Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 38

Aku masuk ke dalam perkarangan sekolah.Jam dipandang.Baru pukul 6:45 pagi.

Aku datang awal pun sebab aku pengawas.Kalau aku bukan pengawas, dah lama aku datang sekolah pukul 7 lebih.

"Hai Ayreen." Sapa seseorang membuatkan aku menoleh.

Huh! Bala.

"Kau nak apa?" Soalku.Kening sebelah dijongket ke atas.

"Nak awak lah sayang.Aum!" Irfan tersenyum nakal.Aku pula sudah mendengus geram.Cari pasal!

"Setakat nak buat masalah, tak payah lah kau!" Bola mata diguling ke atas.Irfan sudah menghampiri aku.Kenapa lah kena bertembung dengan diorang dekat blok sunyi ni? Urgh!

"Ala saya nak awak je pun.Takkan tak boleh? Tinggal je lah Izz tu.Setakat budak baru tu.Puih! Aku pun hensem lah." Senyuman nakal masih terukir di bibirnya membuatkan aku sedikit geli dan kurang selesa.

"Kalau aku tak nak?" Aku tersenyum sinis.Mata masih tidak lepas memandang Putera Irfan.Tiga orang rakannya hanya memandang kami berdua di belakang.

"Kalau kau tak nak-" Irfan menolakku ke dinding.Pipi ku diusapnya perlahan.Memang cabar kesabaran aku kan?

Tali leher Irfan ditarik olehku supaya menjadi sedikit ketat.Jangan sebab aku perempuan,dia ingat aku lemah!

"Kau memang melampau kan?!" Tali lehernya ditarik dengan kuat kemudian dia diheret ke belakang sekolah.

Sampai sahaja di hadapan kolam ikan lama yang sudah dipenuhi dengan air kotor dan lumut, aku terus menolaknya masuk ke dalam kolam itu.Puas!

"Lain kali, jangan ganggu aku kalau tak nak kena macam ni!" Pandangan tajam diberikan.Kepala ku ditoleh ke belakang.Memandang ke arah tiga orang rakannya yang lain.

"Apa tengok-tengok? Nak kena jugak ke?!" Suaraku semakin meninggi.

"Ayreen!" Suara seseorang iaitu Danish mengalihkan perhatianku.Aku menoleh ke arahnya dan memandangnya dengan pandangan kosong.

"Kau buat apa ni?" Danish mengerutkan dahi.

"Kau nampakkan apa yang dah jadi? Takkan kau tanya lagi?!" Aku terus berjalan meninggalkan Danish.Mood aku terus hilang selepas kejadian tadi.

"Woi Danish! Lain kali kau jaga singa kau tu elok-elok.Suruh dia jadi perempuan betul.Seram aku dia tu." Irfan menjeling Danish.Danish mengeluh lalu mengejarku.

Danish's POV

Aku masuk ke kawasan kantin.Dah agak! Dia dekat situ.

"Hoi." Ayreen menoleh ke arahku.Muka toya ditayangkan kepadaku.Nasib comel.

"Apa?!" Aku dijeling.Eh eh dia ni main jeling-jeling pula.Aku korek biji mata baru tahu.

Eh Danish, sanggup korek biji mata dia?

Haha memang tak lah!

"Kau ni nak marah-marah dah kenapa? Rilek lah."

"Kau diamlah pak cik." Balas Ayreen.

"Kau tu mak cik!" Aku membalas semula.

"Beruk"

"Singa"

"Orang utan"

"Zirafah"

"Pisau"

"Kuali"

"Periuk"

"Pinggan"

"Unicorn"

Aku terdiam.Cuba untuk menahan dari melepaskan tawa.Ayreen pula sudah menekup mulutnya.Unicorn?

Apa kena mengena?

"Kita ni dah kenapa?" Soal Ayreen.Aku hanya mengangkat bahu lalu berjalan keluar dari kawasan kantin.Malas nak layan Ayreen tu.Kalau boyfriend kesayangan Ayreen nampak aku dengan dia berdua nanti cemburu pula.

Baru beberapa langkah, terasa lengan baju sekolahku yang dilipat itu ditarik.Aku menoleh.

"Kau nak pergi mana?" Sekali lagi Ayreen menyoal.

"Pergi mandi.Nak ikut ke?" Aku tersenyum nakal.Ayreen terus menampar lenganku.

"Elok lah" Ayreen menjeling.

"Pergi bilik pengawas lah.Aku nak ambik blazer" Balasku.

"Nak ikut!" Ayreen memandang wajahku lama.

Comel!

"Ikut je lah." Aku menggulingkan biji mata kemudian pandangan beralih ke hadapan.Ayreen di belakang yang mengekori ku itu dibiarkan.

Aku tersenyum kecil.

•••

Back to Ayreen's POV

Izz Daniel yang sedang menjamah makanannya itu dipandang.Aku mencebikkan bibir.

Lelaki itu yang perasan aku sedang memandangnya terus berhenti makan.Izz cakap dia nak rehat dengan aku harini.Aku pun okay lah.

"Kenapa ni Reen?" Soal Izz hairan.Aku menggeleng.

"Kenapa tak makan?" Soalnya lagi.Aku diam.

"Nak Izz suap ke?" Aku masih diam.Izz terus menarik pinggan ku.Nasi yang sudah memenuhi ruang sudu dimasukkan ke dalam mulutku.

Ayreen memang mengada kan?

Fatin's POV

"Weh korang! Cuba tengok Ayreen dengan Izz." Aku menjuihkan bibir ke arah mereka berdua.Eliana,Siti,Tisya dan Izzah juga menoleh ke arah mereka.

"Aku sebenarnya lagi suka kalau Ayreen dengan Danish." Eliana bersuara.Kepalanya ditongkat menggunakan tangan.

Aku pun nak dia dengan Danish.

Semua orang nak Ayreen dengan Danish.

"Tapi apa boleh buat kan?" Siti mencelah.

"Weh korang nak tahu tak? Kamarul kan..dia kan..semalam kan..."

"Cakap lah terus." Izzah menjeling Tisya.Nak main gantung-gantung ayat pula.

"Hehe. Semalam dia mesej aku!!" Tisya tersenyum lebar.Gembira betul crush mesej.

"Then?" Aku mengangkat sebelah kening.

"Dia cakap good night lepastu ada emoji love!!"

"Untung lah!" Tisya tersengih selepas mendengar sahaja ayat yang keluar daripada mulut Izzah.

•••

Aku masuk ke dalam rumah lalu baring di atas sofa.Milo yang sedang bermain di tangga dipandang sekilas.

"Baru balik?" Tegur mama kemudian mengambil tempat di atas sofa.Televisyen dibuka.

"By the way, balik dengan siapa? Sara cakap harini balik dengan kawan sebab ada kerja kat sekolah kan?" Aku bangun dari posisi baring.Mama dipandang.

"Danish." Jawabku sepatah lalu baring semula.

"Ouhh.Danish sihat ke?" Soal mama.Aku hanya mengangguk perlahan.

"Sara.." Panggil mama.

Senyap.

"Sara.."

Masih tiada respon.

"Ayreen Qaisara!" Aku terus bangun.Mama ni kacau lah.Orang penat,tak larat,rasa nak demam tau!

"Apa ma?" Mataku dipejam.Berat gila mata aku sekarang ni.Yang aku tahu, aku nak tidur!

"Pergi naik.Mandi,solat." Mama mula mengarah.Aku mengeluh kecil sebelum berjalan naik ke tingkat atas.Mama ni kalau dah mula mengarah,tak boleh nak biarkan arahan dia tu.Nanti kena bebel tak pasal-pasal walaupun mama ni sporting.

Bukkk!

"Argh!" Jeritku perlahan.Itu lah kau Ayreen.Lain kali nak naik tangga buka mata.Bukannya tutup mata! Kan dah jatuh.

"Sara.." Panggil mama.Aku memandang mama yang berdiri disebelahku.

"Haih tu lah.Mama dah pesan,kalau naik tangga tu elok-elok.Suka sangat ke jatuh macam ni? Kalau injured kat mana-mana nanti macam mana? Awak suka ke sakit ni hah Ayreen Qaisara?" Aku hanya menadah telinga sambil mengurut kaki. Sakit!

"Dengar tak apa mama cakap ni?" Mama dipandang.

"Ye mama.Sara dengar."

"Malam nanti aunty Adhia nak datang." Mataku terbuntang luas.Kenapa kena datang?

"Aduh! Ye lah ye lah.Sara nak bangun mama." Mama menggeleng.Aku diangkatnya untuk membantu berdiri.

•••

Comforter ditarik sehingga menutupi seluruh badan.Sejuk!

"Kenapa la waktu-waktu macam ni nak demam pun." Tangan menarik tisu kemudian hidung dilap.Mata dipejam rapat-rapat.

Dah pukul 8:15 malam.Aunty Adhia,Uncle Iskandar dengan Danish mesti dah datang.

"Sara, jom turun." Mama mengetuk pintu bilik.Aku menolak comforter lalu bangun dari baring.

"Ye mama, nanti Sara turun!"

Meja solek dituju.Bedak diletakkan sedikit kemudian lip balm dioles pada bibir.Shawl jersey berwarna hitam diambil dan disarungkan di kepala.Lebihan di tepi hanya diselempang di atas bahu.

Aku berjalan turun ke tingkat bawah.Anak tangga dipijak satu-persatu.Nanti tak pasal-pasal jatuh sekali lagi macam nangka busuk.Buat malu je.

Lagipun kaki aku ni sakit lagi.Berjalan pun dah macam nenek.Tambah pula dengan demam, dengan pening lagi, dengan nak termuntah, dengan kerja sekolah yang satu habuk tak sentuh.

"Sara, kenapa jalan terhenjut-henjut macam tu?" Soal aunty Adhia yang sedang meletakkan beg tangan miliknya di atas sofa di ruang tamu.

"Dia jatuh tangga tadi,Dhia.Tu lah jalan terhenjut macam tu." Mama tersenyum jahat ke arahku.

"Lagi satu,dia demam.Tengah tak larat lah tu." Tambah mama.Aunty Adhia mengangguk lalu memandangku.Jangan pandang,malu!

"Sini lah Sara.Duduk dekat sebelah bakal tunang." Langkahku terhenti.Danish yang duduk disebelah aunty Adhia dipandang.Danish pula memandang mummy nya sebelum memandangku.

Bakal tunang?

"Siapa nak jadi tunang orang gila tu?" Jawabku selamba.Aku mengambil tempat duduk di sebelah aunty Adhia.

"Eh kau! Sedap-sedap kau je panggil aku orang gila.Kau tu apa? Singa suka meroyan." Balas Danish.Aunty Adhia memukul lengan anak nya itu.Padan muka!

"Haih dah lah tu.Mummy gurau je lah pasal tunang tu." Aunty Adhia menggeleng.

"Tapi kalau korang berdua ni betul-betul bertunang pun bagus juga." Celah mama.

Tak bagus pun sebenarnya.Nanti roboh rumah sebab asyik berperang.

"Dah lah.Jom makan."

•••

Aku baring di atas katil sambil memeluk patung unicorn.Mata dipejam.Kepala yang sakit itu cuba tidak dihiraukan.

"Ayreen." Panggil Danish.Eh bila dia masuk bilik aku?

"Apa?" Aku memandangnya kosong.

"Kau demam ke?" Soalnya dengan kening sebelah diangkat.Aku membalas soalannya dengan anggukan kecil.

"Ayreen, kalau-"

"Danish jom balik." Panggil aunty Adhia.Danish mengangguk kemudian berjalan keluar dari bilikku.

Kalau apa?

Danish's POV

Aku masuk ke dalam perut kereta.Handphone dikeluarkan.

Singa Comel
Online

You
Gws singa.
Aku nak cakap,esok tak payah datang sekolah dgn demam kau.
Kalau kau datang aku halau.

Singa Comel is typing...

Singa Comel
Thanks
Hm ye lah
Kau siapa nak halau aku 😒

You
Aku siapa?
Aku future fiance kau 😏

Singa Comel
Ew! Aku takkan mengaku kau bakal tunang aku ke apa.

You
Eh kau patut bersyukur tau.
Dapat bertunang dengan instafamous handsome ni 😏

Singa Comel
Tak payah perasan lah.
Lagipun mummy kau cakap yang dia main2 je kan.

You
Tapi mama kau cakap lagi bagus kalau kita bertunang 🙄

Singa Comel
Tapi aku tak nak bertunang dengan kau 😑

You
Ye ah
Kau sah2 nak dengan Izz kan ?


Ayreen's POV

Aku memandang lama mesej daripada Danish itu.Dia okay ke tak sebenarnya bila aku dengan Izz?

"Haih.Aku okay je dengan kau Danish.Tapi, perasaan sayang aku dekat Izz dah muncul.Takkan aku nak tinggalkan Izz macam tu je." Aku tersenyum kelat.Selepas beberapa saat, dahi ditepuk.

Fokus SPM Ayreen.Bukan fokus benda ni!

Aku terus menutup aplikasi whatsapp kemudian melelapkan mata.



TBC

Izz or Danish?

Danish or Izz?

Hah pilih pilih hahah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro