MHP 24
"Ammar,aku dah penat lah." Eliana duduk di atas bangku yang terdapat di hadapan satu kedai buku.Ammar yang dari tadi berjalan terus menghentikan langkah lalu duduk di sebelah Eliana Izzati.Matanya pula tidak lepas memandang dua orang manusia di Baskin Robbins.
'Macam kenal' Desis Ammar.
Eliana yang duduk disebelah Ammar memandang lelaki itu pelik.Kenapa dia ni tengok-tengok orang dekat Baskin Robbins tu?
Dengan perasaan hairan,pantas Eliana mengalihkan pandangannya ke arah tempat yang dipandang Ammar.Hah! Patutlah.
Amboi,nge-date tak ajak!
"Tu Ayreen dengan Danish kan?" Teka Eliana.Pandangan gadis itu pula yang melekat ke arah Ayreen dan Danish.Ammar mengangguk kecil.Mimpi ke ni?
"Kacau nak?" Cadang Eliana sambil tersenyum.Ammar pantas menggeleng.Biarlah diorang.Bukan selalu dapat tengok Ayreen dengan Danish macam tu.
"Weh! Weh! Itu bukan ke..Izz Daniel?" Eliana Izzati menyentakkan Ammar yang sedang mengelamun.Lelaki itu terus memandang tempat yang ditunjuk Eliana.Eliana ni banyak cakap betul.Pok pek pok pek!
Kenapa Izz tu duduk dekat situ? Macam perhatikan Ayreen dengan Danish je.
"Kenapa mamat tu duduk dekat situ?" Ammar menyoal dengan dahi yang dikerut.Kalau duduk situ sebab nak makan aiskrim tak apa lah juga.Ini dari tadi pandang Ayreen dengan Danish apa cer?
Ke..dia ada something?
• • •
Tali pinggang keledar dibuka apabila kereta Danish berhenti di hadapan rumah.Entah kenapa dia layan aku baik pula harini.
Sempat aku mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari perut kereta.
"Sara! Panggil lah Danish masuk rumah." Tanganku yang tadinya ingin menutup pintu kereta terhenti.Mama yang berdiri di halaman rumah dipandang dengan kerutan di dahi.Alah! Kenapa nak suruh masuk rumah pula?
Aku menggarukan kepala yang tidak gatal.Badan dibongkokkan sedikit untuk memandang Danish yang masih duduk di dalam kereta.
"Er,Mama aku ajak kau masuk rumah." Danish mengerutkan dahi.
"Tak apa lah." Danish menolak.Mataku diguling ke atas.Jangan sampai aku dukung dia ni masuk dalam rumah pula.
Eh! Tak ada tak ada.Mamat ni berat.Tak boleh dukung.Nanti tak pasal-pasal aku tergolek-golek jatuh.
"Alah jom je" Lelaki itu menggarukan kepalanya sebelum mengangguk. Enjin kereta dimatikan kemudian dia keluar dari kereta.
Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah, Danish terus ke arah ruang tamu dan mengambil tempat di atas sofa manakala aku diheret oleh mama ke dapur.Mama ni,main heret-heret pula!
"Danish..malam ni ajak la mummy dengan daddy kamu datang rumah aunty.Aunty ingat nak dinner sama-sama.Rindu pula nak dinner sama-sama macam dulu." Mama memandang Danish sambil tersenyum.Danish ni kalau depan mama shy shy cat.
Tapi depan aku?shy syaiton.
"InshaAllah,aunty." Bibir Danish mengukir senyuman manis.Aku yang sedang menatang dulang minuman dari dapur itu tidak memandang Danish.Kalau tengok senyuman manis mamat tu japgi tak pasal-pasal terjatuh macam nangka busuk lagi sekali.
Ok gurau!
• • •
Aku mengemaskan tudung bawal hitam di kepala buat kali terakhir.Perfect!
Ceh Ayreen! Kau puji diri sendiri ke apa?
Eh! Sekali sekala~
Kaki melangkah turun ke tingkat bawah.Segala lauk semua dah ada.Air pun dah siap.Tunggu tetamu je sekarang ni.
Ting! tong!
Loceng rumah kedengaran.Aku yang masih berdiri di sebelah meja makan terus berjalan ke pintu rumah lalu pintu itu dibuka.Kereta Audi yang elok diparkir dipandang sebelum mataku beralih ke arah aunty Adhia,uncle Iskandar,abang Danial dan Danish.
"Assalamualaikum" Aunty Adhia memberi salam kemudian tersenyum manis.Aku membalas salam dan senyumannya lalu menjemput mereka masuk ke dalam rumah.
Mama yang baru turun ke tingkat bawah terus mendapatkan aunty Adhia.Papa pula duduk di ruang tamu dengan Uncle Iskandar sementara menunggu makan malam.
"Eh! jom lah makan" Panggil mama.
Aku tak tahu lah nasib malang ke apa.Tapi kenapa Danish kena duduk depan aku? Tak selesa lah nak makan!
Waktu makan,aku manusia yang paling sopan.Eceh!
Bukan apa.Malu la.Tak selesa pula tu.
Tanganku ingin mencapai ayam masak merah dan kebetulan Danish nak ambil juga.Jadi..
Benda klise berlaku.
Danish tersentuh tangan aku?
Ouh ya! Terlalu klise tapi memang itu yang terjadi sekarang ini.
"Uhuk" Abang kepada Danish iaitu abang Danial tersedak atau apa yang aku boleh terangkan SENGAJA membuat tersedak.
"Nial..makan lah elok-elok" Tegur aunty Adhia sebelum menggelengkan kepala.
"No,mum.Nish dengan Ayreen ni sweet sangat" Terang abang Danial sebelum tergelak kecil.Pipi aku mula berona merah.Bahang weh!
Kenapa lah mulut dia ni sama macam adik dia? Aku sumbat ayam ni juga nanti!
"Ehem! Tak apa lah nak sweet-sweet pun.Boleh satukan cepat-cepat" Uncle Iskandar bersuara serta merta membuat aku tersedak.
Aunty Adhia menggosok belakang ku memandangkan dia duduk di sebelahku manakala mama duduk di sebelah kanan aunty Adhia.Aih, malunya.Pipi aku yang merah masih belum hilang.
Selesai makan, aunty Adhia ingin menolong mama mencuci pinggan.Aku nak tolong tapi mama cakap..
'Tak pe lah.Mama buat dengan aunty Adhia je.Nak feeling masa zaman dulu.Bergosip sambil cuci pinggan'
Aku mencebik sendiri.Gosip je tahu!
Kunci di pintu gelangsar dibuka sebelum pintu itu ditolak.Mataku terus disapa oleh kolam renang yang bersih di halaman rumah.
Punggung dilabuhkan di atas buaian di halaman rumah.Halaman rumah ni bagi aku dah macam tempat mama.Sebab? mama yang selalu jaga.Pokok bunga semua ni mama yang tanam.Aku tolong minta nak buaian je.Ahah!
Handphone di tangan dibuka.Kata laluan dimasukkan kemudian terpampang gambar arwah Farhan bersama denganku di taman bunga.
Galeri pula dibuka sebelum keluhan perlahan dilepaskan.
Rindu Farhan.
Tanpa disedari,mutiara jernih mengalir membasahi pipiku.Sunyi rasanya tanpa Farhan.
Danish's POV
Mataku melilau mencari kelibat Ayreen di ruang tamu dan dapur tetapi tiada.Mana cik singa tu?Batang hidung tak nampak langsung lepas makan.
Langkahku kemudiannya diaturkan ke arah pintu gelangsar yang terbuka.Kolam renang besar itu membuatkan aku terdiam lalu tersenyum nipis.Tiba-tiba rasa rindu dekat Jerry.
Pandanganku terhenti pada buaian di halaman rumah yang diduduki oleh seorang perempuan.
Ayreen.
Baru sahaja beberapa tapak kaki melangkah ke arahnya, pergerakanku terhenti apabila terdengar esakan kecil.Dia menangis ke?
Nak pergi dekat dia ke tak nak? Nak ke tak nak? Nak ke? Nak ke Nak ke?
"Ish kau ni Danish! Pergi je lah!" Kataku sendiri sebelum berjalan ke arah Ayreen.
Aku berdehem membuatkan Ayreen lantas mengangkat kepalanya.Air matanya pula laju dilap.
Ceh! dah nampak dah pun dia nangis.Lambat lap.
Tempat di sebelah Ayreen di atas buaian menjadi tempat untuk aku melabuhkan punggung. Handphone di tangan miliknya dikerling.Ouh,gambar Farhan.
Dalam diam,aku mengeluh.
"Kenapa kau menangis?" Soalku sambil mata tepat memandang ke arah Ayreen.
Ayreen yang mendengar soalanku laju sahaja menggelengkan kepala.Ouh come on! Bagitahu je lah walaupun aku rasa aku dah tahu sebab dia menangis.
"Share je lah dengan aku" Nada suaraku dilembutkan.Gadis di sebelahku itu mengelap air matanya yang sekali lagi terjatuh.
"Aku rindu dia" Balasnya dengan mata yang tidak lepas memandang gambar Farhan. Aku mengangguk faham.Tekaan Danish Izmeer tepat okay!
"Kau kenal dia ke?" Soal Ayreen tiba-tiba.Pandangannya sekarang sudah dialihkan ke arahku.Nak angguk ke geleng?
"Kenapa kau tanya?" Soalku semula.Bagus! Soalan dibalas dengan soalan.
"Sebab dekat account Instagram kau ada gambar kau dengan dia kan?" Ayreen mengangkat sebelah keningnya.Aku mengeluh kecil lalu mengangguk.Stalk account aku rupanya mak cik ni.
Tak apa.Aku dah stalk dia punya account Instagram banyak kali.
"Dah lah.Jangan menangis.Buruk doh muka kau" Kataku sebelum melepaskan tawa.Ayreen pula sudah menjelingku tajam.Apa?Salah ke aku cakap?
"Erm Ayreen.Memandangkan aku memang kenal arwah...." Ayreen memandangku kerana menggantungkan ayat.
"...kalau aku gantikan tempat arwah dekat hati kau tak apa kan?" Aku tersenyum.Ayreen diam kemudian dia tersenyum nipis.Lenganku terus dicubit membuatkan aku mengaduh kecil.
"Gatal betul kau ni" Ayreen tersenyum malu.Finally dapat buat dia senyum!
Farhan,satu benda yang kau minta aku buat iaitu buat Ayreen Qaisara tersenyum dah berjaya!
Dan inshaAllah aku akan pastikan benda ni kekal.
Aku melepaskan keluhan dalam diam.Cuma aku masih belum bersedia lagi nak bagitahu Ayreen apa yang arwah Farhan suruh.Cukup lah 50% aku dah bagitahu.Belum tiba masanya lagi kot untuk aku bagitahu lagi 50%.
Hati aku ni betul-betul suka Ayreen ke?
Entah! Tak kot.
Mungkin sebab Farhan je.Bukan sebab cinta.
Argh! aku tak tahu!
"Danish.." Aku memandang Ayreen.
"Kalau kau dapat gantikan tempat arwah pun.Aku tetap akan balas dendam sebab kau penyebab aku kena berdiri kat luar kelas." Ayreen menjelirkan lidah lalu bangun dan lari masuk ke dalam rumah.
Aku pun akan balas dendam dekat kau lepas kau balas dendam dekat aku.Hehehe.
• • •
Semasa aku bertugas membuat rondaan blok,mataku memandang seorang pelajar perempuan yang seperti ingin mencari jalan ke arah pejabat dan...
Izz? Kenapa dia berjalan dengan perempuan tu? Perempuan tu siapa?
Izz yang sedang berjalan ke arah tangga untuk ke Pejabat dipandang tidak berkelip.
Dia tunjukkan jalan dekat perempuan tu kot.
TBC
Nah author bagi sikit apa yang jadi next chap.Hahahah
Dalam perjalanan ke bilik pengawas,tiba-tiba seseorang menegurku.Eh?
"Erm hai.Nak tanya..bilik guru dekat mana?" Soal seorang pelajar perempuan dengan senyuman kecil di bibirnya.
"Bilik guru dekat hujung tu" Jariku ditunding ke arah bilik guru.Pelajar perempuan itu mengangguk.
"Pelajar baru?" Aku memandangnya dengan kening sebelah terangkat.Pelajar perempuan itu sekali lagi mengangguk.
"Izara Dahlia.4 Emerald" Izara tersenyum lalu membaca nametagku.
"Ayreen Qaisara.Nice name,pretty" Puji Izara sebelum tergelak kecil bersama denganku.Budak ni comel dan mata dia..macam Izz.
"Erm..I got to go.Bye akak"
Kerutan di dahiku terbentuk selepas Izara meninggalkan aku dan berjalan ke arah bilik guru.
Akak? Macam mana dia tahu aku tua setahun daripada dia? Aku tak cakap pun aku dari tingkatan berapa.Kalau nak cakap dia tengok pin Penolong Ketua Pengawas,tak ada pula sebab pin tu belum dapat lagi.
Tanpa aku sedar,dari jauh Izara tersenyum sinis memandangku.
".........." Izara terus masuk ke dalam bilik guru.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro