Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

Hari ini cukup enam kali aku berjumpa dia. Empat kali di pejabat, dua kali di rumah. Takkan dah jatuh cinta dengan aku kot? Merepek sangat jatuh cinta pandang pertama kat rumah aku masa dia panggil aku mak cik tu!

Tapi...

Yang namanya cinta itu...

Selalunya jatuh pada orang yang kita tak sangka pada waktu yang kita tak jangka. Pelik dan ganjil.

Tapi...

Takkan waktu aku macam mak cik-mak cik?!

Mata kero kot dia ni!

"Haaa... Tahu pun cuak. Terus pecah peluh!"

"Ma... mana ada!"

"Yang awak gagap ni, kenapa?"

"Mana ada gagap. Saya gayat naik lif ni. Dahlah transparent, boleh tengok luar."

"Oh, gayat! Semalam almari punya tinggi tu, awak boleh panjat dan peace yaw lagi... Tu apa?"

"Tu berapa kaki? Ini berapa kaki? Berkaki-kaki tau!"

"Alasan."

Mahu tak cuak. Gila, bos kau nak cakap soal hati dan perasaan. Cuaklah. Kalau Abang Ham semalam aku tak cuak macam ni pun. Sebab aku kenal Abang Ham. Ini, Mr. Grey! Dah apa hal nak cakap soal itu pula? Takkan tercinta tanpa alasan pula!

"Soal hati dan perasaan apa yang Mr. Grey nak cakap dengan saya tu?"

Ceh... Buat-buat berani.

"Tak jadilah nak cakap!"

"Pula."

"Belum cakap dah pecah peluh. Potong!"

"Gila tak pecah peluh!"

"Oh... So, mengakulah pecah peluh?"

Aku terdiam. Tak boleh nak kona dah. Aku dah terbaring kat tengah jalan dah pun... Menunggu mati!

"Haaa, kenapa diam?"

"Diam tu tanda setujulah, Mr. Grey!"

Mr. Grey ketawa.

Hampeh betul mengenakan aku. Hilang seminit kemachoan aku! Awat lama sangat naik lif ni pun tak tau? Lif VVIP ni, lengkap dengan ciri-ciri keselamatan ke? Sampai nak naik ke tingkat sepuluh pun, rasa macam sejam.

"Sebenarnya, saya main-mainkan awak saja. Lagipun, awak yang mulakan dulu. Saya tukang sambung saja."

"Saya pun main-mainkan Mr. Grey saja. Peluh tu, saya dah training banyak kali. Itu yang boleh terkeluar dengan sendirinya."

"Yalah tu..."

Aku tersengih. Berlari setempat pun setahun sekali, ada hati nak train peluh tu keluar sendiri. Memang ke laut kau punya cover tu, Nisa! Asal boleh saja kau petik.

"So, semalam lelaki tu bercakap pasal soal hati dan perasaan ke?"

"Hah?"

"Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin, Nisa."

Payah kalau ada bos bijak ni. Aku belum cakap, dia dah tahu. Aku pun satu, mulut lagi cepat daripada otak. Belum sempat fikir, dah mulut sembur dulu. Bukan macam Mr. Grey, otak dulu baru mulut.

"So, nak kahwin bila?"

"Hesy, Mr. Grey ni. Apa cakap pasal kahwin? Saya tak nak kahwin lagilah. Saya datang sini, sebab nak kerja sambil sambung belajar. Bukannya nak kahwin."

"Kan ada PTPTN. Boleh apply, kan? Kenapa susah-susah nak cari duit, lepas tu nak belajar?"

"Masalahnya, kalau saya pergi belajar, mak saya nak makan apa? Memanglah dia boleh makan hasil menjahit dia tu. Tapi, kalau setakat demand tinggi masa raya saja, buat apa? Tu sebab saya datang sini, cari kerja. Sambil kerja, sambil belajar."

"Good. I like your spirit. Tapi, kalau dapat peluang, awak nak sambung bidang apa?"

Ting!

Akhirnya pintu lif terbuka. Aku keluar dulu. Kemudian Mr. Grey. Kami berjalan menuju ke pantri staf. Aku nak makan nasi lemak, dia nak letak karipap tu. Aku nak bawakan ke pantri, dia tak mahu. Lantak dialah!

"Saya pun tak fikir. Mr. Grey rasa, saya bagus dalam bidang apa?"

"Law."

"Law? Saya pun rasa saya bagus dalam bidang tu sebab mak saya selalu cakap saya macam tu. Hang jadi lawyer la, kak. Sebab hang... Kalau mak cakap sepuluh patah, hang boleh jawab sampai 100 patah perkataan."

"Ya, saya pun rasa macam tu, sebab awak law... yar buruk!"

"Ceh!"

Mr. Grey meletakkan tiga bungkus plastik karipap ke atas meja.

"Apa yang awak nak belajar, pilih yang awak suka, Nisa. Sebab kalau kita buat apa yang kita suka, kita akan cepat berjaya. Tapi, kalau tak suka pun tak apa. Apa yang kita buat, kena buat yang terbaik."

Kan... Betul sangat apa yang Mr. Grey cakap tu.

So, aku nak ambil bidang apa?

Aku rasa macam nak ambil bahagian pengurusanlah. Operation management atau business management.

Aku terus ambil cawan dan buat air Milo. Lagi sepuluh minit, sempatlah makan sebelum masuk kerja. Baru aku menoleh dengan secawan Milo, Mr. Grey sudah duduk dan membuka bungkusan nasi lemaknya.

Aku...

Tersentak.

Aku ingatkan dia dah keluar dan masuk ke pejabat. Tak sangka pula dia duduk kat sini. Ramai staf yang baru nak masuk ke pantri, semuanya tersekat langkah apabila melihat Mr. Grey ada di situ dan menunggu di meja. Semuanya berpatah semula ke tempat masing-masing.

"Eh, takkan buat air secawan saja?"

"Errr... Takkan Mr. Grey nak makan kat sini? Ini pantri staf."

"Ini pantri saya juga. Satu bangunan ni saya punya, suka hati sayalah nak duduk kat mana pun!"

Betul juga.

"Mr. Grey nak minum apa?"

"Kopi."

Aku terus buatkan secawan kopi untuknya. Teringat bau kopi kegemaran arwah abah. Kalau teringat, kenalah hadiahkan al-Fatihah! Itukan yang sebaiknya.

"Ada kajian mengatakan, kopi baik untuk mencegah kanser."

"Saya tahu."

"Tu sebab Mr. Grey suka minum kopi, ya?"

"Habit."

Aku duduk dan buka bungkusan nasi lemak aku. Segan pula makan berdepan dengan Mr. Grey. Tapi, tinggal sepuluh minit saja lagi nak makan. Kenalah makan laju-laju. Nanti Mr. Grey skru aku lagi. Dah time masuk kerja, kenapa dok makan lagi? Dia tak apalah, nak menonggek kat pantri ni berapa lama pun. Satu, dia bos. Dua, dia owner pantri!

"Arwah abah saya suka minum kopi. Tapi, sekarang dah tak bau kopi dah rumah tu. Sebab mak saya kalau bau, dia sedih."

"Perkataan kegemaran yang pertama arwah daddy saya cakap awal pagi ialah, where's my coffee? Tapi, kalau nak kena, kena juga kanser tu. Regardless, hari-hari kunyah biji kopi."

Tu tak boleh nak kata apalah...

Tuhan punya kuasa.

Tapi, janganlah mudah pasrah dan mengalah. Hidup memang pendek, tapi kita tak boleh nak pendekkan lagi dengan cerita-cerita yang sedih, kan?

"Kalau Mr. Grey, apa perkataan kegemaran yang pertama keluar awal pagi pula?"

"Where's my wife?"

"Hah?"

Mr. Grey dah kahwin ke? Mati-mati aku ingatkan dia masih bujang. Yalah, kalau dah kahwin kenapa nak bayar Jannah jadi plus one dia? Oh, cerai ke?

"Lepas tu saya tepuk dahi. Oh lupa, saya belum kahwin!"

Aku ketawa. Bengong!

"Awak?"

"Saya?"

"Yalah, perkataan pertama yang keluar dari mulut awak waktu awal pagi?"

"Siapalah dalam bilik air aku ni?"

Mr. Grey ketawa besar.

"Ini kelakar."

Aku pun ketawa. Kelakar bila teringat balik. Tapi, masa hari kejadian tu, menakutkan. Tiba-tiba pintu bilik air terbuka, orang lelaki yang keluar. Tanya arah kiblat. Mahu tak pengsan?

Pagi itu...

Nampak Mr. Grey sangat gembira. Aku tak faham kenapa dia sangat gembira. Pagi dia belanja kuih, tengah hari dia belanja Pizza Hut. Bukan Mr. Grey saja gembira katanya, Mr. Red pun. Apa agaknya perbincangan mereka berdua, sampaikan semuanya bertindak seperti tak ada apa-apa yang berlaku semalam. Deal apa agaknya sampaikan macam dua-dua win-win situation, eh? Baik punya deal ni! Semalam punya marah, hari ini hilang arah.

Parah...

Parah depa dua ni!

Mereka berdua yang gaduh, aku pula yang kelabu!

Agaknya Mr. Grey dah beritahu yang dia ada kanser pada Mr. Red. Mr. Red seronoklah sebab bakal kehilangan pesaing. Mr. Grey pula seronok sebab Mr. Red tak adalah buat hal lagi.

Boleh jadi juga kan!

"Semalam Mr. Grey ada tanya tak Kak Ain pasal pokok belalai gajah tu? Dia nampak pokok tu semalam atas meja saya."

"Ada. Dia nak beli. Tapi, Kak Ain tak bagilah beli, sebab pokok tu pun kau yang bagi."

"Kak Ain bagi kat dia ke?"

"Bagilah. Gila tak bagi? Mr. Grey dah tolong Kak Ain semalam, apa gajah yang Mr. Grey minta pun Kak Ain akan bagi, Nisa. Termasuklah jiwa dan raga."

Poyo!

"Tapi kau jangan risau, Kak Ain beritahu yang pokok tu kalau ada kanser, tak boleh makan dan dia tahu."

Dia tahu?

Haih... Semakin pelik aku dengan Mr. Grey ni. Dia selalu buat aku kelabu. Memang elok sangatlah nama dia Grey. Awat tak letak Black ke, White ke? Tak adalah kelabu otak aku!

"Kalau dah tahu, buat apa dia nak pokok tu? Kenapa dia cari pokok tu?"

"Tak payah ambil tahulah, Nisa. Yang penting, dia tahu orang ada kanser tak boleh makan pokok tu. So, janganlah risau, dia tak akan makan pokok tu. Tapi Kak Ain suka Mr. Grey yang sekarang ni. Dia lebih tenang, kerja Kak Ain lebih senang. Dahlah, tak payah fikirlah. Lagipun, semuanya dah selesai. Why bother, why bother? Lagipun, mati itukan pasti. Sekarang ni, kita nikmati apa yang kita ada sekarang sementara dia masih ada."

Sedih pula aku rasa...

Yalah, dah tahu umur tak panjang. Mestilah rasa sedihkan, bila-bila masa akan berpisah. Tapi, tak adalah terkejut kalau dah tiada. Tak seperti sewaktu aku kehilangan arwah abah dan adik. Tu bukan saja setakat sedih, langsung seminggu tak bercakap.

"Kak Ain..."

"Hah... Apa dia?"

Nadine muncul.

"Mummy Grey on the way naik dan dia bawa someone."

"Siap siagalah kita..."

Dahi aku berkerut.

"Kenapa, Kak Ain?"

"Bertambahlah reject list Mr. Grey tu."

"Maksudnya?"

"Senarai orang yang bila dia call, kau kena reject dan bila dia datang, kau kena halang. Selalu Nadine handle bahagian call, Kak Ain handle bila dia datang."

"Errr... Banyak ke?"

"Banyak tak banyak, kau kena ingat. Kak Ain ada simpan top 20 yang selalu buat hal. Nanti Kak Ain beritahu, sebab kalau Kak Ain bercuti, kau yang kena handle."

Huh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro