MHP 44
I'm so sorry if this chapter hambar or cringe even dah edit 🙁
Skill menulis pun makin teruk sebab dah lama tinggal wattpad haha.
Sorry again 🙏🏻 !
•••
Aryan mengambil tempat di atas sofa.Aku yang sedang leka menonton televisyen sementara menunggu mama terus memandang Aryan.Dahi dikerut.
Budak ni kenapa? Along bukan main bawa turun semua barang dengan beg dia sebab harini nak kena hantar pergi airport.Aryan ni boleh duduk je.Dia tak ada beg nak bawa balik London ke?
"Okay dah settle . Jom." Mama tiba di tingkat bawah.
"Yan, kau tak balik ke? Ke..lambat lagi kau nak balik sana?" Sebelah kening diangkat.Aryan yang sedang menyarungkan sneakers memandangku.
"Yan pindah sekolah dekat Malaysia balik." Balas Aryan kemudian masuk ke dalam kereta.Eh kenapa aku tak tahu langsung?
"Sara? Kau tunggu apa lagi dekat pintu tu?" Aryna Qasleana mengerutkan dahi.Aku terus berlari masuk ke dalam perut kereta.
Sampai sahaja di KLIA, mataku terhenti ke arah figura Aunty Adhia dan Uncle Iskandar.Apa diorang buat kat sini?
"Awalnya sampai." Mama menegur.Aunty Adhia tersenyum.
"Kami pun baru je sampai Lin."
"Hai princess!" Sapaan seseorang membuatkan aku laju menoleh ke belakang.
"Eh hai." Danish tersenyum manis.
"Hensem.." Kataku tiba-tiba.
"Apa dia, sayang?"
"Eh! Apa? Mana ada apa-apa." Kepala digeleng.Danish pula mengangguk perlahan.
"Erm nanti lepas habis SPM, kau belajar dekat tempat along kau belajar jugak ke?" Soal Danish.Keningnya juga diangkat.
"Not sure, yet. Kenapa?"
"Tak ada lah.Kalau kau sambung belajar dekat UK , nanti kita dah tak boleh jumpa selalu lah kan?"
Aku terdiam sejenak.Sampai ke situ Danish ni fikir.
"Sara, along nak pergi dah ni." Panggil papa.Kaki ku laju diaturkan ke arah kak Aryna yang sedang mengesat air matanya.Alah nangis pula.
Kak Aryna dipeluk erat selepas tangannya disalam.Dia membalas pelukanku kemudian sambung mengalirkan air mata.Tudung aku habis basah dek kerana air matanya yang mengalir.
"Take care, along. Belajar elok-elok. Jangan menggatal! Jangan buat benda pelik-pelik! Apa-apa call mama dengan papa.Sara pun along jangan lupa call. " Pesanku.
"Bye, along. Selalu kita naik flight sama-sama balik sana. Tapi kalini balik ah sorang-sorang." Aryan membuat air mata palsu.Kak Aryna terus menampar lengan Aryan membuatkan dia mengaduh perlahan.
"Alah! Yan gurau je." Tangan Aryan menggosok lengannya yang masih terasa bekas tamparan Kak Aryna.
"Bye!!" Kak Aryna dilambai dari jauh.Setelah kelibatnya hilang dari pandangan, kami pulang ke rumah.
•••
Eliana's POV
"Kita skate nak?" Cadang Airil.Aku hanya mengangguk setuju.Lama rasanya tak pergi skate.
"By the way, kau dengan Ammar macam mana?" Aku menayangkan poker face.Soalan apa ni?
"Perlu ke kau tahu?" Soalku semula.Bagus! Soalan dibalas dengan soalan.
"Perlu, sebab aku ni cousin kau.Jadi, aku kena ambik tahu." Airil memberi alasan.
"Aku dengan Ammar tak couple pun lah. " Mendengar sahaja jawapanku, Airil terus menoleh.
"Tak apa, Ammar suka kau. Aku tahu. Aku kenal lah Ammar tu." Katanya sambil berjalan ke arah ice rink.
"Kau sure ke?" Soalku hairan.
"Pretty sure." Airil tersenyum.Dia mula meluncur di atas ice rink.
"Tapi,macam mana kalau--"
"Eliana, kau kenal kan Ammar tu macam mana? Chill , he won't hurt you macam ex kau buat dulu." Jejaka itu cuba menenangkan aku.
"Tak payah ingat lah pasal Fiqri tu.You deserve better." Tambah Airil.Aku hanya melepaskan keluhan perlahan.
•••
Ayreen's POV
"Morning, princess. Dah bertugas ke belum?" Soal Danish setelah duduk di hadapan aku di kantin sekolah.Aku yang sedang sarapan roti terus berhenti mengunyah.
"Danish, boleh tak kau stop tanya dah bertugas ke belum? Aku dah bosan dengar soalan tu.Dari first day aku jadi pengawas, sampai sekarang soalan tu kau tujukan dekat aku." Bibirku dicebik.Jelingan juga diberikan membuatkan Danish tersengih.
"Dah terbiasa. Lagipun dulu kerja aku memang suka kacau life kau pun. Tapi, kau lagi suka kacau life aku lah." Danish menongkat kepalanya menggunakan tangan.Matanya tidak lepas dari memandangku yang menyambung mengunyah roti.
"Comel." Ujar Danish.
"Baru tahu ke girlfriend kau ni sebenarnya comel?"
"Eh dah lah. Habis makan ni, terus bertugas. Kau bertugas apa harini?" Danish mengangkat sebelah keningnya.
"Ikutkan kena jaga kantin. Tapi tiba-tiba kena ronda blok." Aku berdiri setelah roti habis ditelan begitu juga dengan Danish.
"Kebetulan sama, kita ronda sama-sama lah. Tapi sebelum tu, aku nak ronda dalam hati kau dulu . Boleh?"
"Mengada! Dah lah jom."
"Orang yang mengada ni juga yang kau sayang kan?" Danish tersenyum manis.Aku terus berjalan meninggalkannya. Kalau dia nampak pipi aku yang tengah blushing ni, mau kena usik!
"Ayreen tunggulah!"
Izara's POV
Danish dan Ayreen yang sedang membuat rondaan blok dipandang jijik.Bahagia lah dulu korang.
Lepasni, kau akan rasa macam mana aku dan abang aku rasa , Ayreen.
"Mengendap apa tu?" Melisa menghampiriku.Dia turut memandang ketua pengawas dan penolong ketua pengawas sekolah yang sedang bertugas.
"Ayreen and Danish, eh! dengar cerita diorang dah couple. Is it true?" Kata Melisa tiba-tiba.
"Kau jangan cakap dekat aku yang diorang dah couple boleh tak?! Aku rimas dengar!" Marahku.Hati kembali panas menggelegak.
"Whatever. Kau ada apa-apa rancangan ke?" Soal Melisa.Aku memandang Melisa kemudian tersenyum sinis.
"Ni Izara Dahlia lah. Aku akan dapatkan juga apa yang aku nak. Bunyi macam psycho,tapi itu lah aku."
"Sila turun ke tapak perhimpunan sekarang." Arah seorang pengawas. Mataku diguling ke atas. Semak!
Back to Ayreen's POV
Sedang aku sibuk membuat rondaan dengan Danish, tiba-tiba Izz Daniel lalu di hadapan kami berdua. Aku dan Danish serentak memandang ke arah Izz.
"Eh princess tahu tak apa beza princess dengan toyol?" Soal Danish tiba-tiba.Izz yang lalu di hadapan kami berhenti berjalan.
"Toyol? Aku? Er entah." Balasku.Izz masih diam di situ.
"Toyol ni suka curi duit.Princess pula suka curi hati Nish." Danish mengenyitkan sebelah mata.
Izz pula terus berjalan meninggalkan kami berdua.Danish ni sengaja ke apa?
Tanpa aku sedari, mata Danish tidak lepas dari memandangku.Aku yang perasan terus menoleh memandang Danish. Kerutan jelas di dahi.
"Danish, boleh tak jangan tengok aku lama-lama?" Aku masih mengerutkan dahi.
"Kenapa? Salah ke?" Mendengar sahaja soalan Danish, kepalaku laju digeleng.
"Tapi kenapa pandang aku macam tu?"
"Sebab aku terpandang masa depan bila pandang kau."
"Ei kau ni." Danish terus ketawa.
"Dah lah, jom masuk kelas."
Hakimi's POV
Kaki melangkah masuk ke dalam kelas 5 Emerald. Siti yang sedang sibuk membuat kerjanya dituju.
"Er Siti." Panggilku.Siti yang baru sedar akan kehadiranku terus memandangku.
"Kenapa?" Soalnya.
"Cikgu minta tolong aku dengan kau pergi kutip duit untuk perkhemahan pengakap sekarang." Siti mengerutkan dahi kemudian dia terus mengemas barang dan bukunya. Kami berdua terus keluas dari kelas dan berjalan ke arah kelas 4 Emerald. Perkhemahan uniform ni hanya tingkatan 4 dan 5 je terlibat.
"Kau ada boyfriend?" Soal aku tiba-tiba.
"Tak ada. Asal kau tanya?"
"Saje je tanya." Dalam diam, aku memandang Siti.Pipinya yang mula bertukar merah-kemerahan membuatkan aku tersenyum kecil.Comel!
Sampai sahaja di kelas 4 Emerald, aku terus mengetuk pintu dan berjumpa dengan ahli pengakap.
Selepas selesai mengutip duit di kelas tingkatan 4 dan 5, kami berjalan ke kelas.Aku sedar, dari tadi Siti asyik mendiamkan diri.
"Siti, kau okay ke tak?" Aku memecah kesunyian.Janggal rasanya.
"Okay je." Jawabnya.
"Betul?"
"Ye, aku okay.Er ak-- aku pergi kelas dulu eh." Siti terus berjalan meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.
Aku berhenti melangkah.Eh dia malu ke apa ni?
"Kimi!" Faris dan Kamarul berjalan ke arahku.
"Bukan kau jalan dengan crush kau ke tadi?" Soal Kamarul dengan nada mengusik.Aku mengerutkan dahi.Mana diorang tahu aku jalan dengan Siti tadi? Mana diorang tahu Siti tu crush aku?
"Aipp! Hah! kitaorang memang tahu lah Siti tu crush kau.Tak payah bagitahu pun tak apa." Faris mencelah.
"Eh aku naik kelas dulu eh." Pamitkan dan terus berjalan meninggalkan mereka berdua.
•••
Back to Ayreen's POV
Shawl berwarna putih dililit dengan kemas.Bibir dioles sedikit dengan lip cream.Setelah berpuas hati, sling bag dan kasut sarung berwarna maroon diambil.
"Akak! Putera akak dah sampai." Panggil Aryan dari luar bilik. Pintu bilikku diketuk beberapa kali olehnya.
"Mama mana?" Soalku. Aryan yang sedang menonton televisyen sambil mengusap Milo memandangku.
"Butik." Jawabnya kemudian sambung mengusap Milo.Aku mengangguk dan terus keluar dari rumah setelah berpesan kepada Aryan untuk mengunci pintu.
Aku menghampiri Danish yang sedang berdiri sambil menyandarkan badannya di sisi kereta.Danish membuka cermin mata hitamnya.
"Boyfriend siapa lah ni." Kataku sendiri.Kepala digeleng.
"Princess ni kenapa lama sangat? Dari tadi tunggu tau." Soal Danish selepas kami berdua masuk ke dalam kereta.Nak pergi mana? Date lah!
"Lambat sebab bersiap lah." Jawabku.
"Ayreen, kau pakai lah apa pun, selekeh macam mana pun kau, aku tetap sayang kau. Sebab kau memang cantik dekat mata aku. Biarlah orang lain tak nampak cantik kau tu, tapi aku nampak." Aku tersenyum sendiri.
Ting!
Mama ❤️
Mama kat butik..
Kalau dah keluar tu, jangan lupa pesan Aryan kunci pintu.
You
Ye mama, Sara dah suruh.
Mama ❤️
Danish dah datang ambik Sara ke?
Btw, remember our deal?
Handbag mama jangan lupa 😬
Aku menggeleng perlahan.Ingatkan mama dah lupa tentang perjanjian tu dulu.
Kalau aku jatuh cinta dengan Danish, mama menang. Tak sangka rupanya aku betul-betul jatuh cinta dengan mamat poyo yang paling aku menyampah ni.
Sampai sahaja di Sunway Pyramid, kami menuju ke sebuah kafe sebelum pergi membeli beg tangan yang diminta oleh mama.
Aku yang berjalan seperti wanita melayu terakhir terus ditarik oleh Danish.Agaknya Danish ni tak ada suara nak panggil aku.Main tarik je!
"Tu bukan Kimi dengan Siti ke?" Aku memandang Danish.Kemudian mataku beralih ke arah tempat yang dipandang Danish.
"Diorang ada apa-apa ke?" Soalku.Danish hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Eh dah lah. Jom lah kita makan. Laparrr." Hujung lengan t-shirt Danish ditarik.
"Okay jom." Tanganku melepaskan t-shirt Danish.Kami berdua melangkah masuk ke dalam Kafe.
Misha's POV
Tangan digenggam kuat.Mata tidak lepas dari memandang Ayreen dan Danish yang menuju ke sebuah Kafe.
Kau dah rampas Danish daripada aku Ayreen!
Kau tunggu je lah, aku akan rampas segala-galanya daripada kau.
"Misha, chill. Kau lepaskan je lah Danish tu." Aku memandang Adriana tajam. Lepaskan Danish?! Dia fikir apa?
"Huh! Kau nampak crush kau dekat sana?" Jariku menunjuk ke arah Siti dan Hakimi yang sedang berborak mesra.Senyuman sinis terukir di bibirku.
"Kau sakit hati kan? Macam tu lah aku rasa bila tengok kemesraan Danish dengan Ayreen!" Aku terus meninggalkan Adriana yang kaku memandang Hakimi dan Siti.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro