MHP 26
Ik ada yg terus baca chapter 25 sebab tak perasan author update chapter 24 sekali 😂
_____
"Abang nak Zara rampas Danish macam mana?" Izara melepaskan keluhan kecil.Dia terus melabuhkan punggung di atas sofa kemudian Izz yang sedang menonton televisyen di sebelah dipandang.Dia ingat aku tak nak ke dekat Danish tu? Instafamous hot dan hensem.Full package kot! Siapa je tak nak?!
"Mana lah abang tahu" Jawab Izz selamba.Mata pula tidak lepas dari memandang kaca televisyen.
"Abang minta Zara pindah SMK Damai untuk rampas Danish supaya abang senang nak dapatkan perempuan perasan cantik tu.Dan sekarang bila perempuan tu dah makin rapat dengan abang, abang tak nak tolong Zara pula?!"
"Abang nak ke si Ayreen tu tinggalkan abang dan mula rapat dengan Danish pula?" Tambah Izara membuatkan Izz memandang ke arahnya.Izara tersenyum sinis.
"Orang gila je kot nak" Dia menyambung menonton televisyen.Izara mengeluh.Tak boleh pakai langsung!
"Abang! Zara tahu lah peluang abang untuk dapatkan Ayreen tu dah ada.Tapi tolong lah Zara juga.Manalah tahu tiba-tiba Ayreen berubah pergi dekat Danish.Abang jugak yang rugi ka- " Mulut Izara terus ditekup dengan tangan Izz.
"Ish ye lah ye lah.Zara ni bising je" Mulut Izara yang ditekup dilepaskan.Gadis itu mencebik.
"So, your next plan?" Izara Dahlia mengangkat sebelah keningnya. Izz menutup televisyen sebelum mata memandang ke arah adiknya.Mengacau je lah budak ni!
"Abang nak..."
• • •
Aku memandang jam di dinding bilik.Jarum jam yang menunjukkan pukul 11:56 itu membuatkan aku mengeluh kecil.Kepala diletakkan di atas meja belajar sebelum mata dipejam.Kerja sekolah harini banyak betul.
Sah esok jadi panda.
Ting!
"Siapa lah gedik sangat nak ganggu aku waktu ni" Gumamku.Kepala diangkat kemudian mata dialihkan ke arah handphone di atas katil.Kaki terus diaturkan ke arah katil lalu tangan mencapai handphone.Usai itu,punggung dilabuhkan semula di atas kerusi meja belajar
Danish Poyo
Good night,princess 🌹
"Tak sihat ke dia ni?" Soalku sendiri dengan kerutan di dahi.
You
Kena sampuk ke kau ni?
Balas sahaja mesej daripada Danish, aku kembali meletakkan kepala di atas meja.Mulut ditutup apabila aku menguap kecil.
Ting!
Danish Poyo
Kau ni kan.Aku wish good night pun salah😒
Ting!
Danish Poyo
Kau patut rasa bertuah tau instafamous handsome yang ramai fans ni
wish good night🌚
Ting!
Danish Poyo
Bertuah jugak kau sebab aku letak Princess.Bukan Mak cik😒
Kepala sekali lagi diangkat.Laju sahaja mata memandang mesej Danish.
"Bertuah? No need" Bola mataku diguling ke atas.
You
Hergh! ye lah ye lah.Kuat perasan je lebih kau ni.
Good night,prince💩
Danish Poyo
Aku letak emoji elok2 untuk kau.
Boleh pulak kau bagi emoji tu dekat 'Putera' ni?😒
"Eh! Mamat ni banyak songeh betul lah! Dah lah poyo,mulut puaka,gedik,kuat perasan pulak tu!" Bebelku seorang diri.
Danish's POV
Pen berdakwat hitam di tangan diputar berkali-kali sementara menunggu mesej daripada Ayreen.Kepala yang tidak gatal digaru.Sah Ayreen tengah sumpah seranah aku.
Ting!
Singa Comel
Good night,my prince💙😘😍💕
Bibirku serta-merta mengukirkan senyuman.Alala comelnya!
You
HAHAHAH
Aku nak screenshot chat ni then letak dekat insta story
Ting!
Singa Comel
Tak payah lah tenuk!!
Mesej itu dibiarkan dahulu.Senyuman di bibirku pula bertukar kepada senyuman sinis.Kau nak atau tak nak pun......
Fikir aku kisah ke?
You
Dah letak dekat insta story HAHAH
Singa Comel
Tipu😩
Kau jangan tipu aku tenukk
"Tenuk? Eh tiberr" Biji mata diguling ke atas.Tiba-tiba panggil aku tenuk.
Aplikasi instagram dibuka semula.Jari laju membuka 'insta story' .
Views dah 820.Viewers aku ni tak tidur lagi ke?
Direct Message instagram pula dilihat.Request Message daripada orang yang tidak di kenali dibuka
heyitsbeby._
Siapa singa comel tu?!Ei! pandai2 je dia nak panggil you prince💔
dyna2468
Bestnya dia ada nombor phone awak😭
__lollipop
'Singa comel' ?Alaa..jealous nye😭💔
amandafsha
Girlfriend ke?😌💔
ninajimin_
Uwahh! dia panggil awak prince?So lucky😭Nak panggil awak prince jugak!Nak numbor phone awak jugakkk!
sisstress
Damn I jealous gila dow! Singa Comel?Alaa..nak gelaran comel from u jugak.Huaa💔
lyncute
I luv u Danish😩
izzdaniel
Singa comel kau tu aku punya rasanya😒
Izz Daniel?
Apa masalah dia ni?
Bunyi notification whatsapp yang tidak berhenti membuatkan jariku laju membuka aplikasi itu.Kepala digeleng perlahan.
Singa Comel
Aku dh tgok story instagram kau..
Aku dh tgok..
Dah tgok..
Ting!
APA MASALAG KAU DANISH IZMEER BIN ISKANDAR?!
Ting!
Perlu ke kau tulis 'BUDAK NI BERANI CONFESS' ?
Ting!
Siapa confess dekat kau?!
Ting!
Perasan!
Ting!
Ting!
Ting!
Danish perasan!
KUAT PERASAN!
PERASAN!
Ting!
Ting!
WOIJ ON LAH!
*Woih
Ting!
Ting!
Ting!
TENUK!
BUDAK PERASAN!
POYO JE LEBIJ!
Ting!
Typo..*Lebih
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Danish!
Danish!
Danish!
Mampod la kai
Ting!
Argh! mampos la typo
Ting!
Ting!
Blah lah
Jangab chat aku dah!
Ting!
Ting!
AKU TAK NAK KAWAB DENGAN KAU!
Bye!
Ting!
WOIH REPLY LAH!
"Marah sangat ke apa sampai typo banyak" Gumamku sendiri.
You
Sebelum send,better check typo🙄
Dan akhirnya...
Aku dapat 'bluetick'.
Thanks Ayreen.
• • •
Kaki melangkah masuk ke dalam kelas 4 Emerald. 4 Emerald? Bukan 5 ke?
Hah! Harini semua guru yang mengajar tingkatan 5 ada mesyuarat tentang pelajar tingkatan 5 dan ya,aku kena jaga kelas 4 Emerald sebab cikgu-cikgu tingkatan 4 ni memang kebanyakannya guru yang mengajar tingkatan 5.Paling malang sekali kena jaga kelas 4 Emerald dengan Danish Izmeer.Urgh! Macam tak ada orang lain!
Okay kita berhenti dekat mana tadi?
Kaki melangkah masuk ke dalam kelas 4 Emerald. Serta-merta pelajar kelas itu yang tadinya bising menjadi senyap memandang aku dan Danish.Yang perempuan dah sibuk membetulkan tudung dan rambut.Mana taknya..ada Danish Izmeer kan?
"Ehem! Yang duduk atas meja tu dah kenapa?" Beberapa pelajar lelaki di belakang kelas dipandang tajam.
Mereka terus turun dari meja sebelum tersengih.Danish hanya menggelengkan kepala.
"Abang Danish masuk kelas kitaorang untuk apa?" Soal Izara lembut sambil memintal rambutnya.Danish memandangnya.Tak pernah-pernah pula orang memanggilnya dengan gelaran ABANG.
"Err,jaga kelas korang sekejap.Cikgu kan ada meeting" Jelas Danish.Izara hanya membalas dengan anggukan di kepala sebelum mengukir senyuman manis.Comel budak ni.Aku masih tertanya-tanya.Kenapa mata dia,hidung dia,bibir dia,kulit dia,bulu kening dia,bulu mata dia,warna rambut dia,telinga dia macam Izz?
Adik Izz? Takkanlah!
Perangai Izz tu aku tengok macam anak bongsu je.
"Dah.Buat kerja sendiri" Arah Danish lalu berjalan ke arah meja guru.Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi sebelum matanya beralih ke arahku yang masih berdiri.Dah kenapa mamat ni?
"Apa?" Kening sebelah diangkat sambil memandang Danish yang juga memandangku.
Mendengar soalanku,Danish pantas menggelengkan kepalanya.Keningku mula bertaut.
Apa-apa je lah!
Izara bangun dari tempat duduknya dan meminta izin Danish untuk keluar ke tandas.Aku yang masih berdiri di pintu kelas memandangnya sekilas sebelum mataku memandang ke arah kaki ku. Eh kenapa rasa tak selesa ni!
Bukk!
"Auchh" Izara mengaduh kecil.Macam mana lah budak ni berjalan sampai boleh terjatuh?
"Okay tak? Macam mana boleh jatuh?" Soal Danish sambil memeriksa kaki Izara.
"Tak.Kak Ayreen ni ha selitkan kaki Zara.Sengaja nak bagi Zara terjatuh" Jawapannya membuatkan aku terlopong.Kurang manis punya budak!
Aku bukan selitkan kaki dia,cuma rasa macam ada benda merayap dekat kaki..
So aku shake-shake la kaki ni.
Yang Izara ni pun satu, nak jalan tu guna lah mata!
Selepas mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Izara,mata Danish terus beralih memandangku yang comel ini.Uhuk! *airrr*
"Apa masalah kau hah?" Danish berdiri menghadapku dan aku hanya menayangkan wajah tidak bersalah.Aku tak buat apa-apa kan dekat Izara ni.Jadi? Kenapa aku nak rasa bersalah pula?
Boleh tahan bengap jugak mamat ni.Senang percaya.
"Masalah aku? Aku tak ada masalah.Budak ni yang ada masalah.Jalan pun macam orang mabuk.Memang padan lah dia terjatuh!" Balasku tanpa menerangkan tentang kenapa aku shake-shake kaki aku ni.
"Mulut kau tu jaga sikit eh nak cakap dia jalan macam orang mabuk.Entah-entah otak kau tu yang senget nak selitkan kaki orang tanpa sebab" Aku memandang Danish yang tersenyum sinis.Mamat ni dah kenapa nak melenting tak tentu pasal?
Jelingan tajam diberikan lalu aku terus meninggalkan kelas 4 Emerald.Sempat aku mengerling Izara yang berdiri di sebelah Danish.Bibirnya yang mengukir senyuman herot itu membuatkan aku sedikit hairan.
Dia suka ke Danish marah aku?
Papan putih di hadapan kelas ditenung lama.Lantaklah Danish jaga kelas 4 Emerald tu sorang-sorang. Kisah apa aku.Menyampah tahu tak menyampah? Kalau boleh aku nak je tolak Danish tu jatuh tingkat bawah.
"Ayreen,awak okay tak? Dari tadi Izz panggil.Senyap je.Mengelamun fikirkan apa?" Aku tersentak lalu Izz Daniel dipandang.Dia menggeleng melihatku yang terkebil-kebil. Sejak bila dia duduk depan aku?
"Tak ada apa-apa" Balasku malas.
"Betul ni?" Soal Izz meminta kepastian.Aku mengangguk perlahan.
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa masuk kelas cepat sangat? Bukan ke awak kena jaga kelas 4 Emerald? Cikgu tak habis mesyuarat lagi kan?" Izz mengangkat sebelah keningnya.Aku mengeluh.
"Danish tu hah.Menyampah lah dengan dia" Aku mendengus perlahan.
"Ouh.Dia tu ada masalah ke? Suka sangat cari pasal dengan Izz punya princess ni?" Dia mengerutkan dahi.Princess? Awh!
"Entah lah dia tu" Lelaki di hadapanku itu menganggukkan kepala apabila mendengar jawapan yang keluar daripada mulutku.Dia tersenyum kecil.
• • •
Aku duduk di atas buaian sambil memeluk patung unicorn pemberian Danish.Dia bagi ni waktu nak hantar aku balik haritu.Hehe.
Angin yang bertiup menampar pipiku lembut.Sejuk.
Tanpa aku sedar, keluhan kecil dilepaskan.
"Ayreen dah bacakan surat yang Izz bagi?" Aku mengangguk kecil sebagai balasan soalan Izz itu.
"So, Reen sudi tak?" Soalnya lagi.Aku terdiam.
"Err,about that.Sorry,Reen still tak ada jawapan" Jawabku.Izz mengangguk lalu tersenyum hambar.
"Its okay.Izz faham.Kita baru kenal" Izz tersenyum plastik.Aku menggarukan kepala.Aduh! Jangan bagi aku rasa bersalah boleh tak?
"Alah! Janganlah cakap macam tu.Kita still kawan kan?"
"Hihi.Ye..kita still kawan" Izz tersenyum manis.
Kenapa Izara pandang aku macam ada sesuatu je? Ada sesuatu yang dia sorok ke? Plan apa-apa ke?
TBC
Promote 🌸
Sayang Pandang Terakhir
lia_amani07
Siapa tak baca story tu 👆🏻 author tak nak update 😂❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro