Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Berkejaran aku ke kereta Abang Ham sambil menepuk dahi. Apa punya alasan kau bagi tu, Nisa? Belalai saya dah sampai? Aku mengucap panjang. Tak pasal kau kena cop otak kuning dengan Mr. Grey!

Ini semua Jannahlah punya pasal!

"Assalamualaikum..."

Aku tersenyum sambil membuka pintu kereta. Aku kenal sangat kereta Abang Ham. Inilah kereta yang mengangkut barang-barang aku ke KL. Kereta ni banyak berjasa, menolong aku dan mak. Sampai bau kereta ni pun, aku dah boleh hidu dari jauh.

Abang Ham menutup dokumen yang sedang dia baca.

"Waalaikumussalam. Nisa kata lambat lagi? Tup-tup dah mai."

"Kasihanlah kat enjin kereta ni biarkan panas-panas."

"Oh, bukan kasihan kat abang? Pi kasihan kat enjin pula!"

"Yalah, dia mai jauh kot bawa abang mai tang ni. Kalau rosak, Abang Ham juga yang susah. Jadi, Nisa tak maulah bagi susahkan abang. Jadi, Nisa kenalah kasihankan enjin ni."

"Pandai sedapkan hati orang, eh..."

"Nak hidup! Ni kita nak pi makan tang mana? Kalau abang tanya Nisa, Nisa tak tau nak makan sedap kat mana."

"Habih tu, Nisa makan tang mana kalau waktu tengah hari?"

"Bawa bekai. Kadang-kadang Nisa makan kat warung bajet belakang bangunan ni."

"Tak apa, abang tau satu tempat. Dulu masa abang belajaq, abang selalu pi sana. Dekatlah dengan sini. Kalau pi jauh, takut nak tempuh trafik. Nanti bos Nisa marah pula balik lewat."

"Nisa ikut saja. Asai makan. Lapaq tak ketahuan dah ni!"

"Baiklah tuan permaisuri. Patik menurut perintah."

Aku tergelak. Abang Ham tersenyum, terus menurunkan brek tangannya.

"Oh, lupa abang nak cakap..."

"Awat?"

"Mak kirim salam. Dia ada kirim buah-buah kayu dan tempoyak."

"Huh... Sedapnya."

"Lagi satu, lupa abang nak cakap..."

"Awat? John kirim salam ka?"

"Pagi tadi, masa abang nak mai, dia suruh abang sampaikan pesan. Mbek... Mbek... Mbek kat Nisa. Bila abang tanya apa maksudnya, dia kata hanya tuan dia saja yang faham."

John, kambing kesayangan aku. Abang Ham yang bagi. Aku bela dia sejak kecil. Sekarang ni, dah sama gemuk macam lembu. Dia pun tak tahu, dia kambing ke lembu! Sekarang ni sebab aku ada kat sini, Abang Ham pulalah yang jaga John.

Aku ketawa.

"Ohhh... John cakap, dia rindu Nisa."

"Abang pun sama."

Aku tersengih.

"Patutlah sama nadanya. Abang pun dah faham ya bahasa John?"

"Mestilah. Co-owner."

"Eleh, tak sat kata tak faham!"

"Saja. Test!"

Banyaklah dia punya test.

Baru nak jalan, kereta Abang Ham berhenti sekejap, memberi laluan kepada pejalan kaki yang melintas. Kebetulanlah pula yang melintas tu Mr. Grey dan Kak Ain! Terus aku menekup batang hidung aku dengan tudung. Dah macam pakai niqab pula!

Mr. Grey siap mengangkat tangan lagi...

Malu siot!

"Siapa tu, Nisa?"

"Bos. Cepat jalan bang!"

"Tak mau perkenai dengan abang ka?"

"Hesy, tak payahlah! Nisa keluaq awai ni..."

"Laaa... Tak minta izin ka? Sat lagi kena buang pula!"

Selamba Abang Ham menurunkan cermin tingkap dan memberikan salam kepada Mr. Grey. Aku? Tergamam!

"Maaflah, saya bawa keluar Nisa awai, bos. Saya ingatkan dia dah habaq kat bos."

"Eh, tak apa. Tadi dia dah cakap dan saya dah bagi izin. Tak sabar sangat nak jumpa dengan belalai katanya."

Ya Allah...

Ya Tuhanku...

Aku rasa nak hantukkan kepala aku kat dashboard dan terus hilang ingatan!

Abang Ham memandang aku.

"Belalai apa, Nisa?"

"John!"

"Oh... Manalah saya nak bawa. Mengembek dia nanti! Jalan dulu ya, bos. Terima kasih."

Aku melihat muka Mr. Grey. Memang kelabu habaq hang! Celah mana belalai boleh mengembek? Mesti dia kata, aku gila! Lantak hanglah, Mr. Grey. Nak tukaq kelabu, biru, hitam ka... Asalkan tak fikir aku ni Digi. Digi kan kuning! Otak kuning. Harapnya isu belalai tadi, dah settle. Mujur ada John!

"Awat dia kata belalai?"

"Abang silap dengaq tu. Dia kata, belaan. Bukannya belalai!"

"Oh... Patutlah Nisa sebut John tadi."

"Haaa... Itulah."

Mujurlah juga STPM dapat 5A. Bijak terlebih!

Haih...

Penat pula pusing-pusing setempat ni!

Tengah hari itu, aku makan dengan Abang Ham kat tempat yang dia kata sedap tu. Sambil makan sambil Abang Ham cerita projek yang dia tengah buat di kampung. Itu yang dia datang ke pejabat pertanian sini, untuk dapatkan geran dan berbincang tentang projeknya tu.

"Tanaman herba tu, nak buat tang mana?"

"Sewa tanah arwah abah Nisa. Daripada tanah dibiarkan semak, baik abang tolak buat tanaman herba tu. Lagipun, mak boleh dapat hasil sikit."

"Habis tu, kebun pisang abang?"

"Ada. Tu tak kacau. Pisang sekarang pun, dok menjadi-jadi. Panaih pun dok elok la ni. Ada tauke Cina mai hari tu, nak beli untuk export ke Australia. Selalu kita dengaq, buah sana mai sini. Ini dak, buah kita pi ke sana. Tapi, depa ada minimum kuantiti yang kita kena hantaq. Tu yang abang tengah pikiaq nak ambil ke dak sebab takutlah cuaca tak baik, tak capai pula nanti, kita kena bayaq penalti. Antara topik yang abang bincang dengan pejabat pertanian tadilah, minta nasihat... Sekali nak tanya pasal geran untuk tanaman herba tu."

Huih...

Sejak aku tinggalkan kampung sebulan lebih ni, menjadi-jadi pula perniagaan Abang Ham. Dia menjadi, aku pun dapat kerja. Alhamdulillah.

"Macam mana abang decide nak buat tanaman herba ni pula?"

"Ada sorang doktor ni, doktor pakar sakit jantung. Dialah bagi abang jalan. Abang kenal dia masa abang bawa mak abang pi jumpa sepupu dia di Ipoh. Doktor tu menantunya, kebetulan balik bercuti di rumah mentuanya. Abang tertarik dengan tanaman herba yang dia buat depan rumah dia. Abang ingatkan sepupu mak yang tanam... Tapi tak. Rupanya doktor tu yang tanam. Doktor tu memang suka menanam tanaman herba. Dia ada buka sebuah syarikat penyelidikan dengan kawan-kawan dia. Lepas dia tahu abang siapa, dia suruh abang usahakan secara besar-besaran atas tanaman yang dia kaji tu sebab dia nak buat supplement."

"Oh... So, abang dah ada demandlah?"

"Haah... Tu yang abang berani buat tu."

"Abang kena make sure semua tu ada kontrak."

"Ya... Ya. Abang tahu."

"Alhamdulillah... Tambah lagi rezeki abang!"

"Tinggal nak tunggu rezeki nak dapat orang rumah pulalah..."

"Nanti abang dapatlah tu. Allah kan Maha Perancang. Abang follow saja. Nanti menyusullah tu."

"Kalau semua jadi, Nisa tak payahlah kerja."

Dahi aku berkerut.

"Nisa kerja dengan abanglah!"

"Ehhh... Mana boleh. Nisa nak sambung belajaq."

"Tak apalah. Nisa sambunglah kat kampung. UiTM Merbok, dekat apa. Takpun, UUM. Boleh haih! Nisa sambung full-time. Tak adalah lama sangat nak grad tu!"

"Siapalah yang bayaq semua tu, kalau Nisa sambung full-time?"

"Abanglah!"

"Hesy... Dah banyak Nisa dan mak susahkan abang. Takkanlah nak susahkan lagi? Tujuan ke KL pun, sebab nak usaha sendiri. Takkanlah selamanya nak harapkan abang pula. Abang pun banyak lagi tanggungan... Ikmal kan tengah belajar kat universiti, Illya kan tengah sekolah lagi. Mak Ila, mak abang tu lagi. Toksah la, bang!"

"Laaa..."

"Tak payah nak laaa, laaa sangatlah!"

"Takkanlah kalau jadi isteri, suami tak nak tanggung isteri pula? Apalah Nisa ni!"

Aku tersentak.

"Nisa tau kan, abang sukakan Nisa?"

Pasai apalah tadi aku tak hantukkan kepala aku kat dashboard?

Kalau hilang ingatan tadi, dah selesai masalah aku!

Tak payahlah aku nak berdepan dengan Abang Ham pula!

"Abang tau, kita tak pernah bincang pasai ni. Tapi, takkanlah Nisa tak faham, apa isi hati abang terhadap Nisa selama ni, kan? Nisa janganlah salah anggap pula. Abang tolong Nisa selama ni, bukannya pasai abang nak harapkan balasan. Itu tak... Itu semua tanggungjawab abang yang telah diamanahkan oleh arwah abah Nisa pada abang. Tak dak kena-mengena dengan balasan tu semua..."

"Tau..."

"Pertimbangkan, eh? Lagipun mak risau, Nisa dok kat sini sorang-sorang. Jannah pun, mak kata dok pi sana, pi sinun... Shooting. Katanya nak ke Dubai pula. Kalau semuanya berjalan dengan baik dan Nisa pun terima abang... Abang ingat, abang nak masuk meminang Nisa. Kita kahwin, Nisa balik Pendang... Kita usahakan taman herba tu sama-sama."

Errr...

Jadi aranglah pokok hang, bang!

"Abang fikir ni jalan yang terbaik untuk kita berdua..."

Ponggah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro