Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 25

"Ayreen!!" Jerit Danish automatik membuatkan kepalaku menoleh ke arahnya.Kening pula diangkat.Nak tergelak pun ada tengok Danish sekarang.

"Mana liquid paper aku?" Soal Danish.Guru di hadapan kelas yang sedang menulis di papan putih itu langsung tidak dihiraukannya.

"Mana lah aku tahu"

"Kau jangan nak buat-buat tak tahu.Aku nampak kau buang fluids yang ada dalam liquid paper aku tadi.Kan?" Soal Danish geram.Aku pula hanya menayangkan innocent face.

"Ouh. Nampak ke? Ingat tak nampak." Kataku selamba.

"Aku tak cari pasal pun kan?!" Danish menjeling.

"Aku dah cakap kan aku akan balas dendam."

"Sekarang,siapa yang mulakan dulu? Kau ke aku?" Tambahku lalu tangan disilang di dada.Danish pula sudah mendiamkan diri.

"Ok fine! Kau buat lah apa yang kau nak buat.Tapi aku tetap akan balas" Kata Danish dan terus minta kepada cikgu untuk keluar dari kelas.Senyuman sinis pula tidak lekang dari bibirku.

"Ayreen" Panggil seseorang.Aku terus memandangnya dengan kerutan di dahi.

"Nah" Hariz Ilham menghulurkan coklat Cadbury dengan senyuman manis di bibir.Tanpa berfikir panjang,aku terus mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih.

Masa cikgu ada dekat depan pun menyempat lagi dia nak bagi coklat.

"Ayreen,saya nak minta satu je.Boleh tak kalau awak jangan rapat sangat dengan Izz dan Danish? Saya cemburu lah" Keningku bertaut.Apa mamat ni merepek?

Dia boyfriend aku ke untuk cemburu? Tak kan?

"Err,Izz dengan Danish tu cuma kawan aku.Kenapa nak cemburu pula?" Hariz mengeluh.

"Ayreen,kan saya suka dekat awak.Sebab itu saya cemburu" Jujurnya.Giliran aku pula melepaskan keluhan.Malas betul layan orang tak sedar diri macam ni.

Tak sedar diri? Ya! Dia tak sedar diri dia tu siapa bagi aku.Dia bukan mama aku,papa aku,abang aku,kakak aku,adik aku,datuk aku,nenek aku,cousin aku,mak cik aku,pak cik aku,boyfriend aku,kucing aku,ayam nenek aku,kambing atuk aku,eh! dah melebih pula.

Aku cuma anggap dia kawan aku je termausk Izz.Danish? Lagi lah aku anggap sebagai kawan.Tak ada siapa nak boyfriend yang poyo macam dia tu....kot.

Dengan perasaan kecewa,Hariz terus menyambung menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu.Dia menjeling Izz yang memandang ke arahnya.

Izz Daniel menggulingkan bola mata.

"Esok saya nak semua hantar kerja ni ye? Terima kasih." Cikgu Aida berjalan keluar dari kelas memandangkan loceng sudah berbunyi menandakan waktunya sudah tamat.

Izz bangun dari duduk. Dia menghampiri tempat dudukku kemudian tangannya menghulurkan kotak segi empat sama berwarna coklat dan violet.Cantik!

Mataku dialihkan ke arah surat kecil yang terselit pada riben.Baru sahaja ingin membuka surat itu,Izz menghalang.

"Kenapa?" Soalku hairan.

"Saya nak awak buka dekat rumah,please.Not now" Izz seperti merayu.Aku mengeluh dalam diam sebelum mengangguk.Tak sabar pula nak buka.Izz terus duduk di tempatnya setelah cikgu Aishah masuk ke dalam kelas 5 Emerald.

"Danish mana?" Soal cikgu Aishah dengan wajah ketatnya.Matanya pula tepat memandangku.Aduh! Mana lah aku tahu mamat tu pergi mana.

"Tak boleh nak cakap dah ke Ayreen?! Bisu?" Aku terdiam.Ei! Danish ni.Aku pula kena marah.Kalau Danish tak keluar kelas,tak ada aku kena marah dengan cikgu!

"Tak tahu lah pula dia pergi mana." Balasku.Dalam hati,sudah bermacam-macam sumpah seranah yang aku berikan kepada Danish.

Tok! tok!

Ketukan di pintu mengalihkan perhatian semua pelajar di dalam kelas termasuk cikgu Aishah.Danish Izmeer terus masuk ke dalam kelas dengan selamba.Syaitoon punya manusia!

"Kamu pergi mana?" Soal cikgu Aishah tegas.

"Err,tadi kan cikgu suruh saya pergi dekat bilik cikgu Nizam" Terang Danish sebelum duduk di tempatnya.

"Ouh..lupa pula saya.Baiklah kita mulakan pelajaran"

Aku tercengang.Mata langsung tidak berkelip.Cikgu suruh Danish pergi jumpa cikgu Nizam? Lepastu cikgu marah-marah aku pula bila tanya Danish pergi mana?

"Kau kenapa?" Soal Danish dengan kening sebelah terangkat.Aku hanya menggelengkan kepala perlahan.

Masa cikgu Aishah tamat dan aku masih memilih untuk mendiamkan diri.

"Ayreen Qaisara! pergi bilik pengawas sekarang!" Arah cikgu Aishah.Kepala aku diangguk laju.Kaki terus melangkah keluar kelas.

Dalam perjalanan ke bilik pengawas,tiba-tiba seseorang menegurku.Eh?

"Erm hai.Nak tanya..bilik guru dekat mana?" Soal seorang pelajar perempuan dengan senyuman kecil di bibirnya.

"Bilik guru dekat hujung tu" Jariku menunjukkan ke arah bilik guru.Pelajar perempuan itu mengangguk.

"Pelajar baru?" Aku memandangnya dengan kening sebelah terangkat.Pelajar perempuan itu sekali lagi mengangguk.

"Izara Dahlia.4 Emerald" Izara tersenyum lalu membaca nametagku.

"Ayreen Qaisara.Nice name,pretty" Puji Izara sebelum tergelak kecil bersama denganku.Budak ni comel dan mata dia..macam Izz.

"Erm..I got to go.Bye akak"

Kerutan di dahiku terbentuk selepas Izara meninggalkan aku dan berjalan ke arah bilik guru.

Akak? Macam mana dia tahu aku tua setahun daripada dia? Aku tak cakap pun aku dari tingkatan berapa.Kalau nak cakap dia tengok pin Penolong Ketua Pengawas,tak ada pula sebab pin tu belum dapat lagi.

Tanpa aku sedar,dari jauh Izara tersenyum sinis memandangku.

"Aku akan dapatkan Danish tak kira walau apa pun jadi.Jangan ingat dengan cara kau bergaduh dengan dia,kau boleh dapatkan dia.Huh! Kau dah buat abang aku tergila-gilakan kau.Jadi,aku akan pastikan kau akan dengan abang aku dan bukan dengan Danish" Izara terus masuk ke dalam bilik guru.

Bilik Pengawas

Aku berdiri di hadapan pintu bilik pengawas.Kad pengawas diambil di dalam poket lalu kad itu discan.Memang kena guna kad kalau nak masuk bilik ni.Sebab dia..

First! Bilik ni istimewa untuk pengawas sekolah dan bilik pengawas ni juga kawasan larangan untuk pelajar biasa.

Second! Dalam bilik ni ada bilik cikgu Nizam.

Bilik kerja.Bukan bilik tidur.

Third! Dalam bilik ni ada simpan buku rekod disiplin pelajar dan barang rampasan.

Pintu bilik pengawas ditutup rapat,kaki pula terus diaturkan ke arah bilik cikgu Nizam.

"Ha! Ayreen.Cikgu nak bagi ni." Cikgu menghulurkan pin yang aku tahu,ada nama aku.

AYRIN QAISARA
PENOLONG KETUA PENGAWAS

"Er cikgu.Ejaan nama salah" Aku mencebik.

"Lah ye ke?" Cikgu Nizam mengambil pin nama di tanganku sebelum dia melepaskan tawa kecil.Dahiku dikerut.Apa yang lawak?

"Tersilap bagi yang ni pula" Katanya.Tangan pula mengambil lagi satu pin.

"Ni yang betul"

Pin nama itu bertukar tangan.Pantas sahaja aku memandang nama pada pin itu.Ha! Nasib betul.

AYREEN QAISARA
PENOLONG KETUA PENGAWAS

"Habistu.Yang tersilap ejaan tu siapa punya?" Soalku hairan.

"Orang tu tersalah buat.Lepastu saya suruh dia betulkan ejaan.Ikutkan saya tak nak pun ambil yang salah ejaan tu tapi dia bagi je.Nasib tau cikgu ingat ejaan nama kamu" Terang cikgu Nizam lalu menjongket keningnya berkali-kali.Aku hanya menggulingkan bola mata.

"Hah! Ni lagi satu.Cikgu lupa nak bagi Danish tadi" Pin milik Danish dihulur.Sebelum ni,semua pengawas pakai name tag kain je.Tak kisah lah ketua ke penolong,tetap pakai name tag biasa.

Tapi waktu mesyuarat pengawas haritu ada pelajar tingkatan 3 cadangkan pengawas pakai pin nama.Jadi,cikgu pun setuju.

Pengawas yang lain semua dah ada sebab diorang punya pin siap awal.Aku dengan Danish je yang lambat siap.

Pin milik Danish ditilik.Tak ada pula salah ejaan!

DANISH IZMEER
KETUA PENGAWAS

"Ouh ya Ayreen! Nanti cikgu akan adakan watikah perlantikan pengawas ya?"

"Okay" Balasku sebelum melangkah keluar dari bilik pengawas.

• • •

Telekung dilipat kemas usai solat Maghrib.Milo yang masih tidur di atas katil diangkat dan diletakkan di atas riba.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.Milo diletakkan semula di atas katil.Beg sekolah yang aku letak di sebelah meja belajar dicapai sebelum zip beg dibuka.Kotak yang diberi oleh Izz diambil.

"Nak baca surat dulu ke nak buka kotak dulu?" Soalku sendiri.Surat yang masih terselit pada riben dipandang.

Penutup kotak ditarik ke atas.Kelihatan seutas rantai berwarna silver dan mempunyai loket bentuk hati berwarna purple.Cantik.

Surat pula diambil.

Dear my lovely Ayreen Qaisara
Izz tahu semalam Reen keluar pergi skate dengan Danish.But its okay.Izz tak kisah sangat :)
Izz tak mengintip.Izz ternampak je.Jangan fikir bukan-bukan eh!Btw,cantik tak rantai tu? Sorry lah kalau tak cantik :< Izz tak reti sangat nak beli.Tapi Izz dapat rasa kalau Ayreen pakai mesti cantik sebab orang yang pakai tu pun dah cantik sangat ;)
Ayreen Qaisara bt Hashim,
Izz tahu kita baru kenal but I hope you know me more than I know you because
I really like you,beautiful.
Would you be my girlfriend?
Promise I'll take full care of you.
ilysm Ayreen❤️.

"Arghhhhh!!" Jeritku.Fuh, relax Ayreen relax

Izz confess?

Izz confess?

Izz confess?????

Tiba-tiba aku terdiam lalu mengeluh.Ayat Danish semalam kembali bermain-main di fikiranku.

"kalau aku gantikan tempat arwah dekat hati kau tak apa kan?"

Aku sekali lagi melepaskan keluhan.

Tapi,Danish betul-betul maksudkan ke benda tu?Kalau dia main-main je? Nanti aku ni kuat perasan pula. Mama! Tolong Sara.

Sumpah aku rasa keliru.Kenapa aku macam suka bila Danish cakap macam tu? Aku suka Danish? Tak kot.Takk! tak!



TBC

Izz dah confess.Agaknya Ayreen terima ke Izz tu?

Ehh..tengok dulu tak tahu lagi.Hehehe.

Btw,nanti rahsia pasal Izara Dahlia akan terbongkar.

Ingat tak yang author cakap siapa yang aktif dalam MHP author akan add dia masuk dalam cerita ni.Nak dua orang je kan? Pasal yang tu tengah dipilih.

Bye~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro