MHP 27
Aku masuk ke dalam bilik pengawas.Pintu pula ditutup kasar.Aku ingat budak tu baik.Rupanya perangai macam babun.Ergh! Patut masuk Zoo je.
Aku,Eliana,Siti dan Izzah masuk ke kawasan kantin.Lapar der.
Dengan semangat aku berjalan untuk ke tempat membeli, tiba-tiba seseorang melanggarku sehingga makanannya selamat mendarat di baju aku yang berwarna biru.Paling tak boleh blah,telur kuning yang cair elok melekat pada baju.
Aku mendengus geram.Jalan pakai mata ke pakai kuku?
Kepala diangkat sehingga mataku menangkap figura Izara yang sedang tersenyum sinis.
"Sorry kak Ayreen.Sengaja" Dengan senyuman sinis yang tidak lekang di bibirnya, Izara berjalan meninggalkan aku.Tak guna punya budak!
Tiba-tiba pintu bilik pengawas dibuka oleh seseorang.Kelihatan Emisha masuk ke dalam bilik pengawas dengan wajah ketat.Dia memandangku sebelum satu jelingan tajam diberikan.Gadis itu kemudiannya duduk di atas sofa dengan kasar.Dah kenapa ulat bulu ni? Aku tak cari pasal pun nak jeling-jeling.
"Apa tengok-tengok?!" Misha sekali lagi menjeling membuatkan dahiku berkerut.Siapa tengok dia? Aku tengok bantal emoji smile yang dah macam penyet sebab Misha duduk atas dia.Perasan je lebih huh!
"Perasan!" Aku membalas jelingan.
"Eee! kau diam lah.Sebab kau lah aku kena lucut jawatan penolong ketua pengawas."
"Yang muka kau tiba-tiba masam macam limau ni dah kenapa ? Kena tukar jawatan je kot.Itu pun nak tarik muka bagai." Muka menyampah aku tayangkan.
"Ikut suka hati aku lah nak masam muka.Aku geram dengan budak Izara tu! Danish sekarang asyik layan dia je.Kalau aku ajak Danish keluar, macam-macam alasan dia bagi.Tengok-tengok keluar dengan betina tu.Korang dua ni memang sama je.Perampas!" Katanya geram.Tak pasal-pasal dia samakan aku dengan Izara tu.Gila punya ulat bulu!
"Ouh. Hah! Kau sebenarnya kenal ke Izara tu siapa? Sebab dia tu pun selalu cari pasal dengan aku" Dahi dikerut.Misha memandangku hairan lalu mengeluh.
"Kau punya lah rapat dengan Izz.Tapi takkan kau tak tahu? Ouh lupa pula,kau kan lembab.Kalau kau nak tahu,Izara tu adik Izz" Jawapan yang keluar daripada mulut Misha automatik membuatkan aku terdiam .Adik Izz? Abang punya lah baik.Kenapa adik macam kambing je perangai?
"Dah lah.Aku nak keluar.Panas aku duduk sini.Semuanya sebab ada kau." Misha terus keluar dari bilik pengawas.
Izara jadi macam tu dengan aku sebab Danish juga ke?
•••
Siti's POV
Aku duduk di atas kerusi di taman permainan perumahan.Mata pula memandang sekeliling taman.Pandanganku terhenti pada susuk tubuh lelaki yang sedang sibuk mendengar lagu sambil bermain handphone di kerusi hujung.
"Siti!" Jerit Ayreen sambil berlari ke arahku.Nafasnya tercungap-cungap.Laju sahaja dia mengambil tempat di sebelahku.
"Sorry lambat."
"Fuh! Hensem doh mamat kat sana tu" Ayreen memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke arah kawannya.Kawan dia tu yang tengah main phone sambil dengar lagu tu.
Eh.
Mamat yang tengah jalan pergi dekat kawan dia tu...
Bukan Danish Izmeer ke?
"Weh! Tu kan Danish?" Kataku membuatkan gadis di sebelahku itu terdiam.
"Danish? Yang aku puji tadi tu..Danish?" Soal Ayreen tidak percaya.Matanya sekali lagi memandang ke arah dua orang lelaki yang duduk di kerusi hujung.
"Dasar- Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi" Tangan Ayreen laju membuka handphone miliknya.Aku yang sedang tersenyum nakal tidak dihiraukan langsung.Eleh! Mengaku je lah nak cakap Danish tu hensem.
"Ermm.Weh..esok kan , ada sorang budak baru masuk kelas kita, then lusa ada lagi 4 orang budak baru.Bulan ni pelajar baru memang ramai" Kata Ayreen sambil menghadap handphonenya.Aku mengangguk perlahan.
"Ayreen..kalau aku tanya ni, jawab jujur eh?" Aku tersenyum.Ayreen pula menutup iPhone nya lalu memandangku di sebelah.Keningnya pula diangkat
"Kalau diberi pilihan antara Danish dengan Izz, kau pilih yang mana? Kalau boleh kau kosongkan dalam kepala kau semua pergaduhan antara kau dengan Danish.Kau buat macam kau baru kenal Danish and korang tak kenal sesama sendiri." Bibirku mengukir senyuman kecil.Soalanku tadi betul-betul membuatkan dahi Ayreen berkerut.
"Errr..ntahlah.Tak pilih sesiapa kot" Ayreen memandang ke tempat lain semula.Aku ternampak pipinya mula menjadi merah.Eh! Kenapa nak blushing pula? Hahah.
Pandanganku beralih ke arah tempat yang Ayreen tengok.
And..
"Hai" Sapa Danish.Asal peramah pulak mamat ni? Ayreen disebelah aku pandang.Dia hanya mendiamkan diri.
Pandanganku beralih kepada Danish dan mamat disebelahnya.Siapa dia tu?
"Woih Reen" Panggil Danish.Ayreen masih diam.
Danish memandangku.Dia menyuruhku bangun lalu dia duduk di sebelah Ayreen.Mukanya didekatkan dengan muka Ayreen.
"Sayang..kenapa diam? Abang panggil ni" Danish tersenyum menggoda.Ayreen serta merta mengetuk kepala Danish menggunakan handphone miliknya.
"Argh! Weh sakit lah gila!" Danish menggosok kepalanya.Ayreen pula cepat-cepat menyimpan phonenya sebelum Danish dipandang lama.Kedudukan Ayreen dengan Danish sekarang ni boleh tahan dekat.
"Err..err..kau..sakit lagi ke?" Soal Ayreen.Automatik keningku terangkat tanda terkejut.Eh?
"Sakit lahh" Danish menjeling.Ayreen mula merengus geram.
"Kat mana sakit tu?" Sekali lagi Ayreen menyoal. Kelihatan Danish mengukir senyuman nakal.
"Kat sini" Bibirnya ditunjuk.
Jawapan daripada lelaki itu membuatkan tangan Ayreen Qaisara laju menolak kepalanya.
"Sudah lah kau!" Ayreen terus menarikku meninggalkan taman.Danish pula sudah tersenyum sinis ke arah Ayreen.
End Siti's POV
Masuk sahaja ke dalam rumah, Milo yang duduk di ruang tamu terus menghampiri aku. Badannya pula digesel pada kaki ku.
"Dari mana Sara?" Soal papa. Eh, awal pula papa balik.
"Taman." Balasku kemudian Milo diangkat dan dibawa ke ruang tamu.
"Papa..kawan Sara ajak keluar dinner sama-sama malam esok.Boleh kan?" Mata dikerdip berkali-kali.Taktik Ayreen Qaisara kalau nak minta keluar.Siapa yang selalu buat macam ni kita geng!
"Dekat mana?" Papa yang sibuk menonton televisyen akhirnya menoleh ke arahku.
"Dekat butik baju." Aku tersenyum manis.Papa terus mencubit lenganku.
"Haa..kan dah kena.Dekat butik baju konon." Papa menggelengkan kepalanya.
"Ye lah.Tapi jangan balik lewat sangat" Aku terus tersenyum lebar.
"Pergi dengan siapa?" Soal mama yang muncul tiba-tiba.Soalan ni memang mama je yang selalu tanya.
"Dengan Eli,Siti and Izzah" Jawabku.
"Tu je?" Mama menjongketkan kening sebelah.Kepalaku diangguk.Memang kitaorang berempat je rasanya yang keluar untuk dinner esok.
"Okay lah.Sara naik dulu.Tataaa" Tangan dilambai setinggi yang boleh.Mama dan papa hanya menggelengkan kepala melihat perangai aku yang macam budak baru nak lihat dunia.
Mengarut!
•••
Untuk kali kelima, keluhan dilepaskan.Lagi berapa hari je nak camping.Malas tu tiba-tiba datang.
Bukan sebab tu je...
Papa ada bagitahu semalam, masa aku pergi berkhemah nanti, papa dengan mama kena bertolak ke Australia.Ada benda nak kena uruskan dekat sana.
Jadi, bila aku balik je dari berkhemah, aku kena duduk sorang-sorang dekat rumah lah jawabnya.
Mama dengan papa pergi sana seminggu dan camping cuma 3 hari 2 malam.Kau rasa?
Lamunanku terhenti apabila cikgu Dianah masuk ke dalam kelas bersama dengan seorang lelaki yang memakai uniform sekolah.Pelajar baru lah tu.
Mataku beralih ke arah Siti.Jelas menunjukkan yang dia tengah 'speechless' walaupun sekarang dia memang tak ada benda yang perlu dicakap.
Sebab apa?
Budak baru tu lelaki yang ada dekat taman dengan Danish semalam.
"Hai,nama aku Izuan Hakimi b. Nazmi.Panggil aku Hakimi" Hakimi tersenyum manis.Hensem? boleh tahan.
Tiba sahaja waktu rehat,aku,Eliana,Siti dan Izzah berjalan ke arah bilik pengawas yang berada di blok A.
Kaki kanan melangkah msuk ke dalam bilik.Mataku pula memandang ke arah gerangan yang sedang bergelak ketawa.Danish,Ammar daaaan Hakimi.
"Korang ni asal masuk sini?" Soal Ammar sambil mengangkat sebelah kening.
"Apa kau ingat kau sorang je boleh masuk bilik ni?" Eliana menjeling.
"Sibuk" Ammar membalas jelingan.
"Mana korang kenal Hakimi ni?" Soal Izzah.
"Hakimi ni memang bestfriend kitaorang dari darjah 3" Balas Danish.Dia memandangku.
"Tak janji nak pergi mana- mana dengan Izz ke harini?" Danish mengalihkan pandangannya ke arah Hakimi.Aku mengepal penumbuk.Apa masalah dia?!
"Yang kau sibuk asal?" Aku menjeling.
"Dah-dah,tak payah gaduh. Hah korang, nak join kitaorang dinner sama-sama tak malam ni dekat luar?" Izzah bersuara.Aku yang mendengarnya memandang Izzah tidak percaya.Dia ajak diorang?
No! Ammar dengan Hakimi aku tak kisah.But aku tak nak ada mamat poyo ni! NO.
"Emm, boleh jugak" Ammar tersenyum gembira.Aku memandang Izzah tajam.
"Nish,Kimi..korang nak join tak?" Ammar menyoal sambil mengangkat keningnya.Hakimi mengangguk setuju.
"Errr..malam ni ke?" Danish menggaru kepalanya yang tidak gatal.Aku harap ayat yang keluar daripada mulut dia ialah 'SORRY ADA HAL,TAK BOLEH JOIN.'
Tapi apa yang kita nak, tak semuanya akan dapat kan?
"Aku on" Danish memberi kata putus.Bibirku dicebik.
"Okey cantik! So malam ni eh?" Eliana memandang kami semua.Aku mengeluh perlahan.Siti pula dari tadi hanya mendiamkan diri.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro