MHP 15
Mengeluh.
Mengeluh.
Mengeluh.
"Weh! Aku nak tu." Jariku ditunjuk ke arah aiskrim yang dijual di Baskin Robbins.
"Ayreen,Eliana..tunggu apa lagi tu?" Soal cikgu Nizam.Kakinya melangkah ke arah aku dan Eliana.Kitaorang sepatutnya dah kena berkumpul.
"Cikgu..nak beli aiskrim sekejap boleh tak? Pleaseeee." Aku mengerdipkan mata berkali-kali membuatkan cikgu Nizam memandangku dengan pandangan pelik.Alah cikgu ni!
"Ye lah.Nanti terus pergi naik bas okay? Jangan lambat sangat.Cikgu tinggal nanti." Mendengar sahaja ayat yang ditutur oleh guru lelaki itu,senyuman lebar terukir di bibirku.Lengan Eliana terus ditarik.Kaki laju menghampiri Baskin Robbins.
"Sempat lagi kau nak beli." Danish menggelengkan kepalanya.Aku yang baru ingin melabuhkan punggung di tempat duduk memandang Danish sekilas.
"Sibuk je!" Balasku geram.Tanpa menghiraukan Danish di sebelah,aku memasukkan suapan pertama aiskrim berperisa Cotton Candy ke dalam mulut.
"Kau ni tak boleh makan elok-elok ke? Dah berapa bulan tak dapat makan aiskrim?" Danish sekali lagi menggelengkan kepalanya.Haih! Apa masalah Danish ni? Aku rasa aku makan elok je.Tak gelojoh pun.
Dia ni memang tak boleh tengok aku bahagia kan?
"Dah setahun aku tak makan aiskrim.Kenapa? Ada masalah?" Balasku selamba.Tiba-tiba mataku memandang Danish yang mengeluarkan sesuatu daripada begnya.
Sehelai tisu diambil olehnya.Tanpa bercakap banyak, dia mengelap mulutku yang mungkin ada kesan comot.
Aku tersentak.
Wait!
Tisu di tangan Danish terus dirampas.Ei!
"Tak hingin pun nak lapkan." Dia menjelingku.
"Tak suruh lapkan pun!"
• • •
Sampai sahaja di Legoland,kami diarahkan duduk di dalam kumpulan.Satu kumpulan mesti mempunyai empat orang ahli.Jadi,macam biasa.
Aku,Eliana,Siti dan Izzah. Cukup.
Selesai sahaja urusan untuk tiket masuk,kami dibenarkan berpecah dengan kumpulan masing-masing.
"Weh! Korang nak pergi kat mana dulu?" Eliana memandang aku,Izzah dan Siti bersilih ganti.
"Aku ikut je"
"Ayreen!" Suara seseorang yang memanggil membuatkan aku menoleh untuk memandangnya. Keningku bertaut apabila mataku menangkap figura Hariz Ilham yang menghampiri kami berempat.Atau lebih tepat,dia menghampiri...
Ayreen Qaisara.
Aku kan Ayreen Qaisara tu?
"Hai. " Sapanya dengan senyuman manis.
"Kau nak apa?" Kening sebelah diangkat.Dia terus menggosok belakang lehernya sebelum berdehem.
"Erm,nak ajak kau jalan sekali.Boleh tak?"
Jap! Dia ni tak dengar ke cikgu cakap apa?
Cikgu cakap,IKUT KUMPULAN.
"Tapi kita kena ikut kumpulan.So,kau tahukan jawapan aku?" Aku tersenyum hambar sambil menggelengkan kepala perlahan.
"Tap-"
"Dah la Hariz.Better kau pergi dekat kumpulan kau.Sorry and bye." Kaki ku melangkah meninggalkan Hariz begitu juga dengan Siti,Eliana dan Izzah.
"Ayreen!"
Keluhan kecil dilepaskan.Dengan malas,badanku dipusing ke belakang untuk memandang 'manusia' yang memanggil.
Seketul manusia yang bernama Danish Izmeer itu dipandang dengan pandangan redup.Seketul? Suka hati la.
"Apa?"
"Tolong ambilkan beg aku kat situ" Dia menunjuk ke arah beg galas berwarna hitam.Yang aku tahu,beg itu memang miliknya.
Mataku memandang ke arah beg itu kemudian beralih ke arah Danish semula.Tak boleh suruh orang lain ke? Kenapa aku juga yang disuruh?
"Cepat la Ayreen"
Dengan malas,kaki ku diaturkan ke arah beg yang diletakkan di atas kerusi.Baru sahaja ingin mengangkat beg itu..
"Arghhh!"
Siapa jerit weh?
Entah la.Tak mengaku siapa yang jerit.
"Hahahahahhaha" Danish meletuskan tawanya membuatkan aku mendengus geram.
Cicak di atas beg itu dipandang lama.Come on! Cicak mainan je kot.
Aku sekali lagi mendengus geram.Cicak plastik itu diambil dan dilempar ke arah Danish yang masih ketawa kerana raut wajahku yang masam mecuka.
"Dah la Reen.Jom blah." Izzah menarik lenganku.Kalau dibiarkan,tak pasal-pasal kitaorang berperang mulut sampai orang tengok.
"Weyh! Air dalam baldi besar tu dah nak penuh!!" Tiba-tiba Siti teruja.
"Jom la lari!" Eliana pula seperti kanak-kanak.
Kalau diorang jatuh tergelincir sebab berlari,aku tak nak tanggung.
"Ayreen! Sini lah!" Eliana menarikku kuat.
"1
2
3"
Dushhhh
"Hahahahahahahhaha" Kami tergelak besar sehingga mendapat perhatian orang di situ.Okay,aku mengaku perangai kitaorang ni mengalahkan budak.
"Macam budak duh." Suara sumbang itu menarik perhatian ku.Aku segera memandangnya sebelum bola mata diguling ke atas.
"Suka hati lah.Tak kacau hidup kau pun kan?" Danish dijeling.Dia terus menghampiri tempat aku berdiri.
"Gedik!" Bisiknya sebelum tersenyum sinis.Aku tak tahu lah apa penyakit dia ni.Sah!Dia memang sengaja nak cari pasal.
Nak declare war ke? Meh sini.Ayreen Qaisara dah ready!
"Eh! Kau tu poyo,kerek,mulut puaka!"
"Mulut kau tu yang mulut puaka.Perasan com-"
Dushhh
Aku dan Danish sekali lagi basah lenjun akibat air baldi besar yang sudah penuh dengan air itu.
• • •
Pakaian ditukar kepada tshirt berlengan panjang.Kami dibenarkan ke theme park selepas makan.Yang aku tahu,aku takkan sesekali naik roller coaster.
Disebabkan aku tak nak makan banyak,aku makan ayam goreng je.Diet? Tak kot.Sebab harini aku dah makan banyak.Ahaks!
"Situ tempat duduk kosong." Jari Siti menunjuk ke arah meja yang kosong.Dengan cepat dia berjalan ke arah meja itu sementara aku,Eliana dan Izzah masih berjalan dengan lambat di belakang.
"Danish,Ammar..aku nampak tempat ni dulu." Siti mengerutkan dahi.Danish dan Ammar pula hanya memandang gadis itu dengan pandangan kosong.
"Satu je aku nak cakap.Nasib." Ammar terus duduk di atas kerusi diikuti Danish.
"Ish! Ke-te-piiii." Eliana menarik Ammar bangun.
"Kitaorang dapat dulu!" Ammar masih mencuba mempertahankan diri.
"Kitaorang nampak dulu!" Balas Eliana.Keluhan kecil dilepaskan olehku.Haih! Bila boleh makan agaknya.
"Dah lah.Jom cari tempat duduk lain." Aku mengalah.Kalau tak,sampai bila pun tak dapat makan.
"Okey,sekarang korang boleh berkumpul dan bergerak ikut kumpulan masing-masing ye.Tepat jam 5:30,saya nak semua sudah berkumpul di sini semula." Cikgu Aishah bersuara tegas.Selepas beberapa saat,kami mula berpecah mengikut kumpulan masing-masing.
"Naik roller coaster nak?" Cadang Siti dan tiada respon yang diberikan daripadaku.Sebenarnya,aku tak nak naik roller coaster sebab aku ada acrophobia.
Acrophobia? Ye,takut untuk naik benda yang tinggi.
"Ayreen? Kau tunggu apa lagi tu? Cepatlah!" Laju sahaja Izzah menarik lenganku.Aku menarik nafas lalu dihembus perlahan.Ikut je lah Ayreen..
"Cik singa tu takut nak naik." Sempat Danish menyampuk sambil tersenyum sinis.Ouh no no no! Aku tak boleh tunjuk kelemahan aku kat depan dia.Berani Ayreen!
"Kau tahu mana yang aku takut? Eleh! tak tahu apa-apa tu diam je la."
"Ouh ya? Aku cabar kau.Lepas naik roller coaster tu,pastikan kau tak ada rasa nak muntah or pening.Deal?" Mataku memandang Danish lama kemudian aku mengeluh dalam diam.Anggukan malas diberikan.Kenapa dia macam tahu yang aku kemungkinan akan pening atau muntah?
"Deal." Kata putus diberikan tanpa berfikir panjang.Danish membuat bentuk L menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya yang bermaksud 'Loser' .
TBC
Hye! sorry late publish.This chapter sumpah mengarut.
Ouh ya..Ada yang tanya kenapa letak perkataan Edit dekat sebelah tajuk cerita ni.
Mr.Headprefect Poyo ni sebenarnya dah complete , cuma bila baca balik and bila author bandingkan chapter yang awal2 dengan chapter yang akhir2 (which means chapter yang dah nak dekat penghujung book ni) , memang cara penulisan lain and tunggang langgang.Sorry sangat2.
MHP ni kesemuanya ada 78 bab termasuk Prolog dan Epilog.Serious..bila baca bab yang awal2 contohnya bab 1-30 macam tu,memang cara penulisan lain kalau banding dengan chapter 50,60,70+ ..
Maaf la,awal2 punya chapter ni author dah tak reti nak edit bagi ayat betul2 elok.Cukup la ubah sikit and buang typo semua tu 😂😭🙏🏻
Btw,Say hello to Ammar⭐️😹Handsome tak?Haha.Tunggu gambar Eliana pulak lepasni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro