Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 33

Bibir ku dicebik kecil.Aku sanggup stay dekat sini lagi daripada duduk rumah Danish tu.

Di dalam bas, aku hanya mendiamkan diri,Eliana dah terbang pergi ke seat depan.Sebab apa? Sebab ada makanan favourite dia kat situ.

Keluhan kecil dilepaskan. Bosan!

"Hai." Aku menoleh ke sebelah kiri.Senyuman dilemparkan kepada Izz yang menyapa ku.

"Nak duduk sini boleh?" Soalnya.Aku mula mengerutkan dahi.Tak ada tempat ke mamat ni? Setahu aku dia duduk sebelah Firdaus waktu datang haritu.

"Erm kalau tak boleh tak apa.Aku tahu tempat ni hanya headprefect kesayangan kau je boleh duduk." Izz menjelingku.Eh! merajuk ke apa Izz ni?

"Headprefect kesayangan? Maksud kau?" Aku sengaja menyoal sambil kening sebelah diangkat.

"Apa-apa je lah.By the way,kau ada apa-apa ke dengan Danish tu?" Soal Izz dan soalannya itu membuatkan aku ingin menyoalnya semula.

"Ada apa apa?" Izz hanya tersenyum.Aku faham maksud dia tapi buat-buat tak faham dah la.

"Er korang couple?" Dan selepas dua saat, aku terus ketawa.Merepek!

"Ayreen aku tak main-main lah" Izz mula serius.Ketawa ku berhenti lalu aku memusingkan badan memghadapnya.

"Tak ada hubungan apa-apa pun" Jawabku.Danish dibelakang ku kerling.Danish dengan cepat bermain phone miliknya.Aku nampak, dia dari tadi perhatikan kitaorang.

"Ouh,ada peluang lah ni?" Aku mengerutkan dahi.Peluang? maksud dia?

"Hahah nanti kau faham la. Okay? Bye." Lelaki itu terus bangun dan duduk di tempatnya semula.Aku hanya menggeleng kecil.Pelik pelik!

•••

"Ayreen , kau tercegat apa lagi kat situ?" Soal Danish hairan kerana melihatku yang hanya berdiri tegak di sebelah kereta.Korang dapat teka kan aku dekat mana sekarang?

"Okay lah, kau nak sangat duduk dekat luar ni kan? Ha duduk lah. Berdiri kat situ lama-lama.Aku masuk dulu eh." Danish terus mengangkat begnya dan masuk ke dalam rumah.Baru sahaja pintu rumah hendak ditutup,aku memanggilnya.Jahat betul dia ni.

"Lah ! kau tak nak masuk kan? Berdiri lah kat situ sampai mama dengan papa kau balik Malaysia" Aku mencebik.Kejam!

"Nak aku dukung kau ke?" Soalannya membuatkan aku dengan cepat membawa beg masuk ke dalam rumah.Danish mula tersenyum sinis.Cukup-cukup lah dia dah dukung aku waktu aku sesat haritu.

"Mana mummy kau?" Aku memulakan perbualan selepas duduk di atas sofa.

"Dekat butik dia." Aku sedikit terlopong.Ala! Aunty tak ada pula.Malu la kalau berdua dengan dia je.

"Daddy kau?"

"Dekat office lagi" Keluhan kecil dilepaskan.

"Abang Danial?" Okay ni soalan last.

"Dia pergi belajar kan."

Kiranya memang aku dengan dia je lah dalam rumah ni sekarang.

"Opah!" Panggil Danish.Aik! nenek dia dekat sini ke?

"Ye Nish, nak apa?" Soal seorang wanita yang agak berusia.

"Mummy balik pukul berapa?" Danish duduk di atas sofa lalu televisyen dibuka.

"Katanya malam nanti baru balik." Jawab wanita itu atau dipanggil 'Opah'.Opah memandangku lalu tersenyum manis.Aku bangun dan salam tangannya lalu senyuman dibalas.

"Danish bawak girlfriend datang rumah ni ada apa-apa ke?" Soal Opah.Danish yang dari tadi cuba menukar siaran terhenti.Aku pula memandang Opah tidak percaya.Eeee girlfriend mamat ni?

"Eh tak ada makna nya Nish nak bawak girlfriend datang rumah.Girlfriend pun tak ada."

Wait.Girlfriend pun tak ada? Misha tu apa nya? Sayang,baby bagai.Ew!

"Opah tahu lah ni Ayreen.Dia tumpang tidur sini kan? Opah main-main je ala kamu ni." Opah ketawa kecil sambil menggeleng lalu terus masuk ke dalam dapur.

"Tak ada girlfriend konon.Misha tu apa benda? Perempuan simpanan?" Aku menjeling lalu mataku memandang kaca televisyen.Aku tahu Danish tengah tengok aku sambil tersenyum sinis.

"Kau jealous?" Aku diam.Perlu ke cemburu?

"Eh tak perlu nak jealous pun." Mata diguling ke atas.Pandangan kembali memandang siaran di kaca televisyen.

"Aku tak ada girlfriend.Tapi ada crush." Pandangku beralih kearahnya.

"Siapa?" Soalku.Danish diam beberapa saat.

"Kau"

"Hahh?" Dahiku dikerut.Mamat ni cakap kuat sikit boleh tak? Aku tak dengar.Nak bagitahu rahsia pun elok-elok lah!

"Err ada lah! Sibuk je kau.Dah lah jom aku tunjukkan bilik kau." Danish terus bangun dan berjalan ke arah tangga.

Aku hanya mengikut Danish dari belakang.Sampai sahaja di hadapan pintu yang berwarna coklat,Danish terus berhenti lalu tombol pintu itu dipulas.

"Ni bilik arwah kakak aku,dah lah pergi mandi.Busuk!" Danish terus meninggalkan aku.Eh eh sedap dia je cakap aku busuk.Dia pun sama tak mandi lagi.

Aku masuk ke dalam bilik itu.Pintu ditutup lalu dikunci.Arwah kakak? Maksudnya sebelum ni dia ada kakak lah kan.

Aku menuju ke arah almari putih.Laci dibuka.Ada beberapa album dalam laci ni.Album itu diambil lalu dibawa ke atas katil.

Album diselak.Gambar seorang perempuan dan seorang budak lelaki.Mungkin ni lah arwah kakak dia.

Aku terus menyelak sehingga ke gambar yang kedua terakhir.Gambar raya.Ada aunty,uncle,abang Danial,arwah dan Danish.Gambar terakhir pula.Gambar raya juga,cuma ada aunty,uncle,abang Danial dan Danish.

Album ditutup dan disimpan. Aku terus mencapai tuala untuk membersihkan diri.

Selesai makan malam, aku duduk di halaman rumah untuk memgambil angin.Milo yang tidur di atas riba diusap.Rindu.Rindu mama dengan papa juga.

"Asal tak pergi tengok tv?" Soal Danish yang baru datang.Dia terus duduk disebelahku.Aku hanya menggeleng perlahan.Malas!

"Er Milo ni tak ganas ke?" Soalan Danish membuatkan aku ketawa kecil.

"Aku tak main-main lah Ayreen." Danish menjeling.

"Tak ada lah! Try lah pegang." Tanganku menghulur Milo kepada Danish.Dengan pantas Danish bangun dari duduk.Kepala nya digeleng laju.Lah dia ni kenapa?

Milo yang elok tidur terus terjaga.

"Takpe lah.Aku tak- er" Danish menggosok belakang lehernya.Aku pula masih terkebil-kebil.

"Ala kau cuba je lah pegang.Milo ni bukan kucing liar pun." Lengan Danish yang berlapik hoodie miliknya ditarik supaya duduk di sebelahku.Tanpa banyak bunyi, Danish terus duduk di sebelahku.

"Nah pegang lah." Dengan berat, Danish memegang Milo lalu diletakkan di atas ribanya.Milo diusap perlahan.

"See? kau nampak tak dia gigit kau? Dia makan kau ke? Tak kan?" Aku tersenyum sinis.

"Ye lah ye lah" Danish membuat mengguling bola matanya.

"Erm nak tanya boleh?" Danish memandangku lalu keningnya diangkat.

"Kenapa waktu dinner tadi aku tengok opah kau yang tolong hidangkan?" Soalku meminta kepastian.

"Ouh. By the way,tu orang gaji rumah ni.Bukan opah aku.Tapi aku anggap dia opah aku." Jawabnya membuatkan aku mengangguk tanda faham.

"Ayreen..kucing kau ni dah tidur lah.Angkat jap." Aku menggeleng.Danish sudah tidak senang duduk.Haih, Milo tidur je pun.Bukannya cakar!

"Asal pulak?" Soal Danish sambil merenungku tajam.Tenung lah tajam mana pun.Tak takut.

"Erm asal eh? Erm sebab Milo dah tidur dekat papa dia, so biar je lah.Bye sayang! Reen masuk tidur dulu eh.Pandai-pandai lah bawak Milo tu." Tak sampai satu minit, aku terus berlari masuk ke dalam rumah.

Apa kau dah cakap ni Ayreen? Malu nya!

"Ayreen! Rosak imej kau kalau berterusan macam ni." Kata ku sendiri. Pipi ditampar. Kaki laju mendaki satu persatu anak tangga.

Aku ke beranda bilik.Dari situ,aku dapat melihat Danish yang masih duduk di atas buaian itu.

Kelihatan Danish tersenyum lebar sambil mengusap Milo.

Dia..suka ke?

Ke...dalam hati dia cakap yang aku ni perasan?

"Habis ah kau Reen." Desisku.

Danish's POV

Selepas Ayreen masuk ke dalam rumah, aku masih kaku.Dia panggil aku sayang? Papa?Seriously? Aku mimpi ke?

Dalam beberapa saat, bibirku mula mengukir senyuman.Tangan mengusap Milo.Dah pandai eh kau Ayreen.

•••

Pagi itu, aku membuka MacBook Pro milikku.Aku balik rumah tadi sebab nak ambil MacBook.Aku kan satu taman je dengan Danish.

Kenapa aku tak duduk rumah sorang-sorang je?

Sebab mama dengan papa risau jadi apa-apa.Sebab tu aku kena duduk rumah Danish sampai mama dengan papa balik.

"Seriously?!" Jerit Anis.Aku tengah skype dengan dia.Aku dah bagitahu kat dia dari A sampai Z.Iaitu dari camping sampai tragedi yang memalukan semalam.

"Waw sweet bhaii! Jealous I." Aku menjeling Anis.Ada-ada je dia ni.

"Eh kau ni kan" Anis tersengih.

"Tapi serious lah.Aku nak jugak tengok muka Danish tu.Mesti hensem dia terlebih-lebih kalau face to face.Tak puas lah tengok dekat gambar je"

"Amboi! gatal eh kau. Aku report ibu kau nak?"

"Jealous cakap." Anis tergelak besar.Buat apa nak jealous!

"Sudah ah kau.Boleh gila aku layan perangai kau." Akhirnya, Anis berhenti ketawa.

"Weh esok pergi mall sama-sama nak? Esok cuti kan" Mendengar sahaja ajakkan Anis, aku mengangguk laju.

"Erm ajak Danish sekali boleh?Pleaseeee." Anis mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Ye lah ye lah" Selepas mendengar jawapan ku, Anis bersorak gembira.

"Jumpa esok Reen.Bye,Assalamualaikum"

"Okay bye.Waalaikumussalam" Aku terus menutup MacBook.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro