Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 39

"Sayang!" Panggil Izz.Aku menoleh ke arahnya kemudian tersenyum manis.Izz membalas senyumanku.

Hensem!

"Harini kita date nak?" Aku mengangguk setuju.

"Okay.Kalau macam tu pukul 3 nanti Izz ambik Reen dekat rumah." Izz tersenyum.Aku membuat simbol 'okay' menggunakan jari.Dia terus duduk di tempat duduknya semula.Aku pula menyambung membuat latihan Fizik yang tergendala.

"Danish." Panggilku meleret tetapi Danish langsung tidak mendengar panggilanku.Dia masih fokus menyiapkan latihan Fizik.

"Danish!" Panggilku lagi.Untuk kali kedua, panggilanku tidak diendahkan.

Agaknya aku kena guna panggilan pelik-pelik baru dia nak dengar.

"Weh beruk! Kau ni pekak ke apa? Nasib je kau tak gemuk.Kalau tak dah lama aku panggil badak." Kataku selamba.Seperti yang disangkakan, Danish terus memusingkan kepalanya menghadapku.

"Apa? Mulut kau ni bising tahu tak? Duh! kau tu lah gemuk.Makan banyak!" Danish membalas.

"Kau ni kenapa? Aku tak cakap kau gemuk pun kan? Yang kau tiba-tiba nak cakap aku gemuk tu apa masalah? Aku cuma cakap nasib je kau tak gemuk.Tak faham melayu ke?Masalah lah kau ni.Aku panggil kau sebab nak suruh kau tolong ajar ni." Danish memandang soalan di buku latihan Fizik milikku itu sebelum pandangannya beralih ke arahku.Dahinya dikerutkan.Ada masalah ke dengan soalan ni? Bukan dia pandai gila ke?

Ouh ya! By the way, cikgu kitaorang harini ada mesyuarat untuk hari kokurikulum dan keusahawanan.Jadi, kami diarahkan untuk siapkan latihan yang diberi.

"Kau kan ada Izz.Suruhlah dia ajar soalan yang kau tak faham ni." Danish tersenyum sinis.Aku pula sudah mengepal penumbuk.

Dah aku suruh ajar tu tolonglah je lah ajar! Takkan tu pun masalah?

"Eh kau ni.Cari pasal tiba-tiba kenapa? Nak gaduh ke apa?" Pandangan tajam diberikan.Dia ni memang sengaja buat aku meletup.

"Boleh juga.Tapi kalau cikgu tanya siapa mulakan dulu, kau lah orangnya.Bukan aku." Kata Danish tanpa memandangku di sebelah.Tangannya ligat menyiapkan kerjanya tadi.

"Blah ah kau." Aku menjarakkan meja sedikit.Sumpah macam budak-budak tapi apa aku kisah?

"Woi! Korang dua ni dah kenapa? Bising lah." Ammar mencelah.Tetapi malangnya, aku dan Danish tidak menghiraukannya.

"Tak payah mengada nak gaduh-gaduh. Aku sumbat pen dalam mulut nanti." Eliana pula mengugut.

"Apa-apa je lah.So Ayreen, kalau kau tak nak aku jahanam kan barang kau, baik letak jauh-jauh daripada aku." Bola mata diguling ke atas.

"Ingat aku heran ke, beruk?" Aku memandangnya sinis.

"Diamlah kau singa,ikan paus." Balas Danish.

"Kau tu buaya,dugong" Nasib je aku tak sebut buaya darat!

"Dasar monyet terlepas."

"Kau diam lah gila!"

"Kau lah diam otak senget,otak sekerat!" Danish masih tidak mengalah.

"Ouh tak sangka kau boleh tengok otak aku ni senget or ada sekerat." Aku tersenyum sinis.

"Eh dah lah.Tak payah lah macam ni." Hakimi menggeleng.Macam-macam lah dua orang ni.Aku sumbat mulut dengan kasut baru tahu.

"Serabut aku dengan kau ni." Kata Danish kemudian dia berdiri dari tempat duduknya kira-kira ingin keluar dari kelas.

"Ingat aku suka kau sangat lah? Dah lah perasan hensem!" Danish berhenti berjalan.

"Memang aku hensem pun.Ada masalah? Kau tu yang perasan.Perasan cantik, perasan comel, gedik! mengada!" Dia terus melangkah keluar dari kelas.

Kau tunggu Danish!

•••

Aku memandang Danish yang sedang rancak berbual dengan pandangan dingin.Kemudian mataku beralih pada sticky note yang dilekatkan pada tudungku tadi.

Siapa rasa aku comel bagilah duit

Patutlah orang bagi aku duit tadi!

Macam mana aku tahu ni kerja Danish?

Tengok tulisan lah!

Mamat ni memang betul-betul nak cari pasal.

"Hah Reen! Kau tengok-tengok Danish asal? Kau terpikat dengan dia ehh?" Usik Izzah.Terpikat? Memang tak lah!

"Weyh Reen, kau dengan Danish ni kenapa pula?" Soal Fatin hairan.Dahinya dikerutkan.

"Dia yang declare nak gaduh dulu.Tiba-tiba cari pasal." Aku mendengus geram.

"Haih! Dulu,asyik gaduh, lepastu dah berbaik sikit.Now,nak gaduh lagi?" Eliana memandangku tidak percaya.Siti dan Tisya pula mengangguk setuju.

"Ehem! Siapa kata kitaorang ni dah berbaik sikit?" Kening sebelah diangkat.Siapa kata?

"Ish apa-apa je lah."

5 Emerald

"Woi!" Danish memandangku.

"Banyak duit kau dapat?" Soal Danish dengan nada sinis.Aku mendengus geram lalu sticky note yang dilekat oleh Danish di tudungku tadi diambil.Sticky note itu dilekatkan di dahinya dengan kasar.Ambik kau! Nak kenakan orang sangatkan?

"Kau tanya aku apa tadi? Banyak duit aku dapat? Uish banyak aku dapat! Itu maknanya,aku ni memang comel lah kan? So kau tak boleh nak nafikan yang aku ni comel." Aku membalas.

"Hm apa-apa je lah." Danish menggulingkan biji matanya.

•••

Shawl berwarna maroon dililit dengan kemas.Aku menilik pakaianku dicermin.Perfume dicapai kemudian disembur pada badan.Siap!

Sling bag diambil.Kaki melangkah turun ke tingkat bawah.

Ting!

Izz Daniel 💗
Izz dah sampai

"Cepat betul dia ni sampai." Kataku sendiri.Kasut sarung milikku diambil di dalam rak kasut.

"Mama, Sara pergi dulu tau." Tangan mama disalam.Kereta Nissan GTR milik Izz dituju.

"Hai." Aku masuk ke dalam kereta.Izz tersenyum.

"Cantik girlfriend Izz ni." Puji Izz membuatkan aku tersenyum malu.

"Danish cari pasal lagi ke dengan Reen?" Soal Izz.Dia memulakan perjalanan untuk ke sebuah pusat membeli-belah.Aku memandang Izz kemudian mengangguk perlahan.

Danish's POV

Mataku tidak lepas dari memandang Ayreen dan Izz yang berada di pintu masuk.Sweet kan diorang dua? Bruh!

"Danish dengar tak?" Pandanganku kemudiannya beralih ke arah Izara Dahlia yang duduk di hadapanku.Entah kenapa, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia nak ajak aku keluar.

Kalau aku tolak ajakkan dia ni, katanya dia sanggup jerit untuk panggil nama aku dari luar rumah aku.Malu lah kalau jiran aku tengok!

"Apa Zara cakap?" Soalku semula.Terdengar keluhan kecil daripada gadis itu.

"Sorry tau Zara paksa abang Danish teman Zara shopping ni.Zara memang bosan, kawan-kawan Zara semua busy, Izara punya abang pula keluar date dengan kak Ayreen." Izara mencebik.Aku pula memandang Izara lalu mengerutkan dahi.

"Abang? You mean..Izz Daniel?" Tekaku.Yang keluar date dengan Ayreen tu sah-sah lah Izz.Aku baru je nampak diorang dua dekat pintu masuk.

"Eh! er bu- bukan." Izara menggarukan kepalanya.

"Izara? Something wrong?" Aku memandang Izara yang sedikit gelabah.Ada masalah ke dia ni? Apa yang nak gelabah sangat kalau Izz tu abang dia.

Pelik lah budak ni.

Ke...

Ada sesuatu yang dia dengan Izz nak sorokkan?

Ish! Tak payah mengarutlah Danish.Apa benda je yang diorang nak sorok dari kau.

"Er haah.Izz tu abang Zara." Jawabnya.Aku mengangguk perlahan.Hairan.

"Em abang Danish.Abang anggap Zara ni apa?" Izara menongkatkan kepalanya menggunakan tangan.

"Kawan biasa je la." Balasku selamba.Wajah Izara terus berubah muram.

"Ish apa ni kawan biasa je.Izara anggap abang lebih tau.Tak boleh ke kalau abang anggap Zara macam Zara anggap abang?" Mata dikedipkan berkali-kali.Gedik!

"Sorry Zara, tapi kenapa aku kena anggap kau lebih pula?" Soalku hairan.Memang tak lah aku nak anggap dia lebih!

"Zara jealous tau dengan Abang Izz tu.Bahagia je dengan Ayreen.Abang Danish tak nak ke bahagia dengan Zara?" Izara mencebik.

"Why me? Kan ada ramai lagi lelaki lain?" Dahiku dikerut.Tak faham aku dengan dia ni.

"Sebab abang Danish ni taste Zara.Full package, famous, perfect! Taste Zara ni orang macam abang lah." Keluhan perlahan dilepaskan olehku.Kepala digeleng.Zara,Zara.

"Izara, you know what? Tak ada orang dalam dunia ni perfect, termasuk aku.Famous? tu sementara je.Tak payah kejar lah semua tu." Izara terdiam.

"Tak apa lah kalau abang tak nak Zara ni.Izara okay je." Izara tersenyum kelat.

Aku pula tersenyum manis ke arah Izara.Ini yang aku nak dengar!

"Tapi..."

"Izara tetap akan tunggu abang." Sambungnya.Senyumanku terus mati.

Pakk!

"Danish!" Aku memandang gerangan yang mengetuk meja dengan kasar.

"You ni asyik keluar dengan budak mentah ni je!" Misha mencebik.

"Excuse me, kau panggil aku apa? Budak mentah? Hello? budak mentah macam ni, at least tak bengap macam kau. Kau tu aku tengok macam bimbo!" Balas Izara kemudian tersenyum sinis.Misha yang mendengar ayat yang dikatakan Izara terus terlopong.

"Bimbo? Eh you tu dah lah perampas, tak malu! Anyways, you tu still budak mentah, I tahulah rancangan you dengan abang you tu.Rancangan tu semuanya you harapkan Izz je bagi idea.Bukan nya pandai sangat pun you ni." Misha terus meninggalkan meja aku dan Izara.

'Kalau rahsia aku terbongkar siap kau,Misha.Kau tak kenal aku' Desis Izara.

"Rancangan apa ni?" Soalku yang bertambah hairan.Izara dipandang dingin.

"Er rancangan ka- kalau ada homework.Ha! Abang Zara yang akan bagi idea kalau buat homework." Jawab Izara dengan gagap.

"Eh okay lah.Zara kena balik.Bye abang! Nanti date lagi tau." Izara berdiri dan terus berjalan keluar dari Cafe.Aku mengeluh perlahan.

Izz dengan Izara ni memang ada sesuatu yang diorang sembunyi.

Handphone ku dibuka lalu mesej dihantar kepada Misha.Aku tak kira, aku nak tahu juga apa rancangan tu!

Misha
Last seen 3:40 PM

You
Misha, jumpa I dekat cafe tadi.
Boleh?

Misha
Online

Misha is typing...

Misha
Budak mentah tu ada lagi ke?
I serabut tengok dia!

You
Tak ada dah

Misha
Okeyy!!

Selepas beberapa minit menunggu, Misha menarik kerusi dan duduk di hadapanku.

"You ada apa-apa ke nak jumpa I?" Soal Misha dengan senyuman manis.

"Er I nak tanya pasal rancangan yang you maksudkan tadi." Misha mengangguk perlahan.

"Okay macam ni.Izz dengan Izara tu tengah rancang nak...."

•••

Back Ayreen's POV

"Sekarang nak per- "

"Ayreen!" Panggilan seseorang membuatkan aku menoleh ke arah figura yang memanggilku itu.

"Hai!" Sapa Anis lalu tersenyum.Aku membalas senyumannya.

"Datang sorang je ke?" Soalku.Anis menggeleng.Aku mengerutkan dahi.

"Habistu?" Anis tersenyum.

"Dengan Athira!" Balasnya.

"Mana dia?" Keningku diangkat.Mata pula mula mencari kelibat Athira.

Anis menunjuk ke arah seorang perempuan yang sedang menikmati air Starbucks di salah satu bangku.Gadis itu memandang ke arah aku dan Anis sebelum melambaikan tangan.Dia bangun kemudian berjalan ke arah kami berdua.Ouh, lupa pula Izz kat sebelah.

"Hai Ayreen!" Athira tersenyum.

"Hai!"

"Er..Reen, tu siapa?" Soal Anis.Matanya memandang Izz Daniel yang setia berdiri di sebelahku.

"Boyfriend lah kot.Kan?" Celah Athira.Aku mengangguk kecil.Macam tau-tau je.

"Wait what?!" Anis terjerit kecil.Tanganku laju menampar lengannya.Dah kenapa pula dia ni?

"Apa?" Dahiku dikerut.Anis menggeleng lalu tersengih.

"Ouh okey lah kalau macam tu.Aku pergi dulu eh.Bye! Jumpa nanti." Pamitku sebelum berjalan meninggalkan Anis dan Athira.

"Siapa diorang tu,sayang?" Soal Izz.

"Cousin." Balasku.

Anis's POV

"Weh Nis, asal dengan kau ni? Tiba-tiba je terkejut lain macam." Soal Athira selepas kelibat Ayreen dan 'boyfriend' nya sudah jauh.Aku memandang Athira.

"Tak lah, boyfriend Ayreen tu hensem doh! Tapi, aku lagi suka kalau Reen dengan Danish." Jawabku.Athira mengangguk.

"Danish tu siapa?" Soal Athira lagi.Dia mengerutkan dahi.

"Alah! Instafamous tu." Sekali lagi,Athira mengangguk.

"Instafamous yang mana ni?" Soal Athira lagi.

"Yang Dnish._ tu lah." Kepalaku digeleng.

"Wuish! Dia hens- "

"Dah jangan tanya.Aku lapar.Jom pergi makan." Aku menarik lengan Athira kemudian mengaturkan langkah ke arah kedai makan berhampiran.


TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro