Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 16

Punggung dihenyak di atas kerusi kemudian mata dipejam rapat.Nafasku sudah tidak teratur.Kepala yang pening itu dipicit perlahan.

"Kenapa aku ni degil sangat?" Aku berdesis seorang diri.Tiba-tiba Danish menghampiri tempat yang aku duduk dengan senyuman herot di bibirnya.

"Tu lah kau.Tadi bukan main berlagak." Tuturnya sinis tetapi aku tidak mengendahkannya.Aku nak plastik sekarang ni!

"Lain kali kalau tak berani,tak payah acah berani." Sekali lagi Danish mencuba untuk memanaskan hati aku yang memang dah nak menggelegak ni.Aku cuba membuka mata lalu memandangnya tajam.

"Eh! kau diam boleh tak? Suara kau tu buat telinga aku ni nak sakit tau?!" Balasku geram.Punggung diangkat dari duduk sebelum kaki laju melangkah meninggalkan semua orang.Kepala yang dari tadi berpusing tidak dihiraukan.Aku nak termuntah!

"Dah tau pengecut tu tak payah acah!!" Jerit Danish tetapi aku hanya meneruskan langkah.Tak ada masa nak layan dia.

Danish's POV

Ayreen yang langsung tidak menghiraukan aku itu dipandang lama.Aku tahu dia tengah tak okay sekarang.

Dan aku tahu dia phobia dengan tempat tinggi.

"Bodoh kau Danish." Kataku perlahan.

Aku duduk di atas kerusi yang menjadi tempat duduk Ayreen tadi.Wajah diraup perlahan.Tiba-tiba nama seseorang menerjah di mindaku.

Farhan..Farhan..Farhan.

"Mana janji kau Danish?" Soalku sendiri.Ayat Farhan dulu kembali melayar di ingatan.

"Kalau kau ada dengan dia, aku minta jangan sesekali pun bagi dia naik benda tinggi."

"Ye ye.Kan kau pernah cakap,girlfriend kesayangan kau tu phobia tempat tinggi."

Ayreen yang sudah jauh dipandang redup.Lantak dia lah.Dah tahu diri tu ada phobia, nak jugak deal dengan aku.Degil!

• • •

"Weh! nak pergi mana pulak ni?" Eliana mengerutkan dahi.Siti hanya mengangkat bahu begitu juga dengan Izzah.Aku hanya mampu mengikut mereka.Tak larat nak bercakap.

"Hai!" Sapa Ammar mesra.Tiba-tiba je dia ni.

"Hai."

"Korang nak pergi mana lepas ni?" Ammar memandang aku.Aku pula hanya membalas dengan mengangkat bahu tanda tidak tahu.Tanpa memikirkan apa-apa,aku terus duduk mencangkung kemudian wajah diraup.Pening di kepala masih belum hilang.

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Sudah semestinya tidak!

"Err,er..Am..teman aku boleh tak?" Eliana bersuara.Ammar sudah mengerutkan dahinya tanda hairan dengan Eliana.

Gadis itu mengeluh kecil.Dia terus menarik baju Putera Ammar yang dahinya masih dikerut.Siti dan Izzah juga mengikuti mereka dari belakang.

Aku yang baru sahaja mengangkat kepala terkebil-kebil memandang mereka berempat yang sudah berjalan jauh.

Diorang tinggal aku?

"Sian.Kena tinggal." Danish tersenyum mengejek.Ceh! Dia pun kena tinggal.Tak sedar diri betul.

"Kisah pulak aku." Balasku malas sebelum berdiri dari mencangkung dan berjalan meninggalkan Danish Izmeer.

Tetapi,Danish pantas menarik lenganku yang berlapik dengan baju lengan panjang.

"Jom la." Dia mengheretku pergi ke arah tempat yang menjual air.

"Kau nak yang mana? Aku belanja." Eh eh! baik pula pak cik ni.

"Cepat lah." Dia mengerutkan dahi.Dia ni boleh faham tak yang aku tengah pening sekarang ni.

Tak apa lah.Dia betul-betul nak belanja kau tu Ayreen.






"Siot gila Eli ni." Gumamku geram lalu penyedut minuman disedut.Ye lah! Kalau nak tinggal aku pun tak payah lah tinggalkan aku yang comel ni dengan lelaki poyo macam Danish.

"Ada ke patut dia biarkan aku berdua-duaan dengan manusia macam kau.Dah lah mamat poyo, kerek pulak tu.Acah hensem je lebih.Kalau tinggalkan aku dengan lelaki hensem tapi mulut tak puaka bagus lah jugak." Bebelku.Danish hanya mendengar tetapi tidak membalas.

"Bisinglah kau ni." Danish yang berjalan di sebelah terus menjelingku.

"Yang kau tetiba nak sibuk kenapa? Suka hati aku lah." Aku membalas jelingannya.

"Kau tu ya-" Percakapan Danish terhenti apabila dia melihat aku sekali lagi duduk mencangkung dengan tiba-tiba.Rasa nak termuntah lagi lah.Aduh!

"Kau..okay tak?" Soal Danish.Matanya hanya tertumpu ke arahku yang sedang menunduk.Anggukan aku berikan sebagai balasan soalannya tadi.

"Okay,sambung balik.Kau tu yang bising sangat.Mulut tu mengalahkan mak cik dengan itik.Bising! Entah macam mana Eliana boleh berkawan dengan perempuan mulut itik macam kau ni." Aku terlopong.Mulut itik? Woih elok sikit.Aku kalau selfie , tak pernah lagi buat duckface.Bukan macam dia tu.Bila selfie je mula lah....




'Acah Hensem'

"Ikut suka hati aku lah.Aku tak suruh kau dengar aku bercakap pun kan?" Aku menghentikan langkah begitu juga dengan Danish.Badanku menghadapnya dan Danish pula menghadapku.Mataku terus merenung anak mata berwarna hazel miliknya.

Okay..


Aku rasa..

Dah..

Fall in love..

Eish! BUKAN!

Aku..

Rasa..


Nak..

Tumbuk muka aku ni weh!

"Kenapa kau ni?" Danish mengerutkan dahinya.Aku dengan cepat memandang ke hadapan semula dan meneruskan langkah.Danish yang masih berdiri di belakang ditinggalkan.Macam mana aku boleh tenung anak mata dia tu?

"Ayreen!" Danish mengejarku.Aku pula memejamkan mata beberapa saat.

"Kau suka aku ek?" Dia tersenyum sinis.

"Tak payah perasan." Bola mata diguling ke atas tanda menyampah.Pandanganku dilarikan daripada memandang Danish Izmeer yang sedang memandangku.

"Perasan? Aku tak rasa yang aku tengah perasan sekarang ni sebab pipi kau merah lepas kau habis tenung aku.Sekarang pun merah lagi tau.Ada something yang kau nak berterus terang dengan aku ke cik Ayreen Qaisara?" Senyuman herot terus terukir di bibir Danish.

Wait!

Dia cakap sebab pipi aku merah?

Merah?

Tanganku memegang pipi yang dari tadi terasa membahang.Kemudian pandangan beralih semula ke arah Danish Izmeer.Jelingan tajam dilemparkan.Tak ada benda pun yang aku perlu terus terang dengan dia ni.

"Dah lah.Jom lah pergi." Danish terus berjalan mendahului ku.

"Pergi ma-"

"Pergi masuk dalam hati abang." Jawab Danish tanpa menunggu aku menyoalnya.Jawapan ni sama macam waktu aku hari pertama menjadi pelajar SMK Damai.

"Abang? Ew!" Muka jijik ditayangkan.

"Kalau kau suka aku cakap je lah awal-awal." Tidak sampai satu saat, dia terus berlari meninggalkan aku.

Dan aku? Sekali lagi ditinggalkan.Urgh!

"Yahhh Danish Izmeer!" Jeritku membuatkan semua mata yang ada di situ memandangku.

Eliana's POV

Aku, Ammar , Siti dan Izzah berjalan tanpa hala tuju sementara menunggu jam 5:30.

Aku tak nak pun tinggalkan Ayreen sebenarnya tapi....

"Korang! Nak tak plan tinggalkan Ayreen dengan Danish?" Cadang Siti. Kepalaku laju menoleh ke arah gadis itu dengan kerutan di dahi.

"Untuk apa?" Izzah mencelah.

"Ala aku nak tengok juga apa jadi kalau tinggal diorang berdua."

"Kalau Ayreen fikir bukan-bukan?" Giliran aku menyoal. Risau kalau Ayreen marah.

"InshaAllah tak. Kau kenal kan Ayreen macam mana?" Siti cuba menenangkan aku. Walaupun aku tak tahu sebab utama dia nak buat macam ni, tapi...

"Okay then." Aku menganggukkan kepala.

"Cantik!"

Back to Ayreen's POV

"Aku bosan doh." Aku duduk di atas kerusi lalu mengeluh kecil.Danish memandangku beberapa saat sebelum duduk disebelahku.

"Ayreen." Panggilnya.Aku terus menoleh kemudian kening sebelah diangkat.

"Kau memang tak kenal aku ke?" Soal Danish membuatkan dahiku automatik dikerut.Sekarang ni aku memang dah kenal dia kan? Danish Izmeer kan nama dia? Headprefect poyo sekolah kan? Dia budak kelas 5 Emerald kan? Hah! Kenal lah tu.

"Maksud kau?" Mendengar sahaja soalan yang keluar daripada mulutku,dia mengeluh.

"Aku dengan arw-"

"Danish!" Misha berjalan menghampiri kami berdua.Hish minah ni.Sibuk betul! Aku nak tahu apa yang Danish nak cakap tu!

"Ye"

"Baby,I miss you." Misha tersenyum manis ke arah Danish.

"I miss you too."

Satu je nak cakap..

Ew!

"You..kenapa berdua dengan Ayreen?" Dia memandangku pelik.Cara dia pandang aku pun dah macam aku ni baru lepas terjatuh dalam loji.

"Err..." Danish menggaru kepalanya.

"Dah lah jom." Aku berdiri daripada duduk setelah jam sudah menunjukkan pukul 5:26 petang.

"Pergi mana?"

"Pergi berkumpul lah." Danish mengangguk.Baru sahaja berapa langkah aku berjalan...

"Ayreen!"

Aku rasa aku kenal suara siapa yang panggil aku ni.

Dengan cepat aku menoleh dan...


WHY?!

TBC

Korang ada nampak gambar perempuan cantik tak kat atas tu?Kalau tak ada cakap kat author ea.So,Hye Eliana Izzati 🎉

Request cepat..lepas ni nak tengok gambar siapa..Siti?Izzah?Ayreen?Danish?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro