Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 36

Rumput padang sekolah menjadi tempat untuk aku melabuhkan punggung selepas selesai sahaja latihan acara 4 x 400m, 400m dan 200m.

Air aku tertinggal dalam beg.Beg pula tertinggal dekat khemah rumah sukan.Khemah rumah sukan pula jauh dari tempat aku duduk.Haih!

Mataku melilau mencari seseorang.

Bagus!

"Danish!" Panggilku.Danish menoleh sebelum dia mengaturkan langkah ke arahku.Terima kasih sebab kau muncul.Kalau tak, aku kena berjalan ambil botol sendiri.

"Apa kau nak?" Danish memandangku lalu duduk melutut.Aku memandang wajahnya.Keringat yang mengalir di dahinya tidak dihiraukan.

Berpeluh pun hensem lagi.

"Tolong ambikkan botol air aku boleh? Dalam beg aku.Beg aku dekat khemah.Boleh kan?" Mata Danish yang tadi memandangku terus memandang ke arah khemah rumah sukan biru.

"Tak boleh jalan sendiri ke?" Dia mengerutkan dahi.

"Tak." Jawabku selamba.Keluhan kecil dilepaskan oleh Danish.Dia akur kemudian bangun dan menuju ke khemah rumah sukan.

"Kat sini kau Reen.Penat aku cari." Siti mengambil tempat di sebelahku.

"Nah." Mataku tertumpu ke arah beg galas kemudian ke arah Danish. Beg itu dipandang semula dengan pandangan kosong.Dahi pula dikerut.

Keluhan kecil dilepaskan.Apa dia ni?

"Aku suruh kau ambik botol air.Tak suruh kau ambik beg pun." Kerutan di dahi masih jelas.Danish dipandang.Dia juga mengerutkan dahi sambil memandangku.

"Kau ni mengada lah.At least,aku tolong ambikkan.Dari aku datang dengan tangan kosong." Aku mengangkat sebelah kening.Yang aku tahu, aku nak dia hantar beg ni dekat khemah semula.

"Eh jap." Aku mengambil beg itu.Danish pula hanya menunggu disitu.Botol air dikeluarkan.Kemudian, beg itu dihulurkan kepada Danish.

"Hantar balik dekat khemah." Arahku.

"Malas lah.Kau pergi lah letak nanti" Danish mengerutkan dahi tanda protes.Innocent face aku tayangkan.

"Letak lah.Tak nak kawan kau." Keluhan berat dilepaskan oleh Danish.Dia mengambil beg itu lalu meninggalkan tempat aku duduk.

"Sian Danish kena buli." Kata Siti tiba-tiba.Aku hanya tergelak kecil.

"Hai korang!" Sapa Tisya sebelum dia duduk di hadapanku.

"Siapa pengerusi rumah biru?" Siti dan aku dipandangnya bersilih ganti.

"Danish." Jawab Siti.

"Penolong pengerusi?" Soalnya lagi.

"Misha" Balasku.Muka toya ditayangkan.

"Hah? Ulat bulu tu jadi penolong pengerusi? Tak jalan lah kerja jawabnya.Kerja dia kan mengarah orang je." Tisya mengguling biji matanya.

"Hotak kau Ayreen! Bukan Misha lah.Ayreen penolong pengerusi." Siti menggelengkan kepala.Tisya sudah memandangku tajam.Hehe

"Cikgu...." Cikgu Izzati memandang Danish.

"Ye Danish.Ada apa?" Guru perempuan itu menumpukan perhatiannya 100% kepada Danish.

"Penolong pengerusi tu kan.Boleh tak nak- " Belum sempat Danish menghabiskan ayatnya, aku laju memotong.

"Cikgu, nak pergi tandas." Cikgu Izzati mengangguk.Aku dengan pantas berdiri dan menuju ke tandas yang berdekatan dengan padang.

"Haa..kamu nak cakap apa Danish?" Perhatiannya kembali ditumpukan kepada Danish yang sudah menggarukan kepalanya.

"Tak ada apa lah cikgu.Tak ingat nak cakap apa.Hehe" Danish menggosok belakang tengkuknya kemudian duduk semula di tempatnya.


Aku tahu semua ni pun daripada Siti.Siti pun rumah biru dengan aku.

"Weh Tisya! Aku punya lah cari kau.Kat sini kau duduk." Eliana menjeling.Tisya tidak mengendahkan Eliana yang menjeling nya.

Tisya dan Eliana rumah kuning.Fatin dan Izzah pula rumah merah.

"Mana Fatin dengan Izzah?" Soal Siti.

"Rumah merah tak habis latihan lagi.Diorang start lambat." Jawab Eliana.Kami mengangguk serentak.

•••

"Sara..Danish tu kenapa? Dari tadi baring je." Aku yang baru tiba di dapur memandang aunty Adhia.Pandanganku beralih ke arah ruang tamu.Kelihatan Danish dan uncle Iskandar sedang menonton televisyen.

"Sara pun tak tahu lah.Dia tak larat kot.Tadi waktu latihan sukan, cikgu banyak minta tolong dari dia.Suruh ambil itu ini." Jawabku.Aunty Adhia hanya mengangguk faham.Kau pun sama je Ayreen pergi buli dia tadi.

"Ayreen." Panggil Danish kemudian dia memandangku.

"Tolong urutkan aku.Lenguh lah." Mendengar sahaja permintaannya, dahiku dikerutkan.Kenapa tak suruh mummy dia je yang urutkan? Aku pula kena.

"Cepatlah!" Danish mula memaksa.Aku mendengus perlahan.Punggung dilabuhkan di sebelahnya.Dah la ada Uncle Iskandar kat sini.

"Er."

"Tak payah pakai minyak.Kau urut je." Keluhan perlahan dilepaskan.Nasib dia pakai baju.

Tanganku perlahan-lahan memegang bahunya lalu dipicit.Mata ku pula dipejam beberapa saat.Urut sekejap je dah la.Tak nak aku urut lama-lama.

Hampir sepuluh minit aku mengurut, akhirnya aku berhenti.Lenguh!

"Hm thanks.Dah tepi lah! Aku nak baring." Punggungku diangkat dari duduk diatas sofa.Danish dipandang tajam.Halau aku macam tu je? Menyesal aku urut kau!

"Yang kau berdiri kat situ kenapa? Nak sangat ke duduk dekat sebelah aku?" Danish tersenyum nakal.

"Perasan!" Aku terus keluar dari rumah dan menuju ke halaman rumah.Buaian dituju.

"Menyampah aku Danish tu.Ei kalau aku ni jahat, dah lama aku siat-siat je dia.Lepastu bagi anjing makan!" Kataku seorang diri.Geram padanya sekarang tidak dapat dibendung.

"Kau cakap dengan siapa malam-malam macam ni? Kalau marah pun tak payah lah cakap sorang-sorang.Macam orang tak betul." Danish duduk disebelahku di atas buaian.Aku hanya mendiamkan diri.Wajahnya langsung tidak dipandang.Menyampah!

"Kau marah aku ke?" Soalannya itu tidak diendahkan.

"Sorry." Jeda.Masih tiada respon yang diberikan daripadaku.

"Aku ada buat salah ke?" Soalan bodoh dituju kepadaku.Haah, memang kau ada buat salah pun.Banyak sangat salah tu!

"Ayreen, please cakap."

"Ayreennn." Diam.Tiada respon

"Ayreen jangan la macam ni."

"Diam la kau beruk." Omelku perlahan.

"Apa dia?" Danish disebelah mengerutkan dahi.Aku laju menggelengkan kepala.

"Awak?" Aku memandangnya.Jelingan diberikan.Danish pula sudah tersenyum gatal.

"Alolo jeling pulak.Sorry eh." Bibir Danish terus mengukir senyuman manis.Aku hanya mengangguk kemudian mataku dialih dari memandang Danish di sebelah.

"Ayreen, aku nak tanya."

"Tanya je la."

"Er kau ada simpan perasaan apa-apa tak dekat aku?" Soalnya membuatkan aku agak terkejut tetapi aku hanya menunjukkan lagak biasa.Kalau buat muka terkejut nanti dia pelik pulak.

"Tak." Jawabku jujur.

"So, kau memang benci aku sampai sekarang lah?" Soalan lain pula dituju.Dalam diam, aku melepaskan keluhan.

"Haah." Jawapan terakhir daripada aku cukup membuatkan Danish mendiamkan diri beberapa saat.

Dia terus bangun lalu masuk ke dalam rumah.Aku hanya memandang Danish dengan pandangan kosong.

Sorry Danish.

•••

Di dalam kelas, tiada langsung pergelutan antara aku dan Danish seperti sebelum ini.Masing-masing mendiamkan diri.Langsung tidak menegur.

Danish marah aku ke? Dia langsung tak pandang aku.Tegur aku? Lagi lah tak!

Aku mengeluh.Aku ada salah cakap apa-apa ke semalam?

Kringgg!!

"Weh Reen, asal kau dengan Danish harini? Senyap je." Soal Eliana hairan.Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Kami berdua terus melangkah ke arah kantin sekolah.

"Hai Ayreen." Sapa Izz.Aku tersenyum manis sebelum mengambil tempat di salah satu meja di kantin.Eliana pula memandang Izz dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Hai" Balasku.

"Kenapa kau dengan Danish? Lain macam je harini." Soalnya.Kepala ku digeleng lalu senyuman diberikan.

"Ouh okay.Kalau kau tak bercakap dengan dia tu bagus lah." Kata Izz perlahan.

"Apa kau cakap?" Keningku dijongket ke atas.

"Eh ha! Nak keluar date dengan kau harini, boleh?" Izz mengangkat sebelah keningnya.Aku pula memandangnya sambil mengerutkan dahi.Date? Couple pun tak.Kenapa nak date bagai?

"I mean, nak hang out dengan kau." Senyuman diberikan olehnya.Aku terdiam beberapa saat.

Kalau keluar dengan dia, siapa nak hantarkan? Kalau dia nak ambil aku kat rumah, takkan nak suruh dia ambil dekat rumah Danish?

Nak suruh dia ambil dekat depan rumah aku pula, nanti aunty Adhia tanya itu ini pula.

Keluhan kecil dilepaskan.Susah!

"Er kau tak nak ke?" Soalnya.Aku menggeleng.

"Bukan tak nak.Ta- tapi..aku sibuk harini.Sorry, Izz." Senyuman hambar terukir di bibirnya dan aku pula hanya tersenyum nipis.

"Tak apa lah kalau macam tu.Jumpa dekat kelas eh.Bye!" Izz terus berjalan meninggalkan aku.Dahiku dipicit.Apa-apa je lah!

•••

Izz's POV

Tombol pintu bilik dipulas.Kaki melangkah keluar dari bilik.Kerja kursus Sejarah di tangan itu dipandang.Malas pula nak pergi rumah Danish tu.

Kenapa lah dia tak bawa balik sendiri je kerja ni? Aku pula kena hantar.Buat penat je.

"Izz pergi dulu mama." Aku berjalan keluar dari rumah.

"Eh! Abang nak pergi mana?" Soal Izara yang baru ingin masuk ke dalam rumah.

"Pergi rumah Danish." Jawabku malas.Pagar rumah dituju.

"Zara nak ikut!" Izara mengejarku.Aku mengeluh perlahan.Aku pergi rumah Danish sebab nak hantar kerja ni je.Kalau Izara ikut sekali, sah-sah dia nak duduk dekat rumah Danish lama-lama.

Ah tak nak aku! Kalau duduk rumah Ayreen lama-lama tak apa juga.

"Tak payah lah.Abang nak hantar kerja ni.Bukan lama pun." Izara mula mencebikkan bibirnya.

"Okay fine!" Izara berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan aku.

Sampai sahaja di hadapan rumah Danish, aku menekan loceng.Selepas beberapa saat, tersembul wajah seorang perempuan.Kakak dia ke?

Wait!

"Cari sia-" Perempuan itu terdiam apabila matanya memandang tepat ke arahku.Aku pula memandangnya sambil mengerutkan dahi.

Aku salah rumah ke? Eh kau jangan nak buat lawak.Aku pernah datang rumah Danish dan ni memang rumah Danish.Aku kenal lah kereta ni semua.Memang ni rumah Danish.Tapi kenapa dia ada dekat sini?

Ayreen.

•••

Back to Ayreen's POV

Kepala yang berlapik dengan tudung sekolah digaru. Aduh! Serabut!

Semua orang dah tahu aku dengan Danish duduk satu rumah!

Siapa yang hebohkan?

Bukan Izz.

Tapi Izara.

Dia ikut Izz datang rumah Danish senyap-senyap semalam.

"Chill babe, semua cerita yang diorang reka sekarang ni salah kan?" Fatin menggososk belakangku.Cuba menenangkan aku yang sedang kusut.

"Kau ni Ayreen, ada apa-apa hubungan ke dengan Danish? Siap satu rumah lagi." Seorang perempuan menghampiriku.Dia duduk di atas meja sambil memandangku tidak puas hati.

"Eh! Kau tak tau apa-apa tu senyap je lah! Kalau masuk kelas kitaorang ni semata-mata nak tanya soalan tu, baik kau masuk kelas kau balik." Eliana bersuara.Geram rasanya.Perempuan itu menggulingkan bola matanya.

"Hai Ayreen." Sapa Izz.Eh mamat ni boleh lagi dia nak hai dekat aku? Dia tak nampak ke aku tengah serabut?

"Kau jangan ganggu aku sekarang boleh tak?!" Aku memandang Izz tajam.Bila tengok muka Izz ni,rasa macam nak toreh je.Muka dia memang hampir dengan Izara.

"Better you jangan layan perampas ni.Nanti you pulak yang jadi tempat dia nak lepaskan marah." Misha bersuara tiba-tiba.Ni lagi seekor, menyibuk masuk kelas ni dah kenapa? Dah tahu semua cikgu tengah mesyuarat tu masuk je lah dalam kelas sendiri!

"Masuk je lah dalam kelas kau Emisha." Arah Izz.Misha menjongket bahunya lalu berjalan keluar dari kelas 5 Emerald.

"Ayreen, kau okay?" Soal Izz prihatin.

"Tak! Kau sendiri boleh nampak kan?"

"Em, korang.Boleh tak bagi aku masa nak bercakap dengan Ayreen?" Izz memandang Eliana,Siti,Izzah,Tisya dan Fatin.Mereka berlima hanya akur.Tisya sempat menggosok belakangku supaya bertenang.Aku menghela nafas.

"Aku boleh tolong untuk redakan semua ni." Izz Daniel duduk di atas kerusi Eliana.Aku memandang Izz.Macam mana?

"Maybe kalau kau couple dengan siapa-siapa, orang takkan fikir kau ada apa-apa hubungan dengan Danish.And maybe, orang takkan buat gossip yang kau dengan Danish dah...er kahwin." Aku mengeluh.Nak couple dengan siapa duh?

"Couple? Dengan siapa weh?" Soalku kemudian ketawa hambar.Wajah diraup.

"Dengan aku? If kau nak benda ni reda lah." Cadang Izz.

Aku terdiam.Dengan Izz?

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro