Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 14

Mata dicelik sedikit.Dahi dikerutkan sebelum tanganku menggosok mata berkali-kali.Handphone ku dibuka kemudian terpampang jam yang sudah menunjukkan pukul 5 pagi.

Aku terus bangun lalu menggeliat kecil.Eliana yang tidur di katil sebelah dipandang.Ceh! Macam budak je nak peluk bantal busuk.Nasib bantal tu tak busuk.Kalau tak aku lari dulu.

Tanganku menampar pipi Eliana berkali-kali supaya dia bangun.Rasanya dalam 9 kali aku tampar dan..

"Yah Ayreen! Tak payah la kacau.Aku mengantuk ni." Dia menguap kecil sebelum kembali melelapkan mata.Aku mencebik.Fikir dia sorang ke ke mengantuk?

"Bangun laaaaaaa! Eli! Eli! Eli! Eli! Eli! Eli!" Pipinya aku tampar sekali lagi.Eliana Izzati terus menukar posisi baring kepada duduk.Kepalanya digaru.Matanya pula perlahan-lahan terbuka.

"Ye aku bangun." Kaki nya diatur ke bilik air untuk membersihkan diri.

Misha dan Adriana juga aku kejutkan.Aku ketua bilik kan.Tak boleh lah pilih kasih.

Tapi kalau Misup ni tetiba cari pasal....Lantak dia lah nak jadi apa pun!

Badan Misha aku goncangkan.Goncang macam mana tu? Hekhek! Yang aku pasti, bukan elok-elok.Kasar-kasar ok.

Apa? At least aku tolong kejutkan.

Dia ni tidur mati ke apa tak bangun-bangun? Aku tendang nanti mahu meraung lepastu merengek dekat Danish cakap aku tendang dia.

Adriana pula aku kejutkan dan ya...

Sama je macam Misha.

Lantaklah! Sekurang-kurangnya aku dah kejutkan.Jadi,pandai-pandai lah diorang bangun sendiri.Tugas aku dah selesai.

Usai bersiap dan solat subuh,aku terus menyarungkan tudung bawal berwarna hitam.Mataku tertumpu ke arah dua manusia yang masih lena dibuai mimpi.Diorang ni aku simbah guna air jugak nanti.Tak pun aku pijak-pijak badan diorang.Iye lah,Dah liat sangat nak bangun.

Tanganku mencapai handphone.Jam sudah menunjukkan...

"Wait what?! Dah pukul 6:30?!" Aku menjerit kecil.Pukul 7 dah nak kena berkumpul.Misha dengan Adriana ni dah lah mandi lambat.Kalau lambat berkumpul,aku juga yang kena!

"Misha!!Adriana!!" Panggilku.Eliana yang sedang sibuk mengoleskan lip balm di bibirnya terkejut.

"Yahhh! Ayreen Qaisara!! Apa masalah kau nak jerit-jerit hah?!" Adriana memandangku tajam.Tapi tak lama.Lepas aku tunjuk sekarang dah pukul berapa,raut wajahnya berubah kepada blur sehinggalah...

"Pukul 7 dah kena berkumpul lah woi!" Mata Adriana terbuntang.Dia terus bangun untuk membersihkan diri.Misha? Adriana langsung tak tolong kejutkan.

• • •

Tiba sahaja di lobi hotel,macam yang aku jangka lah.Cikgu Aishah sudah memandang tajam ke arah kami berempat.Kalah pisau yang baru diasah.Ni semua salah Misha.Merengek sebab tak kejutkan dia.

"Kenapa lambat?" Soal cikgu Aishah tegas.Sempat juga aku memandang Misha yang turut memandangku.

Semua

Salah

Kau!

"Misha dengan Adriana bangun lambat.Orang dah kejut banyak kali tapi still tak bangun-bangun." Balasku.

Apa? Jangan ingat yang aku ni kalau dengan musuh je aku akan jawab macam ni.Kalau BFF aku sendiri yang bangun lewat pun aku akan jawab jujur macam ni jugak.

Misha dan Adriana terus menukar pandangan mereka ke arahku dengan pandangan yang tajam.

"Misha? Adriana? Kamu berdua tidur pukul berapa semalam?!" Mata cikgu Aishah tertumpu pada Misha dan Adriana.Masing-masing diam.

Danish yang sedang berdiri di sebelah cikgu Nizam memandang Misha pelik.Kesian dekat awek ke? Ouh..ada aku kesah?

"Sudah! Naik bas cepat.Ayreen dengan Danish,jangan ubah tempat kamu." Tutur cikgu Aishah tegas.Aku mengeluh.Kenapa cikgu ni? Nak sangat orang duduk sebelah mamat tu.

Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggung,Danish menolakku dan duduk di sebelah tingkap.

Dengan perasaan yang geram,kaki ku terus memijak kasutnya membuatkan dia terjerit kecil.

"Argh! Kau kenapa Ayreen?!" Mata Danish tepat memandang anak mata ku.Dan aku?hanya menayangkan wajah tidak bersalah sebelum duduk di sebelahnya.Danish yang geram dengan reaksi selamba aku terus memijak kasut ku semula.

"Aduh! Aku pijak kau sikit je kan? Yang kau pergi pijak kuat-kuat dah kenapa?! Eeei! Takkan dengan perempuan pun kau nak balas pijak kasut? Ntah apa-apa lah perangai kau."

"Excuse me,cik Ayreen Qaisara.Yang kau tiba-tiba pijak kasut aku dah kenapa?" Aku memandangnya.

"Yang kau tiba-tiba tolak aku dah kenapa?" Balasku tidak mahu kalah.Dia tersenyum sinis.

"Semalam waktu nak naik bas , kau tolak aku boleh pula eh?"

Woahhh.Ungkit? Eleh! Itu pun nak berkira.Danish ni memang tak boleh mengalah langsung dengan perempuan kan? Masalah kecil pun dia nak balas dendam.

"Lagipun tadi kau tu jalan lembab sangat." Tambahnya.

"Kau-

"Dah! Tak payah nak gaduh!" Cikgu Nizam laju memotong percakapanku dan serta-merta membuat kami berdua senyap.

• • •

Sekarang kitaorang nak main game laser tag.Tahu tak laser tag tu apa? Kalau tak tahu search kat pak cik google yang tengah sedia membantu ye.

Memandangkan ini tahun terakhir sekolah bagi tingkatan 5, kitaorang akan mula main dulu.Hahaha.

Cikgu Nizam pun dah bahagikan kumpulan masing masing.

Kumpulan 1

-Danish
-Eliana
-Hariz
-Ayreen
-Farhana
-Ammar

Kumpulan 2

-Misha
-Amir
-Alif
-Adriana
-Putri
-Izzat

Aku dengan Danish satu kumpulan? Macam yang aku cakap.Jodoh dalam loji.

Nak main laser tag ni aku tak tahu lah susah ke senang.Dia akan bagi pistol fasor dan vest dekat kita.Vest tu ada lampu dekat dua-dua belah bahu.Dekat dada pula ada lampu depan belakang vest.

Kalau pihak lawan menghalakan laser dekat lampu vest kita tu,lampu tu akan terpadam dalam 10 saat.Dan kalau lampu di vest kita terpadam,automatik laser dekat kita punya pistol fasor tak boleh diguna sampai lampu dekat vest kita tu menyala balik.

Kalau tembak di bahagian lampu kat dada,akan dapat 10 markah.Kalau dekat bahu,5 markah akan diberi.

*Well..kalau salah mohon abaikan sebab ada yang reka sendiri*

Tempat maze ni direka dengan lampu,kesan cahaya dan asap.Sound effect pun ada. Hek!

"Ayreen!" Panggil Hariz.Aku memandang ke arahnya.Kening sebelah diangkat.

"Kalau awak takut,awak panggil saya tau.Atau kalau awak betul-betul dikepung,saya tolong awak eh?" Hariz tersenyum manis.Aku hanya tersenyum hambar lalu mengangguk kecil.Apahal mamat ni do?

Mula sahaja permainan,kaki ku terus bergerak untuk menyorok dan wah! Aku nampak Misha tengah menyorok.

Pistol fasor milikku diangkat.Sasaran ku tertumpu ke arah lampu di vest yang dipakai Misha.

3

2

1

Dan TEPAT! Kena di bahagian tengah vest Misha!

10 markah untuk Ayreen.Hahah!

Serta merta lampu di vest Misha terpadam.Dia memandang ke belakang memandangkan aku menembak laser pada belakang vest-nya.

"Ayreen! Kau kenapa hah?!" Aku memandang Misha dengan kerutan di dahi.Minah tu dah kenapa? Betul la apa yang aku buat tu kan? Dia bukannya satu kumpulan dengan aku pun.

Aku terus berpusing ke belakang untuk meninggalkan Misha dan..

Wait what?

Izzat yang kini berdiri di hadapanku tersenyum sinis.Heh! Ingat aku takut?

"Hai Ayreen." Dia menghalakan pistol fasor miliknya ke arahku dan sekarang..aku hanya mampu berserah.

Ceh! Gaya macam nak mati.

3

2

1

Eh! Laser dekat pistol Izzat tak keluar.

Lampu pada vest Izzat juga terpadam.Itu bermakna,ada orang yang terlebih dahulu menembak laser pada vest-nya sebelum laser di pistol fasor Izzat menghala ke arah aku.

Fuh! Aku dah selamat.

Mataku beralih ke arah orang yang berada di belakang Izzat.Izzat juga menoleh ke belakangnya.

Ouh.Danish ke yang tembak Izzat dari belakang.

"Danish! Kau ni spoil lah.Baru nak belakon acah tembak orang.Tengok-tengok lampu aku terpadam." Izzat menjeling.Eleh mamat ni.Acah je lebih.

Danish hanya menggeleng.Dia memandang ke arahku.

Atau lebih tepat....

Belakangku.

"Ayreen belakang!" Jari Danish ditunding ke belakangku membuatkan aku laju menoleh.Misha dan Adriana dah tembak aku dengan laser di pistol mereka.Misha tembak dekat tengah vest manakala Adriana dekat bahu aku.Heh.

Tiba-tiba tangan aku ditarik seseorang.

"Kau ni Ayreen! Lain kali peka lah sikit dengan sekeliling.Buat kalah je kalau aku geng dengan kau." Danish menjelingku.

Pusingan pertama ni memang banyak masalah.Hahaha.Lawak pun ada.

Lagi-lagi Misha,bila kena tembak je dia nak merengek!

Selesai pusingan pertama,kami berhenti untuk melihat rank dan markah masing-masing.

Round 1

1  Danish -450
2 Amir -425
3 Ammar -325
4 Hariz -305
5 Farhana -290
6 Izzat -285
7 Eliana -255
8 Alif -245
9 Putri -235
10  Ayreen -230
11  Adriana -100
12 Misha -95

Okay aku tahu aku tak handal lagi main benda ni.Tapi kira okay lah! Aku kalahkan Misha.

Cuma Danish tu,aku tengok dia macam dah biasa main benda ni.Ye lah,tengok cara dia main pro gila kot.

Tak apa Ayreen.Dia geng kau jugak.

Tapi aku tetap cemburu bila tengok dia pandai main.

"Ayreen! Aku nak kau main elok-elok eh?" Pesan Danish tetapi aku hanya memekakkan telinga.Eleh! Tahu lah dia rank 1,aku rank 10.Kira okay lah tu aku bukan yang last.Itu pun nak berkira.

Kalau dapat hadiah tak apa lah jugak.Baru aku boleh struggle nak menang.

"Kalau kau dapat kumpul markah banyak atau kau dapat kalahkan aku, aku belanja benda yang kau nak.Setuju?" Danish tersenyum sinis.Mamat ni cabar aku ke apa?

Ni Ayreen Qaisara lah!

"Okay!"

Pusingan kedua diteruskan.Kalini kena semangat sikit sebab Danish nak belanja.

Cuma..aku nak bagitahu.




Amir,Izzat dan Putri kepung aku.

Akhirnya, aku kena tembak dengan Amir dan pistol aku automatik tak boleh guna.

Urgh! Cepat lah menyala balik lampuuuuu.

Diorang kejam! Sanggup diorang tunggu lampu aku menyala balik semata-mata nak tembak aku lagi.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Satu lagi..

10

Yeay!

Lampu aku terpadam semula begitu juga dengan lampu di vest Izzat,Amir dan Putri.Izzat dapat tembak aku di bahu lepas tu ada orang tembak Izzat balik.

Dan penyelamat aku...




Eliana!!!

Lampu Putri kembali menyala dan aku terus mengacukan pistol di tengah vest dan di bahu Putri.15 markah!

Aku memandang ke arah Danish yang sedang memandang Alif dari jauh.Mungkin dia menunggu masa untuk menghalakan laser ke jejaka itu.Di belakang Danish pula aku nampak Hariz yang ingin mengacukan pistol fasor-nya pada Danish.

Wait! Bukan ke Hariz satu kumpulan dengan kitaorang? Kenapa dia nak tembak Danish pula?

Atau..dia nak markah lebih daripada Danish?

Dalam diam,aku mengacu pistol yang aku pegang ke arah Hariz Ilham.Sorry! Tapi sebab Danish dah selamatkan aku tadi,aku pun nak selamatkan dia jugak.Tak kisahlah Hariz tu satu geng ke apa.

Satu

Dua

Done!

• • •

Selepas pusingan satu,dua dan tiga selesai,semua bersiap sedia untuk pusingan terakhir iaitu pusingan keempat.

"Ayreen,ingat apa aku pesan." Kepalaku diangguk perlahan.Danish terus meninggalkanku memandangkan pusingan keempat sudah bermula.

Aku menyorok dengan Farhana.Farhana ni aku tengok boleh tahan pro juga.

Mata aku tepat berhenti ke arah Adriana dan Putri yang sedang menyorok.Aku terus menghalakan pistol ke arah Adriana dan tepat terkena di bahagian tengah vest.Lampunya juga terpadam.

Kemudian pandanganku dialihkan ke arah Misha dan Danish.

Nampak macam Misha tak nak Danish tembak dia.Apa kau ingat boyfriend tak boleh jadi pihak lawan kau? Setakat permainan je pun.Bukannya real!

Danish pula seperti memberi peluang kepada Misha untuk mendapat markah.Eh! Tak boleh jadi ni.Yang Danish ni pun satu,kesian sangat dekat Misha.

Tak apa.Ayreen Qaisara kan ada untuk ambil markah Misha tu.

Tanganku laju mengacu pistol ke arah Misha dan akhirnya,lampu di vest gadis itu terpadam.

Danish dan Misha serentak terkaku.Mungkin terkejut.Tapi apa aku kisah.

Pusingan keempat akhirnya tamat.Aku dan Eliana terus berlari untuk melihat rank dan markah.

Round 4

1 Danish -3000
2 Ayreen -2980
3 Ammar -2890
4 Izzat -2870
5 Farhana -2346
6 Hariz -2334
7 Eliana -2300
8 Amir -2270
9 Alif -1890
10. Putri -1708
11 Misha -1699
12 Adriana -1235

Tak apa lah nombor 2 pun.Asalkan seronok.

TBC

Hai! Author nak bagithu.Kalau korang nak tengok gambar cast MHP,tunggu next bab ok

Btw,sorry..this chapter mengarut!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro