MHP 11
Pandanganku dicampak ke luar tingkap bas.Nak suruh sembang dengan Danish?
Maaf la.
Tak teringin!
Adakalanya aku mencuri pandang Danish yang sedang melelapkan mata sambil earphone disumbat di dalam telinga.Selepas itu,aku memandang iPhone 7+ miliknya.Tanganku tiba-tiba gatal untuk menekan punat tengah handphone nya itu jadi aku tekan je la.
Terpapar gambarnya dengan seorang perempuan.Yang pasti perempuan tu bukan Misha.
Tapi siapa? senyum lebar je.Nak kata adik dia,aku dengar cerita Danish ni anak bongsu.Nak kata kakak,Danish ada abang je kan?
Haish! tak payah sibuk lah hal dia!
Pandanganku terus beralih ke arah Danish.Mata pula seperti memaksa untuk memandang setiap inci wajahnya yang putih dan tiada kesan parut.Tapi,ada jerawat kecil dekat pipi dia.
Ada jerawat pun dia tetap nampak hensem sebab jerawat tu tak nampak sangat.
"Kalau nak cakap aku ni hensem mengaku je lah." Danish bersuara.Alamak! Dia perasan ke aku usha muka dia?
Aduh! Tu lah kau Ayreen.Gatal sangat nak tilik muka anak teruna orang!
"Eyy! Aku tengok jerawat kau.Bukan satu muka kau!" Bohongku.Dia terus membuka mata.Earphone dicabut.
"Apa kau cakap?" Soalnya.Ouh lupa,telinga dia dah kena sumbat dengan earphone.Patut pekak!
Eh. I mean..patut tak dengar!
"Aku cakap,aku tak tengok muka kau.Aku just tengok jerawat dekat pipi kau." Dia memegang pipinya yang terdapat jerawat kecil itu lalu aku dijeling.
"Ada aku suruh kau tengok?" Dia menyumbat semula earphone ke dalam telinga dan kembali melelapkan mata.Aku mengeluh.Bosan!
Zip beg dibuka lalu earphoneku dicapai.Handphone dibuka dan lagu dipilih,kemudian earphone aku sumbat ke dalam telinga.Kamera handphone dibuka.
Senyuman terukir sambil mata memandang tepat ke arah kamera.Nak gambar aku? Mintak dekat author.
Selepas selfie habis-habisan,tanganku laju membuka instagram.
First,pilih gambar.
Second,caption,caption,caption?!
Third,post!
AyreenSara_
Johor here I come!
Selepas beberapa saat,notification daripada instagram keluar.Bunyi notification itu tidak diendahkan malah aku terus melelapkan mata.
"Ayreen!Ayreen!" Seseorang menampar pipiku perlahan membuatkan mataku perlahan-lahan tercelik.
"Kau ni,tidur mati ke apa? Dari tadi aku panggil tau.Jom turun,aku nak pergi tandas." Eliana sudah menarik tanganku.Dalam bas ni,tinggal aku dengan Eliana je.
Orang yang tak kejutkan aku waktu dah sampai perhentian ni memang tak guna!
Aku dan Eliana menuju ke tandas yang tersedia ada di RnR ini.Semasa kami berdua berjalan ke tandas.Mataku memandang Danish dan Ammar.Ammar hanya senyum manakala Danish senyum sinis.Tak habis-habis senyum herot.
Ammar's POV
Selepas Ayreen dan Eliana berjalan melepasi kami,aku memandang Danish.
"Kau pehal senyum senget? Macam orang gila aku tengok." Danish terus menolak kepalaku.Sakai punya manusia.
"Hotak kau." Balas Danish. Aku pula menjeling Danish
"By the way,asal kau tak kejutkan Ayreen tadi? Sebab aku rasa Ayreen baru bangun tidur.Eliana tu dari tadi nak pergi tandas tapi kenapa sekarang baru dia pergi?Kalau tak sebab dia kejutkan Ayreen,mesti dia dah pergi.Sian dia." Danish menjelingku.Apa?Salah ke aku cakap?
"Aku sengaja tak kejutkan Ayreen tu.Lantaklah dia tidur dalam bas tu lama-lama.Sian jugak kat Eli.Ye lah,kalau bukan sebab dia nak kejutkan Ayreen suruh teman dia pergi tandas,aku rasa dia dah dapat lepaskan hajat dia kot." Aku dan Danish ketawa kecil.
"Ngok!"
End POV
Keluar sahaja dari tandas,aku dan Eliana menuju ke arah pelajar lain yang sibuk mengisi perut.
"Nah" Cikgu Aishah memberikan bekas polistrina kepada aku dan Eliana lalu kami terus mengambil tempat.
"Aku tak ada selera nak makan lah." Aku menutup semula bekas polistrin.
"Kau ni,kalau tak makan nanti sakit perut." Eliana membuka semula bekas itu.Aku memandangnya.
"Tak nak." Aku menutup semula.Eliana menggeleng.Dia membuka semula bekas polistrina.
"Ma.kan" Aku mengetap gigi.Nanti ada yang kena silat ni.Aku menutup semula bekas itu.
"Aku ta- "
"Ikut kau ar! Sakit perut nanti padan muka" Eliana laju memotong percakapanku lalu masukkan bihun goreng ke dalam mulutnya.Aku mengeluh.
Lagi satu,aku memang tak suka makan bihun.Bukan memilih atau tak bersyukur.Tapi aku memang tak suka.
"Ayreen..tak makan ke?" Soal Cikgu Nizam.Haih,cikgu nampak aku tengah makan ke sekarang?
"Tengah makan lah ni." Dengan selamba badak berendam,aku membalas.
"Ouh..elok-elok makan tu.Nanti tercekik" Cikgu Nizam terus meninggalkan aku yang mencebik.Kalau tercekik,cikgu yang salah!
Selesai sahaja Eliana makan,kami berdua terus berjalan ke arah bas memandangkan cikgu Aishah cakap kalau dah siap makan,boleh naik bas.
Mataku mencerlung tajam ke arah Danish yang elok baring.Tempat aku jadi tempat untuk dia letakkan kepala.
"Tepilah gila!" Aku menolak kepalanya membuatkan Danish bangun.
"Kau dah kenapa mak cik? Suruh elok-elok tak boleh ke?" Danish menyandarkan kepalanya di tingkap bas.Hek eleh! kisah apa aku.
"Danish,boleh tak ke tepi?Aku nak duduk." Minta ku dengan penuh sopan sampai semua lelaki boleh cayer.Ahakss..perasan gila.
"Ayreen Qaisara!" Seseorang memanggil namaku.Ceh,panggil nama penuh terus pulak tu.Dah lah panggil macam aku duduk jauh gila-gila daripada dia.Poyo je lebih.
Aku menoleh melihat gerangan yang memanggilku.Kelihatan seorang lelaki datang ke arahku.Lah! Duduk satu bas pun nak jerit panggil nama aku ke.Tempat dia selang 2 je dengan tempat aku.
Nametag yang elok di-pin di baju sukan sekolahnya dipandang.Memang semua wajib pakai nametag pin ni.
HARIZ ILHAM
Mamat ni bukan ke yang bagi surat dekat aku pagi tadi.
"Nah" Dia menghulurkan sesuatu dan wah! Cadbury and Bueno.Macam tau-tau je ni favourite aku.
"Eh! Tak apa lah.Asal kau bagi?" Soalku.Padahal dalam hati nak je ambil.
"Ambiklah,memang saya beli untuk awak." Aku terus mengambil coklat itu.Ouh ya! Saya,awak? Er..
"Ouh,thanks tau." Aku tersenyum.Begitu juga dengan dia.
"Most welcome,Ayreen" Dia pula tersenyum.
"Ehem." Seseorang berdehem membuatkan lelaki itu kembali ke tempatnya.Sempat juga dia kenyitkan mata.Insaflah wahai anak muda.
"Gatal nampak" Danish bersuara.
"Heh.Kau tu lagi gatal! Pagi-pagi dah buat drama dengan Misha tu.At least,aku ni tak ada lah nak babi eh baby,sayang,bie,manja semua tu dengan dia." Tuturku dan mendapat pandangan tajam daripada Danish.Apa?daripada aku sebut baby,baik aku sebut bab 1 terus.
"Tau lah kau jealous kan,sebab tu nak ungkit bagai.Suka aku cakap je la." Danish tersenyum sinis
"Weyh tolong lah! Aku.tak.suka.kau.Jangan perasan boleh tak?" Tutur ku geram.
"Huh! Setakat bagi coklat baik tak payah.Bila-bila masa je boleh beli coklat tu"
Aku tak faham betul dengan Danish ni.Pasal coklat pun nak perli itu ini.
"So what? Ke..kau yang cemburu?" Teka ku membuatkan Danish menarik belakang tudung ku.
"Tak payah perasan.Tak teringin aku kat singa macam kau." Dia menjeling sebelum aku tersenyum sinis.
"Then,kau pun jangan perasan aku suka kau.Aku tak teringin dekat mamat mulut puaka dengan poyo macam kau." Usai itu,aku terus menyumbat earphone ke dalam telinga.Volume aku kuatkan.
• • •
"Okay,sekarang saya akan serahkan kunci bilik.Satu bilik saya nak empat orang.Nama yang disebut sila ambil kunci dan serta-merta yang pegang kunci itu ketua bilik." Cikgu Nizam menyebut nama satu-persatu.
Aku hanya menunggu nama disebut.Aku harap dapat sebilik dengan Eliana.
"Seterusnya,Emisha Puteri,Adriana Melisa,Eliana Izzati dan Ayreen Qaisara.Ayreen,ambil kunci ni" Wait what?
Kenapa aku mesti sebilik dengan ulat bulu?
Punggungku diangkat lalu kaki diaturkan ke arah cikgu Aishah untuk mengambil kunci.
"Kalau hilang kamu yang akan didenda." Bisik cikgu Aishah.Perlahan-lahan kepalaku diangguk.
Selepas semuanya selesai,kami semua dibenarkan menuju ke bilik masing-masing.
Aku dapat tahu yang pengerusi PIBG yang sponsor duit untuk kursus ni.Siapa lagi kalau bukan papa kepada si Misha tu.
Dan ya,kitaorang menginap di hotel okay.Special gituh! *flip Misha
Lagipun aku tahu sangat,Misha bukan nak duduk dekat tempat yang 'biasa-biasa' je.
"Riana,malam nanti aku nak keluar dengan Danish tau.Aku nak ajak dia jalan-jalan kat sini." Suara Misha sengaja dikuatkan.Ye lah,mungkin dia pernah tertelan microphone masa kecil,sebab tu suara dia kuat semacam.Kesian dia.
"Okay,enjoy your date." Adriana pula yang dah macam tertelan microphone.Disebabkan aku tak bagi apa-apa reaksi,Misha mengalihkan pandangannya ke arahku.
"Ayreen,kau tak payah nak ganggu aku dengan Danish malam ni." Aku memandang Misha.Minah ni kuat perasan betul.Syaitan je kot nak ganggu korang.
"Apa kau ingat aku nak sangat hadap muka boyfriend kau tu? Menyampah tahu tak? Kau tak payah perasan aku nak kacau korang.Tak teringin langsung." Eliana terus menarik ku keluar dari bilik.Berasap je aku tengok Misha tu.
Melangkah keluar sahaja dari bilik,aku dan Eliana serentak memandang ke arah sebelah bilik kami.Kelihatan dua orang manusia iaitu Danish dan Ammar keluar dari bilik mereka.Eh! jap jap.
Diorang punya bilik sebelah bilik kitaorang?
• • •
Jujur aku cakap,kursus ni membosankan.Selepas cikgu tu memberi taklimat dan pembahagian kumpulan,kami semua perlu menunggu slot kedua iaitu Persediaan/Peranan Sebagai Pemimpin.
Dengar macam bosan,tapi aku sendiri tak tahu bosan ke tak.
Jam yang sudah menunjukkan pukul 4:25 petang membuatkan aku menguap kecil.Slot kedua bermula jam 4:30 petang,jadi masa berbaki lagi 5 minit.
"Aku harap slot kedua ni sekejap je." Bisik Eliana.Aku hanya menganggukkan kepala.Tiba-tiba ketua guru disiplin sekolah di hadapan mengalihkan perhatian semua pelajar.
"Dah habis sembang?" Soalnya.Semua pelajar hanya mengunci mulut masing-masing.
"Baiklah.Untuk slot kedua ini,saya akan menceritakan peranan kamu sebagai seorang pemimpin di sekolah.Sebelum tu,ketua pengawas dan penolong ketua pengawas mana?" Matanya melilau mencari sehingga Danish Izmeer dan Emisha Puteri mengangkat tangan mereka.
"Hah! Kamu berdua tahu ke peranan kamu di sekolah macam mana?" Pandangan guru lelaki itu tepat ke arah Danish dan seterusnya,Misha.
Danish menganggukkan kepalanya.Misha pula hanya menayangkan wajah selamba.Ulat bulu ni tak reti jawab soalan ke?
Habis sahaja slot kedua,kami semua terus memulakan slot ketiga.Kumpulan yang dibahagi masa slot pertama tadi mengikut bahagian tugas masing-masing.Faham?
Maksud aku setiap pengawas ada jadual bertugas kan? Jadi, 'bahagian tugas' tu ikut yang dalam jadual bertugas masing-masing lah.Contoh,ada yang bertugas untuk naikkan bendera.So,mereka perlu membuat kumpulan yang masing-masing mempunyai tugas untuk naikkan bendera.
Senang cerita dalam satu kumpulan tu,semua mempunyai tugas yang sama.
Aku dan Siti menuju ke arah bahagian emcee.Izzah dengan Eliana bahagian lain.Diorang dua bahagian conduct lagu.
Skip.
"Siti teman aku pergi ambil air kat sana jap." Lengan Siti ditarik-tarik olehku.Semua orang dibenarkan rehat sekarang.
Siti memandangku sebelum menganggukkan kepala.
Aku terduduk kerana keletihan.Botol berwarna hitam diambil lalu air diteguk.
"Ni ke botol kau?Kenapa macam lain?" Siti mengerutkan dahi.Aku yang baru sedar terus menilik botol jenama Tupperware berwarna hitam itu.
"Bukan dekat botol kau ada sticker nama ke dekat penutup?" Kening sebelahnya diangkat.Aku mengangguk laju.
Sekali lagi botol itu ditilik.Mana tahu ada nama tuan dia.
Tapi malang..
Tak ada.
Danish's POV
Punggung dilabuhkan lalu penutup botol dibuka.Air kosong itu diteguk.
Ammar memandang tanganku yang memegang penutup botol.Dah kenapa dia ni?Pandang semacam je.
"Kenapa?" Soalku.Ammar tersengih.Aku dengan pelik melihat tanganku.Mana ada apa-apa.
Mataku kemudiannya beralih kepada penutup botol.Sticker berwarna purple di penutup itu ditilik betul-betul.
Ayreen 💜
WHAT
THE
HELL
"Kau ni Am.Bukan nak bagitahu awal-awal." Jelingan tajam diberikan kepada Ammar yang sedang tersengih.
Ammar tidak diendahkan.Aku terus bangun meninggalkannya.Baik aku pergi ambil botol aku sebelum Ayreen perasan.
Sampai sahaja di tempat aku meletakkan botol,mataku terus menangkap dua figura yang sedang menilik botol berwarna hitam.Yang aku tahu tu botol aku.
Eh! Ye ke botol aku?
Tapi,memang aku dengan Ayreen je kot yang pakai botol tu dengan warna yang sama.
Nak pergi kat diorang ke tak nak eh? Buat malu je.
Pergi je lah.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro