MHP 42
Izzah's POV
Punggung dilabuhkan di atas kerusi.Buku latihan dikeluarkan dari beg.Tak ada siapa datang lagi ke?
"Hai!" Laju kepala ku mendongak memandang gerangan yang menyapaku tadi.Senyuman kecil diberikan.Hariz mengambil tempat di hadapanku.Dia juga mengeluarkan buku latihan dan kotak pensel.Bersedia untuk mengulang kaji.
"Alamak! Ada pasangan sweet lah pulak kat sini." Sakat Kamarul yang tiba-tiba muncul.Jejaka itu tersenyum nakal.
"Merepek!" Hariz menjeling.
Hampir beberapa minit menunggu, semua sudah tiba di taman itu.Masing-masing sudah bersedia untuk mengulang kaji.
"Nak study apa dulu? Kimia? Bio?" Hakimi menyoal.
"Kami tak belajar kimia dengan biologi , cik abang." Tegur Faris.Baru teringat, kelas 5 Bronze bukan aliran sains.
"Study addmath lah." Cadang Danish.Semua mengangguk setuju kemudian buku latihan addmath dikeluarkan.
Back to Ayreen's POV
Aku duduk di hadapan Ammar.Buku teks, buku nota dan buku latihan dikeluarkan.Fokus Ayreen fokus!
Setelah setengah jam kami membuat ulang kaji, Ammar memecah kesunyian.
"Ehem ehem! Korang tak perasan apa-apa ke?" Soal Ammar.Kami semua menumpukan perhatian pada Ammar.Buku latihan dan kerja masing-masing ditinggalkan.
"Perasan apa?" Soal Hakimi.Ammar mengeluh.
"Korang tak perasan ke? Kita dah lama kan tak tengok Ayreen dengan Danish berperang." Terang Ammar.
"Haah kan? Kalau tak, sampai kelas sebelah pun boleh dengar." Kamarul pula bersuara.
"Tapi sekarang, berkilo-kilo gula bakal berteraburr!!" Celah Faris.Aku langsung tidak mengendahkan mereka.Malas nak layan.
"Tak sabar pula aku nak tunggu nasi minyak." Ayat Hariz membuatkan semua menyokong dan mula ketawa kecuali aku dan Danish.
Tanpa berkata apa-apa, aku terus berdiri dan mengemas semua barang.Buku-buku kerja dimasukkan ke dalam beg.Baik aku ulang kaji dekat rumah je.
"Ayreen..." Panggilan Eliana tidak dihiraukan.Aku segera berjalan pulang ke rumah.
•••
Usai membersihkan diri dan solat, badan dihempaskan ke atas katil.Comforter ditarik sehingga paras dada.Lampu tidur dibuka.Kipas siling yang berpusing ditenung sebelum mataku perlahan-lahan tertutup.
Ting!
Ting!
Mata kembali terbuka.Ish! Mesej aku esok je tak boleh ke?
Handphone di meja lampu dicapai, jari laju membuka aplikasi Whatsapp.
Danish Poyo
Goodnight, reen.
Kau ok tak?
Asal kau blah macam tu je tadi?
Mesej daripada Danish dipandang lama kemudian aplikasi itu terus ditutup.
Maaf Danish, tapi aku betul-betul perlukan masa.
Sejujurnya, aku masih tiada jawapan.
Keluhan berat dilepaskan.Perasaan kepada Danish sekarang bercampur-baur.
Kadang-kadang suka, kadang-kadang menyampah.
Kadang-kadang sayang, kadang-kadang benci.
"Ish! Serabut lah fikir.Baik aku tidur." Kepala digeleng laju.Mata terus dilelapkan.
•••
Selesai sahaja bertugas membuat rondaan blok, aku mengaturkan langkah ke bilik pengawas. Tiba-tiba figura seseorang merosakkan pemandangan aku.
Apa pula kali ni?
"Hai Ayreen." Misha memandangku sinis.Matanya menilikku atas dan bawah kemudian dia mengguling mata.
"Nak apa?" Soalku malas.
"Nak apa? Patutnya aku tanya kau! Kau nak apa daripada aku sampai rampas Danish? Sebab kau muncul lah, Danish langsung tak layan aku! Semua mesej aku langsung tak dibalas! Dekat instagram, semua gambar yang dia tangkap dengan aku dia delete.Itu semua sebab dia dah jatuh cinta dengan kau!" Misha berhenti bercakap.Dia menarik nafasnya.
"Aku sayang dia sangat-sangat.Aku terlalu sayangkan dia sebab dia pernah selamatkan aku dari kena- ...ergh! Kenapa kau wujud dekat sekolah ni?! Kau tak layak! Semua benda daripada aku, kau rampas!" Misha terus meninggalkan aku.Rasa bersalah tiba-tiba datang tanpa diundang.
Pernah selamatkan dia dari kena apa?
Aku terdiam.
Perlu ke aku jauhkan diri dengan Danish untuk Misha?
Sampai sahaja di bilik pengawas, blazer diambil.Seseorang yang membuka pintu bilik pengawas menarik perhatianku.
Eliana tersenyum.Dia terus menerpa ke arahku yang sedang menyarungkan blazer.
"Ayreen, kau okay tak semalam?" Gadis itu mula risau.Aku menganggukkan kepala kemudian tersenyum nipis.
"Mornin- eh, er hai." Niat Putera Ammar untuk menyergah terus terbatal apabila matanya ternampak kelibatku di bilik itu.Risau aku marah lagi pasal semalam mungkin?
Kemudian, Danish pula yang masuk ke dalam bilik pengawas.Aku memandang Danish sekilas sebelum berjalan keluar dari bilik pengawas.
Eliana's POV
"Ayreen marah lagi ke?" Ammar mula bertanya.Aku dan Danish dipandang bersilih ganti.
Bahuku diangkat begitu juga dengan Danish.Masing-masing tidak tahu kenapa Ayreen tiba-tiba berubah semasa mengulang kaji semalam.
"Biar je lah dia tu. Tak payah layan sangat." Danish bersuara kemudian blazer miliknya diambil.Dia yang berjalan keluar dipandang hairan oleh aku dan Ammar.
"Asal pula dengan Danish tu?" Soal Ammar.Sekali lagi aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.Macam-macam hal.
Misha's POV
Mataku tidak lepas dari memandang Danish Izmeer yang berada di dalam kelas 5 Emerald.Rindu padanya tidak dapat dibendung.Kenapa dia abaikan aku sekarang? Dia dah tak macam dulu.
Apa yang ada pada Ayreen tu sampai aku pun dia dah tak nak pandang? Bagus sangat ke Ayreen tu sampai dia kejar kan sangat?
Mataku beralih ke arah Ayreen yang duduk di sebelah Danish.Mata diguling ke atas.Aku berjalan masuk ke dalam kelas 5 Bronze.
Back to Ayreen's POV
"Ayreen, petang ni lepak taman nak?" Eliana bersuara memecah kesunyian.Aku mengalihkan pandangan ke arah Eliana.Kemudian, aku senyap untuk beberapa saat.Ammar dan Danish memandangku.
"Lain kali je lah.Sorry" Senyuman hambar diberikan.
"Tak apa lah kalau macam tu." Gadis itu tersenyum nipis.Ammar pula mengeluh manakala tiada reaksi yang diberikan Danish.
Kamarul's POV
"Tisya!" Panggilku.Tisya yang sedang sibuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgu memandangku.
"Apa?" Tisya mengangkat sebelah keningnya.
"Hai." Aku menyapa dengan mesra.
"Kau ni panggil aku semata-mata nak cakap hai je ke?" Aku tersengih sehingga ternampak baris gigi.
"Salah ke?"
"Salah! Kau ganggu aku buat kerja." Tisya menjeling.
"Alah rilek.Aku cuma nak tanya, Ayreen tu kenapa?" Kerusi ditarik menghampiri meja Tisya kemudian punggung dilabuhkan di atas kerusi itu.
"Erm aku pun tak tahu lah.Bila ditanya, tak nak jawab." Kedengaran keluhan perlahan dilepaskan oleh Tisya.
"Petang ni jom lah lepak taman.Diorang ajak."
"Okey.Apa-apa roger lah." Tisya membuat simbol handphone menggunakan tangannya.Aku pula menayangkan simbol okay menggunakan jari.
•••
Danish's POV
"Lambat!" Putera Ammar menjelingku.Aku pula hanya menggarukan kepala.Lambat sikit je pun.
"Mana cousin Reen?" Soal Siti.Matanya melilau mencari kelibat Anis.Semua memandangku.
"On the way." Balasku.Mereka mengangguk.
"Hai! Sorry lambat." Anis tersenyum.Dia mengambil tempat di hadapanku.
"Er ada masalah ke dengan muka or penampilan aku?" Anis menyoal apabila semua orang memandangnya kecuali aku.
"Eh tak ada lah.Kitaorang kan first time jumpa kau." Hakimi tersengih.Anis pula mengangguk tanda faham.
"So, apa jadi?" Gadis itu mengangkat sebelah keningnya.Dia langsung tidak tahu kenapa kitorang suruh dia datang.
Selepas menceritakan kepada Anis tentang kejadian semalam, dia tersenyum dan mengangguk faham.
"Mungkin Ayreen tertekan, sebab tu lah dia jadi macam tu." Terang Anis.
"Kenapa nak tertekan?" Tisya mula hairan.
"Macam ni lah, sepatutnya Danish kena slow-slow pikat dia sebab hati dia pun still terluka lepas apa yang Izz buat.Takkan dia nak terima orang lain macam tu je kan?" Terang Anis lagi.Aku meraup wajah sebelum mengangguk faham.Itu lah, lain kali jangan gelojoh!
"Jadi sekarang,macam mana nak pujuk?" Tiba-tiba Faris bersuara.Anis terdiam.
"Korang buat lah apa yang Ayreen suka.Dia pun dulu pernah macam tu dengan ak-"
"Lepastu kau buat apa?" Laju Ammar memotong percakapan Anis.Hakimi terus menolak kepala Ammar.Mamat ni tak reti sabar ke?
"Tapi waktu rehat kat sekolah tadi, dia dengan kitaorang okay je." Giliran Fatin pula mencelah.Dia mengerutkan dahi.
"Or maybe...." Anis memandangku.
"Dia cuma nak mengelak daripada berjumpa dengan aku je kan?" Soalku seperti telah mendapat tangkap apa yang ingin dikatakan Anis.
"Ouh ya! Lusa birthday Ayreen.Kita buat surprise nak?" Cadang Anis.
"Buat surprise tu pun tak semestinya Ayreen akan layan aku macam biasa." Kataku hampa.Semua mengeluh.
"Ala Danish, kau try lah pujuk Reen.Mesti dia okay punya." Aku memandang Izzah kemudian mengangguk setuju.
Aku cuba.
•••
Back to Ayreen's POV
Siaran ditukar berkali-kali.Langsung tak ada cerita yang menarik minatku.Semua menyiarkan cerita yang sama.Bosan!
"Ayreen, esok along dengan Yan balik." Ujar Papa kemudian dia mengambil tempat di sebelahku.
Yan?
Okay lah, korang belum tahun 100% pasal keluarga aku.Sini Ayreen bagitahu...
Nama adik aku, Aryan Qalish.Nama pun dah sedap, muka pun mesti lah hensem kan? Dia sekarang berada di tingkatan 2 dan bersekolah di London.Papa ada upah orang untuk jaga dia dekat sana.Penjaga angkat lah maksudnya.
Kenapa dia tak bersekolah di Malaysia?
tahun 2010...
Aryan masuk ke dalam rumah dengan langkah longlai.Aku yang menonton televisyen di ruang tamu itu terus memandang Aryan.Aku demam, sekolah pun tak pergi.
"Aryan!" Panggilku.Aryan yang baru ingin memijak anak tangga terus menoleh ke arah ku.
Tersentak.
Ya.Itu reaksi aku apabila melihat wajah Aryan yang lebam.Bibirnya pula berdarah.
"Yan! Kenapa muka Yan lebam?" Aryan dihampiri.Kanak-kanak itu hanya menggeleng perlahan.
"Yan bagitahu Sara!" Paksa ku.Aryan terus memelukku dan menangis.Selepas beberapa saat, pelukan dileraikan.Aku memandang adikku yang baru berumur 7 tahun itu.
"Tell me." Aku masih cuba memujuk.
"Di- diorang buli Yan.Diorang bu- buli Yan sebab pe-rempuan" Jelas Aryan sambil menangis teresak-esak.
"Budak tu darjah berapa?" Soalku geram.Takkan sebab perempuan je?!
"Dia darjah enam." Aryan terus menangis.Aku baru darjah 4.Mana boleh lawan.Lelaki pula tu.
"Aryan? Kenapa nangis ni?" Kak Aryna terus meluru ke arah kami berdua.Selepas melihat wajah lebam Aryan, dia terus terlopong.Aku menceritakan tentang itu dari A sampai Z.
"Kenapa sebab perempuan?" Soal Kak Aryna hairan.
"Sebab lelaki tu suka perempuan tu.Tapi perempuan tu suka dekat Yan." Jelas Aryan lagi.
Selepas itu, kami menceritakan kepada papa dan mama.Papa terus pindahkan Aryan ke sekolah lain.
***
tahun 2012...
Aryan menangis seorang diri di dalam bilik.Tadi aku nampak macam ada torehan kecil di tangannya.Aku nak tahu juga tu sebab apa!
"Yan!! Buka lah pintu ni!!" Jeritku.Pintu bilik Aryan diketuk berkali-kali,
"Sara, kenapa jerit-jerit ni?" Soal mama hairan.
"Tadi waktu balik sekolah, Sara baru perasan tangan Yan macam kena toreh. Sara nak tahu sebab apa." Mama agak terkejut.Dia terus turun ke tingkat bawah untuk mengambil kunci pendua.
Sampai sekarang kitaorang tak tahu kenapa Aryan kena toreh kat tangan tu.Papa pun terus pindahkan dia dekat sana.
Ting!
Ting!
Danish Poyo
Good night,princess
I miss you :(
Aku termenung beberapa saat.Nak balas ke?
You
Good night.
I miss u too.
Danish Poyo
Aku ada buat salah ke dengan kau?
I'm sorry.
You
No its okay.
Kau tak ada salah pun 🙂
Danish Poyo is calling..
Jariku terus menekan butang berwarna hijau lalu dengan cepat naik ke tingkat atas.Papa dengar nanti kantoi pula!
"Hello"
"Kenapa call?" Soalku.Aku duduk di atas buaian di beranda bilik.
"Rindu nak dengar suara kau.Er kenapa kau..macam nak mengelak dari berjumpa dengan aku?" Aku terdiam apabila mendengar soalan daripada Danish.
Sebab aku tak bersedia untuk jumpa kau atau...
Sebab Misha.
"Eh mana ada aku mengelak." Bohongku.
"Tak payah nak tipu,Reen"
"Er hehe.Danish, kau pernah selamatkan Misha dari kena apa?" Soalku ingin tahu.Danish diam untuk beberapa saat.
"Kau rasa?"
"So, aku tak salah teka lah ni?" Rambutku yang serabut ditiup angin dibetulkan.
"Maybe not,sayang." Balas Danish.Aku menganggukkan kepala walaupun Danish tak nampak.
"Danish, baby aku mana?" Bibir ku dimuncungkan.Rindu Milo!
"Baby? Yang tengah bercakap dengan kau ni bukan baby kau ke?" Danish tergelak kecil.Aku mencebik.
"Elok-elok lah." Ujarku geram.
"Hahaha.Milo ada je tengah tidur atas riba aku.Bila kau nak ambik Milo ni?"
"Esok petang?"
"Erm okay."
"Er Danish, aku nak tidur dah ni hehe.Bye."
"Ouh okay.Bye.Sebelum tidur tu basuh kaki, baca doa.Tidur elok-elok." Pesan Danish sebelum aku mematikan panggilan.
Ting!
Danish Poyo
I love you ❤️
Muah muah muah
Bye hahah.
Mataku dipejam, bibir pula sudah menguntumkan senyuman lebar.
"Comelnyaaaa!!!" Muka ku ditekup menggunakan bantal kecil.
"Eh gedik pula kau ni, Ayreen." Kepalaku digeleng tetapi senyuman lebar masih terukir di bibir.
TBC
chapter ni macam banyak POV 😂 sorry
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro