Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 41

"Nah." Danish menghulurkan botol air milikku.Tadi aku tertinggal botol ni dekat dewan.Nasib Danish ada,dia tolong ambilkan.

Kereta yang lalu lalang di hadapanku dipandang kosong.Mana papa ni? Lambatnya!

"Kau..marahkan Izz ke?" Soal Danish.Aku terus memandangnya di sebelah.Dia tahu ke pasal tu?

"Jangan tanya, aku dah tahu pasal ni." Jawab Danish tanpa disoal.Aku hanya mengangguk perlahan.

Ting!

Ting!

Izz Daniel 💗
Hai sayang
Buat apa tu?

Mesej daripada Izz itu ditenung lama.Tak ada guna dia panggil aku sayang.Entah ikhlas atau tak.

'Semuanya dah terbongkar lah Izz Daniel.Kau tak payah nak berpura-pura baik dah.' Desisku.

"Kalau kau nak reply chat dia tu reply je lah." Danish bersuara tiba-tiba dengan mukanya yang masam mencuka.

"Aku..tak nak mesej dengan setan tu." Balasku.Mata dipejam rapat.Jangan nangis Ayreen, jangan nangis!

Tanpa berkata apa-apa, Danish terus merampas handphone milikku.Aku memandang Danish sambil mengerutkan dahi.Apa mamat ni nak buat? Jangan dia buat perangai macam dekat MHP 6 sudah.

"Nah! aku tukar name contact Izz." Danish mengembalikan handphone milikku.Aku memandang name contact Izz yang baru ditukar oleh Danish.

Alien Durjana

"Alien durjana?" Aku tergelak kecil.Macam-macam lah Danish ni!

"Er Ayreen." Aku menoleh ke arah Danish.Kening diangkat.Ada apa-apa yang Ayreen Qaisara boleh bantu?

"Erm, pasal aku cakap i love you tu kan...." Danish menggantungkan ayatnya.Dahiku dikerut.

"Pasal tu, aku main-main je." Sambung Danish.Ouh main-main je rupanya.

Main-main sampai malukan aku? Semua orang pandang aku lepas Danish cakap macam tu.Termasuk cikgu-cikgu SMK Damai.Mana aku nak sorok muka?

Kereta milik papa berhenti di hadapan kami berdua.

"Hm okay lah.Aku balik dulu.Bye." Kaki diaturkan ke arah kereta milik papa.Dalam diam, keluhan kecil dilepaskan.

•••

Aku hanya termenung sambil duduk di atas buaian di balkoni bilik.Patung unicorn dipeluk.

Danish main-main je Ayreen.

Tak payah fikir sangat.

Tak payah perasan!

Danish Poyo is calling..

Skrin handphone di tangan dipandang.Kemudian pandanganku beralih ke arah bintang di langit.Kalau aku jawab panggilan ni, rasanya lagi sakit hati ni kan?.

"Haih asal kau nak sakit hati Ayreen? Biarlah dia nak suka siapa,nak cakap i love you dekat siapa." Kata ku sendiri.Badan disandar pada buaian.

Ting!

Ting!

Danish Poyo
Weh asal tak angkat call?
Tengah rindu ni 😢

"Ee rindu lah sangat!"

You
Malas nak angkat

Danish Poyo
Ayreen, please angkat

You
Haih..ye lah

Danish Poyo is calling..

Aku terus menekan butang hijau.

"Assalamualaikum" Danish memulakan perbualan.

"Waalaikumsalam.Hah! kau call ni nak apa?" Aku mengerutkan dahi.

"Kau ni kan, aku baru bagi salam.Tak sweet lah kau ni."

"Habistu? Kau nak apa?" Kerutan makin jelas di dahi.

"Now I'm all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best
The past is the worst
Just let it go,let it go
Noo...
Why is it hard for you to see
When everything I've done is for you and me
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti.." Nyanyi Danish tiba-tiba.

"Ayreen." Panggil Danish.

"Kau nampak tak maksud yang tersirat pasal kita berdua dekat lagu tu?" Soal Danish.

"Tak." Balasku.Aku terdengar Danish mengeluh perlahan.

"Cuba kau nyanyi.Kau akan faham macam mana aku rasa sekarang ni." Aku terus menyanyikan lagu itu seperti yang disuruh Danish.

Dan ya..

Aku dah faham.

"Ayreen, kenapa kau patut hilang dari hidup aku waktu aku perlukan kau disisi aku?" Soal Danish tiba-tiba.Dia...selama ni memang perlukan aku ke?

"Kenapa kau susah sangat nak nampak, benda yang aku buat untuk kau dan aku?"

"You know what? Aku betul-betul cemburu tengok kau dengan Izz.Hati aku sakit sangat.Tapi kau bukan nampak pun."

"Dan sekarang? kau pula yang sakit hati sebab perbuatan Izz tu kan?"

Air mataku mengalir perlahan.

"Ayreen Qaisara.Kau nak tahu tak? Aku dulu benci kau gila-gila.Sebab kau ni asyik tak nak mengalah.Rasa nak sepak kau keluar dari bumi pun ada." Aku terdengar,Danish tergelak kecil.Kemudian dia mengeluh.

"Tapi lepastu, tiba-tiba aku rasa nak cuba ambil berat pasal kau sebab aku teringat kan seseor- ....erm tak ada apa-apa lah.Cuma ego aku masa tu yang buatkan aku rasa aku tak nak berbaik."

"So,aku ambil berat pasal kau dengan cara kasar.Contohnya, waktu kau hilang time aktiviti night walk tu.Waktu aku nak angkat kau, sempat aku kutuk kau berat macam gajah kan?" Sambung Danish.

"Haah! Sakit hati aku dengan kau." Jawabku.

"Hahhah.Erm..Ayreen" Panggil Danish.

"Ye?"

"I love you." Aku terkedu apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Danish itu.Tetapi selepas beberapa saat, aku teringatkan sesuatu.

"Kau cakap kat sekolah tadi yang kau main-main je kan? Dah lah." Bibirku dicebik.

"Noo! Aku serious lah."

"Em hehe okay.Aku dah mengantuk lah Danish.Aku nak tidur." Kepalaku digaru.Malu lah pulak.

"Okay.Goodnight, Ayreen.Bye"

Aku terus meletakkan panggilan kemudian kembali termenung.Tiba-tiba aku tersenyum sendiri.

I love you too,Danish

•••

Aku mengaturkan langkah untuk masuk ke perkarangan sekolah.Muka cuba ditebalkan.Kenapa semua tengok aku ni?

"Reen!" Panggil seseorang dan aku tahu itu Izz Daniel.Aku memandang Izz yang sedang berjalan ke arahku dengan pandangan kosong.Apa dia nak?

"Reen, kenapa bluetick je mesej Izz?" Izz mengangkat sebelah keningnya.Aku hanya mengangkat bahu kemudian berjalan ke arah bilik pengawas.Izz pula mengikuti aku dari belakang.Soalannya aku biarkan tanpa jawapan.

"Sayang tahu tak? Izz cemburu tau waktu Danish cakap i love you dekat Reen semalam.Dia tu gila ke?" Aku masih meneruskan langkah.Apa yang dikatakan oleh Izz langsung tidak ku hiraukan.Danish gila sebab dia angau..

Tapi kau gila sebab pentingkan diri!

"Ayreen, kenapa diam je ni? Izz cakap dengan Reen ni." Lelaki itu mengerutkan dahi.Aku menghentikan langkah begitu juga dengan Izz.Badanku dipusing menghadap Izz dibelakang.

"Izz Daniel, kita putus okay? Aku tak tahan dengan perangai kau yang depan baik tapi belakang macam set- ..urgh! Aku tahu lah rancangan yang kau buat dengan adik kau tu. Sampaikan persahabatan aku dengan kawan-kawan aku, kau sanggup nak rosakkan untuk diri kau? Untuk diri kau sendiri?! Kau memang selfish Izz!!" Aku terus berjalan meninggalkan Izz seorang diri.

Air mata yang mengalir sedikit terus dilap.Tak guna punya jantan!

"Woah woah, jap.Kenapa ni?" Soal Danish yang menghentikan langkahku untuk ke bilik pengawas.Aku memandang Danish yang segak memakai baju kemeja sekolah berwarna biru yang lengannya dilipat sehingga ke siku.

"Tak ada apa-apa lah." Jawabku malas.Mataku sedaya-upaya dielakkan dari memandang Danish yang sedang merenungku.

"Betul ni?" Danish meminta kepastian.Aku mengangguk kecil.

"Kau baru sampai sekolah ke?" Aku dan Danish berjalan ke arah bilik pengawas.Sekali lagi, aku menjawab soalan Danish tadi dengan anggukan di kepala.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik pengawas, Danish menekan kata laluan pada butang nombor di pintu.

Baru sahaja aku ingin masuk ke dalam, Danish menahan.

"Ayreen, tolong aku." Aku mengangkat sebelah kening.Tolong apa?

"Tolong aku masuk dalam hati kau." Senyuman di bibir Danish terukir.Mengada!

"Ish dah dah lah tu.Aku nak pergi ronda blok nanti." Kaki melangkah masuk ke dalam bilik pengawas.Blazer di ambil, beg pula diletakkan di dalam bilik itu buat sementara.

Usai itu, pintu dibuka untuk keluar dari bilik pengawas.

"Ayreen!" Kepala ditoleh ke arah Danish.Mamat ni nak apa lagi?

"I love you." Aku menggulingkan biji mata.Makin gedik Danish sekarang.

"But I hate you!" Balasku kemudian terus berjalan keluar.Padan muka!

•••

"Ayreen? Kau mengelamun apa?" Siti mengetuk meja di kantin.Aku memandang Siti lalu menggeleng.

"Dah lah Ayreen, kau lupakan je lah Izz tu.Buat apa fikir pasal dia lagi? Kan ada orang lain tengah tunggu kau sekarang." Fatin tersenyum nakal.

"Haah.Siapa lagi kalau bukan Danish!!" Eliana menepuk tangannya seperti budak kecil yang baru lepas meniup lilin pada kek hari lahir.

"Eh dah lah,rehat dah nak habis.Jom masuk kelas." Izzah dengan semangat berdiri.Ceh! Semangat sangat nak masuk kelas ni kenapa? Selalu dia lah yang paling malas nak masuk kelas.

Semasa berjalan naik ke kelas, aku ternampak kelibat Izz yang baru keluar dari tandas.Izz yang perasan aku memandangnya terus memandangku.Aku menoleh dan mempercepatkan langkah untuk ke kelas.

•••

Kasut sekolah diletakkan di dalam rak kasut.Dengan longlai, aku masuk ke dalam rumah.Mama yang sedang menonton televisyen di ruang tamu memandangku.

"Sara, tadi Danish datang hantar benda untuk Sara.Pergi lah tengok.Mama dah letak atas katil." Aku mengangguk kemudian berjalan naik ke tingkat atas.

Milo mana eh.Selalunya kucing tu akan duduk dekat halaman rumah tunggu aku balik.

Masuk sahaja di dalam bilik, aku terus meletakkan beg sekolah dan menuju ke arah sebuah kotak yang bersaiz sederhana.

Kotak dibuka, beberapa keping polaroid elok tersusun.Semua gambar aku...

Danish ni, curi-curi ambil gambar aku ke apa?

Surat yang terdapat di bawah polaroid diambil dan dibuka.

Kau dah bukak kan kotak ni? Eh mestilah dah, sebab kau dah bukak surat ni.
Mesti kau dapat teka kan mana aku dapat gambar-gambar kau yang acah candid ni?
Hahaha..ya! aku curi-curi tangkap waktu kita pergi kursus pengawas dgn kem.
Dekat bawah polaroid tu ada lagi benda aku bagi.Kau cari je lah.Aku saje bagi kau semua ni.Erm aku dah tak tahu nak tulis apa dah.Heheh bye.
I love you !

-Danish Izmeer paling handsome

Aku tersenyum sendiri.Surat itu kembali disimpan.

Bawah polaroid?

Semua polaroid di dalam kotak itu dikeluarkan.Kotak rantai jenama Pandora menyapa pemandanganku.Mataku dikedipkan berkali-kali.Waw!

Rantai itu pula dikeluarkan dari kotaknya.Aku terus membuka tudung sekolah lalu menuju ke arah meja solek.Rantai yang berwarna silver itu dipakai pada leher.Cantik!

Ting!

Ting!

Ting!

Danish Poyo
Kau dah bukak ke kotak yang aku bagi tu?
Milo dekat rumah aku.Waktu aku nak balik dari rumah kau tadi,Milo nak ikut.
Btw,jumpa dekat taman.Aku bagi kau 30 minit je.

Aku terlopong.Tiga puluh minit?! Dah lah aku tak mandi lagi,solat pun tak lagi.

Tuala dicapai.Aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Danish's POV

"Macam mana kalau dia tak nak?" Soalku.Kepala digaru.Dahi pula dikerut.

"Alah! Trust me, dia mesti terima punya.Aku kenal lah Ayreen tu.Aku tahu, dia ada perasan jugak dekat kau selama ni.Cuma, Izz lah penghalang." Aku mengeluh.Boleh percaya ke dekat Anis ni?

"Tapi aku takut dia tak nak terima." Kataku yang masih ragu-ragu.Di corong telefon, aku terdengar keluhan yang dilepaskan oleh Anis.Dari mana aku dapat nombor telefon sepupu Ayreen ni? Of course lah aunty Linda yang bagi.

"Danish Izmeer, aku ni cousin Ayreen.Aku tahulah! Dia pernah cakap dia ada perasaan dekat kau sikit.Dulu lah.Tapi aku rasa,sekarang pun ada jugak." Sekali lagi,aku mengeluh.Tak ke rasa yang hati dia masih untuk Izz?

"Ye lah ye lah.Aku cuba.Thanks,Anis.Bye." Aku terus mematikan panggilan.

Back to Ayreen's POV

Sampai sahaja di taman permainan yang berdekatan dengan taman perumahan,aku terus menuju ke arah Danish yang sibuk dengan handphone miliknya.

"Ada apa nak jumpa?" Aku terus mengambil tempat di sebelah Danish di atas bangku.

"Ish kau ni.Kalau aku kena heart attack,siapa nak kahwin dengan kau?" Aku mengerutkan dahi.Kahwin? Apa mamat ni merepek?

"I mean, er tak ada apa-apa lah.Lupakan je." Danish tersenyum kelat.

"Ouh okay.So,ada apa?" Kening sebelah diangkat.

"Hrm, kau rindu Farhan tak?" Soalan Danish cukup membuatkan aku terdiam.Kenapa dia tanya soalan macam ni?

Aku hanya menganggukan kepala.Perlahan.

"Aku pun rindu dia." Kata Danish perlahan.Dia menarik nafas kemudian dihembus.

"Sebenarnya,arwah ada minta aku jagakan kau untuk dia bila kau pindah sini.Tapi,apa yang disuruh lain pula yang jadi.Aku bukannya jaga kau,tapi menyakitkan hati kau.Aku rasa bersalah lah juga selama ni, cuma..aku tak boleh tahan.Aku geram.So, aku teruskan je lah cari pasal dengan kau." Terang Danish.Aku masih terdiam.Air mata juga mengalir perlahan.

"Dan sekarang, aku berjaya cuba untuk stop cari pasal dengan kau.Tapi tu lah.Sekarang dah tak sama macam dulu.Sekarang aku rasa lain bila berdepan dengan kau.Hati aku..entah lah."

"Ayreen, kalau aku nak gantikan tempat Farhan, kau nak?" Danish mengangkat sebelah keningnya.Aku memandang Danish.Air mata laju dilap menggunakan tangan.

"Aku bukan tak nak.Tapi,bagi aku masa dulu boleh? Promise aku akan bagitahu kau bila aku dah ready." Aku hanya tersenyum plastik.Danish pula hanya mengangguk faham.

"Aku balik dulu eh.Bye." Aku terus berjalan meninggalkan taman permainan.Air mata kembali mengalir.

•••

Badan dibaringkan di atas katil.Kipas yang berpusing itu ditenung lama.Apa dah jadi dengan kau ni Ayreen?

"Sara..turun sayang.Dinner dah siap." Panggil mama.Pintu bilik dibukanya.

"Tak apa lah mama.Sara dah kenyang." Jawabku.Kenyang? Padahal tak makan apa pun.

"Are you okay?" Soal mama.

"Sara okay,ma.Jangan risau." Mama hanya menganggukkan kepala.Pintu bilikku ditutup.

Ting!

Ting!

Danish Poyo
Haii.
Dah makan ke?

You
Hai.
Belum.

Danish Poyo
Ouh.
Jangan tak makan langsung eh.
Take care 😊

You
Okay
Take care too

Danish's POV

Ayreen Qaisara 💜
Okay
Take care too

Aku terus menutup aplikasi whatsapp kemudian mengeluh perlahan.Bagi lah dia masa dulu.Takkan nak paksa pula.





TBC

#AyreeNishShippers

Hashtag beramai2 🙆🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro