Bab 3
Mesyuarat sepatutnya bermula pukul sepuluh pagi, ditunda selepas pukul 2 petang. Penatlah aku macam orang gila fotostat banyak dokumen dan terkocoh-kocoh letakkan di dalam bilik mesyuarat itu lima minit sebelum pukul sepuluh pagi.
Baru nak bernafas...
Tiba-tiba...
Mereka kata...
Tunda!
"Mr. Grey ada hal kecemasan."
"Apa agaknya hal kecemasan Mr. Grey tu eh?"
"Entahlah. Tok Grey buat hal kot."
"Tok dia ke? Mummy Grey kot?"
"Tok dialah. Semalamkan tok Grey punya birthday!"
Aku dengar saja perbualan Kak Ain dengan seorang perempuan. Aku tak tahu, tak kenal siapa. Tapi, dialah yang beritahu meeting tu tunda! Banyaknya Grey kat pejabat ni. Mr. Grey, tok Grey... Mummy Grey. Mak ai... Semuanya grey! Aku pun grey!
"Habis, makanan ni?"
"Kena tukarlah Kak Ain. Buat minum petang pula."
"Nisa..."
"Ya, Kak Ain."
"Call katering, suruh hantar makanan petang. Cakap menu biasa. Ini nombornya."
"Amboi Kak Ain, sejak ada PA."
"Nisa, ini Nadine. Dia ni, setiausaha Mr. Grey. Dulu dialah yang Kak Ain suruh."
Aku senyum dan bersalam dengan Nadine. Aku ambil nombor telefon yang diberikan Kak Ain dan terus dail. Perut ni dah mula berkeroncong. Daripada tadi kerja, tak sempat nak panggung kepala pun!
"Makanan yang ada ni, bawa pergi pantri. Bolehlah kita-kita ni makan. Yalah daripada membazir, kan!"
"Betul sangat tu, Kak Ain. Nad sokong sangat cadangan Kak Ain!"
Sebut pasal makanan...
Lagi cepat aku dail.
Bukan senang nak dapat makan free. Aku pun tengah kering ni. Nak tunggu hujung bulan pula nak dapat gaji. Duit cukup-cukup untuk tambang dan makan sehari saja ni. Takkan nak minta kat mak duit lagi? Tak payahlah minta kat mak. Bertabah sajalah Nisa, sampai hujung bulan!
"Kak Ain..."
"Haaa..."
"Katering tu kata, nanti dia hantar. Pukul 3.30 petang."
"Okeylah. Kau pergilah makan. Perut kau tu berbunyi sama naik dengan bunyi mesin fotostat."
Alamak!
Termalu!
Haih, perut... Hang ni tak cover langsung!
Aku terus ke pantri. Banyak kuih-muih. Roti pun ada. Tapi, aku nampak nasi goreng. Nasi gorenglah aku sebat dulu. Biar kenyang sampai ke petang, balik nanti ada lauk kat rumah, bolehlah aku masak.
"Nama apa ni?"
"Nisa."
"Baru masuk kerja hari ni, ya?"
"Ya..."
"Orang mana?"
"Pendang, Kedah."
"Huih... Jauh."
"Cari rezeki."
Masuk dalam tu, memang kena soal siasat la. Yang lelaki, tanya dah berpunya ke belum. Yang perempuan, bagi warning jangan nak menggatal. Haih, macam-macam. Niat aku cuma nak cari duit saja. Bukannya nak cari laki!
"Adik-beradik berapa orang?"
"Dua orang. Tapi, adik lelaki meninggal sekali dengan abah. Accident masa nak pi masjid."
Terus diam.
Dah tak tanya dah.
Habis cerita hal Nisa Ardina dalam pantri tu, masuk cerita lain pula.
"Kejap lagi Mr. Grey tu masuk, habislah kita!"
"Apa hal pula?"
"Aku dengar cerita, dia kena teruk dengan tok Grey malam tadi. Pagi ni pun, dia kena panggil dengan tok Grey, sampai sekarang tak turun-turun!"
"Apa agaknya yang Mr. Grey kena, eh? Dia tu asyik kena saja, kan? Aku pun tak fahamlah dengan tok Grey tu. Patutnya yang selalu kena tu, Mr. Red la. Kenapa pula Mr. Grey yang kena? Aku tak nampak salah Mr. Grey pun. Selalu Mr. Red yang buat hal!"
"Kan sekarang ni, tok Grey tengah buat pertandingan antara mana satu yang layak jadi CEO PA ni. Antara Mr. Grey or Mr. Red. Tu yang mereka berdua tu berlumba lain macam saja. Termasuklah mummy Grey. Sahlah dia nak anak dia menang. Tu yang sibuk suruh Mr. Grey tu kahwin. Yalah, takkanlah nak jadi CEO PA, tak ada bini? Susahlah... Nanti timbul fitnah. Biasalah kan, cerita orang kaya ni. Kalau Mr. Grey kahwin, advantage la pada Mr. Grey. Kalau tak, dapat kat Mr. Red la. Kau tak nampak tok Grey tu macam favor kat Mr. Red?"
"Aku tak suka Mr. Red tu!"
"Aku pun! Lebih baik Mr. Grey daripada Mr. Red. Aku tak nampak PA akan maju, kalau Mr. Red jadi CEO! Takut terjun gaung saja kalau Mr. Red tu jadi CEO. Mata dia tu kan... Haih, menjalar saja! Aku rasa macam tak pakai baju kalau dia pandang aku!"
Aku?
Ternganga kat situ. Tadi dok Grey... Grey tak habis-habis. Sekarang dok Red... Red pula.
Tak ada ke Mr. Rainbow?
"Aku dengar cerita kan, Mr. Grey bawa girlfriend dia datang semalam. Tapi, girlfriend tu rupa-rupanya escort girl! Tok Grey mengamuklah semalam! Dia tuduh Mr. Grey tamak nak kan harta, sampai cari awek escort pula!"
Escort?
Dahi aku berkerut.
Hmmm...
Jannah?
Hesy, bukan Jannah seorang saja escort girl dalam Malaysia ni.
"Mana tok Grey tu tau perempuan tu escort? Tok Grey tu pernah langgan ke?"
"Tok Grey punya kawan pernah langgan perempuan tu!"
"Pula! Habislah kita kejap lagi! Memang serba tak kenalah bila Mr. Grey masuk nanti. Kau tahulah bila datang angin Mr. Grey tu, puting beliung department kita ni!"
"Bukan puting beliung weh... Tsunami!"
"Harap-harap tak adalah. Sekarang ni pun, Mr. Grey tu dah slow sikit... Tapi, jangan harap sangatlah. Prepare for the worst!"
Aku pula cuak.
Terus sakit perut!
Walhal, tak ada kena-mengena pun dengan aku.
Elok aku nak tolak pintu nak pergi ke toilet, pintu itu terkuak dan aku... Tersentak bila seorang lelaki yang aku kenal, menguak pintu itu.
"Eh... Awak?"
Langkah lelaki itu terhenti dan menoleh pada aku.
"Awak buat apa kat sini? Dahlah awak ada kat rumah saya tadi. Lepas tu, awak ada kat sini pula! Awak ikut saya, eh?"
"Rumah?"
"Hesy... Buat-buat tak kenai pula dia ni. Sat saja hilang ingatan ka apa?"
"Oh... Awak..."
"Haaa sayalah, yang awak panggil mak cik tu!"
"Awak buat apa kat sini?"
Dia tanya aku pula...
"Kita tanya dia, dia tanya kita balik pula. Saya nak warning awak, eh. Awak jangan nak masuk rumah saya suka-suka hati awak saja. Itu rumah orang perempuan, bukannya mahram awak tau. Lainlah kalau awak dah menikah dengan Jannah!"
"Jannah?"
Jannah pula...
Tu nama dalam IC, bukannya nama glamor.
"Jane!"
"Kejap... Saya rasa awak dah salah faham ni."
"Salah faham ka, apa ka... Saya nak cakap, apa yang awak buat tu, memang dah salah. Tak payah nak bagi alasan!"
"Kawan awak tu mabuk teruk semalam..."
Aku tersentak...
Mabuk?
"Awak bagi dia minum arak pula! Awak tahu tak, itu kencing syaitan. Awak solat tunggang-tonggek pun, tak dak dapat apa tau!"
"Saya tak bagi dia minum dan saya tak minum. Saya bawa dia balik, masa tu dah azan subuh. Itu yang saya tumpang solat kejap."
Aku terdiam.
Lantaklah...
Kalau dah salah, tetap salah juga.
"Lain kali jangan buat lagi. Kalau awak buat lagi..."
"Ya, saya minta maaf dan saya tak akan buat lagi."
"Jangan dok tak, tak tu di mulut saja. Benda kalau dah berniat, kena buat! Nanti hidup tak selamat!"
Tak pasal-pasal lelaki tu kena ceramah dengan aku. Arwah abah aku bukanlah tok siak atau tok imam. Tapi, anak dia diberikan bekalan agama yang secukupnya. Haih... Apa punya oranglah tu? Tak tau halal haram. Masjid dekat choih... Rumah aku juga dia nak singgah solat. Pikiaqlah sikit, tu rumah orang perempuan!
Tak dak kesedaran sivik!
Baru aku nak tolak pintu...
"Morning, Mr. Grey."
"Morning."
Aku terus menoleh ke belakang...
Seorang perempuan mengucapkan selamat pagi kepada lelaki yang aku sound tadi...
"I thought you're not in this morning. The meeting was postponed to 2 pm!"
"Just finished my discussion with Tan Sri. Now, heading back to my room. Tak apa, memang saya minta pukul 2 petang. One of BOD couldn't make it at 10 am. Beritahu your boss I need to see him now, Intan."
"I will, Mr. Grey. Pi toilet kejap."
Mr. Grey? Dia? Dia tu Mr. Grey? Tak nampak macam warna kelabu pun. Putih merah serlah saja.
Alamak!
Hang sound bos besaq, Nisa. Mampuih hang!
Apa aku nak buat ni?
Takkan nak letak jawatan pula ni? Baru kerja tak sampai setengah hari dah nak letak jawatan. Aduh, dahlah susah nak dapat kerja pejabat. Dah dapat, kau sound setepek bos kau pula!
Memang matilah, Nisa Ardina.
Tamatlah riwayat hang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro