Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 40

Kaki melangkah masuk ke perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Damai.Aku memandang barang-barang yang dibawa kemudian keluhan kecil dilepaskan.Lenguh lah bawa barang-barang jualan ni.Berat sangat.

Dah la kena bawa dengan beg galas lagi, pakaian salin lagi.Kalau boleh aku tak nak datang.Tapi terpaksa sebab aku ambil bahagian jualan.

"Ayreen!" Pandanganku terus beralih ke arah Eliana Izzati yang berada di dewan terbuka sekolah.Senyuman kecil dilemparkan kemudian kaki ku laju melangkah ke arahnya.

"Urgh! berat!" Aku duduk disebelah Eliana.Barang-barang yang aku bawa tadi diletak dengan kasar.Tangan aku ni rasa macam nak tercabut seh!

Ouh ya,harini merupakan hari kokurikulum dan keusahawanan.Sebab tu la terpaksa bawa barang-barang ni.

Nak tahu unit beruniform kitaorang apa? Meh Ayreen Qaisara bagitahu.

Aku,Eliana,Danish dan Ammar.Kitaorang Kadet Polis.Aku geram lah juga sebab unit beruniform dan rumah sukan yang aku masuk, ada je ketua pengawas poyo tu!

Kalau KRS (Kadet Remaja Sekolah) pula, Tisya,Fatin,Kamarul dan Hariz.

Seterusnya, Siti,Izzah,Hakimi dan Faris pula Pengakap.Tak lupa juga dengan Izz.Izz pun pengakap.

"Lepasni aktiviti mara lasak kan?" Aku mengangkat sebelah kening.Eliana yang sibuk dengan handphone miliknya menganggukkan kepala.

"Wahai Eliana Izzati, kita terlibat dengan aktiviti mara lasak kan?" Dengan sengaja aku menyoal kepada Eliana yang masih sibuk menghadap skrin handphone.

"Eh haah la.Jom jom jom!" Tanganku ditarik Eliana.

•••

"Sekarang saya nak kamu ber- " Kata-kata cikgu Fatin terhenti apabila handphone miliknya berbunyi.

"Eh Danish dan Ayreen, tolong cikgu handle. Arahkan siapa yang masuk aktiviti mara lasak tu bergerak ke tempat aktiviti.Saya nak angkat call jap." Cikgu Fatin terus meninggalkan ahli kadet polis.Kenapa mesti aku dengan Danish?

"Reen, kau handle lah." Danish memandangku yang sedang mengerutkan dahi.Eh eh mamat ni, asal aku pula? Cikgu Fatin minta tolong Danish dan Ayreen! Bukannya cikgu suruh aku sorang.

"Tak ada tak ada.Cikgu minta tolong kau sekali kan? So,tak payah nak goyang kaki . Kau suruh aku habistu kau nak buat apa je? Duduk tengok je? Baik tak payah jadi ketua pengawas.Tak bertanggungjawab langsung.Asyik aku je." Bebel ku.Aku tahu, Danish buat-buat tak dengar dengan bebelan aku ni.

"Eh dah lah.Bising lah mulut kau ni."

"Abang Danish, kak Ayreen, bila kitaorang boleh bergerak ni?" Soal seorang pelajar tingkatan dua.Mara lasak ni bukan semua ahli terlibat.

"Ouh ha, yang terlibat dengan mara lasak tu berdiri lah.Takkan nak mengesot pula?" Aku mengerutkan dahi.Semua yang terlibat mula berdiri.

"Kau ni Ayreen, tak reti nak cakap elok-elok ke?" Danish menggeleng.Aku memandangnya seperti tiada perasaan.

"Ha habistu? Kau handle lah." Bola mata diguling ke atas.Geram dengan Danish!

•••

"Jadi sekarang, korang semua nampak lumpur tu?" Soal cikgu Ismail.Kami semua menganggukkan kepala. Aku memandang lumpur itu kemudian beralih ke arah jaring.Perlu ke masuk dalam jaring tu??

"Korang kena merangkak dalam lumpur tu okay? Hati-hati, ada katak.Good luck geng!" Cikgu Ismail tersenyum gembira.

"Weh geli lah." Aku mengerutkan dahi.Muncung ditarik.

"Dah! Tak payah nak buat mulut itik kau tu.Bukannya comel pun." Danish terus berjalan meninggalkan aku.Sibuk je dia ni!

"Ayreen Qaisara! Kau tunggu apa lagi tu? Nak tunggu aku pujuk? Memang tak lah!" Aku memandang Danish sebelum berlari anak ke arahnya.Siapa kata aku nak dia pujuk aku? Perasan!

"Okay dalam kiraan satu,dua,tiga, mula!"

Aku terus masuk ke dalam jaring itu.Mataku pula sudah terpandang katak kecil yang menunggu di situ.Jaring ni dah la sempit!

Tutup mata Ayreen, tutup mata.

Tanganku tiba-tiba terasa seperti ada benda lembik yang menyentuh.

"Woi cepat la merangkak!" Suaraku meninggi kepada orang yang merangkak di hadapan aku itu.Selepas beberapa minit, akhirnya aku bebas keluar dari jaring neraka itu.

Seterusnya, kami perlu mencari duit syiling di dalam bekas yang mempunyai air lumpur.

"Ayreen! Dah cukup." Eliana menunjukkan duit syiling yang dijumpa.

Akhirnya kami perlu meniti batang kayu dengan berhati-hati.Kalau terjatuh, kena buat balik.

Dan lepas!

"Fuh penat." Aku terduduk.Eliana yang duduk di sebelahku dipandang.

"Eli, jom cuci lumpur ni.Aku dah rimas." Mataku memandang ke arah seluar dan baju yang dipenuhi lumpur.

"Lepastu kita tukar baju terus.Lepasni jualan."

Tisya's POV

"Penat ah.Berpeluh-peluh" Fatin mengibas muka menggunakan tangannya.Mana tak nya berpeluh kalau dari tadi berjalan sana sini.

"Tisya!" Panggil seseorang membuatkan aku menoleh ke arahnya.

"Asal?" Aku memandang Danish yang menghampiri kami berdua.

"Kau nampak Ayreen tak?" Soal Danish.Aku pula sudah mengerutkan dahi.

"Dia kan ambil bahagian jualan.Maybe dia dekat gerai jualan.Kau pergi lah tengok." Fatin mencelah.

"Yang kau cari-cari dia kenapa?" Kening sebelah diangkat.

"Tak ada apa-apa lah.Thanks korang.Bye." Danish terus meninggalkan aku dan Fatin yang terpinga-pinga.

"Eh kejap lagi geng-geng Danish buat persembahan kan?" Fatin membuka cerita.

"Tak sabar weh!" Aku sudah menepuk tangan.

"Rilek. Jangan tepuk lagi.Tunggu lah." Tanganku menampar lengan Fatin.Ish suka hati lah!

Back to Ayreen's POV

"Kak Ayreen, ni nak letak dekat mana?" Soal seorang pelajar tingkatan tiga.Aku yang sedang sibuk meletakkan barang memandangnya.

"Letak je dekat situ." Junior itu atau namanya Hazrina Ilyana meletakkan barang itu.By the way,Hazrina ni adik kepada Hariz.Korang ingat kan Hariz? Hariz Ilham tu.

"Ayreen!" Izz menghampiri ku.Aku memandangnya dengan senyuman manis di bibir.

"Izz nak apa?" Soalku.

"Nak Reen lah." Aku mengerutkan dahi.Satu je aku nak cakap..

I AM NOT FOR SALE

"Elok-elok lah." Aku mencebik.Izz pula ketawa kecil melihatku.

"Izz gurau je lah." Katanya yang masih dengan sisa tawa.

"Kau ni nak buat kerja ke nak menggatal?" Mataku terus beralih ke arah gerangan yang 'kacau line' tadi tu.

Menyibuk je dia ni!

"Kau sibuk asal?" Jelingan diberikan kepada Danish.Danish pula mengajuk percakapan ku dengan suara perempuan yang tidak menjadi.

"Dah lah Reen, tak payah layan orang gila macam ni." Izz bersuara.Dia memandang Danish dengan pandangan tajam.

"Eh dah lah.Nak cari gaduh kat tempat lain lah.Before aku tendang sorang-sorang, better korang blah." Eliana mencelah tiba-tiba.

"Ye lah ye lah.Bye sayang.Apa-apa panggil Izz okay?" Izz senyum ke arahku.Dia terus meninggalkan kami di gerai itu.Danish pula mengajuk percakapan Izz kemudian menggulingkan biji matanya.

"Ish kau nak apa?" Soalku kasar.Mata tertumpu ke arah Danish yang sedang memandangku.

"Eleh dekat Izz bukan main tanya elok-elok." Danish tersenyum sinis.

"Apa-apa je lah.Kau nak apa?" Aku mengerutkan dahi.

"Nak air." Minta Danish.

"Air apa kau nak?" Aku menyoal dengan nada geram.

"Ai love you." Danish tersenyum manis.Dia ni sihat ke tak?

"Eli, kau settle lah Danish ni." Kaki ku terus melangkah meninggalkan gerai.Eliana pula hanya mengangguk kecil.

•••

Aku bergerak ke dewan sekolah.Jam di tangan dipandang.Dah pukul 2.Kumpulan Danish dah nak mulakan persembahan tapi mana kawan-kawan aku yang lain?

"Hai Ayreen." Aku memandang hadapan.Langkah dihentikan.Apa budak ni nak?

"Sorang je ke?" Soal Izara sambil tersenyum plastik bersama kawannya,Melisa.

"Eh tak lah.Ramai lagi dekat belakang aku ni.Nampak tak?" Senyuman sinis diberikan.Air muka Izara terus berubah.Melisa pula menggulingkan bola mata.

"By the way, aku rasa Danish akan menyanyi untuk aku waktu dia buat persembahan nanti.So, jangan perasan sangat ye.Dah lah, jom Mel." Izara dan Melisa terus meninggalkan aku.Eh ada ke aku cakap yang Danish akan nyanyi dekat aku?

Siapa yang perasan sekarang ni?

Izzah's POV

"Kau join buat persembahan juga ke?" Soalku.Hariz menggeleng.Aku ingatkan dia buat persembahan juga.

"By the wa- " Belum sempat aku menghabiskan ayat, Hariz menarik lengan bajuku untuk menyorok di sebalik dinding.Apa masalah dia ni?

"Shh dengar." Arah Hariz.

"Zara tolong halang Ayreen daripada rapat dengan Danish, okay?"

"Ye ye.Ingat adik nak sangat ke Ayreen tu rapat dengan Danish? Danish tu adik punya okay? He's mine!" Suara seseorang yang menyapa pendengaran ku itu membuatkan dahiku dikerut.Suara tu macam...

Izz dan Izz.

Aku mengepal penumbuk.Izz ni memang nak kena! Sama je perangai dua beradik ni.

"Macam mana nak cerita dekat Ayreen? Takut dia tak percaya pula." Aku menoleh ke arah Hariz.Kami berdua terdiam beberapa saat.

Hah! Handphone!

"Riz, bawak phone tak? Aku punya phone dalam beg." Hariz memandangku lalu telefon pintar jenama Oppo miliknya dikeluarkan.Aku merakam suara Izz dan Izara memandangkan mereka tidak jauh daripada kedudukan aku dan Hariz.

"Kalau boleh, abang tak nak Ayreen dengan Danish tu berbaik.Memang bagus lah diorang bergaduh sekarang.Kalau diorang berbaik, mesti hubungan diorang makin rapat."

"Ye Zara tau."

"Ingat eh, kalau Zara nampak diorang berdua macam rapat..terus halang.Ouh ya, Zara boleh tolong tak?" Soal Izz.Izara mengangkat sebelah keningnya.

"Tolong..."

Back to Ayreen's POV

"Ayreen!" Panggil Izzah yang sedang berjalan ke arahku.Eliana,Siti,Fatin dan Tisya yang sedang khusyuk melihat persembahan di hadapan terus memandang Izzah begitu juga dengan aku.

Hariz yang berjalan di sebelah Izzah juga dipandang.

"Apa dia kau ni?" Soalku.Izzah terus mengeluarkan handphone jenama oppo.Uish! Handphone baru ke?

"Phone bar- "

"Dengar ni." Izzah terus memotong percakapan Fatin.

"Kalau boleh, abang tak nak Ayreen dengan Danish tu berbaik.Memang bagus lah diorang bergaduh sekarang.Kalau diorang berbaik, mesti hubungan diorang makin rapat."

"Ye Zara tau."

"Ingat eh, kalau Zara nampak diorang berdua macam rapat..terus halang.Ouh ya, Zara boleh tolong tak?"

"Tolong hancurkan persahabatan Ayreen dengan kawan-kawan dia.Abang nak Zara buat macam ni sebab Ayreen tu asyik dengan kawan dia je.Abang pun nampak lah , kawan-kawan Ayreen tu nak sangat Ayreen dengan Danish.Kalau diorang dah tak berkawan, maybe Ayreen akan layan abang je."

"Urm okay.Bagus idea.Kalau macam tu senang lah sikit Zara nak dapatkan Danish."

Aku masih terdiam selepas rakaman suara itu habis dimainkan.Itu ke Izz yang aku kenal?

"So Ayreen, kau still nak percayakan Izz?" Soal Hariz.Aku terus menoleh ke arah Hariz.Air mata pula mula bertakung.

Sampai hati Izz buat aku macam ni.Apa salah aku? Kenapa dia nak hancurkan hubungan aku dengan kawan-kawan aku? Kalau dia sanggup buat macam ni...

Maksudnya dia tak sayangkan aku pun.Dia lebih pentingkan diri dia sendiri.

"Ayreen,jangan nangis." Eliana memelukku.Air mata semakin deras mengalir.

Orang yang aku percaya 100% , buat aku macam ni? Tak sangka!

Danish's POV

Aku memandang diri ku yang kemas mengenakan kemeja hitam.Lengan baju kemeja yang dilipat itu dikemaskan.Mataku kemudiannya beralih ke arah Ayreen.

Dia menangis ke tu?

Tapi kenapa?

Hariz datang menghampiri aku, Ammar, Hakimi, Kamarul dan Faris.

"Weh asal dengan Ayreen?" Soal Ammar.Hariz mengeluh perlahan.Dia mengeluarkan handphone miliknya lalu satu rakaman suara dibuka.

Selepas beberapa saat rakaman suara itu dimainkan, aku mengepal penumbuk.Tiba-tiba teringat tentang rancangan mereka berdua yang diceritakan oleh Misha.

"Okay macam ni.Izz dengan Izara tu tengah rancang nak jauhkan Ayreen daripada you.Well, kalau Ayreen dah jauh dengan you, senanglah Izz nak jadikan Ayreen tu milik dia sorang and lagi mudah Izara tu..nak dapat you.Urgh! Budak mentah tu memang tak guna!"

"Selfish betul mamat tu.Dia fikir diri dia je." Kamarul menggelengkan kepalanya.

"Dah lah.Turn kita lepas ni." Aku bersuara.

"Sekarang, dipersilakan Danish, Kamarul, Hakimi, Ammar dan Faris untuk naik ke atas pentas dan mempersembahkan persembahan mereka.Tepukk tangannn!!" Pengacara majlis itu tersenyum lebar dan terus turun dari pentas.Semua orang mula memberikan tepukan yang terlalu gemuruh.Belum naik pentas pun dah kuat sangat bunyi tepukan tu.

"Mentang-mentang ada instafamous, pengacara majlis pun excited." Hakimi bersuara kemudian memandangku.

Kami berlima naik ke atas pentas dan mengambil kedudukan masing-masing.Muzik dibuka.

P/s - better korang bukak lagu kat atas tu sambil baca kat bawah ni 😂 sumpah author cakap, nanti tak surprise 😂 (kalau korang terus scroll ke bawah, author taknak update dah 😤😂)

(Danish)
"Jangan menangis,sayangku"

Mataku terhenti ke arah Ayreen Qaisara.Dia yang perasan aku memandangnya turut memandangku.Aku melemparkan senyuman kecil begitu juga dengan dia.

"Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana."

(Hakimi)
"Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan laguku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti."

(Ammar)
"Jangan menangis,sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana."

Ammar memandangku kemudian pandangannya beralih ke arah Ayreen yang hanya fokus kepadaku.Dia tersenyum.

(Danish)
"Now I'm all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best
The past is the worst
Just let it go,let it go
Noo...."

Mataku masih memandang Ayreen.Langsung tidak beralih.Mata nya yang sembab kerana menangis itu dipandang sayu.

"Why is it hard for you to see
When everything I've done is for you and me
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti.."

(Kamarul)
"Jangan menangis,sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana."

(Faris)
"Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita walau bukan selamanya....
Jangan menangis,sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana."

(Danish,Hakimi,Ammar,Kamarul,Faris)
"Jangan menangis,sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana."

(Hakimi)
"Agar bahagia di sana."



"I LOVE YOU,AYREEN QAISARA" Jerit Danish.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro