MHP 23
Eliana's POV
Badan dihempaskan di atas lantai.
Eh! Atas katil.Retak tulang aku nanti kalau atas lantai.
Mesej daripada Ammar sekali lagi dibaca dengan kerutan di dahi.
Ammar Monyet 🐵
Jom pergi mall
"Dia ni demam ke apa? Tiba-tiba ajak keluar" Soalku sendiri.Kenapa bukan Danish yang ajak keluar?
Aip Eli! Kau kena support Ayreen dengan Danish.Buang perasaan kau dekat Danish.Buang! Buang! Buang!
Kalau aku dengan Izz sesuai tak? Mamat tu pun boleh tahan hensem.Ammar pun boleh tahan.Ahh! Gatal gila aku ni!
Tapi,Izz tu sweet talker lah.
Aku terus menukar posisi baring kepada duduk.Nak keluar ke dengan Ammar?
Baju blouse hitam dan shawl berwarna maroon diambil dan dikenakan dengan skinny jeans berwarna hitam.
Usai bersiap, perfume dicapai lalu disembur pada badan.Lip balm juga dioles pada bibir.
Tok! tok!
"Akak,boyfriend dah sampai" Kepala adikku iaitu Elisya Izlin tersembul di pintu bilik.Eh,eh! Akak kau ni tak ada boyfriend okay! Aku sekel jugak kepala budak ni.
"Memandai kau je cakap tu boyfriend akak." Aku menjeling.Elisya tersengih lalu membuat peace.
Aku terus turun ke tingkat bawah.Tangan ibu disalam sebelum aku melangkah keluar dari rumah.Kasut disarung kemudian aku masuk ke dalam perut kereta Nissan GTR milik Ammar.
"Lambat" Tutur Ammar setelah aku masuk ke dalam kereta.Eleh! berapa minit je lambat.Bukan satu jam.Poyo je lebih.
• • •
Ayreen's POV
Kepala yang tidak gatal sekali lagi digaru.Kenapa Izz dengan Danish tu? Tadi dekat kelas, Izz jeling Danish dan Danish pun jeling Izz.
Bila aku tanya kenapa diorang macam tu,Danish diam.Izz pula jawab 'tak ada apa-apa' .
Pelik betul diorang ni.
Ting!
Danish Poyo
Reen,teman aku harini.
Keningku bertaut.Kenapa tak ajak Emisha tu?
Ting!
Danish Poyo
Kalau kau tak nak...
Aku datang rumah kau.
"Eee! Nak main ugut pulak" Bibirku dicebik kecil.Dia siapa hah nak main ugut aku?
Ting!
Izz🐣
Hai Ayreen.Pergi skate nak?
"Woowoo! Tadi Danish.Lepastu sekarang Izz?" Dahi diketuk menggunakan handphone.
Keluhan kecil dilepaskan.Mesej Izz dibiarkan dahulu.Jariku laju membuka semula mesej daripada Danish.
You
Ergh! tak payah nak ugut.Ambik aku kat rumah.
Danish Poyo
Ok sayang.Tunggu abang tau😘😒
"Jijiks!" Handphone diletakkan di atas katil sebelum aku bangun untuk bersiap.
Satu lagi jarum diletakkan.Selepas itu,aku memandang diriku di biasan cermin.Shawl putih yang dikenakan pada kepala dipandang dengan senyuman kecil.
"Sara nak keluar dengan siapa?" Soal mama yang muncul tiba-tiba.Terkejut aku.
"Danish Izmeer" Jawabku lalu screen handphone dipandang.Kaki pula laju menuruni tangga rumah.Aku dah nampak mama tengah senyum mengejek.
"Uhuk uhuk! Sara ada hubungan apa-apa ke dengan anak aunty Adhia tu?" Sengaja mama menyoal.Bibirku dicebik kecil.Mama ni!
"Eh! Sara belum lupa pasal deal kita dulu eh." Aku tersenyum.
Pon pon!
Mama membuka pintu utama rumah.Pagar pula dituju lalu dibuka.Mataku disapa oleh sebuah kereta BMW yang berhenti di hadapan rumah.
Danish keluar dari kereta kemudian tersenyum manis ke arah mama.
Tangan mama aku salam.Pintu kereta dibuka sebelum aku masuk ke dalam perut kereta BMW milik Danish.
Awkward?
Yes! Itu suasana yang aku dapat gambarkan dalam kereta sekarang.Kami berdua senyap.Tak ada apa yang nak dibual.
"Kenapa kau tiba-tiba ajak aku keluar?" Soalku memecah kesunyian.Nak diam je buat apa? Bosan tahu tak bosan?
"Sebab kau tak datang taman semalam." Balasnya dingin.Aku mencebik.Fikir aku kisah ke?
Untuk minggu ni, dah dua kali aku datang IOI City Mall ni.Tak ada tempat lain ke?
Danish terus menarikku masuk ke dalam Starbucks.Eh
"Order lah.Aku belanja" Aku mengangguk lalu memesan air.
Dari jauh, aku ternampak Izz Daniel di dalam sebuah Kafe yang berdekatan dengan Starbucks.Dia tengah tunggu sesiapa ke?
Kalau dia tunggu aku, aku dah cakap dekat dia yang aku ada hal.Jadi tak boleh keluar skate dengan dia.
Setelah air yang dipesan siap, Danish terus mengajakku untuk bermain ice skate tetapi aku hanya diam.Langsung tiada respon.Hanya mata yang berkelip beberapa kali sambil memandang Danish.
Kasut skate disarung pada kaki, aku masih mendiamkan diri dan terduduk kaku.Mata pula memandang ice rink di hadapan sehinggalah Danish memandangku pelik.
"Kau kenapa? Dah macam batu je aku tengok " Soal Danish hairan.Kepala aku geleng sebagai balasan soalan Danish.Gloves disarung pada tangan lalu aku bangun dan berjalan ke ice rink.
Er,macam mana nak cakap ni? Nak cakap ke? Malu lah.
Nak cakap ke?
Nak cakap ke?
"Ayreen? Kau tercegat apa lagi kat situ?" Pandanganku beralih ke arah Danish yang sudah berdiri di atas ice rink.Aku pula masih terkial-kial untuk berdiri di atas ais itu.
"Tak reti nak skate cakaplah." Danish tersenyum sinis.Kepalaku digaru.Eh dia ni.Dah nampak aku tak reti tu tolong lah aku! Nak senyum herot pula.Baik aku datang dengan Izz je tadi.Datang dengan Danish ni buat sakit hati je! Benci!
Sedang sibuk aku membebel sendiri, Danish memegang tanganku erat lalu menarikku ke tengah gelanggang ais.
"Danish!" Jeritku perlahan.
"Kau ni jangan lah jadi batu je.Lembutkan lah sikit badan tu" Tegur Danish.Pegangan tangan dieratkan.Dia mengajarku untuk mengimbangkan badan bagi tidak terjatuh.
"So now, kau duduk sini." Arah Danish sebelum dia meninggalkanku.Dahiku berkerut.Janganlah tinggal aku!
"Ayreen!" Panggil Danish.Aku memandang Danish yang berdiri sedikit jauh di hadapan.Apa dia nak aku buat ni?
"Aku nak kau datang dekat aku!" Arahnya.Mataku terbuntang luas.Kalau aku jatuh macam mana?
"No excuse, Ayreen Qaisara!" Tambahnya membuatkan aku mengeluh.Aku bergerak sedikit ke hadapan.Mata tepat memandang ke arah Danish.
Kelihatan Danish mengenyitkan sebelah matanya.Aku terus memandang ke belakang.Tak ada siapa-siapa pun kat belakang aku. Dia buat wink dekat aku ke?
Sampai sahaja di tempat Danish berdiri, aku terus memegang lengannya. Memegang? Aku rasa sekarang ni lebih kepada mencengkam lengan dia.
"Pandai jugak kau main." Aku menjeling Danish lalu tersenyum.Tengoklah siapa yang ajarkan.Instafamous uhuk 'hensem' kan?
Pujian daripada Danish tadi membuatkan tanganku melepaskan pegangan pada lengan Danish dan..
Bukk!
Aduh! Sakit bontot aku.
Tu lah kau Ayreen.Mentang-mentang kena puji dah pandai main, terus jadi berlagak.
Aku mendongak untuk memandang Danish.Dia hanya memandangku sambil tersenyum nipis lalu menggeleng. Eh tolonglah aku bangun!
Danish menghulurkan tangannya untuk membantu aku berdiri.Laju tangan Danish disambut olehku lalu aku memegang tangannya erat.Aku tak nak jatuh lagi. Buat malu je orang tengok bila terjatuh macam nangka busuk.
"Dah lah jom" Danish menarikku keluar dari gelanggang.Alah! nak balik dah ke?
"Danish..." Panggilku meleret.Danish Izmeer menoleh dan memandangku. Sebelah keningnya diangkat.Aku tersenyum manis.
"Thanks ajarkan aku main. " Danish membalas senyumanku sebelum dia menganggukkan kepala.Dia ni tak reti nak bercakap dah ke? Ke dah bisu? Sumbat kasut skate ni dalam mulut dia nanti baru tahu.
"Danish..aku nak aiskrim" Lelaki yang berdiri di sebelahku itu tergelak kecil.Aku buat lawak ke?
"Kau ni mintak aiskrim macam budak kecik.Comel." Aku terdiam.Ikhlas ke dia cakap aku comel?
"Nak pergi Baskin Robbins?" Danish menyoal.
"Kau belanja?" Jariku ditunding ke arah Danish. Dia menggulingkan bola mata kemudian menganggukkan kepala. Muahaha!
Danish's POV
Kepalaku ditongkat menggunakan tangan.Ayreen yang sibuk menikmati aiskrim itu dipandang tidak berkelip.
Sebenarnya aku dah lama sedar yang ada orang memerhatikan kami dari jauh.
Dari tempat skate, sampai dekat sini.Cuma aku sengaja buat-buat tak nampak orang tu.
Readers rasa siapa orang tu?Senang je kot jawapan dia.Boleh tahan cliche.But ya, itu
lah jawapan dia.
Perlu ke aku bagitahu dekat Ayreen pasal apa yang arwah Farhan suruh?
TBC
Author tengok comment ada jugak yang #TeamIzz ni.#TeamDanish mana?munculkan diri,please 😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro