Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Aku ingatkan pasal apalah yang Mr. Grey panggil aku. Buat cuak saja. Aku ingat aku ada salah apa. Punya keras dia panggil nama aku, muka tu... Tak pernah pun nak senyum kalau panggil nama aku. Ingatkan sebab aku, dia kena marah dengan tok Grey!

Rupa-rupanya...

Nak berlakon.

Pandai betul Mr. Grey tu berlakon. Muka ada, karakter ada, tak nak ke dia apply jadi pelakon tambahan mana-mana stesen televisyen? Untung-untung boleh jadi hero!

Hero drama TV pun jadilah. Hanya perlu sekali jadi hero. Cakap sweet sikit, keluarkan suara serak-serak basah ala-ala ikan kaloi sat timbui sat tenggelam. Lepas tu kecik-kecikkan mata sikit, keluarkan semua lesung yang ada... Confirm, lepas tu jadi hero selamanya!

Bakat ke laut, ke muara. Spesies kayu-kayan pun tak apa.

Dalam sekejapan saja dah ada, Greyators atau Greyfans ataupun... Greyilekpocek! Heh!

"Duduk."

Aku tarik kerusi dan duduk.

"Buka buku nota tu. Awak tulis ABC sementara saya bercakap dengan awak."

"Hah?"

Apa ke hal nak tulis ABC pula ni?

"Tulis. Nanti ada alasan untuk awak cakap dengan Ain."

"Ohhh..."

Macam tahu-tahu saja Kak Ain banyak soalan untuk aku nanti. Argh, apalah yang Mr. Grey ni tak tahu? Macam semua benda dia tahu walaupun dia tak masuk pejabat dan tak bergaul dengan staf. Sahihlah dia pasang spy dia. Tu pasal orang kat dalam pejabat ni, macam takut sikit dengan dia.

"Saya dah terangkan semuanya pada tok ayah dan tunjukkan bukti yang Red letakkan arak tu ke dalam minuman Jane. Red pun sudah mengaku yang dia memang buat macam tu."

"Alhamdulillah..."

Akhirnya orang dah tahulah, bukan Jannah punya salah. Dia bukan mabuk, tapi dia dimabukkan!

"Tujuannya, dia nak tunjukkan pada semua orang yang Jane memang seorang perempuan tak baik untuk saya. Jadi, saya tak boleh kahwini dia kerana Jane bukan perempuan yang baik-baik."

Subhanallah...

Jahat betul!

"Saya tak rasa itu niatnya. Saya tahu kenapa dia buat macam tu. Kalau saya berkahwin dulu, peluang untuk saya dapat jawatan tu, cerah. Walhal bukan pasal kahwin dulu atau tak untuk dapatkan jawatan tu. Komitmen ke atas PA tu yang penting. Tapi, Red fikir lain. The thing is, saya tak bawa Jane ke situ untuk tunjuk yang saya akan kahwin dengan dia. Mummy yang suruh saya bawa someone. Itu saja. Red sudah salah faham."

Kasihan Jannah.

"Anyway, semua benda dah selesai. Lain-lain awak tak perlu tahu. Itu semua antara saya, Red dan tok ayah."

"Okey... Okey!"

"Tapi Nisa, satu benda saya tak boleh ubah."

"Apa dia, Mr. Grey?"

"Saya tak boleh mengubah siapa Jane pada tok ayah dan mummy. But, it's okay. Kita tak boleh nak mengubah pendapat orang tentang kita. Sepuluh kebaikan boleh lenyap dengan satu kejahatan."

Aku terdiam.

"That's all."

"Terima kasih, Mr. Grey. Terima kasih banyak-banyak. Dah tahu siapa pun, dah cukup lega."

Jannah kenalah berhati-hati lepas ni.

Sebenarnya...

Siapa yang rapat dengan Mr. Grey, kena berhati-hati. Sebab Mr. Red mesti akan buat gila dia lagi.

Aku terus menutup buku nota itu dan bingkas bangun.

"Tengok buku nota tu."

"Haaa?"

"Meh sini buku nota tu..."

Aku memberikan buku nota itu pada Mr. Grey. Bukan setakat ABC saja aku tulis, alif ba ta pun siap sampai ya. Sambung 123 pula. Nak buat macam mana, panjang kot apa yang Mr. Grey cakap dengan aku. Mana cukup 26 huruf tu!

Mr. Grey menulis sesuatu pada buku tu dan berikan semula pada aku. Aku cepat-cepat keluar, tak sempat nak tengok apa yang Mr. Grey tulis. Dahlah sejuk bilik tu, macam duduk kat Kutub Utara. Kulit biawak agaknya Mr. Grey tu, boleh relaks aje.

Apa-apa pun...

Alhamdulillah...

Legalah, hal ini semua dah selesai. Walaupun nama Jannah tak bersih sebagai escort girl, at least bersih sebagai seorang pemabuk!

Elok aku keluar...

Kak Ain menarik tangan aku, masuk ke dalam pantri belakang tempat duduk Nadine. Nadine tak ada di tempatnya. Tak tahu pula Nadine ke mana. Pantri itu, khas untuk Mr. Grey. Kecil saja pantrinya untuk Nadine buatkan air untuk tetamu atau untuk Mr. Grey.

"Ni... Kak Ain nak tanya hang dari hati ke hati. Orang sekampung tak boleh nak cakap bohong. Bukan saja orang sekampung marah, tapi Tuhan pun marah kalau kita cakap bohong sesama kita."

Belum habis waktu pejabat dah boleh cakap utara ke?

"Janji tak bohong?"

"Janji, Kak Ain. Tanya apa, Kak Ain?"

"Pasai apa yang Mr. Grey panggil hang tak sat?"

Heh...

Aku agak dah!

Mesti nak tanya pasal ni. Takut dia kena caraslah tu. Hesy, takkanlah aku nak buat lagu tu. Kak Ain dah banyak tolong aku walaupun baru dua hari aku kerja kat sini.

"Ohhh... Dia suruh tulih ABC."

"Hah? Suruh tulih ABC?"

Aku memberikan buku nota yang aku tulis tadi. Kak Ain terus buka buku nota itu.

"Siap dia bagi bintang lagi kat hang!"

Aku menarik buku nota itu turut melihat apa yang Mr. Grey tulis.

Keep up the good work! - G

Aku tersengih. Pandai sangat Mr. Grey berlakon. Aku rasa, dia jadi watak cikgu pun sesuai. Cikgu disiplin! Muka ketat tu dah ada tak payah dibuat-buat!

"Dia nak tengok tulisan saya cantik ke dak. Sebab saya nak kena bantu Kak Ain untuk ambil minit nanti bila Kak Ain tak ada dan bercuti panjang nanti."

"Hah?"

Kak Ain menggaru kepalanya.

"Selalunya tak dak dia nak heran pun budak baru masuk tulisan cacamarba. Awat dengan hang dia dok kalut sangat?"

"Entah. Tapi Kak Ain jangan risau, saya tak akan caras Kak Ain."

"Bukan pasai tu Kak Ain risau..."

Kak Ain bersandar pada kabinet tepi itu. Tangannya memeluk tubuh. Macam risau teruk sangat ni. Risau pasal apa?

"Habis tu, pasai apa?"

"Kak Ain ni dah lama kerja dengan Mr. Grey, dekat tujuh tahun hang tau! Sebelum ni dengan tok Grey, lepaih tu Tuan Grey. Sekarang Mr. Grey. Semua hal Grey ni, dalam kocek Kak Ain saja!"

"Awat, Kak Ain? Kak Ain buat saya cuaklah."

"Laaa ni, Mr. Grey ni pelik. Benda dia tak pernah buat, dia buat. Dia tak pernah suruh staf masuk dalam bilik tu. Selalu Kak Ain yang kena jumpa dulu. Kalau jumpa pun, top-top boss. Sekarang ni, dia jumpa direct. Mr. Grey tak pernah biarkan in tray tu penuh. Sekarang ni, esok baru clear. Kalau ada tender, dialah orang yang suruh buat cepat. Semua tak boleh balik. Tapi kali ni, tak. Dia lepak. Dia dah tak marah. Dia dah mula senyum. Lagi satu pelik..."

"Apa yang pelik?"

"Dia hire escort girl nak pi majlis hari jadi tok Grey. Walhal, dia tak suka perempuan jenih lagu tu. Dia tak suka jenih nak menggedik macam ulat bulu. Hang taulah kalau kaki kikih lagu mana."

Aku terdiam.

Kawan aku bukannya kaki kikis. Dia dibayar!

"Lepaih tu, dia bagi hang bintang pula!"

Dahi aku berkerut. Aku tak faham. Sebab aku bukan kenal Mr. Grey sebelum ni. Tapi aku pelik jugalah, sebab apa yang mereka gosip dulu tentang Mr. Grey, sewaktu aku makan pagi di pantri staf dulu berlainan dengan apa yang Mr. Grey yang aku kenal. Aku ingatkan, Mr. Grey macam baik dengan aku sebab aku simpan rahsia dia.

Rupa-rupanya...

Memang Mr. Grey lain sebelum ni.

"Lagi satu Kak Ain pelik..."

"Awat?"

"Lately, ada orang lain selalu call dia. Tapi, Kak Ain tak kenai pun orang tu. Sehari, dekat dua tiga kali orang tu call. Kalau tak bercakap dengan Mr. Grey, dia tanya Kak Ain pula!"

"Siapa, Kak Ain?"

"Lawyer!"

Aku...

Memang tak boleh fikir langsung...

Kenapa peguam pula nak call? Biasalah peguam call, kan? Kerja banyak involve pasal dokumen.

"Saya tak faham..."

"Kak Ain takut.."

"Awat?"

"Mr. Grey nak mati dah!"

Takkanlah kot!

Mr. Grey kena saman ka?

"Takkan saman boleh sampai mati?"

"Hesy, hang ni!"

"Serius tak faham."

"Lawyer tu dok buat wasiatlah!"

"Hah?"

"Selalunya, orang nak mati ni dia buat benda yang pelik-pelik supaya orang ingat kat dia. Siap lawyer tu tanya Kak Ain, dia minta senarai harta milik Mr. Grey yang tak bersangkut paut dengan syarikat. Hang rasa apa? Hang tak pikiaq ka ini semua ada kaitan dengan nyawa dia? Dia kena kanser kot!"

"Hesy, Kak Ain ni!"

"Tuan Grey dulu meninggal pasal dia ada kanser hati. Kanser tu penyakit keturunan tau..."

Aku menelan air liur...

"Poor thing. Orang yang baik, selalu Tuhan nak ambil dulu. Awat Dia tak ambil saja Mr. Red tu?"

Kalau betul...

Kasihannya...

Patutlah Mr. Grey beria-ia nak selesaikan hal Jannah tu. Mungkin ada betulnya cakap Kak Ain tu. Tapi, mana ada penyakit yang tak ada ubatnya kan?

"Mak..."

"Haaa..."

"Kak ni..."

"Awat?"

"Tolong semai sat pokok belalai gajah kat kak. Lusa nanti, Jannah nak balik kampung sebelum dia nak pi ke Dubai. Mak bagi kat dia na..."

"Awat?"

"Bos kak kena kanser!"

Klik!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro