EPISOD 39
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
"Jadi kaulah Zafril? Kekasih Aireen, adik aku tu?" Luqman memandang Zafril dengan tajam membuatkan Zafril berdebar.
Sepatutnya yang datang bertemu dengan Zafril adalah Izzat, tetapi disebabkan dia ada hal penting. Terpaksalah dia menghantar dua orang adiknya. Siapa lagi kalau bukan Luqman dan Fahmi.
"Ya, akulah orangnya. Korang berdua ni..."
"Lupa nak kenalkan diri, kitaorang ni abang kepada Aireen. Nak kahwin dengan dia, kena berdepan dengan kitaorang dulu. Aku Fahmi," Balas Fahmi pula sambil menulis sesuatu di buku notanya.
"Dan aku Luqman, abang dia." Luqman menunjuk ke arah Fahmi sambil membuat isyarat mata pada dia.
"Penampilan, check." Fahmi menandakan betul di kotak pernyataan.
"Kami sebenarnya diamanahkan oleh abang sulung kami, Izzat untuk interview kau dan pastikan sama ada kau layak atau tidak untuk adik kitaorang." Kata Fahmi setelah dia melihat wajah Zafril sedikit keliru dengan apa yang Fahmi sedang lakukan dengan buku nota ditangannya.
"Erm baik...nak tanya, kenapa muka korang berdua ni sama?" Ya, soalan yang agak kebudak-budakan tapi tak salahkan nak tanya?
"Haih...tahap kejujuran, 8/10. Check." Fahmi menandakan betul lagi di buku nota. Kemudian dia melirik ke arah Luqman menyuruh dia berkata menjelaskan.
"Memanglah sama, dah kitaorang ni kembar seiras. Sekarang, aku pula nak tanya kau...ikhlas cintakan adik aku?"
"Ya, aku ikhlas. Dan aku janji aku takkan lukakan hati Aireen."
"Amboi, janji kau. Fahmi?"
"Tahap kemanisan mulut, 10/10. Tahap cinta, 11/10."
"Hmm, kau ni dah pernah ada girlfriend ke?" Soal Luqman lagi.
Bukanlah sengaja dia nak tanya soalan-soalan macam tu, semua ni untuk memastikan adik perempuan mereka tidak akan dikecewakan.
"Tak pernah. Aku memang tak pernah ada girlfriend, hidup aku sebelum ni cuma belajar dan belajar je. Sampailah aku jumpa Aireen, aku terpikat dengan kebaikan dan keikhlasan dia...kalau boleh, izinkanlah aku kahwin dengan dia. Boleh?"
"Hmm kitaorang kena menilai lagi prestasi kau sebelum kau lulus-"
Pak!
"Adoi! Along, apa ni. Sakitlah!" Terjerit kecil Luqman dan Fahmi kerana dipukul di kepala oleh Izzat yang secara tiba-tiba datang.
"Banyaklah korang punya prestasi. Aku suruh korang tanya soalan biasa je. Tak payahlah sampai nak tanda dekat buku nota tu. Tepi sikit, Along nak duduk!" Izzat kemudian duduk bersebelahan dengan Zafril kerana tempat bertentangan dah penuh.
"Basic agama ada tak?"
"Hah?" Zafril meminta Izzat mengulangi pertanyaan tadi kerana tidak fokus mendengar.
"Basic agama ada tak? Reti solat, Al-Fatihah reti baca?" Tanya Izzat dengan lebih terperinci.
Terpinga-pinga Zafril. Tangannya tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Nak jawab ke tidak soalan dia ni?
"Erm...reti bang."
"Ini soalan cepumas. Tak ada kena mengena dengan format soalan. Kewangan kau cukup ke? Mampu nak tanggung seorang perempuan yang bakal jadi isteri kau?" Izzat bertanya sambil tangannya disilangkan ke dada.
Tipulah tak ada rasa serba salah, tapi dia kena tanya juga demi kebaikan diri masing-masing.
"Aku...baru je habis sambung belajar di universiti. Master dalam bidang sains dan matematik. Jadi...tak ada kerja lagi."
"Hmm macam tu...susahlah kalau macam tu." Balas Izzat dengan tatapan serba salah.
Kemudian dia tersenyum semula membuatkan Izzat semakin terpinga-pinga. Seram juga senyum tiba-tiba ni.
Ada juga yang buat majlis bacaan Yassin dekat kedai makan orang ni nanti...
"Baiklah, kau lulus. Nanti bawa segala dokumen datang ke syarikat aku. Ada kerja yang aku nak tawarkan pada kau." Izzat kemudian mengeluarkan kad bisnesnya dari dalam poket dan memberikan kepada Zafril.
Zafril agak serba salah nak menerima tawaran Izzat. Tapi dalam masa yang sama dia gembira, yang mana satu dia nak pilih?
"J-jadi, aku boleh memperisterikan Aireen?"
"Siapa cakap? Belum jadi isteri, tunang dulu! Bawa keluarga kau datang rumah. Ataupun, kau buat kunjungan ke rumah keluarga aku dulu. Biar mama dan abah aku kenal dengan kau barulah kita boleh bincang ke tahap seterusnya."
Muka Zafril pucat setelah mendengar penjelasan Izzat.
"Tak payahlah nak buat muka macam tertelan ubat gegat tu. Nanti kitaorang cakaplah dengan mama dan abah suruh diaorang terima kau." Balas Fahmi setelah lama dia mendiamkan diri dek kerana dihalang untuk menyampuk.
"Betul, lagipun kitaorang adik-beradik tak makan orang. Janganlah risau, tadi tu saja je nak test kau. Panggil aku abang Izz atau Izz saja pun boleh. Jadi, deal?" Izzat menunjukkan keramahannya kemudian dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zafril tanda berjanji.
"Erm...setuju?" Zafril dengan gugupnya menyambut huluran tangan Izzat dan termeterainya satu perjanjian..
"Yeay! Dapat adik ipar! Yeay!" Luqman dan Fahmi melompat-lompat dan berpusing sambil berpegangan tangan sampai orang yang makan dalam kedai tu pun melihat-lihat mereka dengan pandangan pelik.
Melihat Zafril tertawa kecil melihat tingkah laku pasangan kembar itu, Izzat pun berkata,
"Ha tu perangai biasa diaorang berdua. Genetik keluarga kitaorang ni memang unik sikit. Agak 'gila' tapi jangan risau, perangai je gila akal masih waras hahaha!" Jelas Izzat sambil tertawa melihat Luqman dan Fahmi.
Zafril pun bersyukur kepada tuhan dan dalam masa yang sama sangat gembira. Dapat tawaran jadi adik ipar, pakej dapat tawaran kerja lagi. Tak payahlah dia nak bersusah-payah nak cari kerja lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tok! Tok! Tok!
Terdengar bunyi ketukan pintu yang agak kuat membuatkan Tiara yang sedang memasak di dapur tersentak.
Kemudiannya dia terus ke pintu hadapan dan membukanya.
Dan nah...
"Izz ada dekat rumah?" Singkat, padat. Itu je soalan yang ditanya oleh Puan Reyhana.
"Tak ada mama, dia keluar. Ada hal sekejap katanya." Balas Tiara dengan ramah dan cuba untuk melupakan apa yang mama mertuanya telah lakukan kelmarin dulu.
Tetapi malangnya, niat tidak disambut dengan baik. Kerana di belakang Puan Reyhana ada seseorang yang sangat dibenci oleh Izzat....Nadra Imanie.
"Oh, ingatkan kau sorokkan dia." Sokong Nadra dari belakang membuatkan Puan Reyhana tersenyum sinis.
"Ni kau buat apa? Rumah tak bersapu, apa jenis isteri kau ni? Reti buat kerja ke tak!" Kritik Puan Reyhana sambil melihat meja yang berhabuk, pakaian tak berbasuh. Pinggan berlambak dekat singki.
Sabar Tiara sabar...dia tu mama mertua kau...syurga suami kau Tiara...
"Mama, sebenarnya bila Izz keluar pergi kerja memang Tiara akan buat semua kerja rumah. Lagipun Tiara sekarang dah berhenti kerja dekat syarikat Izz untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi memang Tiara duduk rumah je sekarang." Jelas Tiara dengan senyum simpul walaupun dia tahu senyuman dia tu takkan dibalas.
"Hmph, suri rumah konon. Entah-entah jadi pemalas duduk rumah goyang kaki je...tak malu." Kata Nadra sinis seolah-olah mahu mencabar Tiara.
Bulu roma Tiara meremang, bukan sebab takut tapi sebab geram. Dia fikirkan Puan Reyhana saja, kalau dia tak nampak wanita separuh umur itu...mahu dia kapak si Nadra ni.
Mulut tak ada insurans. Kalau bercakap benda baik tak apalah juga!
"Cik Nadra Imanie, janganlah cakap saya macam tu. Saya ni walaupun isteri kepada Izz, jangan ingat saya ni hanya seorang perempuan yang suka GOYANG KAKI." Ujar Tiara sambil menekankan perkataan hujung sekali tu.
Membuatkan Nadra menjeling tajam ke arah Tiara tapi tidak dihiraukan.
Heh, dia tak tahu dia tengah cari pasal dengan siapa sekarang. Ini Tiara Alisya lah! Kalau setakat nak berlawan kata kita reti je. Sindiran halus, tajam, tumpul semua kita kasi jalan je!
"Mama, duduklah dulu. Tiara buatkan air ye. Untuk padamkan api yang tengah membakar hati tu." Tiara mempersilakan Puan Reyhana duduk kecuali Nadra. Saja je tak nak pelawa, dah kutuk aku macam-macam tadi nak aku layan macam puteri raja? Oh tidak-tidak...
Tiara ke dapur sekejap untuk membuat air untuk Puan Reyhana dan Nadra.
Tiara tidaklah sekejam yang disangka, walaupun Nadra tu cuba nak cari pasal... tetap juga dia tu seorang tetamu. Kenalah hormat juga kan?
"Nah air ni mama, Nad. Jemputlah minum."
"Elok ke air ni? Entah-entah kau dah letak racun tak." Tuduh Puan Reyhana membuatkan Tiara mengucap panjang.
"Astaghfirullahal'azim, takkanlah tergamak saya nak racun mama mertua sendiri yang saya cintai ini..." Balas Tiara dengan teguran halus.
Hehehe, walaupun diaorang tak perasan, tetap juga menimbulkan rasa tak senang duduk bila melihat wajah Tiara.
Nak cari pasal dengan aku? Pergi belajar dulu macam mana nak bagi mulut tu jadi puaka macam aku...tak guna punya Nadra...maki Tiara dalam hati.
Nak keluar kata, tak sampai hati pula.
"Oh ye Nad, nanti bila perempuan ni dah bercerai dengan Izz. Inilah rumah yang bakal Nad duduk. Suka tak?" Melihat Tiara yang tersenyum tenang membuatkan Puan Reyhana sengaja menyimbah minyak pada api.
"Ye ke Auntie! Thank you so much. Nad suka sangat Auntie, tapi rumah ni akan jadi lebih tenang bila keluarnya 'sampah sarap' dari rumah ni." Tambah Nadra lagi tersenyum jahat memandang Tiara yang kelihatan 'panas' dengan perbualan mereka berdua.
"Mama, Nad, minumlah dulu. Tiara nak ke dapur sambung masak, nanti kita makan sama-sama."
"Eh tak payahlah! Aku tak nak makan pun, tak sedap. Jijik aku! Nad, jom kita pergi makan dekat kedai mahal-mahal. Tak ada kelas makan masakan air tangan perempuan tak guna ni." Puan Reyhana terus menyerang Tiara dengan kata-katanya membuatkan Tiara semakin sakit hati.
Betullah orang cakap, lidah tu lagi tajam dari mata pedang.
'Ujian apa yang kau berikan ni Ya Allah...tak apa, aku takkan mudah mengalah! Aku ni perempuan yang kuat. Takkan mudah menyerah kalah! Berusaha!'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro