Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Tepat pukul 1.50 petang, aku dah kena masuk dalam bilik mesyuarat tu. Punyalah sakit perut aku, sementara nak menunggu Mr. Grey tu masuk. Tak tahulah helah apa aku nak bagi pada Kak Ain. Takkan aku nak cakap sakit perut pada hari pertama aku bekerja? Memang Kak Ain tabuh akulah. Sia-sia dia ambil aku kerja gara-gara sekampung. Takkan nak bagi malu orang sekampung!

Berdoa sajalah, Nisa...

Rabbi yassir wala tuassir!

Mak aku pernah ajar dulu, ada sepotong ayat surah Yasin tu kalau kita baca, orang yang cari kita, tak akan nampak kita. Selalu aku guna bila aku balik lambat dari keluar outing. Tak ada pak guard nak kejar aku. Tapi lepas dah habis sekolah ni, mana nak ingat. Aku duduk asrama pun masa aku sekolah tingkatan satu sampai lima. Masuk tingkatan enam, selepas arwah abah dan adik aku meninggal, aku ulang-alik saja. Apa eh ayat tu? Tu la hang, Nisa. Banyak makan semut! Takkan nak baca satu surah kot? Macam baca untuk aku yang nak mati saja!

"Ingat, kau tengok saja bawah. Tak payah nak eye contact dengan sesiapa, tak payah nak bagi reaksi muka apa-apa. Faham? Meeting ni, Tan Sri pun turun tau!"

Aku angguk-angguk saja. Eye contact apa? Aku sembur Mr. Grey tu selamat dah tadi macam buka air pili bomba. Memang kau kena start baca surah Yasinlah, Nisa!

Tak lama kemudian, Mr. Grey masuk. Terus aku tunduk, pandang ke tepi. Aku tak rasa dia perasan aku. Bila aku mendongak, Mr. Grey duduk betul-betul depan aku, sebelah Kak Ain. Lega sikitlah hati aku sebab aku tak duduk bertentangan dengannya. Nasib baik belakang.

Elok aku nak berpuas hati...

Tiba-tiba...

"Siapa perempuan berkurung dan berkerudung kelabu belakang saya ni?"

Aku tersentak. Terus aku menunduk. Aku ingat dia tak perasan aku!

"Staf baru, PA yang saya minta tu."

"Ohhh..."

"Nisa Ardina. Asal dari Pendang, Kedah. Lulusan STPM."

"Baru masuk kerja hari ni?"

"Yes, Mr. Grey."

"Good. Now you can work better, Ain. Tak ada alasan lagi kaki tangan tak cukup kan? Saya dah bagi extra kaki, tangan dan mulut untuk awak..."

Extra kaki, tangan dan mulut tu...

Macam perli aku saja.

Aku menelan air liur.

Habis dah stok air liur aku nak telan ni!

"Thank you, Mr. Grey."

Baru aku nak menarik nafas...

Tiba-tiba...

Mr. Grey menoleh pandang aku.

Aku tersentak. Terus menunduk.

"Hi, welcome to Puncak Angkasa. Kerja rajin-rajin ya, Nisa."

"Errr... Terima kasih, Mr. Grey."

Sebutlah Mr. Grey. Dah semua orang panggil dia Mr. Grey. Nama dia kot, Grey tu. Takkanlah sebab baju dia warna kelabu? Haih... Dahlah pakai T-shirt lagu tu, manalah orang nak sangka dia tu bos besar! Pagi tadi, dia pakai kain pelekat kot! Ya, kain pelekat petak-petak warna kelabu. Apa hal entah dia dengan warna kelabu! Saja nak mengelabukan mata aku ke apa?

"Sekarang awak tahu saya siapa..."

"Tau dah!"

"Good. Nanti..."

Belum sempat Mr. Grey nak habiskan kata-katanya, ramai orang besar-besar masuk. Mr. Grey terus bangun dan menyalami semua. Kata-katanya terus terhenti.

Nanti?

Nanti apa, weh?

Nanti... Saya akan pecat awak!

Nanti... Saya nak jumpa awak, nak sembur awak!

Nanti... Saya akan hukum awak!

Nanti... Awak kena denda sebab sembur saya!

Adoyai!

Beranilah dia buat aku macam-macam. Aku akan pertahankan jawatan aku sekarang. Tak kiralah! Apa yang akan jadi, jadilah! Aku tetap akan jadi PA kepada PA kepada dia.

Kalau Mr. Grey berani ugut aku macam tu...

Aku akan ugut dia balik!

Haaa...

Aku akan sebarkan gosip apa yang dia buat kat rumah aku pagi tadi.

Errr... Tapi dia solat subuh? Nak ugut apa dengan solat subuh kat rumah aku? Hesy, Nisa! Ada hati nak ugut-ugut orang pula!

Dalam mesyuarat tu, barulah aku tahu siapa tok Grey dan siapa Mr. Red. Tok Grey, menjadi pengerusi dalam mesyuarat itu. Tok Grey ialah Tan Sri Mustafa Kamal, merupakan CEO dan Pengarah Urusan Puncak Angkasa. Manakala, Mr. Red atau nama sebenarnya Reid Kamal, merupakan CAO, Chief Administrative Officer. Manakala Mr. Grey ialah COO, Chief Operating Officer.

Mr. Red tu...

Boleh tahan juga rupanya.

Kalau melihat kepada tok Grey yang tua tu pun nampak masih kacak, apa lagi cucunya. Tapi, kuat cari gaduh pula aku tengok Mr. Red tu. Ada saja tak kena. Tapi, Mr. Grey pun tak bagi peluang juga.

"No. I think we spend so much money in this project but kita tak dapat apa pun! For what? Tok ayah build this company, to make money. Bukannya for charity! Betul tak, all BOD?"

"But, Red... You need to think. The more we give, the more we get!"

"This is more than enough, Grey!"

"Proceed, Grey. We need to listen more." Tok Grey menyampuk.

Betullah usul Mr. Grey tu. Nak banyak, kenalah bagi banyak. Aku sokong walaupun aku tak berapa nak sokong dia ada kat rumah aku pagi-pagi tu.

Nampak sangat ada persaingan antara Mr. Grey dan Mr. Red. Setiap kali usul dibentangkan oleh Mr. Grey, ada saja yang tak kena pada Mr. Red. Begitulah sebaliknya. Aku? Dengar dan lihat saja. Suruh fotostat, pi fotostat. Suruh tambah air mineral, aku pi tambah air mineral. Kira hari pertama aku kerja ni, berkat tak ingatlah. Memang kerja sungguh!

"Terima kasih, Nisa. Nisa banyak tolong Kak Ain hari ni. Kalau tak..."

"Hesy, ini kan kerja saya."

"Ni hang balik lagu mana ni?"

"Eh... Dah boleh cakap utara ka?"

"Habih waktu pejabat, bolehlah!"

"Tu dia... Jenuh nak tunggu sampai habih waktu pejabat!"

Kak Ain ketawa.

Bayangkan kalau aku tak ada, macam mana Kak Ain buat kerja sorang-sorang? Matilah weh! Aku sorang pun dah terkangkang! Tu belum aku yang buat kerja sedia ada Kak Ain. Baru buat kerja-kerja rencam saja, dah setengah mati. Bayangkan dulu Kak Ain buat semua? Nasib baik minit tu, orang lain yang ambil.

"Saya balik naik bas, Kak Ain. Bas depan tu saja."

"Haaa... Balik elok-elok. Apa nombor telefon hang? Miss call Kak Ain..."

Aku...

Errr...

"Saya tak ada telefon bimbit, Kak Ain."

"Laaa... Zaman la ni, hang tak dak handphone?"

"Bukan satu keperluan bagi saya. Tapi, saya memang nak beli satu nanti. Sebab nak telefon mak kat kampung tu payah."

"Tak payah beli..."

"Hah?"

"Tak payah beli. Nah, ambil ni."

Sebuah kotak Kak Ain bagi kat aku.

"Ehhh..."

"Ni telefon syarikat. Apa guna syarikat yang buat pencawang telekomunikasi tapi tak dak handphone? Hang pi beli sim card saja. Sim card la ni pun dok ada dalam RM10 dah boleh dapat. Tak termasuk GST. Pi beli nomboq tu. Senang. Kalau Kak Ain nak apa-apa, Kak Ain call hang. Jangan bagi hilang pula!"

Terus aku peluk Kak Ain...

Tak sia-sia kerja kuat hari ni!

"Why so happy?"

Terus aku melepaskan pelukan aku pada Kak Ain. Teguran Mr. Grey, menyebabkan aku terkejut. Aku ingatkan dia dah balik. Rupanya, elok masuk semula dalam pejabat. Mampuslah aku. Dahlah bilik aku sekali dengan bilik dia. Tadi pun nasib baik aku sibuk kat bilik fotostat.

"Nisa over excited dapat handphone."

"Dah dapat handphone, esok jangan tak datang kerja pula."

Aku terdiam. Perli aku pula.

"Tak nak balik lagi, Mr. Grey?"

"Baru nak start buat kerja, Ain. Hari ini tak start kerja lagi. Banyak dokumen nak tengok ke?"

"Ada juga. Anything that you need, Mr. Grey?"

"No, I just need Nisa. Masuk bilik saya sekejap."

Dan-dan...

Nak terkucil!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro