak minta maaf jugak hehe. Selamat hari raya!"

"Rindu."

"Eee mengada lah." Kataku sambil tersenyum malu. Bibir aku sekarang ni memang tak boleh berhenti senyum.

"Lah aku serious lah."

"Ye la. Aku pun rindu kau."

Bantal ditarik sebelum aku menekup wajah menggunakannya. Malu!

"Pandai pun nak cakap rindu. Selalunya orang je yang rindu dia." Ujar Danish dengan nada seperti sedang merajuk.

"Alaa malu lah." Bibir dicebik. Aku juga terdengar Danish tergelak kecil.

"Dah pergi tidur, sayang. Dah lewat ni. Cousin aku pun dah panggil hehe. I got to go. Bye princess. Assalamualaikum."

"Bye. Waalaikumsalam"

"Eh jangan end call lagi!"

Aku mengerutkan dahi apabila mendengar arahan daripada Danish.

"Kenap-- "

"I love you, Ayreen. Bye."

"Er hehe. I love you too. Bye."

Apabila talian dimatikan, dengan cepat aku berjalan ke arah meja solek kemudian wajahku yang mula berona merah ditilik di hadapan cermin.

"Eee malunya!" Badan dibaringkan di atas katil. Tangan menarik bantal untuk menekup muka yang masih membahang.

•••

Takbir raya berkumandang di kaca televisyen. Aku yang siap mengenakan baju kurung moden berwarna dark blue dan tudung berwarna putih melangkah keluar dari bilik.

"Ayreen! Make up kan maksu jap. Kamu kan pandai bab-bab make up ni."

Ya. Setiap kali hari raya, aku akan jadi seorang MUA yang tak berbayar.

Selapas bersalam-salaman dan mengagihkan duit raya , aku terus mengambil kamera di dalam bilik.

"Set lah cepat!" Khairil bersuara. Aku menjeling Khairil. Tak reti sabar betul budak ni.

"Okay posing!" Jerit Aryan.

1

2

3

Click!

Halaman rumah dituju untuk mengambil gambar sebanyak yang boleh. Aku memandang cermin tingkap kereta, tudung dibetulkan.

"Sara, cepatlah!" Khairina yang sudah bersedia dengan kamera di tangan itu dipandang. Dia ni ahli kelab photographer dekat sekolah dan memang pandai bab-bab ambil gambar. Untung ada dia.

"Next! One , two , three. Sini phone kau. Aku ambil guna phone pula." Satu persatu gambarku diambil oleh Khairina. Gaya pun dah macam model baju.

"Aku pulak! aku pulak!"

Jariku laju membuka aplikasi Instagram, gambar yang diambil tadi dipilih untuk dipost.

Danish's POV

_danishizmeer

Selamat Hari Raya !

❤️100,001
@dmia._ SELAMAT HARI RAYA CRUSH! ♥️
@elmira_ sem😍😍
@lolli._ HANDSOMENYAA😍
@zahrina.ina Eh sama pulak tema warna dengan saya, dark blue 😍💙
@_puteraammar Aum sem😍 selamat hari raya !
@izzdaniel SHR 🙂
@elianaizzati_ Wuu budak hot nak lalu!
@dayann Fuh reciks! Selamat hari raya awak
@farishasha woi asal kau sem sangat? ikhlas dari rakan sekelasmu, farishamel 😂
@sitiaminah_ Cayer Ayreen tengok ni hahah
@_danishizmeer Hahah @_puteraammar aku memang hensem😂
@_danishizmeer Wuuu..idola comment siaa😛 @elianaizzati_
@itszaradhlia Aw handsome 😍😍
@_izuanhakimi SHRMZB dak hot🌚
@adrian.kb_ SELAMAT HARI RAYA.Stay handsome!
@harizzz Idola aku handsome.Tapi aku lagi handsome hahah 😂

Username Ayreen dicari kemudian dibuka. Aku tahu sangat dia akan upload gambar.

Dan ya! Tekaan aku tepat.

"Comel." Bibirku mengukir senyuman lebar apabila melihat gambar raya Ayreen. Kebetulan baju raya kami berdua tahun ni sama.

ayreenqaisara_

Selamat Hari Raya 🌸

❤️85,900
@zahiratisya_ Cantikkk 😍
@anis.azilla Posing banyak minah ni.
@_kamaruleiman Tema raya kau macam familiar dengan seseorang je..
@yaaaannnaa Selamat hari raya 😍😍
@izzdaniel Pretty girl ❤️
@alifarhn SHR idola!
@qistina_DQ Awww cantik😍😍Selamat hari raya Ayreen Qaisara 🌈
@fatinfzana_ AYREEN CANTIKKKAJAJAKAKANSHSBDB 😫❤️
@aryanqalish_ Eheh..acah tinggi ke kak? HAHAH
@nnurzz_ Cantiklah😍 Selamat hari rayaa!!!
@arynaqasleana_ Adik aku ke ni 😀
@_farisam Dak hot siaa🤤😌
@rayyan.kb_ CAIRR DANISH WEYH!
@naufal.kb_ SHR Ayreen
@nurizzah_ Cantik bajuu, macam orang dia 😍😂
@itszaradhlia Kau happy happy lah dulu😏

Komen daripada Izara dibaca dengan kerutan yang jelas di dahi. Dia ada nak buat apa-apa ke?

Ish! Tak kot.

Harap-harap tak lah.

Aku terus menutup aplikasi instagram. Komen daripada Izara tadi cuba dilupakan.

TBC

Maaf kalau chapter ni ada kekurangan 🙏🏻

Promote 🌸

Kau Terlalu Istimewa
NurulNurul739

Boleh la ramai-ramai pergi baca story tu okay? ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro