Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 43

Danish's POV

"Danish!" Aku menoleh ke arah figura yang memanggilku.Misha?

Dia nak apa waktu macam ni?

"Hai baby." Dia tersenyum manis.Rambutnya yang panjang itu dipintal.

"Hai." Balasku.Ammar yang berdiri di belakangku hanya menayangkan muka menyampah.

"Kenapa you selalu bluetick mesej I eh? I ada buat salah ke dengan you?" Misha mengerutkan dahinya.Aku pula sudah menggarukan kepala yang tidak gatal.

"Sorry lah, I busy sikit." Bohongku.Busy apanya, Danish? Kerja kau main instagram,lepastu asyik fikir pasal Ayreen.

"Busy? Stop pretending, Danish Izmeer.You busy buat apa? Layan Ayreen? Huh!" Gadis itu menggulingkan biji matanya ke atas.

"Misha, kitaorang dua nak balik rumah.Kalau nak sembang tu lain kali je lah." Celah Ammar.

"Misha, look..kita dua dah break kan? So kenapa you kena control I punya life lagi? Misha please, move on. I tak suka lah kena control macam you buat sekarang ni. I nak layan perempuan mana pun, ikut suka I lah. Kita dah tak ada apa-apa. "

"Just stop larang I untuk layan mana-mana perempuan terutamanya Ayreen, okay? I'm sorry, Misha" Aku terus berjalan meninggalkan Misha diikuti Ammar.

Back to Ayreen's POV

Usai solat, aku melipat telekung dan sejadah.Tudung bawal hitam dicapai lalu disarung.Lip balm pula dioleskan sedikit pada bibir.Aku tersenyum kecil.

"Sara nak pergi mana?" Soal mama apabila aku tiba di tingkat bawah.Mama yang baru keluar dari dapur dipandang.

"Nak pergi taman, nak ambik Milo.Kan Milo dekat Danish."

"Ouh okay.Kalau nak date dengan Danish terus pun tak apa.Mama izinkan." Mama tersenyum mengusik.Perangai!

"Tak nak lah, Sara." Aku menayangkan muka jijik.Mama ni ada-ada je.

Selepas beberapa minit berjalan kaki, aku tiba di taman permainan.Alah! Bukannya jauh sangat pun.

Mataku terhenti pada Danish yang sedang bermain dengan Milo.Dulu bukan main geli, takut dengan kucing.Berterima kasih lah dekat aku.Sebab aku lah dia dah tak takut dengan kucing.Tepuk tangan untuk Ayreen!

Aku menghampiri Danish yang masih leka bermain dengan Milo.Danish yang perasan kelibatku tersenyum manis.Tiba-tiba...

Bukkkk!

"Aduh!" Tanganku mengurut kaki yang sedikit terseliuh.Macam mana lah boleh terjatuh.Buat malu je.

Nasib tak ramai orang dekat sini.Kalau ramai orang tengok, dah lama aku sorok muka dekat dalam pasu bunga mama.Rasanya muat kot.

"Kau okay tak?" Danish meluru ke arahku yang masih terduduk di atas rumput.Aku mendongak sedikit untuk memandangnya yang seperti menahan tawa.

"Kau rasa aku okay ke sekarang? Nasib orang tak tengok.Buat malu je jatuh macam nangka busuk dekat sini." Jelingan diberikan.Tanpa aku sangka, Danish terus melepaskan tawanya.Kurang garam punya orang.

"Macam mana kau boleh jatuh?" Soal Danish lagi dengan sisa tawanya.Memang tak ada rasa nak tolong aku ke?

"Siapa suruh kau senyum manis sangat.Kan aku dah jatuh." Jawabku tanpa berfikir panjang.Selepas menyedari apa yang aku katakan tadi, tangan laju menekup mulut.Apa kau merepek ni, Ayreen?!

"Excuse me? Aku tak salah dengar kan?" Lelaki di hadapanku itu mengerutkan dahi.Aku hanya mengabaikan soalannya.Mata pula sedaya-upaya dielakkan dari bertembung dengan mata Danish.

Dia menggeleng perlahan sebelum menarik lenganku yang berlapik t-shirt lengan panjang.Aku terus berdiri.

"Lain kali,jalan elok-elok." Pesan Danish.

Meoww

Aku mengalihkan pandangan ke arah seekor kucing yang menggeselkan badannya di kaki.Kucing itu segera diangkat dan dipeluk.

"Rinduuunyaa!"

"Tak rindu aku ke?" Danish menyampuk.Bibirku dicebik.

"Tak! Buat apa nak rindu kau? Kan Milo kan?" Balasku selamba.

"Eleh! Bersyukur lah aku jaga kucing kau ni elok-elok." Ujar Danish dengan nada seperti sedang merajuk.

Aku tersenyum kecil dalam diam.

"Dah lah , tak payah nak merajuk sangat.Buruk!"

"Mana ada aku merajuk!" Danish cuba menidakkannya.Nak sorok tapi tak pandai!

"Ye lah tu."

"Betul lah."

Mataku memandang anak mata Danish dengan lama membuatkan keadaan sedikit janggal.Lelaki itu menggosok belakang lehernya.Pipi nya pula sudah berona merah.

"Jangan lah pandang aku macam tu." Tegurnya.Aku terus ketawa besar.

Comel!

"Seronok usik kau ni."

"Diam lah kau." Danish menjeling.Aku yang sedang ketawa kecil hanya dipandang tanpa perasaan.

Aku melihat jam di tangan sebelum meminta diri untuk pulang ke rumah begitu juga dengan Danish.

Sampai sahaja di rumah, pintu dibuka kemudian selipar ditanggalkan.Kaki diaturkan ke arah ruang tamu.Televisyen pula dibuka.

"Bagi remote." Seseorang menghulurkan tangan tetapi aku tidak menghiraukannya.Siapa dapat dulu dia punya lah.Sibuk!

Kedengaran orang itu mengeluh perlahan.Pantas dia mengambil tempat di sebelahku di atas sofa.

"Sara, bagilah remote." Sekali lagi dia meminta.Aku menoleh ke sebelah sebelum mulut ditekup menggunakan tapak tangan.

"Aryan!!" Aryan dipeluk tanpa belas kasihan.

"Yan tahu lah akak rindu Yan,tapi tak payah lah peluk kuat sangat! Mama, tolong!!"

Pelukan dileraikan sebelum bibirku dicebik kecil.Mana tak rindu kalau dah dua tahun tak balik.

"Akak pergi mana? Tadi masa nak balik rumah, papa lalu ikut taman. Yan rasa yang dekat taman tadi tu akak, kan? " Soal Aryan.Aku hanya menganggukkan kepala.

"By the way, siapa lelaki tu eh? Tak nak share story dengan Yan ke?" Aryan menjongket kan keningnya berkali-kali.

"Nanti-nanti lah Sara cerita.Sara nak mandi.Bye!"

Punggung diangkat , kaki melangkah ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.Sebelum itu..

"Aryan, tangkap!"

Alat kawalan jauh televisyen dibaling ke arah Aryan.Pantas tangan lelaki itu menangkapnya.

•••

Selesai bertugas menjaga pagar, aku terus berjalan ke tingkat 3 untuk ke kelas.Lalu sahaja di kelas yang menempatkan pelajar tingkatan satu, kepalaku digeleng perlahan.Bising dia mengalahkan pasar tani.

"Kenapa lah sekolah tak sediakan lift? Tak ada lah penat sangat nak pergi tingkat atas." Rungutku.

Eliana dengan Siti pun satu! Waktu bertugas dengan Eliana tadi, Siti ajak Eliana pergi ke tandas.Tapi diorang dua tu pergi tandas macam pergi bina tandas.Aku juga yang kena bertugas jaga pagar sorang-sorang.

Tiba di tingkat 3, aku memandang pintu depan dan belakang kelas 5 Emerald yang tertutup rapat.Dahi dikerut hairan.Tangan perlahan-lahan menarik pintu kelas supaya terbuka.

Powww!

"HAPPY BIRTHDAY,AYREEN!!"

"Happy Birthday, to you~
Happy Birthday, to you~
Happy Birthday to Ayreen~
Happy Birthday to you~"

Tamat sahaja nyanyian, semua bertepuk tangan.Aku menutup muka menggunakan tapak tangan.Terharu!

Eliana menghampiriku bersama sebiji kek coklat di tangan.Lilin yang terletak pada kek itu ditiup kemudian sekali lagi mereka bertepuk tangan.

"Jom makan!" Firdaus tiba-tiba bersuara.Pelajar 5 Emerald yang lain hanya ketawa melihat gelagatnya.

Hakimi's POV

"Danish,bila kau nak lamar Ayreen jadi awek kau?" Aku tersenyum mengusik.Kening dijongket berkali-kali.Ceh! Lamar kau!

"Nanti-nanti je lah.Entah-entah dia tak nak terima aku langsung."

Ammar yang mendengarnya terus menolak bahu Danish.

"Kau ni kan, pergi je lah dekat Ayreen tu.Melepas nanti kau jugak yang menyesal." Ammar menggelengkan kepala.Tak faham apa yang Danish tunggukan lagi.

"Nanti je lah." Jawapan sama yang Danish berikan.Aku dan Ammar saling berpandangan.

"Ikut kau lah.Melepas nanti, aku tak tahu." Kata Ammar sebelum dia mengeluh perlahan.

•••

Back to Ayreen's POV

"Kak! hadiah birthday akak tu Yan bagi malam ni tau.Kalau Yan tak bagi, pandai-pandai lah akak tuntut." Kata Aryan sambil matanya masih memandang skrin handphone.

"Okay!" Balasku.Kasut sarung diambil lalu dibawa ke pintu rumah.

"Sara nak pergi mana?" Soal kak Aryna.

"Taman tasik."

Ting!

Ting!

Girlfriends ! 💞

Tisya 🌈
Ayreen, mana kau? Kitaorang dah sampai.

Fatin 🌈
Lek..bday girl mesti lambat😜 Hahahah

Eliana 🌈
Danish macam dah tak sabar je aku tengok

"Tak sabar apa?" Soalku sendiri dengan kerutan di dahi.

Ting!

Ting!

Siti 🌈
Shh jangan kantoikan.

Izzah 🌈
🙊


Aplikasi whatsapp terus ditutup.Aku segera mengaturkan langkah ke arah kereta kemudian enjin dihidupkan.

Ada lesen kereta ke?

Sudah semestinya tak ada!

Sampai sahaja di taman tasik,Eliana merupakan orang pertama yang mula menyapa ku.

"Ayreen, pakai kain ni.Tutup mata kau eh." Arah Eliana.Tangannya menghulurkan kain berwarna hitam kepadaku untuk menutup mata.

Apabila mata sudah ditutup dengan kain yang diberikan tadi, Eliana terus memegang tanganku dan membawa ke sesuatu tempat yang aku sendiri tidak tahu.

"Okay, buka lah kain tu." Mendengar sahaja arahan daripada Eliana, aku terus membuka ikatan kain yang menutupi mataku.

Waw!

"Surprise!!"

Mataku memandang satu-persatu wajah rakan-rakanku.Bermula daripada Eliana, Siti, Tisya, Izzah, Fatin, Kamarul, Ammar, Hakimi, Faris, Hariz, Danish dan tanpa aku sangka..

Anis Azilla.

Macam mana Anis boleh ada dekat sini?

Selepas menyanyikan lagu happy birthday, aku meniup lilin untuk kali kedua.

"Tunggu apa lagi? Jom lah kita makan!" Faris laju berjalan ke arah tempat di mana makanan diletakkan.

"Eh! Jap jap!"

Semua menoleh ke arah Siti.Kemudian mata mereka beralih memandang Danish Izmeer.Aku hanya mendiamkan diri.Apa lagi yang diorang nak buat?

Danish perlahan-lahan berjalan menghampiriku.

"Ehem! ehem!" Anis berdehem.Sengaja mengusik aku yang sedikit berdebar.

"Er Ayreen, aku nak minta maaf. Aku tahu, aku banyak buat salah dengan kau. Disebabkan pemikiran yang tak matang ni, tercetus pergaduhan antara kita dua, kan? "

"Tapi disebabkan pergaduhan tu lah, aku boleh gila kalau kau tak ada dekat depan mata aku. Jujur lah aku cakap, memang dulu aku selalu ambil berat pasal kau sebab arwah Farhan je.Tapi sekarang, aku ambil berat pasal kau sebab aku dah cintakan kau.Ya, aku dah jatuh cinta dengan kau, Ayreen.Sampai aku sanggup ucapkan ayat keramat tu dekat depan semua orang untuk kau sorang je."

Danish menarik nafasnya kemudian dihembus perlahan.Dia menunduk memandang rumput kemudian kepalanya diangkat untuk memandangku di hadapannya semula.Anak mata kami berdua bertembung.

"Kalau sekarang ni kita bukan budak sekolah, dah lama aku ajak kau kahwin dengan aku.Tapi tu lah, SPM pun kita tak lepas lagi." Lelaki itu ketawa kecil.

"So, kalau aku ajak kau jadi awek aku, nak?"

Pipi ku terasa bahang.Wajah rakan-rakanku dipandang bersilih ganti.Mereka semua mengharapkan jawapan yang tidak menghampakan Danish.

"Er aku..."

"Aku...."

Semua menunggu jawapan daripadaku.Aku pula sudah gugup.Terasa seperti ingin jatuh pengsan!

"Aku nak je.Hehe."

"Cantik ah!!" Jerit Kamarul.Yang lain pula tersenyum gembira.

Terutama nya Danish.

"I love you, princess." Ucap Danish.Senyuman lebarnya membuatkan aku turut tersenyum.

"I love you too!"

"Danish! Meh sini kamera kau. Aku nak tangkap gambar." Siti mencelah.Dia mengambil kamera milik Danish untuk menangkap segala memori pada hari ini.

"Done! Jom tangkap gambar!" Anis Azilla sudah teruja apabila dia selesai memakaikan tiara di atas kepala ku.

"Eh Ayreen kena tangkap gambar dengan aku dulu." Danish terus meluru ke arah aku dengan membawa bunga ros merah di tangannya.

"For you, princess." Bunga ros dihulurkan.Aku tersenyum.

Klik!

"Candid der." Izzah teruja setelah melihat gambar yang di ambil oleh Siti di kamera milik Danish.

"Aku pulak!"

Habis sahaja sesi bergambar, aku terus berjalan ke arah Danish yang memegang kamera.

"Princess cantik lah." Puji Danish.Dia menunjukkan gambar aku yang ditangkap oleh nya.

"Tak ada siapa-siapa nak puji aku ke?" Ammar menyampuk.Kemudiannya, dia ketawa kecil.

•••

Pintu kereta dibuka.Aku masuk ke dalam perut kereta setelah barang yang dibeli tadi diletakkan di dalam bonet.Papa yang duduk di tempat pemandu dipandang.Senyuman lebar diberikan.

"Thank you belanja Sara!" Kataku dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

"Most welcome, Sara.SPM nanti buat betul-betul.Lepastu papa belanja lagi.Okay?" Papa mengangkat sebelah keningnya.Aku menayangkan simbol okay menggunakan jari.

Ting!

Danish 💗
Dekat mana sekarang?

You
Dalam kereta hehe
Kenapa?

Danish 💗
Tanya je.
Hehe.

Aku tersenyum kecil.

"Mesej dengan siapa tu? Senyum-senyum.Boyfriend eh?" Papa tiba-tiba mencelah.

"Kalau boyfriend pun kenapa?" Aku tergelak kecil.

"Eh mana boleh lelaki lain rampas papa punya puteri ni." Dahiku dikerut.Ha sudah!

"Tapi..kalau dia nak juga, minta izin papa dulu"

Bibirku kembali mengukir senyuman.Aplikasi instagram dibuka.

@Dnish._ was tagged you

Aku terus membuka akaun Instagram Danish.Betul lah Aryan cakap, Danish dah dapat 1 Million followers.

Tiga gambar yang baru di-post oleh Danish dibuka.

Dnish._

Happy Birthday, princess! 💖

❤️309,909
@elmira_ Gosh! korang couple ke?!
@Lolli._ Ni bukan ke orang yang suka cari pasal dengan you??
@inna.niaa @AyreenSara_ 😱😱
@Dmia._ Seriously hahh?? @AyreenSara_ ni dah jadi gf you?!!
@Eliana.Izzti Longlast AyreeNish💓
@Misha.Ptri._ ARGHHHH I HATE YOU AYREEN
@Dayann Happy Birthday @AyreenSara_ !!
@Alifarhan Wuuu happy birthday Ayreen .
@InnaraLia Dua idol aku dah couple.Longlast! and congrats fr yr 1Million followers! Happy birthday Ayreen!!
@Zahrina.Rina Wow! apa yang aku harapkan finally tercapai.Longlast Danish and Ayreen.
@Nishaaa Shipp shipp..Congrats 1Million followers Danish!!

Sempat aku meninggalkan satu komen sebelum melangkah keluar dari kereta.Papa awal-awal sudah keluar.Kelibatnya pun hilang entah kemana.

Masuk sahaja ke dalam rumah, semuanya gelap.Aku mengerut hairan.Kaki diaturkan ke arah suis lampu kemudian lampu dibuka.

Pop!!!!

"Happy Birthday,Ayreen Qaisara!!"

Barang-barang yang dibeli tadi jatuh ke lantai.Aku menekup mulut.Air mata mula bertakung.Terharu!

"Happy Birthday,to you~
Happy Birthday,to you~
Happy Birthday to Ayreen
Happy Birthday to you~"

"Selamat hari keluar dari perut mama kau!" Eliana,Siti,Izzah,Tisya dan Fatin memelukku.

"Ala nak peluk juga." Tiba-tiba Faris menyampuk.Danish yang berdiri di sebelahnya sudah menunjukkan penumbuk yang dikepal.

"Longlast dengan Danish!!" Jerit Aryan.Aku memandangnya tajam.Budak ni sengaja ke?

"Uhuk!" Mama acah seperti tersedak.

•••

Badan dibaringkan di atas katil.Lampu tidur dibuka.Aku merenung siling beberapa saat kemudian tersenyum lebar.

Ting!

Ting!

Ting!

Danish 💗
Good night,princess
I love you!

You
I love you tooooo 🙈❤️

Danish 💗
Dah pandai eh 😂

You
Hehe

Danish 💗
Ayreen..
Dah lewat dah.
Tutup phone tu sayang.Lepastu tidur.

Sayang?

Aku menekup muka menggunakan bantal.Senyuman tidak lagi dapat ditahan.

You
Okayy
Byee..

Handphone diletakkan di atas meja lampu.Comforter ditarik sehingga paras dada lalu mata perlahan-lahan ditutup.



TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro