Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 18

Sorry! Kalau dekat chapter ni ayat dia macam pelik 😭 Dah tak tahu nak edit macam mana 🙂🙏🏻💔

***

Tokk! tokk!

Semua mata beralih ke arah pintu kelas 5 Emerald selepas mendengar bunyi ketukan di pintu.Kelihatan seorang pelajar perempuan tingkatan 2 berdiri di luar kelas.

"Er,cikgu Nizam nak jumpa Danish dengan Ayreen dekat bilik disiplin." Aku sedikit tersentak.Bilik disiplin? Aku ada buat kesalahan apa-apa ke?

Tak payah tanya lah Ayreen.Selalu gaduh waktu cikgu mengajar tu dikira kesalahan juga kan?

Tanpa membuang masa, aku dan Danish serentak bangun dan menuju ke bilik disiplin.

Bilik Disiplin

"Saya nak jumpa kamu berdua ni sebab nak minta pendapat.Kalau saya tukarkan jawatan Misha kepada Ayreen boleh tak? Sebab saya perasan juga,Misha tu macam tak jalankan tanggungjawab dia.Dia hanya gunakan jawatan penolong ketua pengawas tu untuk mengarahkan orang sahaja.Saya selalu tengok Ayreen je yang hantarkan rekod,yang bertugas jaga pagar dan membuat rondaan blok.Sedangkan semua kerja yang Ayreen buat tu tugas Misha juga." Cikgu Nizam menggeleng kepalanya perlahan.Aku yang berdiri di sebelah Danish terus menoleh ke sebelah untuk memandang jejaka itu.

"Er,maksud cikgu..Ayreen akan gantikan Misha?" Danish mula menyoal untuk meminta kepastian.Cikgu Nizam mengangguk.

Masa mula-mula suruh aku jadi pengawas pun aku tak nak.Ini pula suruh jadi penolong ketua pengawas.Lagi lah aku tak nak!

"Boleh kan Ayreen?" Mata cikgu Nizam beralih ke arahku begitu juga dengan Danish.Aku hanya mendiamkan diri.Kau boleh ke Ayreen? Boleh ke? Boleh ke?

"Saya tahu kamu dengan Danish ni selalu jadi bualan guru-guru.Tapi saya tetap juga nak ambil kamu sebab saya nampak,kamu seorang yang berpotensi tinggi.Lagipun sejak kamu berada di sekolah rendah kan kamu dah diajar untuk menjadi seorang pengawas yang berguna?" Aku mengeluh dalam diam lalu mengangguk lemah.Mana lah cikgu Nizam ni tahu yang masa sekolah rendah dulu aku ni pengawas sekolah?

"Jadi,tak mustahil yang kamu boleh bawa jawatan penolong ketua tu." Cikgu Nizam tersenyum ke arahku.Dia sedaya-upaya memujukku untuk menerima jawatan yang dipegang oleh Misha sekarang.

"Ye lah.Saya setuju." Senyuman nipis dilemparkan.

"Bagus! Nanti saya adakan mesyuarat untuk pengawas.Kalau dah tak ada apa-apa nak tanya,korang balik kelas sekarang." Aku dan Danish mengucapkan terima kasih kepada cikgu Nizam sebelum kami berdua keluar dari bilik disiplin.

"So now? Kau sanggup?" Danish memandangku dengan pandangan redup.

Tanpa menoleh ke arah Danish,aku hanya mengangkat bahu dengan malas tanda tidak tahu.

"Tak ada mulut dah ke mak cik?" Soalnya.Aku memandang Danish kemudian bola mata diguling ke atas.Kaki ku terus melangkah meninggalkannya.Tak larat nak layan!

"Takkan dia marah sebab aku post gambar dia sampai kena kecam?" Gumam Danish.Dahinya dikerut tanda hairan.

• • •

Danish's POV

Aku memandang setiap perkataan yang ditulis di papan putih dengan pandangan kosong.Fokusku di dalam kelas serta merta terganggu.

Kenapa terganggu? Entah lah.

Ayreen Qaisara yang duduk disebelahku dipandang.Dari tadi dia letak kepala dia atas meja beralaskan tangan.Muka pula disembamkan.Tadi aku perasan la juga, muka dia pucat sikit.Kalau aku cari gaduh, dia cuma jeling je tak pun dia buat tak tahu.

Bosan doh!

Aku menulis sesuatu pada satu kertas kemudian kertas itu digumpal dan dilempar ke arah Eliana yang sedang menongkat kepalanya menggunakan tangan.

Eliana memandangku selepas kertas itu tepat terkena pada lengannya.Kertas yang digumpal itu diambilnya.Isi di dalam dibaca sebelum dia memandang aku semula.

Gadis itu mengeluarkan pen lalu tangannya menulis sesuatu pada kertas yang aku baling tadi.Usai itu,dia menggumpal dan melempar kertas itu ke arahku.

Ammar hanya memandang perbuatan kami berdua sebelum dia menggelengkan kepala.

Ayreen demam lah :(

Aku mengangguk perlahan. Patutlah pucat je muka.

Cikgu Suraya keluar dari kelas memandangkan masanya sudah tamat.Aku dengar cikgu Aishah tak datang,jadi lepas ni cikgu yang akan menggantikan masa cikgu Aishah yang masuk.

Kaki ku menyepak kerusi Ayreen dengan sengaja.Tetapi malangnya tiada respon yang diberikan.

Sekali lagi kerusinya disepak.Masih tiada respon

Last okay last.Hehehe.

Kerusi Ayreen disepak dengan kuat sehinggalah Ayreen terduduk tegak.

"Apa masalah kau?!" Ayreen memandangku.Mukanya yang pucat jelas kelihatan dan menunjukkan dia tidak sihat.Aku hanya menayangkan muka tidak bersalah ke arahnya.

"Dah tau diri tu demam pergi datang sekolah juga." Biji mata diguling ke atas kemudian kaki diaturkan keluar dari kelas.Malas tengok muka Ayreen lama-lama.Nanti tak pasal-pasal hati aku ni membuak-buak nak kesiankan dia.

Ayreen's POV

Selepas Danish berkata begitu, dia terus keluar dari kelas.Aku yang malas menghiraukan Danish terus menyembamkan muka ku semula.Apa? Aku betul-betul tak larat nak gaduh dengan dia harini.Boleh pula dia nak cari pasal dengan aku.Hergh!

Pening kepala aku dibuatnya masa marah Danish tadi.

Selepas beberapa minit, Danish masuk ke dalam kelas dan duduk di sebelahku.Tempat duduk dia dalam kelas memang kat sebelah aku kan.

Macam mana aku tahu dia dah masuk dalam kelas? Sebab bau perfume dia.Entah berapa botol dia sembur.Wangi sangat.

"Nah." Aku mengangkat kepala lalu memandang Danish yang menghulurkan plaster berubat Neobun (kalau tak tahu,cari dekat google) .

"Kau nak ke tak nak?" Dia mengerutkan dahi kemudian mengeluh apabila aku hanya memandang plaster itu dengan pandangan kosong.

Danish menggeleng,dia berdiri lalu plaster itu dikeluarkan.Apa dia nak buat?

Aku dapat rasakan plaster itu perlahan-lahan melekat di kedua-dua belah tepi kepala.Danish dipandang redup.

"Aku nak kau cepat sihat sebab aku bosan kalau tak bergaduh dengan kau." Danish bersuara.Aku hanya mampu menyembunyikan senyuman kecil.

Mulut aku masih tak boleh keluarkan suara.Kaku? Entah lah.Ada sesiapa nak jadi doktor kat sini? Tolong bagitahu aku menghidap penyakit apa sekarang ni?

• • •

"Ayreen,kau nak makan apa-apa tak?" Soal Eliana prihatin.Kepalaku digeleng tanda tidak mahu.Tak ada selera langsung nak makan.

Eliana mengangguk lalu dia,Siti dan Izzah pergi membeli makanan.

Kepala ku yang tadinya berpusing sudah berkurangan.Kenapa Danish macam ambil berat pula harini?

Aku tak suruh dia belikan plaster ni pun.Tiba-tiba je.

Tapi kan..

'Aku nak kau cepat sihat sebab aku bosan kalau tak bergaduh dengan kau.'

Walaupun ayat tu menyakitkan hati,tapi okay lah.Kadang-kadang ada sesetengah orang ni buat tak tahu je kalau musuh dia sakit.Lagi nak cari gaduh ada lah!

Aku mengeluh kecil.Plaster itu disentuh sebelum satu senyuman kecil terukir di bibir merah jambu ku.

Apa? Jangan fikir aku dah tersuka dia eh.Cuma aku bangga yang musuh aku prihatin dengan aku.Hahaha!

End Ayreen's POV

Dari jauh,Danish hanya memerhati Ayreen yang sedang memegang plaster di kepalanya itu.Senyuman kecil yang terukir di bibir Ayreen membuatkan Danish turut tersenyum.

'Such a cute kitten.'

• • •

Back to Ayreen's POV

Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah.Dengan lemah,aku baring di atas sofa kemudian mata dipejam.Mama yang berada di dapur terus meluru ke arahku.Tangannya melekap pada dahiku beberapa saat.

"Mama dah cakap kan tak payah pergi sekolah harini.Suhu badan sekarang ni lagi panas dari pagi tadi tau.Pagi tadi tak ada lah panas macam ni.Esok tak payah pergi sekolah eh? Nanti lagi teruk demam tu.Mama nak kamu cepat sembuh okay? Pergi salin baju lepastu rehat." Selepas mendengar bebelan daripada mama,aku berjalan ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Plaster tu beli kat sekolah ke?" Soal mama.

"Danish yang bagi." Jawabku lemah.Kepala menoleh ke arah mama yang sudah tersenyum mengejek.Dah agak.

"Baik kan Danish tu? Boleh buat menantu." Menantu? Aku lari dulu kalau suruh kahwin dengan Danish.

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku memandang Milo yang sedang tidur di dalam bakul yang aku letakkan bantal gebu.Beg diletakkan di sebelah meja belajar kemudian aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri.

Usai membersihkan diri, aku terus baring di atas katil.Comforter berwarna pastel purple ditarik sehingga paras bahu.Mata pula memandang kipas bilik yang berpusing dengan perlahan dan akhirnya,aku terlelap.

Danish's POV

Aku berdiri dihadapan rumah banglo tiga tingkat milik Uncle Hashim.Tak tahulah kenapa, tapi aku rasa macam pernah tengok kereta BMW tu dan nama Hashim tu macam pernah dengar.

Daddy dengan mummy yang ajak aku datang rumah uncle Hashim sekali.Diorang cakap uncle Hashim dengan aunty Linda ni kawan baik diorang.Cuma dah lama tak jumpa sebab uncle Hashim dengan aunty Linda kena pindah Johor selepas mereka berkahwin.Datang Selangor pun kadang-kadang je.

Yang aku tahu,mummy dengan aunty Linda ni berkawan sejak sekolah rendah.Masa sekolah menengah pun diorang masih tak berpisah.Bak kata mummy,diorang dua dah macam kembar la kononnya.

Dan masa diorang berada di sekolah menengah, muncul daddy dan uncle Hashim yang juga kawan rapat.Daddy dengan uncle Hashim ni memang nakal dulu.Suka ganggu mummy dengan aunty Linda.

Dari situ, bermulanya kisah cinta diorang berempat.Ceh!

"Assalamualaikum." Seorang wanita membuka pintu rumahnya selepas salam diberi.Mungkin yang buka pintu ni aunty Linda kot.

"Waalaikumussalam, Dhia!" Wanita itu berpelukan dengan mummy.Erat.

Dan aku betul-betul dapat rasa, memang dah lama sangat diorang tak berjumpa.

"Masuklah." Jemput Aunty Linda dengan senyuman manis di bibirnya.Aku mengaturkan langkah untuk masuk ke dalam rumah.Tiba-tiba, seekor kucing datang dan menggesel badannya pada kaki ku.Aduh! Kenapa ada kucing kat sini?

Erk,aku..aku..takut kucing.Hehe.

Selepas beberapa minit,Aunty Linda keluar dari dapur sambil menatang dulang manakala mummy membawa bekas yang berisi kek coklat.

"Makin hensem Danish ni." Puji Aunty Linda lalu tersenyum.Aku membalas senyumannya.Kemudian, mata aku beralih pada bingkai gambar yang elok tergantung di dinding tangga rumah.Mataku terhenti pada seorang perempuan yang memakai shawl berwarna gold di dalam gambar itu.Macam....kenal.

"Sara mana eh Linda?" Soal mummy.Sara?

"Sara ada dekat dalam bilik dia.Demam.Nanti dia turunlah tu." Jawab aunty Linda.Sara? Demam?

Wait!

Ayreen ke?

Sebab arwah Farhan pun panggil Ayreen tu 'Sara' .Kalau pasal demam pula,tadi kat sekolah si Ayreen tu demam kan? Kan?

"Ouh patutlah dari tadi tak nampak dia.Bukan apa,Dhia rindu nak tengok Sara.Mesti bertambah cantik kan sekarang.Dulu waktu kecil pun comel sangat.Asyik kena cubit je pipi tembam dia tu.Macam pau." Mummy dan aunty Linda ketawa.

Tiba-tiba,seorang perempuan yang memakai selendang berwarna hitam turun ke tingkat bawah dan menghampiri ruang tamu.Eh jap! Macam pernah tengok je dia ni.

"Hah! Turun pun." Perempuan yang dipanggil Sara itu datang ke arah aunty Linda.Mummy disalam sebelum dia tersenyum manis.

Selepas beberapa saat,perempuan itu memandang ke arahku yang turut memandangnya.

Akhirnya,kami berdua tercengang.

TBC

Yey done! Bila baca ayat dekat chapter ni,serious rasa macam tak nak update 😂 ok ke? 🌚 For me, HAMBAR .

Gambar dekat media tu Emisha Puteri

Before this guna gambar orang lain tau as Misha.Tapi baru tahu,rupanya orang yang saya guna gambar dia as Emisha tu pernah sekolah dkt sekolah author 😂🤣

Serious baru tahu HAHAH.So saya tukar gambar orang lain.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro