MHP 29
Tangan mencapai sweater berwarna hitam yang disangkut di dalam almari. Beg pakaian pula diangkat keluar dari bilik selepas memastikan semua suis bilik tertutup.Tempat tidur Milo dipandang sekilas. Mama cakap Milo akan dihantar dekat rumah Aunty Adhia lepas hantar aku pergi sekolah.
Kaki diaturkan ke arah tangga untuk turun ke tingkat bawah.Meja makan pula dituju.
"Sara, breakfast dulu." Aku memandang mama.Beg diletakkan di hadapan pintu rumah sebelum aku menuju semula ke arah meja makan.
Bibirku dicebik.
"Mama ! malas la nak pergi camping.Sara nak ikut mama." Rengekku.Bukan apa, nanti balik je dari camping, tak ada orang dekat rumah. Tinggal aku sorang-sorang.
"Alah, pergi sana bukannya holiday suka-suka sayang oi.Ada benda papa nak kena urus kat sana." Aku sekali lagi mencebik.Eleh ! ada benda nak kena urus pun mesti pergi jalan-jalan juga.
"Tapi nanti Sara kena duduk sorang-sorang kat rumah.Sara tak nak la.Bosan." Mendengar rengekkan ku itu membuatkan mama terdiam beberapa saat.
"Hah! Mama lupa nak bagitau Sara.Aunty Adhia ada ajak Sara pergi bermalam dekat rumah dia lepas balik camping.So, Sara nak tak?" Raut wajahku berubah.Bermalam dekat rumah aunty Dhia? Rumah Danish?
Huh, terima kasih je la.
"Kalau Sara tak nak, Sara kena duduk sorang-sorang kat rumah lah jawabnya.Milo kan hantar dekat rumah aunty Dhia.Kalau Sara datang rumah aunty untuk ambik Milo,mesti aunty akan ajak Sara tidur dekat rumah dia jugak. Tak ada pilihan dah kan?" Aku mengeluh.Betul jugak kan? Tapi, aku tak nak.
"Okey la, okey. Sara duduk dengan aunty Adhia lepas balik camping." Balasku sebelum keluhan perlahan sekali lagi dilepaskan.Mama tersenyum lebar.
Usai makan, tangan mama dicapai kemudian disalam.Kerana terpaksa, aku relakan~
"Take care,okey?" Mama tersenyum.
•••
Kereta milik papa berhenti di hadapan pagar utama SMK Damai.Aku memandang pelajar-pelajar lain yang memakai baju sukan sekolah dengan pandangan hairan.Eh, semua sibuk dengan handphone masing-masing.Cikgu tak datang lagi ke?
Tangan membuka pintu kereta.Beg pakaian juga aku keluarkan dari dalam perut kereta.Papa yang duduk di tempat pemandu dipandang sebelum tangan dilambai perlahan.
"Ayreen Qaisara!!" Panggil Izzah sambil tersenyum lebar.Nampak sangat yang dia tengah excited.
"Kau je ke yang baru sampai?" Soalku setelah duduk disebelahnya.Izzah mengangguk.
"Ayreen!" Aku menoleh ke arah gerangan yang memanggil ku iaitu Ketua Pengawas Poy- eh Danish.
"Kau tahu kan mummy aku ajak kau pergi bermalam dekat rumah aku?" Soalan Danish dijawab dengan anggukan malas.
"Then ,kau nak ke? Kalau kau tak nak duduk rumah aku pun bagus. Menyemak je tengok muka kau. " Mataku mencerlung tajam ke arah Danish.Apa masalah dia ni?
"Mama aku dah suruh.So aku terpaksa ikut.Eh menyemak?Excuse me.Kalau kau rasa muka aku ni menyemakkan pemandangan kau, kenapa kau tak cakap je dekat mummy kau yang kau tak nak aku duduk rumah kau?!" Penumbuk dikepal.Sabar Ayreen, sabar.
"Otak ada kan.Takkan aku nak cakap dekat mummy aku macam tu.Sepatutnya kau yang kena tolak bila mummy aku ajak.Duduk je la dekat rumah kau sorang-sorang" Danish menjeling.
"Korang ni time macam ni pun nak gaduh ke?" Hakimi menarik Danish meninggalkan aku.Ei nasib Hakimi ada. Kalau tak, tangan aku ni dah gatal nak baling beg ni kat muka Danish tu!
Setelah setengah jam menunggu,semua pelajar tingkatan 5 sudah tiba di sekolah termasuk Eliana dan Siti.Cikgu Suraya mula mengarah kami untuk beratur sementara menunggu bas tiba.Sempat ku menjeling Danish yang duduk di barisan lelaki.
"Ketua pengawas dengan penolong , berdiri sebelah cikgu" Panggil cikgu Suraya.Haih, kenapa sekarang?!
Aku terus berjalan ke arah cikgu Suraya begitu juga dengan Danish.Bila masa aku dilantik jadi penolong ketua pengawas? Ha haritu lagi tapi author tak buat jalan cerita dia.
"Danish,kamu kira bilangan pelajar lelaki dan Ayreen,kira bilangan pelajar perempuan" Arah cikgu Aishah yang baru tiba.Aku dan Danish mengangguk lalu mula mengira.
Selepas selesai mengira, tiga buah bas tiba.Sebenarnya hanya tiga kelas je yang pergi.5 Emerald,5 Bronze dan 5 Sapphire.Sebab tiga kelas ni ada pelajar target SPM.
"Cikgu..Nak naik bas kelas Emerald boleh?" Aku terdengar suara gedik milik Emisha.Sedap mak nenek kau je nak tukar bas.
"Maaf ye Misha.Kamu kena ikut kelas kamu" Jawab cikgu Suraya.Aku tersenyum puas.
Di dalam bas, semua orang sudah mengeluarkan telefon masing-masing.Selfie la apa lagi!
Ayreen tak lepaskan peluang eh! Aku juga mengambil beberapa keping gambar bersama Eliana.
Gambar pertama, senyum nampak gigi
Gambar kedua, piece jangan turun
Gambar ketiga, ada tiga malaun kacau nak masuk gambar iaitu Danish,Ammar dan Hakimi.
"Weh! not fair lah! " Siti menjeling kerana tiada wajahnya langsung dalam gambar.
Gambar keempat, semua ada.Aku,Eliana,Siti,Izzah,Danish,Ammar dan Hakimi.
Okay cukup.
"Ayreen" Panggil Danish.Aku menoleh ke arahnya dan...
Clickk
"Danish! Delete lah!" Aku merampas handphone milik Danish.Baru ingin memadam gambar buruk dan 'tak ready' aku, Danish terlebih dahulu merampas handphone-nya semula.Aku mendengus geram lalu mencebik.
"Buruk la muka aku!" Sekali lagi aku cuba merampas handphone Danish.Danish Izmeer yang sedang tersengih melihat gambarku menoleh memandangku.
"Comel lah.Aku nak simpan" Aku menjeling Danish.
"Reen, jom selfie" Panggil Izz.Dia mengeluarkan Oppo miliknya lalu kamera dibuka.Aku memandang kamera.Senyuman manis ditayangkan begitu juga dengan dia.
"Okay thanks Reen" Izz mengeyitkan sebelah matanya.Ni kalau perempuan lain tengok ni, sah 'fangirling' habis.
Aku baru perasan, notification di handphone milik aku dari tadi berbunyi.Laju aku menekan butang on dan memandang ke arah lock screen handphone.
@Harizzz tagged you in a post
Hariz?
Wait what?!
Jariku lantas membuka aplikasi Instagram.Akaun milik Hariz dibuka lalu terpampang gambar candid aku.Nasib muka aku on point.Eh!
Aku memandang Hariz yang sedang duduk di kerusi hadapan.Dah lah gambar aku tak di 'blurkan'.Dia pergi tag aku pulak tu.Mamat ni memang teringin nak kena penyepak aku.
Caption dia apa?
With her❤️ Campingg!
Segala komen di gambar itu aku baca satu persatu.Memang aku rasa nak campak handphone dekat kepala Hariz.
Tunggu kau Hariz Ilham!
•••
Sampai sahaja di tapak perkhemahan, kami semua diminta berkumpul kerana cikgu Razali ingin memberi sedikit taklimat.Ceh..taklimat?
"Okey, sekarang saya nak kamu semua buat satu kumpulan enam orang. Pastikan dalam satu kumpulan tu akan dapat dua khemah. Sekarang, kamu semua boleh adakan kumpulan masing-masing" Seteleh mendengar arahan daripada cikgu Razali, aku,Eliana,Siti dan Izzah mula mencari lagi dua orang untuk dimasukkan dalam kumpulan.
"Hai!!" Kami berempat segera menoleh.Senyuman dilemparkan.
"Kumpulan korang tak cukup ahli lagi kan?" Soal Fatin atau namanya Fatin Farzana.Dia kelas 5 Bronze.Kelas nombor dua.
"Tak cukup lagi" Jawab Siti kemudian matanya beralih ke arah Zahira Batrisya yang berdiri di sebelah Fatin.
"Nak join group korang!" Kata Fatin dan Tisya serentak.Tisya? Nama yang dipendekkan dari Batrisya.
"Okay cun!" Jawabku lalu tersenyum.
"So now,kita dah boleh ambik khemah lah kan?" Soal Eliana.Kami berlima mengangguk lalu terus bangun untuk mendapatkan khemah.
"Satu khemah tiga orang.So, aku satu khemah dengan Tisya and Fatin.Okay?" Izzah bersuara.Kami pula mengangguk.Jadi sekarang Izzah,Tisya dan Fatin satu khemah.Aku pulak satu khemah dengan Eliana dan Siti.Done!
Selepas selesai memasang khemah,kami terus mengambil beg pakaian untuk dimasukkan ke dalam khemah.Dekat sini ada satu surau.Jadi kitaorang akan solat dekat situ.Maknanya tapak perkhemahan ni taklah semuanya hutan.
"Ayreen!" Panggil cikgu Aishah.Aku segera melangkah ke arahnya.
"Kamu dengan Danish tolong arahkan semua berkumpul sementara tunggu fasi.And one more, saya nak berjumpa dengan kamu berdua selepas solat isya'." Aku mengangguk kemudian terus menuju ke arah khemah pelajar lelaki.Okay macam ni, khemah pelajar perempuan dan khemah pelajar lelaki saling berhadapan.Tapi ada tali dan jarak yang memisahkan sedikit.
Alah senang cerita.Khemah pelajar perempuan sebelah kanan dan lelaki sebelah kiri.Antara kanan dengan kiri tu ada jalan.Faham kan?
"Danish!" Aku berdiri terpacak di hadapan khemah kumpulan Danish.Khemah itu aku goncang perlahan.Macam mana aku tahu tu khemah kumpulan dia? Kebetulan khemah kumpulan aku berhadapan dengan khemah kumpulan Danish.
"Apa?" Danish keluar dari khemah.Dahinya dikerut apabila memandang aku yang selamba masuk ke kawasan lelaki.
"Cikgu Aishah suruh kita arah semua berkumpul.And then lepas solat isya',cikgu nak jumpa" Danish hanya mengangguk lalu memanggil semua pelajar lelaki untuk berkumpul.
Semasa aku berjalan ke arah khemah perempuan, mataku terhenti ke arah Misha yang memandangku tajam.Mungkin marah sebab aku dekat dengan Danish.
Huh..ada aku kisah ke?
TBC
Sorry for the late update gaisss.Next week trial pt3, srs tak sempat nak edit semua chapter 😭😭😭 i'm so sorry kalau tak reply comment or pm.
---
Btw,say hi to new character
Fatin Farzana
Zahira Batrisya
Anis Azilla
Lepas ni ada lagi ke watak baru?
Errmm..InShaAllah ada lagi.hahah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro