Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

Pagi itu, Jannah hantar aku ke pejabat. Nasib baik Jannah ada photo shoot, bolehlah aku tumpang dia. Jannah siap hantar aku sampai depan Puncak Angkasa. Macam aku pula yang jadi CEO syarikat tu. CEO ke COO ke CAO, yang penting jimat duit tambang bas hari ni.

Turun saja kereta, aku nampak Mr. Red menuju ke lif VVIP. Sakit betul hati aku bila nampak dia. Tapi, Mr. Grey dah warning aku semalam. Jangan buat apa-apa. Buat tak tahu saja!

Tak tahu macam mana Mr. Grey boleh tahu Mr. Red yang bagi minuman tu kat Jannah. Mr. Grey tak beritahu aku macam mana dia tahu Mr. Red yang bagi air arak tu pada Jannah. Tapi, Mr. Grey sibuk nak tahu macam mana aku tahu. Aku pun beritahulah, aku rasa sesuatu dengan Mr. Red.

"Sebab dia saja yang nampak macam tak suka Mr. Grey. Jadi, saya rasa dia ada niat tak baik. Sekarang ni, apa yang Mr. Grey nak buat?"

"It's none of your business. Apa yang awak perlu tahu, hanya setakat itu saja. Lain-lain, awak tak perlu masuk campur. You don't know Red. Let me settle this. Beritahu Jane, saya minta maaf. This would not be happening, kalau bukan saya yang bawa dia. Saya tahu, maaf tak akan mengubah segalanya."

"Sebab hal ini, ia mengubah segalanya."

"Maksud awak?"

"Dia dah balik ke pangkal jalan."

"Alhamdulillah... Ada hikmah di sebaliknya."

"Terima kasih, Mr. Grey."

"It's okay."

"By the way... Macam mana Mr. Grey dapat nombor saya ni?"

Klik!

Ceh...

Putuskan macam tu terus.

Entah macam mana dia dapat nombor telefon aku, entah!

Telefon tu ada CCTV ke apa? Telefon tu tak adalah canggih lagu mana pun. Tapi, sampai Mr. Grey boleh tahu, bahaya jugalah. Nanti dia ingat nombor telefon Abang Ham yang aku simpan tu, nombor telefon boyfriend aku pula! Tak pasal telefon ni kena ambil balik!

"Assalamualaikum Kak Ain, selamat pagi..."

"Waalaikumussalam, selamat pagi. Haaa, Nisa. Nasib kau ada lagi! Lega Kak Ain!"

Dahi aku berkerut.

"Kenapa, Kak Ain?"

"Semalam kau call, Kak Ain terlupa nak tanya kau. Pagi ni bila tengok bilik Mr. Grey, baru Kak Ain teringat."

"Teringat apa, Kak Ain?"

"Kak Ain ingat semalam kau dah kena telan dengan Mr. Grey!"

"Hesy, tak la. Kenapa pula saya nak kena telan dengan dia?"

"Semalam kan kau kena panggil dengan Mr. Grey. Pasal apa dia panggil kau? Kau buat eye contact dengan dia ke semalam kat bilik meeting? Kau kena marah, eh? Tu la Kak Ain dah cakap, jangan dok pandang-pandang dia... Dia tak suka!"

"Eh... Tak adalah, Kak Ain. Dia tak marah saya pun. Dia puji sebab semalam kerja saya bagus, tu saja."

"Ohhh..."

"Dia suruh pakai telefon ni baik-baik, jangan nak call boyfriend."

"Eh... Kenapa dia cakap macam tu?"

"Sebab ni harta pejabat."

"Ohhh..."

"Kenalah buat macam harta pejabat."

"Ohhh..."

Dok ohhh... Ohhh... Tak boleh pi ke p ni pasal apa?

"Dia tu, jarang nak bercakap dengan staf biasa."

"Pelik saya. Kat sini, semua orang takut dengan Mr. Grey. Bagi saya, dia okey aje."

"Bukan takutlah Nisa, tapi hormat."

"Errr... Kak Ain bagi nombor telefon saya kat Mr. Grey ke semalam?"

"Prosedur pejabat. Semua nombor staf kena update kat Mr. Grey."

"Ohhh..."

Giliran aku pula yang ohhh...

Nasib baik!

Aku ingatkan telefon ni ada CCTV.

Bodoh piang hang ni, Nisaaa oiii!

"Mana kau tahu yang Kak Ain bagi nombor telefon kau kat Mr. Grey? Dia call kau ke?"

"Haah, dia call."

Mata Kak Ain membulat.

"Kenapa dia call kau?"

"Dia nak..."

"Nak apa?"

Takkan nak cakap Mr. Grey nak beritahu aku siapa yang bagi arak kat Jannah pula!

"Nak apa, Nisa? Kalau dia nak apa-apa, selalu dia call Kak Ain atau Nadine. Kenapa dia call kau? Dia nak apa?"

"Dia nak test telefon saya semalam!"

Dahi Kak Ain berkerut.

"Sebelum ni, Kak Ain bagi telefon kat staf lain, tak pernah pula Mr. Grey nak test telefon tu pun!"

"Telefon kan boleh expired! Macam roti yang ada tarikh luput."

Hentam pi la Nisa!

"Baru Kak Ain tau, telefon boleh expired, Nisa!"

Heh...

Tak ada, eh?

Bukan telefon pun barang ke? Bukan barang boleh expired ke? Mop, penyapu, ada tarikh luput ke, Nisa? Hah? Bodoh piang hang ni!

"Semalam dah jumpa, semalam pun dah call. Kau dengan Mr. Grey tu ada apa-apa ke? Baik kau cakap dengan Kak Ain. Mr. Grey hire kau sebab nak spy Kak Ain, eh?"

"Hesy! Yang hire saya, Kak Ain. Bukan Mr. Grey. Lupa ke?"

Kak Ain terdiam.

"Saya tak ada apa-apalah dengan Mr. Grey tu, Kak Ain. Lillahitaala!"

"Kau tak caras job Kak Ain, kan?"

"Hesy... Sumpah tak ada niat pun!"

"Apa-apa yang Mr. Grey beritahu kat kau, kau kena cakap dengan Kak Ain. Kak Ain tak nak kau sembunyikan apa-apa."

"Ya, Kak Ain. Saya akan cakap dengan Kak Ain. Jangan risau."

"Tu hang bawa apa dalam bekas tu?"

"Nasi goreng!"

"Pi la makan. Nanti perut kau berbunyi macam anak gajah pula. Rasa bukan dok kat pejabat, tapi dok kat dalam zoo!"

"Heh... Ini untuk tengah hari nanti, Kak Ain. Pagi tadi, saya dah makan dah!"

"Morning, you all."

Nadine lalu dengan secawan kopi di tangan. Sedap bau kopinya, teringat kopi kat kampung!

"Kopi untuk Mr. Grey, siap!"

"Dia tak ada. Kat bilik tok Grey dengan Mr. Red. Apa hal entah. Muka ketat semacam saja Mr. Red tadi bila Mr. Grey suruh Kak Ain panggil dia suruh naik atas. Baik kau simpan saja kopi tu. Sat lagi buat lain. Kalau sejuk, kena marah pula nanti!"

"Hesy, apa pula yang Mr. Red tu buat?"

"Entah. Yang pasti, itu hal Mr. Red dan tak bersangkut dengan kita."

Aku menelan air liur.

Sahihlah...

Ini mesti hal semalam!

Cepat betul tindakan Mr. Grey tu.

Patutlah dia tak suka pekerja dia buat kerja bertangguh, dia sendiri pun tak suka buat kerja bertangguh!

"Mamat tu memang baik..."

"Siapa?"

"Grey tu la."

"Aku pun tau, dia baik. Pasai, beria dia nak cari, siapa yang buat hang mabuk semalam hang tau dak?"

"Dia pun tak dak nak pegang-pegang aku pun masa kat parti tu. Dia bawa aku pun pasai dia kata, mummy dia suruh bawa seseorang. So, dia tak nak hampakan mummy dia, dia hirelah aku. Hang tau dak, lepas aku kena tiaw dengan tok dia, dia selamatkan aku dulu. Dia kata, maruah aku, tanggungjawab dia."

Baik sungguh Mr. Grey tu noh.

"Ramai perempuan suka berkepit dengan dia, tapi dia tak layan. Tu semua palsu kata dia... Suka duit ringgit."

"Yalah. Anak orang kaya. Siapalah tak suka?"

"Tan Sri Mustafa Kamal, owner Puncak Angkasa. Kaya hang tau! Bagi duit macam tu saja. Setahu aku, dia bukan jenis main perempuanlah. Tapi, bab business... Dia nomboq satu. Berhabis duit tak apa, asai dapat projek. Dialah yang bayaq duit untuk hire aku, layan kawan-kawan dia."

Dahi aku berkerut. Tak main perempuan, tapi gunakan perempuan untuk dapat kesenangan. Apalah punya jantan?

"Aku tak tau pula yang Grey tu cucu dia. Yalah, sebab Grey tu kan putih melepak... Ingat orang putihlah. Kalau aku tau, aku tak pi malukan diri aku semalam."

"Baguihlah hang pi... Kalau tak, hang tak sedaq la ni."

Jannah terdiam.

"Ni ka Red yang hang kata dok taruh arak dalam minuman aku tu?"

Jannah memberikan gambar yang dia cari dalam Internet kepada aku. Aku melihat telefon Jannah. Terus aku angguk.

"Inilah. Hang rasa, dia ka yang bagi ayaq tu?"

"Dialah! Yalah, dia! Sebab aku ingat lesung pipit dia, dua-dua belah pipi. Nampak baik. Tapi, jahatnya subhanallah!"

"Aku tengok pun tau, muka buaya!"

"Tak boleh jadi. Aku kena habaq kat semua kawan-kawan aku, kenakan diaaa..."

"Hesy, tak baik hang ni. Kata nak bertaubat dah. Nak bertaubat, tak bolehlah berdendam. Mr. Grey kata, dia akan selesaikan dengan Mr. Red. Dia tak bagi kita masuk campoq. Sat lagi jadi kot lain..."

Orang kalau dah jahat...

Macam-macam boleh dia buat. Tak payahlah nak masuk campur. Tak pasal-pasal nanti kena!

Kasihan kat Jannah, tapi kita ni ikan bilis saja. Buat cara ikan bilis sudah. Depa tu ikan jaws. Ikan jaws nak ngap ikan bilis pun tak kenyang, mesti nak ngap banyak kali. Jadi, tak payahlah nak mengena, tak pasai kena ngap berkali-kali baru kenyang! Biarlah, yang jahat pasti akan dapat balasannya. Tengok, sat saja kalau Tuhan nak tunjuk. Dah kena pun Mr. Red dengan tok Grey tu!

Biaq padan muka dia!

Pecat teruihlah kalau jahat sangat. Buat apa nak simpan biawak kalau dah tahu boleh merosak?

"Nisa..."

Aku memandang Kak Ain.

"Hari ni, Kak Ain nak ajar kau, siapa top five client kita yang kau kena ambil tahu. Kalau mereka call, kau kena terus beritahu Mr. Grey walaupun dia tengah ada meeting."

"Okey, Kak Ain..."

"Ambil buku nota."

"Okey..."

Tiba-tiba...

"Bawa buku nota tu masuk ke dalam bilik saya sekarang, Nisa!"

Muncul Mr. Grey.

Muka ketat!

Suara kuat!

Alaaa... Apa hal ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro