Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MHP 12

"Reen" Panggilan Danish membuatkan aku menoleh memandangnya.Ceh! boleh pula panggil elok-elok.

"Nak botol tu"

"Kau ada minum tak?" Soal aku dan Danish serentak.Eish..sibuk je nak tanya.Tiba-tiba Ammar menghampiri kami.

"Ehem.Aku..aku..aku tak minum lagi air dalam botol kau tu." Danish tersenyum palsu.

"Aku..pun tak minum." Bohongku.Takkan nak cakap aku dah minum air dalam botol dia kot.Malu lah!

"Dah lah.Jom Am." Danish dan Ammar terus meninggalkan aku dan Siti.Siti pula menarikku ke tempat tadi.

"Lamanya ambik botol" Izzah mengerutkan dahinya.

"Erm,kitaorang..per- pergi..." Aku mencuit Siti.

"Eih! cakap je lah.Tadi Ayreen tertukar botol dengan Danish.Botol diorangkan sama." Siti memandangku dan dia tersenyum nakal.Aku terus mencubitnya.

"Wuuuu" Eliana pula tersenyum nakal.










Entah apa salah aku..

Waktu-waktu macam ni la perut aku nak memulas.

"Reen..kau ok tak?" Soal Eliana.Aku hanya membalas dengan anggukan di kepala.Eee,ni mesti sebab aku tak makan tadi.Tu lah kau Reen! Eliana paksa makan kau tolak juga.

"Kau pegang perut tu dah kenapa?" Eliana mengerutkan dahi sambil matanya dari tadi memandangku.

"Hah! Mesti sebab perut kau kosong kan? Tu lah kau.Aku suruh makan tak nak.Kan dah sakit.Lain kali makan,kalau tak ma-"

"Eii..kau ni.Waktu ni jugak nak membebel" Pantas aku memotong percakapannya membuatkan gadis itu tersengih.

"Nak bagi kau makanan tapi aku punya roti dalam beg" Eliana menggarukan kepalanya.

"Ayreen! Tolong cikgu boleh?" Cikgu Nizam menghampiriku lalu dia duduk mencangkung di hadapanku.Perut aku yang memulas cuba diabaikan.Kenapa tak minta tolong kat Misha tuuu?

"Tolong bagi ni dekat Danish.Dari tadi cikgu cari dia,tak jumpa-jumpa" Guru lelaki itu menghulurkan pendrive kemudian pendrive bertukar tangan.Cikgu sempat mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.

Keningku mula bertaut.Danish yang duduk di 'seberang' sana dipandang tidak berkelip.Cikgu malas nak berjalan pergi kat Danish la tu.

Kaki diaturkan ke arah Danish.Pendrive berwarna merah itu dihulurkan membuatkan Danish memandang pendrive itu kosong.Pandangannya bertukar ke arahku.Sebelah keningnya dijongket.

"Cikgu Nizam suruh bagi dekat kau." Dia mengangguk perlahan lalu mengambilnya.Lembab betul la dia ni.

Misha tu tak berguna langsung.Penolong Ketua Pengawas tapi tak buat kerja.Baik tak payah! Aku jugak yang selalu kena.

Danish's POV

Ambil sahaja pendrive daripada Ayreen,aku kembali berbual dengan Ammar.Malas nak hadap Ayreen.

Bukan apa.Aku sebenarnya malu sebab dah terminum bekas Ayreen.

Selepas kelibat Ayreen hilang,mataku terus memandang gadis itu yang sudah jauh.Dari tadi pegang perut.Asal dia tu?

Lantaklah!

• • •

Aku menghela nafas lega.Akhirnya! Habis pun.

Tapi,sakit perut tak habis lagi..

Aku dan Eliana berjalan beriringan menuju ke arah bas.Takkan nak balik tempat menginap jalan kaki kot? Kalau macam tu aku sangggup tunggu daripada jalan kaki.Ye lah! Perut buat perangai.Sakit dia terasa sangat pulak tu.Kau rasa?

Masuk sahaja ke dalam perut bas,aku terus memejamkan mata.Apa ni! Dah duduk pun perut masih sakit.

Danish yang baru naik bas terus duduk di sebelahku.Macam mana aku tahu dia dah duduk kat sebelah aku walaupun aku tengah pejam mata? Sebab aku dapat rasa bahang bila dia duduk sini.

"Nah." Kelopak mataku dibuka.Tangan Danish yang menghulurkan roti gardenia perisa coklat kepadaku membuatkan dahiku berkerut.Pandanganku kemudiannya beralih ke arah Danish.

"Kau nak ke tak nak? Aku tahu perut kau masuk angin.Tadi kau tak makan kan? Padan muka.Ni kau nak suruh aku suap ke apa ni?" Danish tersenyum nakal.Roti di tangannya terus aku ambil,plastik dibuka lalu roti disuap ke dalam mulut.

"Makan tu elok sikit.Tercekik nanti aku jugak yang susah" Danish menggeleng.Eh! Kenapa dia pulak yang nak susah.

"Thanks."

• • •

8:10 PM

Danish's POV

Bunyi loceng bilik kedengaran membuatkan aku dan Ammar serentak memandang pintu.Hariz dan Amir pula memandang kami.

Dengan malasnya,aku mengaturkan langkah ke arah pintu.Pintu bilik dibuka perlahan.Mataku terus ternampak figura seseorang iaitu Misha yang berdiri di luar bilik.

"You nak apa?" Soalku.Aku hanya membuka pintu sedikit sahaja sehingga membolehkan kepala aku je keluar.Nak tahu kenapa? Aku pakai singlet je do!

"Lepas dinner ni I nak ajak you keluar boleh?" Aku mengerutkan dahi lalu kepalaku yang tidak gatal digaru.

"Em,I rasa tak boleh lah" Balasku membuatkan Misha mencebik.

"You ni! Mesti you dah suka dekat Ayreen.Sebab tu you asyik nak mengelak je kan?" Aku sekali lagi menggaru kepalaku.Kenapa nama mak cik singa tu jugak yang dia nak sebut?

"Singa tu memang tak lah I nak.Dia bukan taste I lah.Actually,I bukan tak nak tapi you know kan? Kita ni berada di bawah kawalan cikgu.Tambah pulak kita dua ni pengawas jawatan tinggi.So,sorry." Aku tersenyum nipis.Misha pula sekali lagi mencebikkan bibir merah jambunya.

"Hurm,okay lah.Bye!" Dengan geram,dia terus meninggalkan bilikku dan masuk ke dalam biliknya.

"Asal?" Soal Ammar setelah aku menutup pintu bilik.

"Misha ajak keluar.Dah lah pakai bathrobe je keluar bilik." Ammar menggeleng.

"Ahahaha.Padan muka kau! Nak sangat kan dengan Misha.Sexy tak dia pakai macam tu?" Soalan bodoh terpacul keluar daripada mulut Ammar.

"Boleh tak jangan nak menggatal sangat?" Aku menggeleng.Badan dibaringkan lalu mata dipejam.

"Awal kau nak tidur? By the way,kau nak tidur dengan dinner nanti pakai singlet macam ni je ke." Aku menjeling Ammar.Hoodie diambil dan dipakai.

"Lah! Pakai hoo-"

"Kau diam Am.Aku kick kau keluar bilik ni jugak nanti." Hariz dan Amir menggeleng sambil tergelak kecil.Hariz ni yang bagi coklat dekat Ayreen tu.Entah macam mana dia boleh suka mak cik tu.

End POV

Back to Ayreen's POV

Aku yang sedang leka menghadap iPhone sementara menunggu Misha dan Adriana bersiap terhenti di sebabkan seseorang menghempas pintu dengan kuat.Eh? sejak bila ulat bulu tu keluar?

"Tak reti nak tutup pintu elok-elok ke?" Eliana menjeling Misha.Misha pula membalas jelingan.

"Danish cakap apa?" Soal Adriana.Misha mengeluh perlahan lalu menggeleng.Mesti kena reject.Tu lah,tadi bukan main cakap kuat-kuat nak ajak mamat tu keluar dengan dia malam ni.

"Cepat sikit bersiap tak boleh ke?! Takkan kau nak keluar dinner pakai bathrobe? Tapi kalau kau nak pakai macam ni jugak dipersilakan" Aku bersuara.

Ye lah! Semua dah bersiap.Tinggal minah ni je belum.Kalau lambat aku yang kena denda!

"Kau ni tak reti sabar ke?!" Eh eh mak cik ni.Dari tadi aku dah suruh bersiap cepat.Dia tu yang asyik lengahkan masa.

"Kau tu yang lembab sangat.Aku bukan suruh sekali je tau.Dah banyak kali aku suruh kau bersiap cepat."

"Sh*t" Carut Misha perlahan.

"Aku dengar la!" Biji mataku diguling ke atas.

Selepas semua bersiap,kami terus turun ke lobi untuk menunggu orang lain.Dan apabila Danish sampai di lobi,aku rasa ni benda paling bangang yang aku tak suka dan ni kali ke dua jadi.Sebab apa aku tak suka? Benda ni macam cliche sangat!

"Eh! Jodoh." Ammar bersuara.Itu lah sebab kenapa aku tak suka.

TBC

Promote 🌸

Mrs.Maiden
_Afiys

Saranghae,Miss beautiful
syahsazsss

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro