Bab 6
Balik tu, aku ingat nak terus masak. Yalah, perut dah kelaparan ni. Makan karipap tadi manalah cukup. Dah membuang nasi goreng pagi tadi. Sahihlah perut aku ni dah masuk angin. Nanti gastrik, aku yang naya!
Esok...
Memang kena start bawa bekal.
Tapi...
Bila aku masuk saja rumah, atas meja sudah bertudung saji.
"Aku masak hari ni."
Jannah keluar dari dapur dengan membawa sepinggan ayam masak kicap.
"Sempena hari pertama hang kerja."
Aku terus menarik kerusi. Memang kelaparan sungguh!
"Alhamdulillah, aku memang kebuloq sangat dah ni!"
"Aku dah habiskan lauk yang hang beli kat dalam peti ais tu."
Aku tersentak.
"Tapi, aku dah ganti balik."
Errr...
"Dengan duit aku jadi model tudung Muslimah tu. Bukan duit kerja part time aku tu! Hesy, takut sangat dia ni. Dan-dan muka hang berubah! Tak pandai sorok betul muka hang tu kalau tak suka!"
Heh...
"Mestilah takut, nak jadi darah daging kot!"
Sebenarnya Si Jannah ni, model. Dia selalu jadi model pakaian Muslimah. Itulah kerja cover dia kalau mak ayah dia tanya dia kerja apa. Itu yang hidup dia, dia tak ada hal sangat. Tapi, jadi model bukannya selalu dapat job. Dia buatlah job sampingan yang semalam pun boleh dapat RM 2000 tu!
"Dan... Aku nak habaq hang satu benda."
"Awat?"
"Aku ingat aku nak berhentilah buat kerja haram tu."
Aku tersentak.
Aku pandang Jannah.
"Hah? Sungguh ni?"
"Sungguhlah!"
"Jangan hangat-hangat tahi ayam saja, Jannah."
"Hangat-hangat tahi kambing pun tidak! Sungguh... Aku memang nak berubah! Aku tak mau dah buat kerja-kerja tu!"
"Alhamdulillah, Jannah!"
Aku terus bingkas bangun dan memeluk Jannah. Rasa nak menangis aku bila Jannah nak berubah. Tak sia-sia aku maki dia.
"Habih tu, hang nak buat apa?"
"Aku nak teruskan kerjaya model aku. Tadi, lepas aku niat nak berubah, terus aku dapat duit model yang aku buat kelmarin dan sekali gus tawaran kerja. Dua minggu shooting kat Dubai."
"Apa yang menyebabkan tiba-tiba hang nak berhenti?"
"Aku mimpi neraka tadi..."
Aku terdiam.
"Aku mimpi aku kena heret dalam api neraka yang menyala-nyala. Setiap kali aku kena bakar, aku hangus. Aku hidup balik dan aku kena bakar sekali lagi. Perkara itu, berulang-ulang sampai aku naik takut. Benda tu nampak macam real sangat, Nis!"
"Hang teguk arak semalam, Jannah!"
"Sumpah, demi Allah. Aku tak pernah minum benda tu, Nis. Aku kerja escort pun, aku tak sentuh benda tu. Aku buat syarat... Aku memang tak akan minum! Ini semua Grey punya pasal!"
Aku terus tersentak.
"Dia kata dia tak bagi hang minum. Dia jumpa hang masa tu, hang dah mabuk. Hang buat masalah kat majlis tok ayah dia tu!"
"Hah? Mana hang tau?"
"Dia terangkan pada aku tak sat..."
"Tak sat? Dia mai ka?"
"Dak aih. Kebetulan dia tu bos aku."
"Hah?"
Aku pun cerita pada Jannah apa yang Mr. Grey terangkan pada aku tadi. Dalam bas tu, aku terfikir-fikir tentang Mr. Red. Gerak hati aku kuat mengatakan Mr. Red ni dalang di sebalik semuanya.
Apa hal Mr. Red tu tak puas hati sangat dengan Mr. Grey? Adakah ini semua tentang jawatan CEO yang tok Grey tu cakap tadi? Yalah... Dia kata, dia nak lepaskan jawatan itu kepada salah seorang cucunya yang berkebolehan. Cucunya ada dua saja kat situ. Mr. Grey dan Mr. Red. Semua BOD tadi menyokong usul Mr. Grey. Nampak sangat Mr. Grey disukai semua.
Takkan aku nak cakap kat Mr. Grey...
Suruh siasat Mr. Red?
Sahih dia pun tahu Mr. Red buat semua tu.
Sebab Mr. Red saja yang seakan-akan membenci dia.
Aku yang tak sampai sehari kerja kat situ pun, dah dapat rasa aura hitam Mr. Red tu. Kenapalah tak panggil Mr. Black? Sahih tak suka Black Mentor!
Eh...
"Itulah yang dia cakap."
"Memang bukan Grey yang bagi aku cawan tu pun."
"Habis tu siapa yang bagi?"
"Aku tak ingatlah, Nis..."
"Muka dia putih-putih macam Mr. Grey ke? Tapi, tak adalah putih macam orang putih."
"Hmmm... Yang pasti dia cakap, ini Grey bagi. Just a fruit punch! Masa tu, Grey dah kena marah dengan Tan Sri, gara-gara bawa escort girl datang situ. Kebetulan pula, aku pernah dilanggan oleh kawan kepada Tan Sri tu. Aku disuruh duduk di bar tu, sementara Grey nak selesaikan semuanya. Parti tak jadi partilah semalam!"
Jannah menarik nafas.
"Paling teruk marah, mummy dialah. Sampai mummy dia kata, dia ingat muka aku sampai mati. Jangan harap aku akan kahwin dengan anak dia. Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan Grey tu!"
"Baguslah hang nak berhenti, Jannah! Aku tak sangguplah hang dilabel lagu tu. Hang tau apa hang buat. Tapi, orang peduli ka? Tak dak, Jannah. Orang lagi nak kecam kita adalah."
"Aku rasa terhina jugalah semalam."
Jannah sedikit mengeluh. Tak pasal-pasal, kawan aku yang kena pula! Jahatlah kalau gitu, ada ke patut bagi Jannah minum air syaitan tu? Nasib baik Allah S.W.T bagi dia hidayah!
"Aku rasa kotoq sangat diri aku ni lepaih minum ayaq haram tu, Nis. Aku siap minum ayaq lemon campoq macam-macam nak detox balik apa yang ada dalam badan aku."
"Minum ayaq apa pun tak boleh hilang, Jannah. Hang solat taubat saja, Allah S.W.T tu Maha Pengampun!"
Jannah terdiam.
Nampak penyesalan pada raut wajahnya.
"Jomlah makan. Nanti sejuk!"
Aku bersyukur sangat-sangat sebab Jannah dah jumpa semula jalan yang lurus. Bukan semua orang dapat hidayah secepat ini. Akhirnya... Setelah sebulan aku berdoa agar dilembutkan hati Jannah, Allah S.W.T makbulkan doa aku. Nampaknya tak jadilah aku nak cari rumah sewa lain. Jimat duit aku!
"Aku dah ada telefon. Hang bagi nomboq hang. Aku simpan dalam ni."
"Mana hang dapat telefon ni?"
"Syarikat punya."
"Amboiii... Besaq ka pangkat hang, sampai depa bagi telefon ni kat hang?"
"Hesy, tak daklah besaq. Syarikat tu kan bina pencawang telekomunikasi. Depa banyak stok telefon. Nanti hang tolonglah ajaq macam mana nak pakai. Aku tau macam mana nak masuk nomboq saja, tu pun orang kedai tu ajaq kat aku."
"Yalah, nanti aku ajaq hang. Ambil ni nomboq aku, 017..."
Heh...
Gigih aku pi beli sim card tadi sebaik saja turun dari bas. Orang pertama aku telefon ialah mak. Seronok mak bila mendengar aku cerita tentang apa yang berlaku hari ini. Tapi, aku tak cakaplah tentang Jannah dan Mr. Grey tu. Pitam pula orang tua tu sat lagi!
"Nanti... Kak dapat saja duit gaji, kak beli telefon kat mak."
"Tak payah membaziaq la, kak oiii..."
"Takkanlah mak nak berlari ke hulu ke hiliaq ke rumah Mak Jah semata-mata nak bercakap dengan kak? Kalau kak belikan mak telefon, senanglah sikit."
"Mak bukan reti. Sat lagi rosak, lagu mana? Nak kena beli lagi. Baziaq saja, kak!"
"Tak apa... Nanti kak suruh Abang Ham beli yang mudah-mudah dan tunjuk macam mana nak pakai kat mak."
Lepas tu, orang kedua yang aku call, Abang Ham la!
"Maaflah, saya ni tak angkat nomboq telefon orang perempuan ni. Saya letak ya, cik. Maaf ya?"
"Takkanlah Nisa call pun, abang tak nak angkat juga?"
"Nisa?"
"Haaa... Nisalah."
"Laaa... Ada nomboq dah ka? Beli telefon baru ka?"
"Dak aih, depa bagi telefon bimbit kat Nisa. Ni syarikat punya. Tapi nomboq ni, nomboq Nisa. Apa-apa, abang call Nisa pakai nomboq ni tau! Abang simpan tau. Kotlah apa jadi kat mak, abang ada!"
"Kerja Nisa besaq la ni, sampai depa bagi telefon."
"Dak aih. Ni, hujung bulan bila Nisa dapat duit, abang belikan telefon yang mudah kat mak. Nanti Nisa masukkan duit kat abang, eh?"
"Baik... Baik, Nisa. Nanti bila Nisa nak suruh beli, Nisa mesej saja abang."
"Terima kasih, Abang Ham..."
"Senanglah Nisa ada telefon la ni. Bolehlah abang mesej ka... Call ka bila rindu."
"Amboi, bila tak rindu lagu mana? Pi melepak kedai janda tu la, ya?"
"Hesy... Janda mana ni? Saja serkap jarang abang eh? Mana ada janda!"
Aku ketawa. Memang aku serkap jarang saja pun.
"Nisa sajalah dalam hati abang. Tak daklah janda ka, jendut ka."
Aku ketawa lagi. Ilham Arsyad bin Armin, aku panggil dia Abang Ham. Abang Ham ni, selalu tolong aku dan mak sejak adik dan abah meninggal. Dia tu kawan baik arwah Nizam, adik aku. Dia mengusahakan kebun pisang di kampung. Nampak saja selekeh, ada ijazah dari UPM tu! Abang Ham selalulah mengingatkan aku tentang pentingnya pelajaran. Sebab itulah aku gagah juga ke sini, nak cari duit sambil nak sambung belajar.
Aku dan Abang Ham?
Cinta?
Gosip orang kampung saja. Walhal, tahu Abang Ham suka melawak. Tak ada yang serius pun. Soal dalam hati, manalah orang lain nak tahu. Soal jodoh, lagilah!
Orang yang ketiga aku call...
Kak Ain!
Walaupun tadi aku tak ada telefon, Kak Ain berikan aku kad nama dia pada aku untuk aku telefon kalau ada apa-apa. Jadi, aku beritahulah pada Kak Ain yang aku dah beli sim card. Sekejapan... Kredit dah tinggal berapa sen! Telan duit juga!
"Nis, hang missed call aku..."
"Haaa... Sat."
Baru aku nak tekan nombor telefon Jannah...
Ada panggilan masuk.
Dahi aku berkerut. Nombor siapa pula ni? Aku tak simpan pun nombor ni.
"Helo... Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Encik ni, daripada Digi ka? Awat? Saya ada salah call apa-apa ka?"
Cuak juga aku..
Kot la Digi call aku ke apa...
Yalah... Daripada tadi, Digi ni dok bagi mesej saja. Your balance is... Your balance is, tak habis-habis!
"Digi tu, warna kuning. This is not Yellow. This is Grey!"
Aku tersentak...
Silap lagi aku!
"Errr... Mr. Grey!"
"Saya nak beritahu, saya dah tahu siapa yang bagi Jane minum arak tu. He is...
"Mr. Red!"
Aku dan Mr. Grey, cakap... Serentak!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro