MHP 21
Aku melangkah masuk ke dalam bilik guru lalu kaki diaturkan ke arah tempat cikgu Suraya.Buku-buku latihan pelajar 5 Emerald diletakkan di atas meja setelah guru itu meminta untuk menghantar buku-buku latihan itu di atas mejanya.
Usai itu,aku terus berjalan keluar dari bilik guru.Ehh jap..
Kepalaku menoleh ke arah seseorang yang juga ingin keluar dari bilik guru.
Fuh, mamat tu ke?
"Hai" Sapa nya mesra membuatkan bibirku mengukir senyuman manis.Eh eh! Dia tegur aku lah.
"Kelas 5 Emerald dekat blok mana ya?" Soalnya dengan kening sebelah terangkat.
"Nak pergi kelas tu ke? Sebab tu kelas saya." Amboi amboi Ayreen.Sejak bila kau rajin nak bersaya bagai ni?
"Erm,yup..Kelas saya kat situ." Dia tersenyum.Wahh jangan senyum sampai Ayreen cair. #MasukkanSayaDalamPetiAis
"Ouh ok.By the way,nama awak apa?" Aku mula mengutarakan soalan sambil berjalan beriringan dengannya untuk ke kelas.
"Izz Daniel.Panggil Izz je.Nama awak?"
"Nama saya Ayreen Qaisara.Panggil Ayreen atau Reen." Jawabku sopan.Dia mengangguk kemudian sekali lagi tersenyum.Fuh! Kenapa senyuman manis dia ni murah sangat?!
"Cantik nama.Macam orang dia." Pujinya membuatkan pipi ku mula berona merah.Aku nak menyorok dekat dalam pasu bunga mama boleh?
"Alah, comelnya bila blushing." Aku memandangnya.Adoi dia nampak ke?
Sampai sahaja di hadapan kelas 5 Emerald,aku melihat cikgu Iwan yang sedang sibuk menerang apa yang diajar.Yang tertanya tu,5 Emerald ni kelas Sains Tulen.
Cikgu Iwan memandangku.Aku terus masuk ke dalam kelas.
"Pelajar baru?" Soal cikgu Iwan kepada Izz membuatkan lelaki itu menganggukkan kepala.Cikgu Iwan memanggil Izz masuk ke dalam kelas lalu disuruh mengenalkan diri.
"Hai,nama aku Izz Daniel bin Farid.Panggil aku Izz je." Dia tersenyum sebelum duduk di tempat duduk yang kosong.
"Lebar kau senyum dekat dia" Danish memandangku.Aku yang mendengar ayatnya itu hanya diam.Malas nak bercakap dengan dia.
"Eleh! Mentang-mentang budak baru tu hensem.Lebar lah eh senyum kau" Tambah Danish dengan nada sinis.
"Bisinglah kau" Jelingan diberikan kepada Danish.Danish pula mengguling biji matanya.
"Menyampah" Gumam Danish.
• • •
Kringgg
Loceng menandakan waktu pulang kedengaran.Kebanyakan pelajar mula menyimpan barang masing-masing untuk pulang ke rumah.
Kecuali Ayreen Qaisara.Aku kena bertugas harini memandangkan pagi tadi aku tak bertugas mengemas kelas.
Sedang sibuk aku menyapu,suara seseorang menyapa gegendang telingaku.Automatik aku mengangkat kepala dan memandang figura yang memanggilku.
"Hai" Sapa Izz.Aku membalas sapaannya lalu tersenyum manis.
"Awak ni..jangan lah senyum manis sangat.Nanti saya jatuh...." Ayatnya sengaja digantungkan.
"...cinta" Sambung Izz membuatkan aku tergelak kecil sebelum menggeleng.Macam-macam lah dia ni.
"Awak..nah" Tangannya menghulurkan sehelai kertas kecil.Aku memandang kertas kecil yang dihulurkannya itu lama kemudian kertas itu bertukar tangan.
"Ni nombor telefon saya.Nanti awak mesej saya tau.Boleh kenal"
"Kenapa tak balik lagi?" Soalku hairan.Semua orang dah balik.Kenapa dia tunggu dalam kelas lagi?
"Tunggu awak.Takkan nak biarkan awak sorang-sorang"
Bagi aku,dia ni baik.Bukan macam Danish.Aku tak cari pasal dengan dia,tiba-tiba dia nak cari pasal.
Selepas beberapa minit menyapu segala sampah di dalam kelas,beg dicapai kemudian kaki diaturkan keluar dari kelas diikuti Izz.
Danish's POV
Mataku memandang Ayreen Qaisara yang baru sahaja keluar dari kelas.Dia yang berjalan beriringan dengan pelajar baru itu membuatkan aku melepaskan keluhan kecil.
Izz tu boleh pula dia layan baik-baik.
Aku?
Ish! kau dah kenapa Danish?Biarkan je lah mak cik tu nak baik dengan siapa pun.
Jam ditangan dipandang sekilas sebelum aku keluar dari kelas 5 Sapphire.Apa?Aku menyorok dalam kelas ni.
• • •
Selesai sahaja membersihkan diri,aku terus duduk di atas katil.Handphone dicapai lalu nombor Izz disimpan.Mesej juga dihantar.
Ting!
Fuh, laju betul dia reply.
Izz
Waalaikumsalam.Hai Ayreen😄
Buat apa tu?
You
Tak buat apa2 pun☺️
Izz
Ouh k..Dah mandi?😂
You
Soalan ni😂
Dah
Izz
Haha..tanya sebab bau wangi sampai dekat rumah saya.
You
Eii ada2 je dia ni
Izz
Ada boyfriend dh ke?
You
Kalau boy (friend) ada lah
Izz
Awak ni🌚
You
Ahah betul la.
Tak ada
Izz
Betul ni?
You
Ye.Kenapa?
Izz
Tak ada apa2.Takut nanti awak kena kebas dengan orang lain.
Saya pulak yang melepas😆
You
Ehh..melalut pulak dia ni
Ok lah bye.Reen nak tidur
Izz
Bye..sweet dream
Aku terus menutup aplikasi Whatsapp.Senyuman kecil terukir di bibir.
• • •
8:00 AM
Kaki memijak anak tangga untuk turun ke tingkat bawah.Papa dan mama yang sedang bersarapan itu dituju.Along? Dia dah terbang ke luar negara.Sambung belajar lah katakan.
"Morning papa,mama" Kerusi aku tarik lalu punggung dilabuhkan.Nasi goreng kampung dan teh susu diambil.
"Erm,Sara nak keluar pergi taman tasik boleh tak?" Papa dan mama memandangku.Papa mengangguk membuatkan aku tersenyum.
"Ada apa kat situ?" Soal mama.
"Eli,Siti and Izzah ajak jogging" Jawabku lalu menyuap satu sudu nasi goreng ke dalam mulut.Mama mengangguk.
"Ada lelaki?" Mama tersenyum nakal.Eh mama ni lah.Menyempat pula tanya soalan macam tu.
Kepalaku digeleng tanda tiada.Nak ajak siapa? Lagipun buat apa nak ajak lelaki.
Hampir dua puluh lima minit aku bersarapan. Pinggan dan cawan diangkat kemudian dibawa ke dapur untuk dibasuh.
"Sara pergi dulu eh.Bye bye!" Tangan mama dan papa aku salam sebelum kaki diaturkan keluar dari rumah.Kasut Nike roshe run diambil lalu disarung.Taman tasik dekat je dengan rumah.
Tiba sahaja di taman,mataku disapa oleh Eliana dan Izzah yang sedang berborak.
"Wuit! Siti tak sampai lagi?" Soalanku membuatkan Eliana menggeleng.Lambat pula dia ni.Rumah dekat je.
Rumah dekat?
Tiba-tiba aku teringat kan sesuatu....
Kucing aku tak ambil lagi dekat rumah Danish!
"Yow yow! Marilah kita mulakan aktiviti membakar lemak!" Suara Siti menyentakkan aku,Izzah dan Eliana.Serentak kami menoleh ke arah gadis itu.Tak ada angin,tak ada ribut,tiba-tiba dengar suara dia.
Setelah tujuh pusingan berjogging keliling tasik,kami duduk di atas kerusi kayu yang diletakkan berhadapan dengan tasik.Penat weh!
"Weh,aku nak beli air jap.Ha Reen! teman aku. " Eliana menarik lenganku untuk bangun kemudian kami berjalan beriringan ke arah vending machine yang disediakan.
Sementara menunggu Eliana memilih airnya,mataku memandang sekeliling taman dan ya!
Jodoh ke apa jumpa kat sini? Muehehe.
Ei, tolong lah Ayreen! Gedik!
Aku memandang figura seseorang yang tersenyum manis ke arah ku.Haih Izz ni,memang setiap hari kerja dia cairkan aku ke?
"Hai" Sapa Izz mesra.
"Hai"
"Datang dengan Eliana je ke?" Soal Izz.Kepalaku digeleng sebagai balasan soalannya.
"Dengan Siti and Izzah" Izz mengangguk.Dia tersenyum ke arah Eliana yang memandangnya.
"Dah berapa round?" Soalan lain pula ditujukan kepadaku.Aku mengeluarkan tujuh jari yang menunjukkan tujuh pusingan.
"Rajin awak jogging eh.Patutlah badan slim" Automatik aku terdiam apabila mendengar pujiannya.Pipiku pula mula membahang.Sebenarnya,tahun ni baru dua kali aku datang jogging.Ter-rajin nak jogging harini pun sebab Eliana paksa ikut.
"Erm,kitaorang pergi dulu eh?" Eliana tersenyum nipis.Sekali lagi dia menarik lenganku meninggalkan Izz.
"Bye Izz!" Tangan dilambai ke arah Izz sambil tersenyum manis.
• • •
Petang itu,aku ke rumah aunty Adhia untuk mengambil Milo yang dirindui.Ceh!
Loceng rumahnya ditekan.Mataku memandang satu figura yang membuka pintu rumah.Abang Danish kot.
"Sara eh?" Dia menyoal dengan kening sebelah terangkat.Aku mengangguk kecil.Abang kepada Danish tersenyum lalu menjemputku masuk ke dalam rumah.
"Sara! datang tak bagitahu" Aunty Adhia tersenyum.
"Hehe.Nak ambil Milo." Senyuman Aunty Adhia dibalas.
"Eh! aunty dah cakap dekat mama yang aunty tak nak susahkan Sara untuk datang ambil Milo. Ke rindu dekat Milo?" Soalan aunty Adhia membuatkan aku sekali lagi tersenyum.Rindu tu memang rindu.Tapi anak aunty tu yang suruh ambil.
"Er, Sara rindu Milo..tu lah Sara datang.Hehe" Jawabku.Takkan nak jawab mamat mulut puaka tu suruh kot.
"Ouh ok.Jap eh" Aunty Adhia bangun dan berjalan keluar dari rumah.Mataku memandang setiap inci ruang tamu rumah.Cantik!
"Nah" Milo diletakkan di atas ribaku.Huwah! Anakkuuu.
"Thanks sebab jagakan Milo" Aku tersenyum manis.Seseorang yang turun daripada tangga membuatkan mata ku beralih ke arahnya.
Ouh.Danish Izmeer.
Dia yang perasan kehadiranku itu turut memandangku dengan pandangan dingin.Aku mengerutkan dahi.Apa masalah dia tu?
"Sara nak aunty buatkan air?" Kepalaku digeleng laju.Bukan apa,tak nak lah lama-lama kat sini.Segan.
Lagi satu,seram pula aku tengok Danish.
Aku meminta diri untuk pulang setelah berbual kosong dengan aunty Adhia.Milo dipengang erat.Rindu!
Aku juga perasan yang ada seseorang memerhatikan aku dari jauh.Tapi,apa aku kisah.
Ye ye lah kau Ayreen.Tak kisah konon! Padahal jantung tengah dup dap sebab takut.
TBC
Sorry lambat update 🙏🏻😂
So,korang pilih yang mana?
#TeamDanish
Or
#TeamIzz
Promote🌸
Girl In The House
worldwide_kim
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro