MHP 28
Aku menilik diriku yang memakai blouse berwarna royal blue,seluar berwarna hitam dan shawl hitam di cermin buat kali terakhir.Jam ditangan dilihat.Dah pukul 8 malam.
Sling bag diambil lalu kaki diaturkan keluar dari bilik.
"Dah nak pergi dah?" Soal papa.Aku mengangguk perlahan.Kasut sarung berwarna biru gelap diambil sebelum aku masuk ke dalam kereta bersama papa.
Ting!
Ting!
Siti 🐱
Weyh,kau datang cepat sikit!!
Aku dengan Hakimi je yang dah sampai.
Aku tergelak kecil.Padan muka kau!
Hampir dua puluh minit berlalu, kereta BMW milik papa akhirnya berhenti di hadapan sebuah restoran.
Dari jauh, aku ternampak Siti dan Hakimi yang sedang menunggu kedatangan kami.Mesti diorang tengah awkward.Hahah!
"Ehem." Aku berdehem membuatkan Siti tersentak.
"Hai hai hai! Sorry lambat!" Eliana yang baru tiba tersenyum sehingga nampak baris giginya yang putih.Siti menjeling.
"So, ni je ke?" Soal Eliana sambil mengangkat sebelah keningnya.Matanya memandang aku,Siti dan Hakimi bersilih ganti.
"Hoi!" Sergah Ammar.Kerana terkejut, tangan Eliana laju mengetuk kepala Ammar menggunakan beg tangannya.
"Aduh! Kau dah kenapa?" Ammar menjeling lalu duduk disebelah Hakimi.Padan lah dengan muka kau.Main sergah-sergah orang lagi.
"Padan muka!" Lidah dijelir.Aku hanya menggeleng memandang Eliana dan Ammar.
"Sorry lambat" Danish Izmeer pula tiba kemudian mengambil tempat di sebelah Ammar.Telingaku yang mendengar suara Danish terus mengalihkan pandangan ke arahnya.
Handsome :')
Selepas semua sudah datang.Kami mula memesan makanan.Sempat kami berbual sementara menunggu makanan yang dipesan sampai.
Ting!
Aku mengambil phone di dalam sling bag.Asal bunyi banyak sangat phone ni?
Danish Poyo
Asal kau asyik pandang aku?
Ting!
Jangan nak tipu aku eh.
Ting!
Ting!
Aku tak buta lagi.Aku nampak kau pandang aku lama 😏
Ada benda pelik ke dekat aku?
Aku mengalihkan pandangan ke arah Danish.Dia masih tidak mengalihkan matanya dari memandang handphone.Tunggu mesej aku ke?
You
Aku asyik pandang kau?
Mana ada.
Danish Poyo
Eh, aku nampak la.
You
Tak ada apa pun.
Kau...nampak lain sikit je malam ni :)
Danish Poyo
Ouh .
Kau pun nampak lain sikit.
Nampak..cantik ;)
Tapi sikit je la..sikit.
Senyuman tersenyum nipis.Eleh ! sikit konon.
"Oit ! Yang kau ni tersenyum-senyum tengok phone tu dah kenapa?" Soal Eliana dan aku hanya membalas dengan gelengan perlahan.
Selesai sahaja makan, kami terus meminta diri untuk pulang.Perut yang kenyang ni buatkan aku mengantuk.
"Ayreen!" Panggil Danish.Kepalaku terus menoleh ke belakang untuk memandangnya.
"Err..nak..ajak selfie." Senyuman nipis dilemparkan kepadaku.Dahiku dikerut.
"Okey."
Danish mengangkat handphone miliknya.Terpampang wajah kami berdua di skrin telefon itu..
"Satu...dua...tiga"
"Okey thanks.Aku ajak kau selfie sebab aku nak main conteng-conteng muka kau kalau aku bosan.Haha." Mendengar sahaja ayat yang keluar daripada mulut Danish, aku menayangkan poker face.Apa masalah mamat ni? Nak conteng-conteng muka pulak.Conteng lah muka sendiri.
•••
Tubuh dibaringkan di atas katil setelah semua kerja sekolah yang diberi siap.Milo yang lena tidur di atas katil diusap perlahan.
Aku tersenyum kecil.Gambar yang dipost oleh Danish di Instagram dilihat semula.
Dnish._
She's ugly but too cute 😪💕
❤️36,201
@Dmia._ Siapa ni?Asal blurkan?
@Elmira.Wawa Can I know who is she? Why tak tag🙎🏻
@LiliYana Broken do💔Siap letak love bagai
@Dnisha._ Uwaaa..siapa dia tu?Caption tu ,Emoji last tu make me jealous💔
@Eli.Zati Uhukk..ship ship.Sweet tho korang.Wuu hahha
@AryanaRyan Waaa..broken der hahaha.
@IzKimi Patutlah aku cari kau tak jumpa tadi.Selfie dengan dia rupanya.Uhukk.Lastlong,gila
@Dnish._ Ehh @IzKimi .Cari aku lah sangat.Kau pergi dekat Siti an tadi🙄Tak yah ngade.Aku bkan couple pun.
@IzzDanial 🙄😑
Baru setengah jam rasanya dia post.Like dah banyak.Comment pun pergh!
Kenapa dia letak emoji love?
Pelik.
Izz's POV
Aku mendengus geram.Macam mana Ayreen tu boleh baik dengan Danish pulak?!
Gambar yang dihantar oleh Danish di Whatsapp terus dipadam.Gambar apa?
Gambar dia dengan Ayreen lah!
Betul cakap Izara.
Takkan bila Ayreen dah mula rapat dengan Danish baru aku nak cuba tackle?
Tak apa Danish.Harini hari kau.
Mana tahu nanti aku pula.
•••
"Ayreen!" Panggil Izz.Aku yang sedang menyiapkan latihan memandangnya dengan kening sebelah diangkat.
"Err..Izz nak ajak Reen pergi beli barang camping petang ni.Nak tak?" Aku tersenyum lalu mengangguk setuju.Memang dari haritu lagi aku cadang nak beli barang camp tapi tak sempat.
Danish yang duduk disebelahku dipandang.Pandanganku kemudiannya jatuh pada tangan Danish yang sedang mengepal penumbuk.
Dia ni kepal penumbuk tu nak tumbuk siapa?
"Okey.Nanti Izz datang jemput Reen kat rumah eh.Bye!" Izz mengenyitkan sebelah matanya sebelum berjalan ke tempat duduknya semula.Aku sekali lagi tersenyum.
"Lebar senyum kau." Danish mengulingkan biji matanya.
"Lantaklah aku nak senyum ke apa.Tak ganggu kau pun kan?" Balasku tanpa memandangnya.
"Masalahnya bila kau senyum, muka kau macam beruk.Kalau tak beruk pun macam monyet." Danish memandangku lalu senyuman sinis ditayangkan.Aku pula mengepal penumbuk.Mamat ni memang nak kena tumbukan padu Ayreen.Biar muka handsome dia tu jadi herot.Padan muka!
"Apa kau ingat kalau kau senyum nampak hensem sangat? Heh! Bagi peminat kau memang nampak hensem tapi bagi aku tak hensem langsung."
Tiba-tiba Cikgu Aida masuk ke dalam kelas membuatkan pergaduhan kami terbantut.Aku perasan, Cikgu Aida dari tadi tengok kitaorang berdua.
"So, Ayreen and Danish.Ada apa-apa masalah lagi?" Aku diam.Diam sebab menadah telinga untuk mendengar bebelan cikgu Aida.Danish disebelah dikerling.Dia menjelingku.
Danish mengambil kertas.Dikoyaknya sehingga menjadi cebisan kecil lalu digumpal menjadi seperti bola.Apa mamat ni nak buat?
Aku mengeluarkan buku tulis untuk menyalin nota yang ditulis cikgu Aida di papan putih.Sedang sibuk mataku mencari pen berdakwat hitam, aku dapat rasakan kertas kecil dilempar ke arahku dan tepat terkena di pipi.Siapa lagi yang baling bola kertas ni kalau bukan si pengawas poyo ni.
Bola kertas kecil sekali lagi dilempar ke arahku.
Sampai sahaja di lemparan yang ke 9....
"DANISH IZMEER!" Suaraku yang lantang membuatkan semua pelajar 5 Emerald mengalihkan pandangan ke arah aku.Pelajar kelas Sapphire juga keluar dari kelas untuk melihat keadaan kelas Emerald.Cikgu Aida memandang kami berdua.
"Ayreen,Danish.Duduk dekat bilik pengawas sampai masa saya habis." Arahan daripada cikgu Aida membuatkan aku melepaskan keluhan perlahan.Tak pasal-pasal kena tahan kelas.
Aku dan Danish keluar dari kelas dan menuju ke bilik pengawas.Di luar kelas, sempat aku memijak kasut Danish sehingga dia menjerit kecil.Aku terus berjalan laju ke bilik pengawas dengan wajah ketat.Aku benci Danish!
TBC
Hii ! Sorry for the late update guys.
Yang suruh author promote story korang tu boleh pm balik tak? 🙏🏻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro