Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

Itulah hang, mulut hang capoi. Kan dah kena skru dengan Jannah! Nasib baiklah dia nak balik kampung hari ini, tak adalah empat hari empat malam aku nak dengar dia berceramah tentang lelaki yang baik susah nak cari, payah nak dapat! Boleh jadi pekak telinga aku ni.

"Aku hantaq hang pi kerja hari ni sebelum aku balik kampung."

"Laaa... Tak elok, patah balik-patah balik!"

"Hang tu, kalau aku buat semuanya tak elok. Kalau hang yang buat, semuanya elok!"

"Sungguh, haih... Kalau nak pi, pi... Jangan nak patah balik. Bukan aku kata, mak aku kata!"

"Patut pun..."

"Patut apa?"

"Kalau nak reject orang, rejectlah... Tak payah nak timbang tara. Orang tu baik dengan kita ka, orang tu tolong kita macam-macam ka, tak payah nak ambil peduli."

Ehhh...

Dia buat dah!

"Kalau hang tu dok nak timbang tara sangat, hang sajalah yang menikah dengan Abang Ham tu. Boleh pakai hashtag orang dok buat la ni, Ilham till Jannah! Aku boleh jadi back up dancer tara ku cha cha masa wedding hang!"

"Tengkorak hanglah. Ni cek, masa keluaq nanti, jangan lupa kunci pintu pagaq. Jangan dok biaq! Nanti kawaq masuk... Hang tu dahlah dok sorang-sorang."

"Mulut tu tak payahlah nak capoi sangat!"

"Hang tu dahlah penakut. Balik jangan lewat sangat. 5.30 petang teruih cabut! Jangan nak balik malam-malam!"

Eleh...

Dia tu balik pagi-pagi buta, tak apa!

Aku tak hingaq pun!

"Cantik hang pakai tudung, Jannah. Kalau hari tak balik kampung, hang pakai lagu ni pun... bertambah seri!"

"Diamlah!"

Aku ketawa. Asal balik kampung, pakai tudung. Takutlah tu kat Mak Jah dan Pak Lan. Mujurlah masih ada rasa takut lagi.

Hari itu, naik baslah aku. Bas pun baslah. Biar susah dulu, senang-senang kemudian. Bila senang, kalau susah balik, tak adalah teruk sangat, kan? Tapi, bayangkan bila orang dah biasa senang, duit berkepuk-kepuk... Tiba-tiba, satu per satu kosong kat belakang tu hilang. Akhirnya tinggal sekupang? Huh... Macam kepala kena ketuk dengan martun la, weh. Boleh jadi biul!

Nauzubillah!

Macam Mr. Grey...

Selalunya datang kerja, Abang Nabil hantar. Ataupun, dia bawa kereta sendiri. Porschelah, Ferrarilah, Lambo melambunglah. Tiba-tiba, dia hilang semua tu? Huh, mahu terduduk mamat tu.

Innalillah!

Benda tak mustahil kan, bila-bila masa Allah S.W.T boleh tarik. Lagipun, selagi Mr. Red tu, masih ada dalam syarikat ni, aku tak rasa Mr. Grey tu selamat. Sebut pasal selamat, selamatkah aku? Tak pasal-pasal aku terpalit sama!

"Jangan nak berani sangat, kak!"

"Mak tak payah risaulah. Kak habaq kat mak ni, bukan suruh mak takut. Apalah mak ni. Tak adanya Mr. Red tu nak cari kak, sebab CCTV kat dalam bilik Mr. Grey tu, Mr. Grey yang kawal. Lagipun, dia dah buang dah gambaq kak dalam CCTV tu, tak dak sapa boleh ambil."

"Habih tu, mulut orang boleh nak katup ka?"

"Nadine dan Kak Ain tu, pandai simpan rahsialah, mak."

"Baru kenai tiga hari saja, Nisa. Bukannya kenai 30 tahun! Hati-hati. Kalau dak, mak tak bagi kak dok sana dah, baliklah mai sini. Apa mak makan, hang makan. Tak dak makanan, kita dok sengap!"

"Eh, mak ni... Itulah kak malaih nak cerita. Sat lagi mak pikiaq yang bukan-bukan! Orang nak cerita betapa bangganya orang menyelamatkan keadaan. Dia pikiaq kot lain pula!"

"Mestilah pikiaq. Hang tu, tidoq malam pun pakai lampu... Ada hati nak jadi heroin. Dah, jangan nak campoq. Lantak pi la kat depa tu. Buat hal kak sudah!"

"Yalah!"

Tak boleh nak berbangga sikit. Konon-konon nak tunjuk hero. Beria-ia aku call mak, nak beritahu.

Sekali...

Dia pun skru aku!

Aku sampai 15 minit awal, sempat aku pergi beli nasi lemak yang dijual kat tepi bangunan pejabat. Hari ini tak dan nak masak. Aku baru tahu, ada orang buat jual kat situ. Itupun, lepas aku tengok ada staf makan nasi lemak kat pantri. Nampak macam sedap!

"Berapa, kak?"

"RM2."

"Tu dia... Sekali dengan GST ka?"

Nasi lemak ka nasi cekik darah? Kalau kat Pendang ni, RM1 tau lagu ni. Penumbuk aku lagi besar daripada bungkusan nasi lemak tu. Menyesal aku tak masak pagi ni. Si Jannah la, tak dan-dan! Dia yang nak balik kampung, aku pula yang nak kena tolong dia berkemas!

"Saya bayar dan saya nak semua kuih karipap ni, kak. Berapa semuanya?"

Aku menoleh...

Mr. Grey!

Tak sangka aku Mr. Grey mai beli tang ni!

"Eh, tak payahlah bayar Mr. Grey. Saya ada duitlah. Saja aje nak bising!"

"Tak baik bising depan rezeki. Nanti rezeki lari. Kalau awak rasa benda ni mahal, awak tak payah beli dan cakap terima kasih. Tapi, kalau ada orang nak belanja awak, awak terima dan cakap terima kasih. Allah pilih awak untuk dapat rezeki awal pagi tau!"

Tak pasal-pasal pagi ni kena skru dua kali!

"Terima kasih. Meh saya tolong bawa plastik karipap tu."

"Tak apa. Saya boleh bawa."

Berlagak betul Mr. Grey tu. Lagu mana nak tekan lif nanti kalau dah kiri kanan pegang plastik yang penuh dengan karipap tu? Aku naik lif awam, kau tu naik lif VVIP. Sapa nak tekan kat dalam? Haih, suka hatilah Mr. Grey.

Aku berjalan belakang dia.

"Morning, Mr. Grey."

"Morning. Nanti ambil karipap ni di pantri, okey."

"Thank you, Mr. Grey."

Sempat staf yang sedang menunggu lif mengucapkan selamat pagi pada dia. Dia pun, sempat mempelawa karipap itu. Ramai orang kata Mr. Grey dah berubah. Setiap pagi, itulah topik hangat di pantri staf. Aku cuma menjadi pendengar saja. Sebab aku pun, masuk-masuk... Mr. Grey dah macam tu. Bagi aku, dia masih ada juga mulut choih dia. Staf pun bukannya tahu, Mr. Grey jadi macam tu kenapa. Kalau tahu yang Mr. Grey tu kena kanser...

Mr. Grey berjalan terus ke lif VVIP. Aku pula berdiri bersama-sama staf menunggu lif biasa. Ramai orang kerja kat menara ni. Lagipun, bukan semuanya staf Puncak Angkasa, ada juga staf daripada syarikat lain yang turut menyewa lot pejabat di menara ini. Yalah, menara 15 tingkat. Daripada tingkat sembilan sampai tingkat 15 tu, Puncak Angkasa punya. Lapan tingkat ke bawah, syarikat-syarikat lain menyewa. Itulah, kalau waktu puncak, memang payah nak naik, kenalah tunggu!

"Cik Nisa..."

Aku menoleh.

"Awak buat apa tercegat kat situ?"

"Errr... Tunggu liflah."

"Sampai hati awak biarkan saya naik lif sorang-sorang dengan bawa banyak karipap ni? Siapa nak tekan butang lif tu untuk saya? Karipap?"

Eh, aku pula yang salah.

"Itulah saya nak tolong tadi, menyombong!"

Selamba aku skru dia balik. Terus aku ikut sekali masuk ke dalam lif VVIP dan aku tekan butang naik ke tingkat sepuluh.

"Bukan menyombonglah..."

Dan lagi tu nak menjawab.

"Takkanlah nak biarkan orang perempuan bawa barang. Tak gentlemanlah!"

"Saya ni staf Mr. Grey."

"Bukan perempuan?"

Suka hati.

"Lagipun, saya ada benda nak beritahu awak."

Aku padang Mr. Grey.

"Pasal Mr. Red ke?"

"Bukan semua benda pasal Red la."

"Selalunya, kalau Mr. Grey nak cakap secara sembunyi dengan saya, Mr. Grey nak cakap pasal Mr. Red. Takkanlah Mr. Grey nak cakap soal hati dan perasaan dengan saya pula."

Eh...

Apa hal aku pergi cakap macam tu pula?

"Memang saya nak bercakap soal hati dan perasaan dengan awak sekarang ni."

Gulp!

Terus gugup!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro