EPISOD 41
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
"Awak nak pergi mana tu?" Tanya Tuan Hisyam bila dia melihat Puan Reyhana sedang bersiap nak keluar.
"Keluarlah, duduk rumah ni buat apa. Semua orang tak suka dengan saya."
"Siapa yang tak suka dengan awak?" Bangun Tuan Hisyam dari duduk bila dengar penjelasan Puan Reyhana tu.
"Semua orang. Mentang-mentanglah budak Zafril tu rupa baik, awak main terima je dia tu. Langsung tak bincang dengan saya ni."
"Nak bincang apa Hana, masa tu awak pun ada sekali kan. Awak dah tengok pun perangai budak tu macam mana. Abang tengok baik je, tak ada masalah pun. Abang pun setujulah, demi masa depan Aireen juga."
"Ye lah bang, saya cakap semua tak nak dengar." Puan Reyhana hanya mampu mengalah je lah dengan suaminya itu. Nak bercakap lebih-lebih pun tak boleh sangat.
"Ni, abang ada benda lagi penting nak bincang dengan awak. Pasal Izz dengan Tiara, awak masih lagi tetap dengan keputusan yang sama ke?"
"Huh...berapa kali lagi saya nak cakap dengan abang, saya akan tetap nak Izz ceraikan perempuan tu dan kahwin dengan Nad."
"Apa benda yang ada pada budak Nadra tu sampaikan awak nak suruh anak kita tu ceraikan menantu sendiri? Dah buang tabiat?" Soal Tuan Hisyam dengan banyak kali, biar Puan Reyhana tak habis menjawab.
"Saya nampak keikhlasan dia dan saya memang nampak yang dia tu layak untuk jadi seorang isteri."
"Kalau setakat itu saja, saya pun nampak benda yang sama pada Tiara. Dia cintakan Izz dan Izz pula cintakan dia. Senang." Balas Tuan Hisyam dengan jawapan yang simple tapi faham.
Bukannya dia tak nampak Tiara dan Izzat saling mencintai, tapi entah macam mana dekat mata Puan Reyhana...benda yang memang dah jelas pun dia buat-buat tak nampak.
"Kita sebagai ibu dan ayah, tak boleh nak masuk campur urusan rumah tangga anak-anak. Biarkan mereka tentukan sendiri jalan hidup diaorang." Nasihat Tuan Hisyam cuba nak berlembut dengan Puan Reyhana.
Macam mana sekalipun dia tetap isteri Tuan Hisyam...tak dapat nak dimarah lama-lama.
"Saya tak nak dengar alasan abang tu. Yang saya tahu, saya nak Izz ceraikan dia dan Izz akan kahwin dengan Nad. Itu je yang ada dalam fikiran saya sekarang. Abang jangan nak halang saya, dah saya pergi dulu!"
Puan Reyhana pergi meninggalkan Tuan Hisyam kerana tidak mahu mendengar nasihat yang diberikan.
Itulah yang menjadi masalah pada Tuan Hisyam, susah sangat isterinya nak mendengar nasihat. Degil.
"Awak dah lain Hana...awak bukan macam dulu lagi...mana pergi Hana yang dulu..." Tuan Hisyam mengeluh lalu duduk di kerusi bangku halaman rumah memikirkan sesuatu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Nanti saya nak kertas kerja ni siap ye. Bila dah siap nanti, senang sikit kita nak yakinkan syarikat Minara Holdings untuk melabur dalam projek kita nanti."
"Baik bos saya akan siapkan. Insyaallah kalau tak ada apa-apa halangan, minggu depan siap." Jawab Amirah, pembantu peribadi baru Izzat yang menggantikan Tiara.
Tiara sudah pun berhenti kerja di syarikat Izzat kerana ingin menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga Izzat.
Ini semua kerana mulut Puan Reyhana lah, mengkritik sangat cara Tiara jaga Izzat. Sekarang ni dia syif sepenuh masa di rumah. Apa lagi yang dia boleh cakap?
"Terima kasih Amirah, awak boleh pergi sekarang." Izzat tersenyum ramah sebelum memberikan pen yang telah dipinjam dari Amirah untuk menandatangani dokumen.
"Sama-sama bos." Amirah kemudiannya beredar dari bilik pejabat Izzat.
"Huh bosannya sejak Tiara tak ada dekat pejabat ni. Ikutkan hati malas nak kerja...tapi kalau tak datang, kena ceramah pula...haih."
"Bos, ada orang nak jumpa." Amirah berkata sambil berdiri di hadapan pintu bilik pejabat Izzat dengan mengenyitkan mata.
Izzat merenung dengan perasaan geli. Gatal, dah tahu laki orang pun masih nak try ke? Nasib baik kesabaran masih ada, kalau tak dah lama aku halau...
"Ehem! Siapa yang nak jumpa saya tu?" Izzat berdehem dengan sedikit kuat kerana nak menyedarkan Amirah yang sedang terlentok di depan pintu tu.
Kalau tak disedarkan, takut tak balik Izzat nanti tunggu perempuan tu depan pintu.
"Hehehe, dia cakap dia adik bos."
"Oh, mesti Aireen ni....Amirah, bagi dia masuk." Izzat terus membenarkan seseorang yang sedang menunggu tu masuk.
Setelah beberapa ketika Izzat menunggu. Akhirnya seseorang itu pun masuk.
"Hai You..."
"Nadra! Apa yang kau buat dekat sini?"
"Bukan ke You bagi masuk tadi?" Kata Nadra sinis.
"Kau cakap dekat PA aku tu kau adik aku ke?"
"Mestilah, kalau I tak cakap macam tu...You nak ke bagi I masuk? Mesti tak kan.."
"Memang pun. Kau nak apa datang sini? Menyemak je." Izzat terus bertanyakan tujuan Nadra datang ke situ.
Malas dia nak melayan.
"I datang sebab nak You lah..."
"Kau jangan nak buat gila Nad. Aku malas nak layan kau tau, jangan pula nanti cinta tak sampai, penampar sampai kang..." Izzat berhenti melakukan kerja dan memandang tajam ke arah Nadra.
Apa benda lagi yang dia tak puas hati? Benda dah selesai, dah kahwin pun. Apahal nak kacau rumah tangga orang lagi?
"Alah, bagilah I peluang Izz...I boleh kalau nak jadi isteri nombor 2 You." Nadra semakin lama semakin mendekati Izzat.
"Tak sekarang ni kau jangan nak minta yang bukan-bukan ye. Aku pandang kau ni pun pasal kau baik dengan mama aku je tau. Jangan ingat kau baik dengan dia, aku nak baik dengan kau sekali. Memang tak lah!" Izzat akhirnya bangun dan ingin berjalan keluar dari bilik pejabatnya.
Tetapi Nadra menghalang dengan memegang tangan Izzat dengan erat sampai tak dapat dia nak lepaskan dengan sekali rentap.
Tak cukup dengan tu, dipeluknya pula lengan Izzat dengan erat seolah-olah pasangan kekasih yang baru bercinta.
Kebetulan pula...
"Puan datang ke sini nak hantar makanan untuk Tuan Izzat ke?" Amirah bertanya dengan ramah pada Tiara yang kelihatan sangat cantik pada pandangan mata dia.
Patutlah bos aku tak nak pandang orang lain. Rupanya dah ada isteri yang sedia cantik.
"Ye saya nak hantarkan makanan untuk dia. Izz ada ke dekat office sekarang?" Balas Tiara dengan lembut dan ramah saja.
Dia belum tengok lagi macam mana budak Amirah tu pandang Izzat tadi. Kalau dia nampak....terbalik pejabat tu nanti.
"Bos ada, mari ikut saya. Dia mesti happy Puan datang hantar makanan." Amirah yang tidak mahu cakap banyak lagi terus membawa Tiara ke pejabat Izzat.
Sampai saja mereka di sana...
"Bos, ini Puan Tiara datang-"
"Hmm? Kenapa- AWAK!" Bermacam-macam benda muncul dalam fikiran Tiara sekarang bila melihat Nadra dengan Izzat rapat sebegitu rupa.
"T-Tiara! Nanti dulu, ni semua salah faham." Izzat dengan pantas berkata supaya dapat mengelakkan dari Tiara berfikir benda yang bukan-bukan.
Ternyata cara itu tak berjaya langsung kerana Tiara dipenuhi dengan perasaan amarah yang amat banyak.
Umpama gunung berapi yang hanya menunggu masa untuk meletup.
"Sampai hati awak buat saya macam ni Izz! Saya percayakan awak!" Tiara terus menghempaskan mangkuk tingkat yang dibawanya untuk Izzat ke lantai lalu mengangkat kaki pergi dari situ.
"Tiara! Nanti dulu! Amirah, cancel semua meeting hari ni. Kau! Nanti aku settlekan kau!" Izzat terus meninggalkan pejabatnya untuk mengejar Tiara.
"Tiara! Tiara! Berhenti Tiara!" Izzat sempat memegang tangan Tiara dari membiarkan dia pergi lagi jauh.
"Apa lagi yang awak nak Izz! Awak dah hilangkan kepercayaan saya pada awak! Awak khianati saya!"
"Tiara, janganlah awak buat saya macam ni. Takkanlah disebabkan Nad buat macam tu dekat saya, awak nak percaya dia bulat-bulat?"
"Habis, awak nak cakap dia ke yang buat semua ni? Hei Izz, kalau awak tak mulakan dulu...takkanlah Nad tu nak dekat awaklah!"
"Tapi Tiara, dia yang datang ke office saya-"
"ENOUGH IZZ! Saya dah tak nak dengar langsung alasan awak. Semua lelaki sama je. Saya tak patut percayakan awak! PEMBOHONG!" Tiara merentap tangan Izzat dengan kuat kemudian dia berjalan dengan laju sehingga dia hilang dari pandangan Izzat.
"Tiara! Tiara....kenapa awak tak percayakan saya...." Izzat akhirnya berhenti mengejar Tiara kerana dia merasa tak ada guna pun mengejar. Tiara takkan percaya dengan Izzat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro