Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 32

Dahi dipicit perlahan. Eliana, Siti, Izzah, Fatin dan Tisya dah turun. Tinggal aku sorang je.

Danish yang berdiri di hadapanku dipandang. Nampaknya dia tengah tunggu giliran untuk turun.

"Ish. Macam mana ni. " Kepala digaru.Lengan baju Danish ditarik. Danish yang terasa bajunya ditarik terus menoleh ke arahku.Keningnya diangkat.

Aih! Lantaklah nak malu ke apa,yang aku tahu aku tak nak naik flying fox ni.

"Er" Aku masih tidak mahu buka mulut.Danish dah pandang aku semacam.Ish mamat ni.

Macam mana nak cakap eh?

"Kenapa?" Soal Danish lalu berdiri menghadapku.Aku menggigit bibir bawah.

"Ayreen, boleh tak kau stop bite your lips?" Aku mengerutkan dahi.Asal pulak?

"Er aku suruh kau stop sebab er.. apa-apa je la." Mendengar jawapan Danish, aku tergelak kecil.Tergoda ke? Eh! gurau-gurau.

"Aku takut lah nak turun. " Danish mengerutkan dahi.

"Ala aku kan takut tempat tinggi-tinggi ni. Gayat.Takkan kau dah lupa waktu kita pergi naik roller coaster kat Legoland tu." Aku mencebik.Kedengaran Danish tergelak kecil.Aku tak buat lawak pun dia nak gelakkan aku?

"So kalau kau mengadu dekat aku pun, apa aku boleh buat?" Keningnya diangkat.Aku pula terus melepaskan lengan bajunya dan meninggalkan Danish.

Tu la Ayreen, kau bagitau dia pun apa dia boleh buat? Bengap!

"Sara..." Panggil Danish meleret.Aku berhenti berjalan.Sara?

Danish menarik lengan bajuku dan memusingkan badanku untuk menghadapnya.Kelihatan dia tersenyum manis.

"Ala kau marah ke? Alolo.Kau nak aku buat apa sekarang ni? Bagi takut tu hilang?" Bibir Danish masih mengukir senyuman manis.Ni pun dah buat rasa takut aku tu hilang.

Eh.

Wake up Ayreen, wake up!

"Eh tak payah la. Aku d- dah okay." Sekali lagi aku menggarukan kepala. Tiba-tiba rasa malu. Kenapa aku kena tergagap ni?

"Are you sure?" Dia masih menyoal.Aku melepaskan lengan bajuku dari pegangannya.Anggukan perlahan diberikan.

Hampir sepuluh minit aku berdiri kaku.Macam mana kalau jatuh? Macam mana kalau tali tu tercabut? Macam mana kalau tiba-tiba tersangkut?

Ayreen Qaisara.. positive,please.

"Ayreen, sampai bila awak nak berdiri tu? Orang lain semua dah turun. " Kak Izzati sudah memanggil memandangkan aku masih tidak bergerak.

"Ayreen okay?" Soalnya.Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil.Nafas ditarik lalu dihembus.Chill lah Ayreen.Tak payah fikir bukan-bukan.

"Ready?" Mataku memandang kak Izzati.Mataku dipejam.

Terasa seperti badan ditolak.Jantung pula seperti hendak luruh.Ayreen sekejap je ni.

"Ayreen?" Panggil Fatin.Aku membuka mata kemudian memandangnya yang sedang memandangku sambil mengerutkan dahi.

Lah! aku dah sampai bawah rupanya.Ingatkan lama lagi.

Setelah itu, aku berjalan ke arah kumpulan ku. Pipi mula terasa membahang. Malunya.

"Ayreen, sini jap." Panggil Danish.Kaki ku melangkah ke arahnya.Asal mamat ni?

"Kau takut lagi ke?" Soalnya.Aku menggelengkan kepala.

"Nah." Danish menghulurkan dua bungkus roti coklat dan air dutchlady strawberi kepadaku.

"Aku tahu kau tak breakfast tadi sebab kau malu nak keluar khemah." Dia tersenyum.

"Lepas ni ada water-rafting kan?" Aku menganggukkan kepala sambil menyuap roti ke dalam mulut.

Readers rasa Danish ni sweet tak? Bagi aku, Izz kot lagi sweet.

First day Izz sekolah dekat SMK Damai pun dia dah care pasal aku.

Haih entah la.

Izz's POV

Aku yang sedang bersembang dengan Faris mencari Ayreen.Tak jumpa pun dengan dia harini.Rindu sangat.

Mataku yang sibuk mencarinya terhenti.Danish dengan dia.

"Pahal tiba-tiba Danish tu nak menyibuk ?" Kata ku perlahan.

Aku mengeluh.Kenapalah kau ni lambat sangat Izz.Argh!

•••

"Uhuk! Uhuk! Uhuk! Alahai asal tiba-tiba boleh sweet-sweet dengan Danish ni?" Tisya sudah tersenyum nakal.Dengan pantas aku mengetuk kepalanya membuatkan dia mengaduh kecil.Padan muka!

"Ei! Sakitlah." Tisya menggosok kepalanya yang berlapik tudung.

Kami berjalan sehingga ke air sungai yang airnya agak deras.Takut pula aku tengok batu-batu licin kat situ.

"For water-rafting ni, abang harap tak ada yang cedera okay? One more thing, group lelaki akan buat aktiviti dekat sana dan girls dekat sini.Boys, boleh bergerak pergi ke abang Khairul sekarang." Semua pelajar lelaki mula berjalan ke arah Abang Khairul yang sedang menunggu mereka.

"So, group mana yang nak start dulu?" Soal abang Irman.Tisya laju mengangkat tangannya tanda hendak memulakan dahulu tanpa bertanya pada ahli kumpulan.

Zahira Batrisya ni memang nak kena dengan aku.Target aku nak last sekali lah!

"Okay group Ayreen mula dulu eh.Boleh pakai topi ni and ya ,good luck pretty girls sekalian." Abang Irman tersenyum. Aku, Eliana, Siti, Izzah dan Fatin menjeling Tisya yang sedang menayangkan innocent face.

"Ala aku takut jatuh." Eliana mencebik.Abang Irman yang mendengarnya menggeleng perlahan.

"Aktiviti ni best lah.Korang tak cuba lagi.If dah cuba,mesti korang teringin nak naik sekali lagi." Pujuknya.Tanpa melengahkan masa, kami terus mencapai kayak.

"Ready?" Abang Naim yang turut berada di dalam perahu bersama kami menyoal.

Perahu getah yang kami naik itu terus melanggar batu.Kami cuba mengawal pergerakan perahu itu memandangkan air mengalir laju beserta jeram deras.Jangan terbalik sudah.

Tisya dan Fatin sudah bersorak gembira.Bingit pulak telinga ni dengar.

Seterusnya perahu itu turun ke arah air terjun kecil . Memang ada terlanggar batu lah jawabnya.

"Yeay!!" Jerit Eliana,Siti dan Izzah.Fatin dan Tisya pula sudah mengangkat kayak ke atas apabila selesai aktiviti ini.Tak ubah macam kanak-kanak.

"So how?" Soal abang Naim.

"Best gila!" Jawab Izzah sambil membuat thumbs up.Betul cakap abang Irman, best bila dah cuba.

Seterusnya group yang terdiri daripada geng Misha. Misha,Adriana,Qasrina dan Elmira.

Aku membuat thumbs up kepada Farisha tanda aktiviti ni best.Farisha pula membalas dengan senyuman teruja.

Farisha dan Afina.Mesti diorang dua sengsara group sekali dengan geng Misha.

Semasa kumpulan Misha sedang naik perahu getah itu, awal-awal Misha dengan Qasrina dah jerit.

"Mummy!!!"

"Damn!"

"Hakimi..help me!!!"

"Danish!!"

"I nak balik!!!"

Itulah jeritan-jeritan diorang yang dapat aku dengar.

•••

Malam itu, semua pelajar membuat bulatan di unggun api.Esok dah nak balik, aku pun baru teringat yang Mama dengan Papa tak ada dekat rumah.

Aku tak nak duduk rumah Danish.

"So, malam ni nak buat apa?" Soal cikgu Razali.Hariz mengangkat tangan.

"Persembahan?" Cadangnya.Cikgu mengangguk.

"Okay boleh juga.Ada siapa-siapa yang volunteer nak mula kan persembahan?" Aku melihat semua orang mula membisik.Haih! cakap je lah terus siapa yang nak buat persembahan.

"Danish dengan Ayreen!" Semua berkata serentak membuatkan aku tersentak.Ceh!

Aku memandang semua orang tajam.Memang nak kena diorang ni!

Pandanganku kemudiannya beralih ke arah Izz.Raut wajahnya berubah masam mencuka.Asal dengan dia?

"Korang dua nak nyanyi lagu apa?" Soal cikgu Nizam pula.

"Lagu Tajul dengan Wany Hasrita!" Sekali lagi,semua berkata serentak.Apa diorang nak sebenarnya ni?!

"Okay Danish Izmeer and Ayreen Qaisara, nampaknya ramai betul peminat korang." Cikgu Nizam tersenyum mengusik.Aku membalas dengan jelingan.Nasib ni bukan sekolah.Kalau tak,siap lah aku jadi singa.

Aku dan Danish bangun kemudian mengambil tempat di atas kerusi.

Muzik dengan tiba-tiba kedengaran.Eh siapa yang buka lagu ni?

Mataku dan Danish terus beralih pada salah seorang pelajar perempuan.Kelihatan dia sedang memegang telefon miliknya.Lagu ni dia buka yang minus one punya.

Aku rasa,diorang memang dah rancang!

(Danish)
"Sejak ku dengar merdu suara mu,
Tidak ku sangka jiwa tergangguDanish memandang tepat ke arah anak mata ku. Oh no! Kenapa aku cair ni?

(Ayreen)
"Apa kurangnya suara manja mu,
Menyentuh hati membawa mimpi" Aku pula memandang Danish.Anak mata nya yang berwarna coklat gelap dipandang redup.

Danish terus memusingkan badannya menghadapku.Matanya dikenyitkan sebelah lalu tersenyum manis.

(Danish)
"Kamu wanita,manis sekali,
Lirik matamu membawa cintaTahan Ayreen, jangan cair.

(Ayreen)
"Kamu lelaki pandai menggoda,
Hingga hatiku mulalah rindu" Danish tersenyum nakal.

(Danish/Ayreen)
"Riang hatiku,Hilangnya resah"

(Danish)
"Disini cinta,disana cinta"

(Ayreen)
"Benarkah..Disana rindu,disini rindu"

(Danish)
"Sejiwa..Disini sayang,disana sayang"

(Ayreen)
"Sekata..Orang disana,orang disini"

(Danish/Ayreen)
"Sama menanggung rasa.."

(Danish)
"Cinta.."

(Ayreen)
"Tak dapat diduga"

(Danish)
"Cinta.."

(Ayreen)
"Hanya dapat dirasa"

(Danish/Ayreen)
"Senada dalam cinta."

Semua mula bertepuk tangan.Ada jugak yang mula menyebut 'ship'.

Kapal karam ada.Kau nak?

"Ehem! baiklah terima kasih Danish,Ayreen" Cikgu Razali tersenyum.Usai itu, aku menjeling semua orang yang berada di situ. Tak guna!

"Weh kau nak tahu tak?" Bisik Eliana.Aku mengangkat kening sebelah.

"Actually kan, kitaorang dah lama rancang nak bagi kau dengan Danish nyanyi. Padan muka!" Eliana terus ketawa.Tanganku pula laju menolak kepalanya.

Tapi, sejujurnya. Suara Danish boleh tahan.

Dah la pandai.

Hensem pulak tu.

Ramai peminat.

Full package.

Eh apa kau ni Ayreen?

"Bodoh punya Ayreen." Aku menepuk dahi.

"I nak nyanyi!" Misha berdiri.Dia terus duduk di hadapan.Handphone miliknya dicapai lalu lagu yang ingin dinyanyi dibuka.

"When you hold me,
In the street.
And you kiss me on the dance floor."

Misha mengeyitkan mata ke arah Danish Izmeer.Kemudian aku dijelingnya.Ew!

"I wish that it could be like that,
Why cant't it be like that.
Cause I'm yours.."

Misha memejamkan matanya, gayanya seperti menghayati bait-bait lagu.Urm, not bad suara dia. Jujur kan aku?

"We keep behind closed doors,
Everytime I see you,I die a little more
Stolen moments that we steal as the curtain falls.
It'll never be enough."

"It's obvious your're meant for me,
Every piece of you,it just fits perfectly,
Every second,every thought,I'm in so deep
But I'll never show it on my face."

"But we know this,we got a love that is homeless."

"Why can't you hold me in the street,
Why I can't kiss you on the dance floor.
I wish that it could be like that,
Why can't we be like that.
Cause I'm yours.."

Part akhir tu,semua mula menutup telinga.Okay la, waktu first serious suara dia boleh tahan.

Tapi part 'cause I'm yours' tu.Dia jerit and jeritan dia tu tak cover!

Setelah Misha habis membuat persembahan nyanyiannya, kami diminta untuk pulang ke khemah.Sementara itu cikgu memberitahu perkara yang perlu dibuat esok pagi.

Fatin's POV

Setelah kami bersurai,semua diminta pulang ke khemah masing-masing.

"Fatin!" Aku menoleh ke belakang.

"Sini jap." Seseorang menarik lenganku yang berlapik baju berwarna hijau lengan panjang.Siapa ni?!

"Hai." Gerangan itu tersenyum ke arahku selepas melepaskan lenganku.Ouh, Faris.

"Eh hai." Senyuman nya dibalas.

"Nah." Faris menghulurkan bunga ros yang entah dari mana dia dapat.

"Actually aku jumpa bunga ni waktu aktiviti flying fox tadi.Aku suka bunga ni sebab dia cantik.Sebab tu aku bagi kau, kau sama macam bunga ni. Dua-dua cantik." Dia sekali lagi tersenyum.Woah!

Selepas itu,kami pulang ke khemah semula.Bunga ros tadi dihidu. Wangi!

Aku tersenyum sendiri sambil berjalan ke khemah.Lantaklah orang nak cakap aku gila pun.Yang aku tahu aku happy!

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro