MHP 46
Mesej daripada Misha dipandang lama. Dahi pula dikerut hairan.
Kenapa tiba-tiba?
Misha
Aku nak jumpa kau boleh?
Hampir beberapa saat mesej itu ditenung, akhirnya aku mengeluh. Ada apa-apa yang penting ke sampai dia nak jumpa aku?
Ting!
Misha
Aku harap kau setuju 🙂
You
Dekat mana nak jumpa?
Misha
Dekat taman tasik ?
Sekarang.
Mata diguling ke atas. Aplikasi Whatsapp itu ditutup sebelum aku segera menyiapkan diri.
"Akak nak pergi mana?" Aryan yang berada di ruang tamu mula menyoal apabila matanya memandangku yang baru tiba di tingkat bawah.
"Taman tasik jap. Nanti bagitahu mama tau. Thanks!" Kunci kereta dicapai. Dengan cepat aku masuk ke dalam perut kereta.
Setelah beberapa minit berlalu, aku tiba di taman tasik. Badan disandar pada kerusi pemandu, hati yang sedikit berdebar itu cuba diabaikan.
"Tak ada apa pun lah, Ayreen. Chill!" Kataku sendiri. Aku keluar dari kereta kemudian figura seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan tasik menyapa pandanganku. Dengan cepat aku menghampirinya.
"Misha?" Sapaku. Perempuan itu sedikit terkejut sebelum dia menoleh ke arahku.
Aku tersentak apabila memandang wajah Misha. Mata sembab dan eyebag yang tebal menampakkan dirinya seperti bukan Emisha Puteri.
"Duduk lah." Aku terus mengambil tempat di sebelahnya. Tidak terlalu jauh , tidak terlalu dekat.
"Asal kau nak sangat jumpa aku?" Soalku.Mata kami berdua tepat memandang ke arah tasik di hadapan.
"Aku nak minta satu je dekat kau." Kepala ditoleh memandang Misha di sebelah. Kerutan pula jelas di dahiku.
"Apa dia?"
Misha mengeluh kemudian tersenyum hambar.
"Jauhkan diri kau daripada Danish."
Senyap. Tiada respon yang diberikan olehku.
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
"Aku terlalu sayangkan dia sebab dia pernah selamatkan aku dari kena...."
Memang susahlah dia nak move on.Tambah-tambah Danish tu hensem dan popular. Siapa je yang tak nak?
"Aku tak nak kau ada apa-apa hubungan dengan Danish, boleh? Tu je permintaan aku." Air mata Misha mengalir laju membasahi pipinya. Aku masih tidak memberikan apa-apa respon.
Perlu ke aku ikut permintaan dia?
Jauhkan diri daripada Danish?
•••
Di sekolah, aku lebih banyak mendiamkan diri. Tak seperti sebelum ni. Aku tak banyak bercakap. Bila ditanya, sepatah yang dijawab.
Entah kenapa aku nak kesiankan sangat dekat Misha padahal dia langsung tak pernah kesiankan aku.
"Princess, aku tanya ni." Kepala ditoleh memandang Danish di sebelah.Kening dijongket ke atas. Tak sedar pula dia panggil.
"Kenapa kau senyap je ni? Ada masalah ke?" Danish mula risau. Aku hanya tersenyum kecil lalu menggeleng perlahan.
Buku teks dan latihan Kimia dibawa keluar dari dalam beg, peralatan menulis juga dibawa keluar kemudian aku mengaturkan langkah untuk keluar dari kelas. Memandangkan cikgu tak masuk, lebih baik aku buat kerja dekat bilik pengawas.
"Ayreen!" Siti mengejarku yang baru melangkah keluar kelas. Aku mengerutkan dahi.
"Kau nak pergi mana?" Mendengar soalan Siti, aku hanya menggelengkan kepala. Aku tak nak siapa-siapa ikut.
"Tipu. Bawak buku latihan Kimia ni, nak pergi bilik guru ke?" Soal Siti lagi. Aku mengeluh.
"Bilik pengawas." Siti mengangguk selepas itu mengikutku dari belakang.
"Kau kenapa? Senyap je." Kerutan jelas di dahinya. Aku sekali lagi mengeluh kemudian menggelengkan kepala.
"Ayreen, kau okay tak?"
"Ayreen?"
"Ayreen!"
"Kau boleh senyap tak?!"
Siti akhirnya mendiamkan diri. Dia memandangku tidak berkelip. Mataku terpejam rapat. Apa masalah kau ni Ayreen?
"Kau okay tak sebenarnya?" Siti masih tidak mengalah. Aku membuka mata kemudian Siti di belakang dipandang.
"Haih, aku stress lah. Misha tu suruh aku jauhkan diri daripada Danish. Kadang-kadang aku rasa aku kena ikut permintaan Misha tu sebab aku kesian kan dia. Aku sedar, aku dah ambil semuanya daripada Misha termasuk jawatan penolong ketua pengawas yang dia nak sangat ni. Aku rasa bersalah tau."
"Tapi, aku dah sayang Danish. So now, aku betul-betul tak tahu." Kepalaku ditunduk. Air mata mula bertakung. Siti menghampiriku lalu menggosok belakangku.
"Kau biarkan je lah Misha tu. Kau tak payah fikir pasal ni. Benda ni tak penting pun. Tenangkan diri kau." Pujuk Siti.
"Lagipun jawatan kau ni cikgu yang minta tukarkan. Bukan salah kau. Salah dia juga, langsung tak bertanggungjawab. Chill babe! " Tambahnya. Aku mengangguk lalu tersenyum nipis.
"Thanks, Siti." Ucapku. Siti mengangguk kemudian senyuman lebar diberikan.
•••
Danish💘 is calling..
Aku mengangkat panggilan daripada Danish, kaki diaturkan ke arah balkoni bilik.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
"Ayreen..kenapa kau macam tak nak cakap dengan aku? Mesej pun kau balas nak tak nak je. Kau okay tak?" Soalan daripada Danish membuatkan aku ketawa kecil.
"Okay je lah."
"Haih! princess, promise jangan macam ni dah eh dengan aku."
"Ye saya janji." Di corong telefon, aku terdengar Danish ketawa kecil.
"Erm, nama you Ayreen kan?"
Keningku bertaut. Danish ni takkan dah lupa nama aku? Baru je dia sebut nama aku tadi.
"Haah, kenapa?"
"Dengar nama you pun buat i reendu you." Senyuman terukir di bibirku. Ada-ada je Danish ni.
"Danish, kau ada perasaan dekat Misha lagi ke? Walaupun sikit?" Soalku tiba-tiba.
"Tak, aku ada perasaan dekat kau je." Balas Danish selamba.
"Hehe."
"Kenapa tanya tiba-tiba?"
"Tanya je."
"Ouh okay."
"Kak!" Panggil Aryan membuatkan aku tersentak. Aryan yang berada di pintu bilik dipandang dengan kening sebelah diangkat. Kacau lah budak ni!
"Er Danish, Aryan dah panggil. Nanti apa-apa call la balik." Aku mula meminta diri.
Akhirnya, talian dimatikan. Handphone diletakkan di atas meja lampu. Aryan Qalish yang masih berdiri di hadapan pintu dipandang semula.
"Asal?" Soalku. Aryan diam untuk beberapa saat. Dia masuk ke dalam bilikku kemudian katilku menjadi tempat untuk dia melabuhkan punggung.
"Akak kenal tak Sofia Amanina?" Soalan Aryan cukup membuatkan dahiku dikerut hairan. Sofia Amanina tu bukan adik Siti ke?
"Kenal. Dia kelas 2 Emerald kan?" Aryan mengangguk perlahan. Tak silap aku Aryan pun kelas 2 Emerald. Takkan tak kenal classmate sendiri?
"Er, Yan suka dia lah.Heheh." Dia menggosok belakang lehernya.Aku ketawa kecil.
"Jadi. Yan nak Sara buat apa?"
"Tolong lah Yan tackle dia." Sekali lagi aku ketawa. Tapi tak lama kerana Aryan melempar bantal kecil ke arah ku.
"Kan Yan cakap kat Sara yang Yan ni hensem, takkan lah tu pun susah?" Bola mata diguling.
"Tapi, Yan tengok dia macam tak ada perasaan dekat Yan lah." Aryan membaringkan dirinya di atas katil. Kipas siling yang berpusing itu ditenungnya.
"Eh pandai-pandai lah Yan ambil hati dia."
"Macam mana Danish boleh suka akak? Macam mana akak ambil hati Danish?" Pandangan Aryan beralih ke arahku yang terdiam.
Takkan nak bagitahu aku dengan Danish dulu macam mana.
"Sara pun lupa. Alah Yan cuba je. " Aku mengangkat ibu jari ke arah Aryan menandakan thumbs up. Aryan pula hanya mengangguk kecil. Dia mengeluh perlahan.
•••
Aryan's POV
Kaki melangkah masuk ke dalam kelas. Beg yang digalas diletakkan di atas kerusi. Anak mata melilau mencari kelibat Sofia Amanina.
Ish , perlu ke?
Tapi , kalau lambat nanti melepas.
Aduh! Lain kali je lah.
Kepalaku digeleng. Tiba-tiba, seorang perempuan menghampiri meja ku membuatkan aku tersentak.
"Er Yan, kau dah siap homework Matematik?" Soal Sofia.
"D- dah. Kenapa?"
Jangan gagap Aryan. Jangan!
"Cikgu suruh aku kutip buku tulis." Tutur Sofia. Aku terus mengeluarkan buku latihan Matematik kemudian dihulur kepada gadis itu.
Matamu melemahkanku
Saat pertama kali ku lihatmu
Dan jujur,ku tak pernah merasa
Ku tak pernah merasa begini.
Eh terkeluar pula lagu tu.
"Er aku nak teman kau hantar buku latihan ni boleh?" Bibirku mengukir senyuman manis. Tanpa banyak soal, Sofia hanya mengangguk setuju. Aku terus meninggalkan tempat duduk dan keluar dari kelas.
"Kenapa kau ni rajin sangat nak teman aku?" Sofia dipandang.
"Salah ke?" Soalku semula. Sofea tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya.
"Aku tak cakap pun salah. Aku tanya je." Jawab Sofia. Aku hanya membalas dengan anggukan di kepala. Kalau Sara nampak ni, mahu dia usik, takpun dia report dekat papa dengan mama.
Tapi, macam mana kalau Sara report dekat kakak Sofia pasal ni?
Mati lah aku kalau kak Siti bagitahu Sofia.
"Yan, ada orang cakap kau ni adik kak Ayreen? Yang girlfriend abang instafamous tu. Betul ke?" Sofia disebelah dipandang.
"Er haah. Tak semua orang tahu." Balasku.
Selepas menghantar buku di bilik guru, mataku tertumpu ke arah kelibat Ayreen bersama Eliana, Siti, Izzah, Tisya dan Fatin.
"Ehem ehem." Tisya dan Fatin pura-pura berdehem. Kakak kepada Sofia pula sudah tersenyum mengusik.
Eh wait!
Diorang dah tahu ke?
Habis!
Back to Ayreen's POV
"Hai puteri-puteri perasan cantik." Sapa Kamarul. Tisya terus memijak kasut sekolah Kamarul membuatkan lelaki itu terjerit kecil.
"Padan muka!" Izzah menjeling.
"Aku gurau je lah." Kamarul mencebikkan bibirnya. Faris pula sudah ketawa kecil di sebelah Kamarul.
"Princess." Danish menghampiriku dengan senyuman manis.
"Princess, princess. Tu je kau tau." Celah Hakimi sebelum dia menguling biji matanya ke atas.
"Kalau jealous cakap."
"Eleh! Buat apa nak jealous? Aku pun ada." Tutur Hakimi.Dia menghampiri Siti yang berdiri di sebelah Eliana.
"Hai!" Senyuman terukir di bibir Hakimi membuatkan wajah Siti membahang.
"Kantoi ah Kimi." Tangan Ammar menutup mulutnya gaya seperti sedang terkejut.
"Eh dah la. Jom masuk kelas." Ujar Siti. Pipi nya masih membahang. Aku akur sebelum berjalan ke arah kelas meninggalkan jejaka-jejaka pujaan SMK Damai. Ew!
"Eh Ayreen, er aku nak pergi bilik pengawas jap. Nanti cakap kat cikgu tau." Bisik Danish. Tangannya yang menarik lengan baju sekolah milikku dilepaskan.
"Okay."
Danish's POV
Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket. Langkah diaturkan ke arah bangunan belakang sekolah. Izara yang sedang menunggu di atas tangga dihampiri. Gadis itu tersenyum manis.
Bangunan belakang sekolah?
Ya, aku tak nak Ayreen hairan kenapa aku nak pergi bangunan belakang sekolah ni. Jadi aku bagi alasan nak pergi bilik pengawas.
Poker face ditayangkan kepada Izara. Entah kenapa tiba-tiba mesej aku suruh jumpa dia.
"Hai abang Danish." Sapa Izara mesra.
"Nak apa?" Soalku mendatar. Izara mula mencebik.
"Tak ada apa. Zara nak jumpa abang je. Ye lah, sekarang kita macam jarang nak berjumpa. Orang tu asyik dengan girlfriend kesayangan dia tu je."
"Salah ke aku asyik dengan Ayreen? Lagipun kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku." Balasku sinis.
"Wait what?!" Izara Dahlia memeluk tubuhnya. Matanya memandangku tidak berkelip.
"Something wrong?"
"Urgh! Whatever! Sampai hati abang kan?" Gadis itu masih tidak mengalah. Aku menggarukan kepala. Apa dia nak lagi?
"What do you expect, Izara Dahlia? " Dahiku dikerut hairan.
"Apa yang ada dekat Ayreen tu sampai abang nak dia sangat?"
"Then , apa yang ada dekat kau sampai aku kena terima kau? Kau fikir apa? Kau suka aku, lepastu kau akan dapat? Jangan mimpi lah. Kau ingat aku suka ke perempuan desperate macam kau ni?" Balasku. Senyuman herot diberikan apabila melihat raut wajah Izara yang seperti menahan malu.
"Dah lah! Zara nak masuk kelas. Anyway, Izara akan selaaaaaalu sayang abang Danish. Love ya!" Izara berjalan meninggalkan aku selepas memberi flying kiss.
"Izara akan selaaaaaaaaaaaalu sayang abang Danish. Ouh please lah." Ayat Izara tadi diajuk selepas kelibat gadis itu hilang dari pandangan.
Psycho!
TBC
Gambar kat media tu as Aryan Qalish 😬
Yang nak promote story tu boleh je pm author 😊
By the way, sorry if this chapter macam cringe/hambar gila gila 🙁🙏🏻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro