Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 20

Danish's POV

Punggung dilabuhkan di tepi kolam renang rumah sebelum aku melepaskan keluhan kecil.Dah lah tadi banyak kali kena kacau dengan kucing Ayreen tu.

Aku bukan apa,cuma aku ada ailurophobia.

"Danish nak kucing yang macam mana?" Soal Datin Adhia.

"Nish nak ucing yang anyak ulu (banyak bulu/bulu tebal lah)" Jawab seorang budak kecil yang baru mencecah tiga tahun itu.

"Hahaha.Banyak bulu? Nanti mummy belikan kucing macam tu" Jawapan Datin Adhia membuatkan anak kecil itu atau namanya Danish bersorak gembira.

Seminggu selepas itu, Danish seharian bermain dengan kucingnya yang dinamakan Jerry.

"Auchh!!Jerryyy sakitlahhh!!" Jerit Danish.Tangannya yang digigit Jerry ditarik lalu dia menangis.

"Danish tak suka Jerry!" Datin Adhia yang mendengar jeritan itu terus ke ruang tamu.Dia meluru ke arah Danish yang sedang menangis kemudian ubat diambil untuk disapu di tangan kecil milik Danish.

Selepas dua hari..

Danish semakin menjauhkan dirinya dengan Jerry.Dia pernah cakap dekat Datin Adhia..

'Mummy,buang Jerry tu.Jerry tu jahat! Dia gigit Nish!'

Danish berjalan dan duduk di tepi kolam rumahnya.Tiba- tiba,Jerry melompat ke belakang badan yang kecil milik Danish membuatkan badan kecil itu hilang imbangan dan terjatuh ke dalam kolam renang yang agak dalam.

Dan sejak itu lah, aku ada ailurophobia.

Mungkin korang rasa aku dah besar, jadi tak payah nak takut dengan kucing.

Tapi bagi aku susah nak hilangkan phobia.

Apa benda yang berbulu dekat kaki ni?!

Perlahan-lahan aku menunduk ke bawah,mata pula memandang seekor kucing berwarna putih yang bersih itu.Nak lari ke? Nanti dia kejar macam mana?

Dan akhirnya,aku hanya berdiri tegak di situ.Langsung tidak bergerak.Dah macam patung duh!

Meow!

"Danish,kuicng ni bukannya nak bunuh kamu pun." Mummy tergelak.Mataku automatik memandang mummy dengan pandangan tidak berpuas hati.Sengaja ke apa?

• • •

Back to Ayreen's POV

Keluhan dilepaskan.Mata pula masih memandang tempat tidur Milo di dalam bilik.Rindu nak main dengan Milo!

Aku menukar posisi baring kepada meniarap di atas katil.Nak buat apa eh? Kerja sekolah semua dah siap.

Aku sekali lagi mengeluh.Bosan!

Handphone milikku dicapai lalu aplikasi Whatsapp dibuka.Mesej daripada nombor yang tidak dikenali ditekan.Siapa ni?

+60 123456786
Hai awak

You
Hye? 🌚
Do i know you?

+60 123456786
Saya peminat awak 😍

You
Erk

+60 123456786
Awak crush saya.
Nama saya Aiman
Form 3

You
Oh ok.
Terima kasih kenalkan diri even tak disuruh 😓

+60 123456786
Sama ii 😍
Awak busy ke?

Bola mata diguling ke atas sebelum nombor yang tidak dikenali itu di'block'.Haih! Mana lah agaknya dia dapat nombor aku.

Handphone ditaruh di atas meja lampu.Aku terus bangun kemudian melangkah keluar dari bilik.

• • •

Aku yang bertugas untuk menjaga barisan pelajar tingkatan 1 melepaskan keluhan.Tekak ni dah sakit nak suruh diorang senyap.Masa cikgu tengah bagi ucapan pun sempat lagi diorang nak bising.Tahu tak menganggu orang lain yang nak dengar ucapan cikgu?!

"Korang diam boleh tak?! Nak membawang tu lain kali je lah!" Suaraku meninggi.Hah! Korang panggil aku cik pengawas singa kan? Setakat panggil je apa guna,kena lah tahu perangai singa tu macam mana.

Serta-merta semua pelajar SMK Damai diam.Eh! Aku marah budak tingkatan 1 je.

"Er,terima kasih ye Ayreen" Cikgu Rusdi yang masih belum menghabiskan ucapan tersenyum ke arahku memandangkan semua pelajar SMK Damai sekarang sudah menumpukan perhatian seratus peratus ke arahnya dek kerana tengkingan aku tadi.

Habis sahaja perhimpunan pagi,semua diarahkan masuk ke dalam kelas.Baru sahaja aku ingin memijak anak tangga,seseorang menarik lenganku dan membawaku ke belakang blok sekolah.Apa masalah ni?!

"Kau nak apa?" Soalku sambil mengerutkan dahi.Tak lah,cakap terus tak boleh ke? Nak tarik-tarik orang pula.Nasib harini pakai baju sukan.Kalau pakai baju sekolah,sah koyak kain tu.

"Petang ni datang rumah aku boleh?" Aku memandang Danish pelik.Kenapa dia ni?

"Untu-"

"Aku nak kahwin dengan kau,jadi aku nak bawa kau jumpa parent aku." Jawab Danish selamba badak taik ayam dia.

"Kau ni elok elok lah! Main-main pula." Jelingan tajam dihadiahkan kepadanya.Dah la tiba-tiba suruh orang datang rumah, lepastu nak buat lawak hambar pula kat sini.

"Err,ambil kucing kau balik."

"Tapi kan,mama aku cakap nanti mummy kau yang nak hantarkan Milo." Kening sebelah dijongket ke atas.Danish pula sudah menggarukan kepalanya.

"Aih! Kau datang je la.Rumah kau dekat je kan dengan rumah aku?" Kepalaku diangguk kecil.Rumah Danish dekat taman sebelah.Jadi,tak ada lah jauh sangat.

"Kau takut dengan Milo eh?" Soalan yang keluar daripada mulutku membuatkan lelaki di hadapan aku ini diam beberapa saat.Hahahah! Betul lah tu.

"Mana kau tahu?" Soalanku tadi dibalas dengan soalan daripada Danish.

"Mama aku tengok kau macam takut dengan Milo." Danish menggulingkan biji matanya.Kalau malu tu cakap la!

"Aku ada ailurophobia." Terangnya.

"Air liuro fobia?" Dahi dikerutkan.Apa air liur-air liur ni?

Danish menepuk dahinya lalu menggeleng kecil.Mungkin dia penat bercakap dengan manusia yang comel macam aku ni.Ahaks!

"Ai.Lu.Ro.Phobia la sayang." Sebut Danish satu persatu sebelum dirinya kaku.

"Apa sa?" Soalku semula.Aku tak salah dengar kan tadi?

"Tak ada apa-apa lah.Dah! Jom masuk kelas." Danish sedaya-upaya melarikan anak matanya daripada bertembung dengan mataku. Dia berjalan meninggalkan aku yang terkebil-kebil.

Kaki melangkah masuk ke dalam kelas lalu aku menghela nafas lega.Fuh! Nasib cikgu tak masuk kelas lagi.

"Lambat pula kau masuk kelas." Eliana memandangku yang baru ingin duduk di atas kerusi.

"Ouh ya! Dengar cerita Cikgu Razali cakap nak buat camping.Wah! bestnya." Pandanganku dialihkan ke arah Eliana Izzati di hadapan.Camping? Lama betul rasanya tak berkhemah.

"Bila?" Ammar tiba-tiba menyampuk.Matanya memandang ke arah Eliana kemudian beralih ke arahku.

"Entah lah.Tak tahu pula bila.Eh! Sibuk lah kau ni." Eliana menjeling Ammar tetapi lelaki itu tidak menghiraukan jelingannya.Pandangannya sekarang hanya tertumpu ke arahku membuatkan aku mengangkat sebelah kening.

"Nanti kau dapat jawatan Misha kan?" Jari Ammar ditunding ke arahku.Aku mengangguk menandakan 'Ya' .Mana dia tahu? Setahu aku lah, aku dengan Danish je yang tahu pasal ni.

"Ouh okay.Baguslah.Tapi nanti kau jangan lah asyik nak arah orang je macam si Misha tu." Kata Ammar selamba.Eh eh mamat ni.Dia ingat kalau aku dapat jawatan tu,aku duduk goyang kaki lepastu arah orang je? Kuch-kuch hotak kau!

Cikgu sejarah masuk ke dalam kelas membuatkan semua pelajar duduk di tempat masing-masing.

"Keluarkan buku teks dan kerja rumah yang saya bagi." Arahnya.Aku mengeluarkan buku teks dan buku latihan dari dalam beg.Danish disebelah dikerling.

"Apa tengok-tengok?" Danish menjeling. Eh! Dia perasan ke?

"Siapa nak tengok kau? Buat sakit mata je. Dah la acah hensem,otak senget pula tu."

"Kau tu acah pandai."

"Acah pandai? Eh! Aku memang pandai pun. Ada masalah? " Biji mata diguling.Aduh Ayreen! Memang dari dulu kuat perasan.

"Pandai eh? Maksud I dont know dalam Bahasa Inggeris apa?"

"Saya tak tahu"

"Kau kata kau pandai. Takkan tu pun tak tahu?" Mataku terbuntang luas.

"Memang maksud dia saya tak tahu.Kau sebenarnya sengaja nak kenakan aku.Kan?" Jelingan diberikan ke arah Danish yang sedang tersenyum sinis. Sah! Memang dia sengaja.

"Ayreen,Danish..Pergi berdiri dekat luar kelas sekarang." Kami berdua terdiam kemudian cikgu yang berdiri di hadapan kelas dipandang tidak berkelip.Cikgu suruh aku dengan Danish berdiri dekat luar kelas kan tadi?

"Ni semua kau punya pasal!" Aku menoleh ke arah Danish yang berdiri di sebelahku di luar kelas.

"Excuse me? Yang kau kuat perasan dah kenapa?!" Balasku geram.

"Ingat aku tak nampak kau pandang aku? Ergh! Tak pasal-pasal aku kena berdiri dekat sini" Ayat Danish diajuk olehku.Mataku beralih ke arah satu figura yang baru keluar daripada Pejabat sekolah. Hensemnya!

Budak baru ke?

Pelajar baru itu yang perasan aku memandang ke arahnya terus memandangku.Senyuman manis dia berikan kepadaku. Hensem weh!

Mata kau tu memang suka tengok anak teruna orang eh?" Danish tiba-tiba bersuara.

"Suka hati aku lah." Jelingan dilemparkan.

"Ikut kau lah.Menyampah betul dengan kau" Danish membalas jelinganku.Eh! Dia nak sibuk dah kenapa?

TBC

Maaf kalau hambar.

Siapa budak baru handsome tu?Hah! Next chapter ok.

Btw,tq sangat for yang baca story ni.Huwah 💜🦄

Gambar dekat atas tu Ayreen Qaisara 💜

P/s: If korang nak jadikan Ayreen tu diri korang sendiri and Danish tu crush korang or bf.Dipersilakan hahah

Promote

Si Stalker Girl
theoddiegirl

Try baca story dia okay 😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro