Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 19

"Danish? Tak kenal ke?" Soal mummy.Kenapa mummy panggil dia Sara sedangkan aku kena panggil dia Ayreen?

"Korang satu sekolah kan?" Soal aunty Linda pula.Aku dan Ayreen serentak menganggukkan kepala.

Aku memandang Ayreen yang duduk di sebelah aunty Linda,wajahnya betul-betul tak bermaya.

"Sara..kalau tak larat sangat pergi lah rehat.Aunty tengok Sara macam tak larat sangat dah ni."

"Eh tak apa aunty.Sara okay je." Ayreen tersenyum nipis ke arah mummy.Huh! Okay lah sangat.

"Muka pucat tu.Pergi lah rehat.Kesian aunty tengok." Ayreen mengangguk perlahan.Dia menuju ke arah dapur untuk mengeringkan tekak sebelum berlalu naik ke tingkat atas.Cara dia jalan pun dah macam zombie.

"Eh Sara! Haih lupa pula! Danish,aunty nak minta tolong boleh tak? Ambilkan bubur dekat bawah tudung saji atas meja makan tu,lepastu suruh Sara makan.Dia tak makan apa-apa lagi ." Mendengar sahaja permintaan aunty Linda,kepalaku diangguk lalu aku bangun dan menuju ke arah meja makan.Tudung saji diangkat kemudian bubur nasi diambil.Air kosong juga aku ambil untuk dibawa ke tingkat atas.Er,bilik Ayreen yang mana eh?

Sampai sahaja di tingkat dua, kelihatan seorang wanita sedang menyusun majalah di atas meja.Mungkin ni ruang tamu untuk tingkat dua.

"Cari apa ye?" Soal wanita itu.Bibik kot?

"Bilik Ayreen kat mana?" Aku memandang wanita itu yang diam beberapa saat.Eh! Kenapa dia diam?

"Ayreen? Ouh! Sara eh? Bilik dia dekat depan tu." Jarinya ditunding ke arah pintu berwarna coklat.Aku mengangguk kecil sebelum tersenyum ke arahnya.Kaki diaturkan ke arah bilik Ayreen.

Pintu dibuka perlahan.Mataku terus disapa oleh Ayreen yang sedang nyenyak tidur.Pergh! sejuk betul bilik ni.

Pandanganku beralih ke arah penghawa dingin yang dipasang.Gila ke apa bukak aircond waktu demam?

"Haih Ayreen."  Meja lampu dihampiri untuk mengambil alat kawalan jauh kemudian penghawa dingin itu ditutup olehku.

"Siapa tutup aircond ni?" Ayreen bangun.Nasib lah tudung dia tak buka lagi.

Nampak sangat dia masuk bilik lepastu terus baring atas katil.

"Kau buat apa masuk dalam bilik aku?" Soal Ayreen.Dia memandangku hairan.

"Nak suruh kau makan.Yang kau bangang sangat bukak aircond waktu demam pahal?" Aku menjeling.

"Hrm.Suka hati lah!" Balasnya sebelum menjelingku semula.Eh eh dia ni.

Back to Ayreen's POV

"Reen,makan lah." Danish menghulurkan mangkuk yang berisi bubur nasi ke arahku.Aku dah lah tengah pening.Tak ada selera nak makan pula tu.

"Kau nak aku suap?" Soal Danish dengan kening sebelahnya terangkat.Aku tidak menjawab soalannya itu.

Danish Izmeer mengambil tempat di atas katil.Matanya pula menjelingku lalu tangannya menyuakan bubur nasi kepadaku.Ei! Dia ni dah kenapa?

"Kalau kau tak nak makan,aku rosakkan meja kau kat sekolah esok.Tak payah nak mengada!" Ugut Danish.Orang dah tak nak tu,tak nak lah!

Akhirnya,aku terpaksa mengalah.Dia menyuapku sehingga suapan ke lima...

"Tak nak." Kepala digeleng kemudian aku terus baring.Aku juga terdengar keluhan daripada Danish.Eh! Kenapa dia nak mengeluh pula? Sepatutnya dia happy sebab dah tak payah nak suapkan musuh dia ni.Kan?

"Tak nak sudah.Kalau demam kau lagi teruk nanti,aku nak cakap padan muka.Semoga lambat sembuh.Bye!" Danish terus keluar dari bilik bersama dengan mangkuk bubur.Air kosong yang dibawa tadi dia tinggalkan.Huh! Kisah pula aku.

• • •

Satu persatu anak tangga dipijak untuk turun ke tingkat bawah.Bosan betul duduk rumah.

Huwah! Kalau pergi sekolah, boleh sembang,boleh gossip,boleh gaduh.

Eh! gaduh tu tak eh tak!

Aku duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.Alat kawalan jauh televisyen dicapai kemudian Astro Ceria dibuka.Ayreen still tengok Hagemaru okey!

Kalau ada Yan, mesti dia dah cop aku ni budak kecil.

"Sara nak makan apa-apa tak?" Soal mama yang baru melabuhkan punggung di sebelahku.Aku hanya menggelengkan kepala.Tak ada selera nak makan.

"Mama,Milo mana?" Dari tadi lagi aku mencari kelibat Milo.Dalam bilik pun tak ada.Haih! Jangan dia hilang sudah.Meraung aku harini,esok,dan selamanya.Ceh!

"Milo? Ouh semalam dia ikut Danish balik.Lagipun mama tengok Milo macam suka dengan Danish tu,so aunty Dhia minta nak bawa balik.Nanti aunty Dhia hantar lah Milo balik sini." Terang mama.Aku hanya mengangguk kecil.

"Erm,Danish tu takut dengan kucing ke?" Soalan mama membuatkan aku mahu tergelak.Tapi aku hanya mampu tahan.Hahahah.Takut kucing?seriouslah? AHAHAHAHAHAHA

"Seriously takut kucing? Pft! Lawak apa ni? Dah lah dia tu kerek,poyo pulak tu.Tiba-tiba takut kucing hahahahah!" Aku terus ketawa.Bolehlah bahan dia memandangkan dia takut kucing.Hikks!

"Sara ni jahat lah.Sian Danish.Nanti kalau kamu kahwin dengan dia,jangan usik dia guna kucing pula.Takut demam bakal suami kamu tu." Mama ketawa kecil.Serta-merta aku berhenti ketawa.Serious ma? Kahwin? Memang tak lah dengan mamat tu! Tak teringin langsung.Muka hensem tapi mulut puaka buat apa?

"Ei! Tak nak lah Sara dengan dia." Bibirku dicebik.Mama pula automatik tersenyum nakal.

"Elehh! Mula-mula memang tak nak.Nanti lama-lama mesti nak punya." Usik mama.

"Takkan terjadi." Kataku yakin.

"Okey mama nak tengok,kalau Sara tetap tak ada rasa suka dekat Danish,maknanya Sara menang.Tapi kalau Sara tiba-tiba terfall in love dengan dia,maksudnya mama menang.Deal ok?" Aku memandang mama dengan pandangan tidak percaya.Apakah ini?

"Ok deal." Kata putus diberi.Aku takkan suka Danish tu lah!

"Kalau mama menang,mama nak Sara belanja mama beg tangan.Okey?" Mataku terbuntang luas.Amboi!

"Tu pun kalau mama menang lah." Aku tergelak kecil.

• • •

Danish's POV

"Wuit! Kenapa diam je harini? Tak ada partner nak gaduh ke? Atau..kau rindu orang yang tengah demam tu? " Soal Ammar lalu mengangkat keningnya ke atas.Eliana yang sedang sibuk menghafal rumus terus memandang kami berdua.

"Buat apa nak rindu? Lagi bagus kalau dia tak datang.Aman hidup aku." Aku tergelak kecil.

"Eleh! Tak nak mengaku pulak." Putera Ammar menggulingkan bola matanya.

"Danish!" Pandanganku beralih ke arah figura seseorang yang masuk ke dalam kelas 5 Emerald.Aku mengerutkan dahi apabila Misha duduk di tempat kosong di sebelahku iaitu tempat duduk Ayreen.

"You nak tahu tak? Tadi I terdengar cikgu Nizam and cikgu Razali cakap yang diorang nak tukarkan jawatan I dengan orang lain.You! Kenapa nak tukar jawatan penolong ketua pengawas I tu? I tak nak jadi pengawas biasa." Adu Misha.Siapa suruh tak buat kerja sayang oi!

"Erm,mungkin sebab you tak jalankan tugas?" Teka ku walaupun aku sendiri memang dah tahu tentang pertukaran jawatan Misha kepada Ayreen.

"Mana ada! I sentiasa jalankan tugas and tanggungjawab I sebagai penolong you tau! You buatlah apa-apa bagi cikgu tak tukarkan jawatan tu.Please!" Rengek Misha.Tanganku mula menggaru kepala yang tidak gatal.

"Er,tengok lah dulu." Aku memberi kata putus membuatkan Misha sudah tersenyum lebar.

"Thanks baby.Sebab ni lah I lagi sayang you!" Senyuman plastik aku berikan.Misha terus berdiri lalu meninggalkan kelas 5 Emerald.Dia ingat aku ni orang untuk pertahankan jawatan dia ke apa?

"Weh! Kau serious lah nak halang cikgu daripada tukarkan jawatan Misha tu dekat orang lain?" Ammar yang dari tadi mendiamkan diri terus menyoal.Aku hanya menggeleng sebagai balasan soalannya itu.Buat apa aku nak halang cikgu? Walaupun dia tu girlfriend,kawan baik,adik atau kembar aku sekali pun,aku tetap takkan pilih kasih kalau dalam hal macam ni.Lagipun dia memang tak jalankan tugas dia kan? Buat apa lagi aku nak pertahankan jawatan dia tu?

"Bagus lah! Aku menyampah doh dengan Misha.Nak jawatan tapi tak pandai buat kerja.Arah orang je tau.Setakat ni,kau je yang tak pernah kena arah dengan dia.Tahu lah kau tu boyfriend kesayangan dia." Ammar membuat muka menyampah.Padan muka!

TBC

Gambar tu as Danish IzmeerHAHAH mmg muka dia je author nak ambik 🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro