Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 34

Keluhan perlahan dilepaskan.Anis shopping lepastu aku yang kena pegang barang-barang dia ni.Berat tau tak?

Kaki diaturkan ke arah kerusi yang disediakan lalu kerusi itu menjadi tempat aku melabuhkan punggung.Penat tunggu Anis ni pilih kasut.

Jam di tangan dilihat lalu keluhan sekali lagi dilepaskan.Danish ni mana? Takkan beli air sampai setengah jam.

"Woi!" Seseorang menghulurkan air Starbucks kepadaku.Siapa lagi kalau bukan Danish.

"Aku ada nama lah." Jelingan diberikan kemudian air di tangan Danish itu diambil.Danish pula menggulingkan biji matanya.Korek mata tu kang!

"Semalam punya lah panggil sayang,papa.Lepastu harini nak marah-marah,jeling-jeling" Katanya tanpa memandangku.Bibir nya sudah mengukir senyuman sinis.Pipi aku pula mula terasa membahang.

"Okay jom!" Anis menghampiri kami.Aku menandang Anis dan automatik dia dijeling.Lambat!

"Kau ni datang bulan ke? Asyik nak marah,nak rungut bagai?" Anis tersenyum mengusik.Aku pula hanya diam.

Mataku memandang Danish di sebelah.Kelihatan dia hanya menunjukkan lagak selamba.

"Nak pergi mana-mana ke lepas ni?" Danish mula menyoal.Aku hanya mengangkat bahu manakala Anis dari tadi sedang memerhatikan seseorang.

"Omaigad! Crush aku!" Aku mengerutkan dahi.

"Akmal ke?" Soalku.Anis mengangguk laju.

"Eh jom lah balik" Anis menarik lenganku tetapi mata nya masih tidak lepas memandang 'crush' . Alah budak ni.

•••

"Ayreen, Milo mana?" Danish memandangku lalu duduk di sebelahku di atas sofa.Aku yang leka menonton televisyen memandang Danish lalu kepala digeleng.Aku pun tak tahu mana Milo pergi.

Meow!

Aku dan Danish serentak menoleh.

"Milo! come to papa" Danish bersuara kemudian aku yang duduk di sebelah dikerling.Sengaja!

"Sudah la kau. Malas nak layan." Aku terus bangun dan naik ke tingkat atas.

Masuk sahaja ke dalam bilik,aku berjalan ke arah balkoni.Aku mengeluh kecil.Nak balik!

Ting!

Ting!

Izz
Hai Ayreen
Nak ajak date boleh? 🙊

Aku tersenyum sendiri.Selepas beberapa saat, aku mengerutkan dahi.Aku pun baru je keluar tadi.Penat pun tak hilang lagi.

You
Izz
Sorry lah.
Tapi aku busy sikit 🙏🏻

Izz
Ouh okay.Tak pe lah kalau camtu.
Bye awak ❤️

Dan sekali lagi.Bibirku mengukir senyuman.

Comel!

•••

Siti's POV

Kaki melangkah ke arah Starbucks lalu tempat duduk diambil.Aku call Izzah suruh teman tadi,tapi dia tak angkat.Call Fatin dengan Tisya pun tak angkat.Kalau nak ajak Ayreen mesti tak boleh.Dia kan duduk dekat rumah husband to be dia.

Aku mengeluh.Bosan!

"Hai." Sapa seseorang.Aku terus menoleh ke arah figura yang menyapaku tadi.

"Eh hai.Duduk lah." Senyuman manis terukir ke arah Hakimi.

"Sorang je ke?" Hakimi mula menyoal.

"Tak lah.Ada lagi orang dekat sini.Kau je yang tak nampak." Senyuman masih di bibir.

"Ouh okay.Lain kali nak keluar rumah,make sure tak ada syaitan yang ikut." Aku terdiam.Ada juga yang kena lesing jap lagi.

"Kau nak shopping ke? Aku nak ikut." Aku mengangguk setuju lalu kami berdua bangun dari duduk.

"Jom lah masuk kedai ni." Hakimi menarik lengan blouse milikku ke salah satu kedai jam. Dia nak beli jam pula ke?

"Set couple,please." Mintanya kepada pekerja di kedai jam itu.Aku terdiam.Couple?

"Siti."

"Siti!"

"Sayang.."

Lamunan ku terhenti.Pandangan beralih ke arah Hakimi di sebelah.Apa dia panggil aku tadi?

"Kau..nak beli yang set couple?" Kening sebelah dijongket ke atas.Hairan.

"Ye.Warna ni okay kan?" Mendengar soalan Hakimi tadi membuatkan aku hanya menganggukkan kepala.Dia ke yang nak bayar?

Eh habistu siapa lagi. Duh!

"Nah." Dia menghulurkan jam itu.Aku mengambilnya lalu dipakai di tamgan. Cantik!

"Next,nak pergi mana?" Aku memandang Hakimi kemudian memandang sekeliling.Lengan baju Hakimi pula ditarik kemudian kami berdua melangkah masuk ke dalam kedai baju.

"Baju ni cantik kan?" Aku mengangkat baju itu dan ditunjuk kepada Hakimi.

"Cantik! Beli je lah yang mana kau nak.Aku bayar." Hakimi terus mengambil baju itu lalu dibawa ke kaunter.Aku...tak suruh dia bayar pun!

Aku terus mengejar jejaka itu yang sudah berada di kaunter pembayaran.

•••

Back to Ayreen's POV

"Reen!!" Aku segera berlari anak ke dapur.Danish ni dah kenapa? Nak panggil tu tak payah lah sampai nak jerit.

"Apa?" Danish dipandang kemudian mataku beralih ke arah Milo.

Ouh, Milo tengah makan ikan.

Eh jap. Ikan? Bila masa aku bagi dia makan ikan ni?

"Weh macam mana kucing kau ni boleh ambik ikan ni?" Danish Izmeer memandang ku tajam.Aku terdiam sebentar.Ingat balik Ayreen..ingat balik.

"Err hehe.Aku bawak keluar ikan ni sebab nak tolong gorengkan." Kepala ditunduk sedikit.

"Ouh pandai jugak eh Milo bukak bekas letak ikan ni." Automatik kepala ku diangkat.Haah lah! Aku buka bekas ni lepastu pergi naik atas sebab nak ambil handphone.Last-last aku main handphone terus kat bilik.Asal kau cuai sangat Ayreen!

"Kenapa ni?" Soal Aunty Adhia yang baru tiba di dapur.Aku hanya mendiamkan diri.

"Tak ada apa-apa lah mummy." Danish memandangku.

"Okay.Ayreen dah lapar ke? Kan mummy dah cakap, ikan tu Ayreen tak payah lah buat.Mummy gorengkan nanti." Aunty Adhia tersenyum.Aku mengangguk perlahan.

"Reen naik dulu eh." Aku tersenyum kecil kemudian berjalan keluar dari dapur.Tiba-tiba seseorang menarik lenganku membuatkan tangan aku laju mengetuk kepalanya.

"Sakit lah!" Danish menggosok kepalanya.

"Kau nak apa tarik aku?" Soalku sambil dahi dikerut.

"Tak ada apa lah." Danish terus berjalan naik ke tingkat atas meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

•••

"Ayreen!" Eliana berlari anak ke arah ku yang sibuk menjaga pagar utama sekolah.

"Apa?" Aku memandangnya.

"Aduh penat lari.Ketua pengawas panggil kau." Mendengar sahaja ayat yang keluar daripada mulut Eliana,aku terus mengeluh.Malas nya!

"Tapi aku kena bertu-" Belum sempat aku menghabiskan ayat, Eliana laju memotong.

"Eh tak apa.Aku boleh tolong jaga pagar.Dah pergi pergi." Eliana menolakku.Aku dengan malas terus berjalan ke arah bilik pengawas.Dah sah-sah Danish ada dekat situ kalau dia tak ada kat perhimpunan.Senang-senang dia je tak nak turun.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik pengawas.Muka geram ditayangkan.

"Nak apa?" Aku duduk di atas kerusi lalu memandang Mr.Headprefect yang poyo di hadapanku itu.

"Nak kau." Jawab Danish sambil tersenyum gatal.

"Kau nak kena penumbuk ni?" Tangan yang dikepal ditunjuk.

"Jangan lah marah-marah sayang." Aku diam.Pandangan seperti isyarat 'kau nak mampus?' diberikan.

"Rilek.Nah lah." Dia menghulurkan pin nama milikku dan juga buku tulis.

"Kau jangan nak jadi pelupa boleh tak? Pin nama kau lupa nak pakai,buku tulis Addmath tertinggal." Danish menggeleng perlahan.Aku memandang tudung biru yang elok disarung di kepala.Haah lah, aku tak pakai pin nama.

"Macam mana kau boleh perasan yang aku terlupa bawak buku tulis Addmath?" Soalku hairan.

"Time kau dah turun breakfast tadi, aku masuk bilik kau kejap sebab aku ingat kau belum turun. Lepastu aku nampak pin nama dengan buku tulis ni, aku ambik je la. Ikutkan aku nak biar je kau tertinggal.Biar kena dengan cikgu Aishah. Tapi aku ni baik lagi." Cerita Danish panjang lebar. Baik? Heh.

"Lagi satu, aku tak teringin langsung dekat kau.Jangan perasan." Sambung Danish.

"Siapa perasan? Aku tak cakap apa-apa pun.Kau tu yang perasan!" Aku terus berjalan ke pintu bilik pengawas.

"Ayreen..err" Badan dipusing kemudian Danish dipandang.Kening sebelah diangkat.

"Tak ada apa lah." Danish menggelengkan kepala.Aku hanya mengangguk kecil.Pintu bilik pengawas dibuka.Aku terus berjalan keluar dari bilik pengawas.

Langkah dicepatkan, baik aku pergi jaga pagar balik.Nanti tak pasal-pasal diorang cakap aku tak bertugas.

5 Emerald

Aku memandang papan putih di kelas dengan pandangan kosong.Kerja kursus sejarah?

"Asal aku kena partner dengan dia?" Omel Danish.Mataku beralih ke arah Danish di sebelah.Dah kenapa dia tengok Izz macam tak puas hati?

Ke..Dia kena jadi partner Izz masa buat kerja kursus sejarah nanti?

Padan muka!

Aku mengeluh.Papan putih dipandang semula.

Rilek Ayreen, tahun ni tahun terakhir sekolah.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro