Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 38

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

"Sekarang ni adik cerita dekat abah, siapa lelaki dalam gambar ni." Soal Tuan Hisyam ketika dia dengan Aireen berada di ruang tamu.

Selesai sahaja makan malam, Aireen pun masuk sekejap ke dalam bilik untuk berehat dan juga bersedih dengan apa yang berlaku tadi.

Makan pun tak berapa lalu, tambah-tambah lagi mamanya pun tidak makan sekali. Nampak betul yang wanita separuh umur itu marahkan dia.

Buat seketika, dia terdengar suara Tuan Hisyam memanggil Aireen turun ke bawah. Dia akur dan duduk di sofa bersebelahan dengan sofa satu tempat duduk yang diduduki Tuan Hisyam.

Hati Aireen sedikit lega kerana dia tidak melihat kelibat Puan Reyhana bersama dengan Tuan Hisyam.

"Janganlah risau, abah tak panggil mama kamu pun. Abah dah suruh dia rehat dekat dalam bilik tu." Kata Tuan Hisyam seolah-olah dapat membaca fikiran anak perempuan bongsunya itu.

"Siapa lelaki ni adik? Adik kenal ke dengan dia?" Soal Tuan Hisyam sekali lagi dengan tenang tapi dengan sedikit ketegasan.

"A-adik kenal abah...adik kenal dia beberapa tahun yang lepas."

"Macam mana adik boleh kenal dia sedangkan masa tu adik tengah sambung belajar?" Soal Tuan Hisyam dengan lebih dalam.

Maklumlah, bekas anggota polis kan.

"Masa adik balik setiap semester...kitaorang kenal masa dekat airport masa adik sampai dari luar negara..." Balas Aireen dengan kepala yang makin ditundukkan kerana takut dimarahi.

"Hmm...berapa tahun adik kenal dengan dia?"

"Masuk tahun ni....tiga tahun dah abah."

"Adik...sukakan dia ke?" Soalan yang lain pula keluar dari mulut Tuan Hisyam.

Soalan yang ini Membuatkan Aireen terdiam. Takut-takut dia mahu menjawab soalan itu. Tidak tahu apa akibat yang akan menimpa bila dia menjawab soalan tu.

Melihat Aireen yang berdiam diri menyebabkan Tuan Hisyam bersuara lagi,

"Adik, bagitau abah...adik sukakan dia? Adik...cintakan dia ke?"

"Y-ya...a-adik cintakan dia...adik dah kenal isi hati dia..."

"Adik yakin ke ni? Cinta bukan satu perkara yang boleh buat main." Tuan Hisyam menanggalkan cermin matanya dan meletakkan di atas meja dan memandang Aireen dengan lebih serius.

"Adik yakin abah...dia orang yang baik. Lagipun dia tak pernah sakitkan hati adik... kebaikan dia tu lah yang menyebabkan adik jatuh cinta dengan dia."

Tuan Hisyam memandangnya sekali lagi dan kemudian menyandarkan dirinya ke sofa.

"Baiklah, abah setuju."

"A-apa? Abah setuju?!" Soal Aireen sekali lagi. Dia tidak percaya dengan apa yang dia telah dengari sekarang.

Semudah ini saja?

"Ya, abah setuju. Tentang mama kamu tu, biar abah yang bincang dengan dia. Pandailah abah nak cakap apa dengan dia." Balas Tuan Hisyam sekali lagi dengan senyum lebar.

Terus badan Tuan Hisyam dipeluk dan pipinya dicium oleh Aireen.

"Hahaha! Gembira sangat kamu ni."

"Mestilah abah! Adik dah lama nak bagitau benda ni dekat abah, tapi takut abah marah je..." Balas Aireen melepaskan pelukannya.

"Heheh, memang abah setuju. Tapi kamu kena berdepan dengan seorang lagi..."

Mendengar ayat Tuan Hisyam itu menyebabkan hati Aireen berdebar sekali lagi. Alamak siapa pula dah?

"Along, mari sekejap." Panggil Tuan Hisyam.

Terkejut Aireen melihat kehadiran abang sulungnya yang disayangi, Izzat ke ruang tamu. Dia memilih untuk duduk di sebelah Aireen.

"Ha, siapa dia yang nak kahwin tadi?" Soal Izzat berpura-pura tidak tahu sedangkan dia dah mendengar perbualan ayah dan adiknya sebentar tadi.

Aireen terdiam, takut juga dia nak membalas. Walaupun selama ni abangnya itu terkenal dengan sifatnya yang baik hati dan penyayang, tapi bila marah dia sampai...menakutkan juga.

"Ni Izz, adik ni ha dia dah ada buah hati tercinta. Izz tanyalah dia sendiri." Tuan Hisyam tersengih sebelum dia memberikan telefon yang terdapat gambar Aireen dengan Zafril.

Izzat pun meneliti gambar itu sebelum dia memandang Aireen dengan raut wajah antara nak senyum dan tak senyum.

"Adik yakin yang adik cintakan dia?" Soalan yang ringkas, sama seperti Tuan Hisyam tadi tetapi lebih ringkas.

"A-adik..."

"Along bukannya nak menakutkan adik ataupun apa...tapi soal cinta dan hati ni macam yang abah cakap tadi lah, tak boleh bawa main. Nanti kalau terjadi apa-apa takut adik tak tertanggung rasa sakit nanti."

Aireen terasa berbelah bahagi setelah Izzat berkata sebegitu.

"Along bercakap ni, berdasarkan pengalaman sendiri...Along dah pernah rasa sakitnya macam mana ditinggalkan, Along tak nak benda yang sama jadi dekat adik yang Along dah jaga dari kecil sampai besar ni."

"Adik yakin, dia cintakan adik dengan sepenuh hati. Tiga tahun kitaorang berkenalan dan adik dah kenal hati budi dia dan juga keluarga dia sendiri. Along janganlah risaukan adik..."

"Mana boleh tak risau, dari besar tapak tangan sampailah adik dah umur 19 tahun ni Along jaga tau. Sesiapa yang buat adik Along ni sedih, memang akan dapat balasan yang setimpal...jadi adik masih lagi yakin dengan buah hati adik tu?" Setelah selesai penjelasan yang panjang lebar, Izzat bertanya sekali lagi pada Aireen soalan yang sama.

Aireen memejamkan mata seperti sedang berfikir tentang sesuatu. Kemudian dia membuka matanya dan tersenyum penuh keyakinan sebelum berkata...

"Ya! Adik yakin, dia adalah cinta adik yang sejati. Jadi...Along, setuju?"

Izzat memandang Aireen sejenak sebelum dia tersenyum.

"Baiklah, kalau dah adik cakap macam tu. Bawa budak ni jumpa Along nanti. Kenalkan dia dengan Along dulu baru bawa jumpa mama dengan abah."

"Betul ke ni?! Yeay! Dapat kahwin yeay!" Aireen melompat kegembiraan sebelum telinganya ditarik oleh Izzat..

"Amboi! Kamu tu anak dara, takkanlah nak melompat macam ni depan suami kamu nanti? Astaghfirullahal'azim adik, adik..." Izzat tergelak kecil sebelum menepuk dahinya sendiri.

Kalau begini perangainya, ada ke lelaki yang nak dekat adik aku ni? Aduhai...kena banyak berlatih macam mana nak jadi isteri dulu...

"Adoi! Heheh, sorry Along. Excited nak jadi isteri orang."

"Banyaklah kamu! Tunang dulu baru kahwin, jumpa pun belum dah ingat nak jadi isteri. Gatal eh!" Izzat mencubit pipi Aireen dengan perlahan.

"Ish Along ni! Apa main pipi ni? Bencilah!" Aireen terus melarikan diri ke dalam bilik.

"Izz, macam mana?" Soal Tuan Hisyam setelah Aireen beredar ke biliknya.

"Nampaknya adik memang dah bertekad betul. Dia memang sukakan lelaki tu."

"Izz nak jumpa dia ke?"

"Ya, Izz kena kenal dengan dia dulu sebelum bagi dia izin nak kahwin dengan adik..."

"Kalau kamu dah cakap macam tu, abah setuju je. Nanti abah bincang dengan mama kamu tu. Ha, kamu dengan Tiara ok ke?"

"Ok je abah, cuma Tiara masih terkilan dengan apa yang mama dah buat hari tu." Balas Izzat sambil mendudukkan dirinya ke sofa diikuti Tuan Hisyam.

"Haih...Abah pun naik pelik dengan perangai dia sekarang, entah siapalah yang buat dia jadi macam tu. Abah minta maaf ye bagi pihak mama kamu tu....salah abah sebab biar mama kamu cakap bukan-bukan pada Tiara."

"Eh abah tak salah pun! Yang salah Nadra...dia yang dah hasut mama sampai dia bencikan menantu sendiri."

"Nadra? Kamu ni biar betul? Jangan main tuduh je Izz, nanti jatuh fitnah. Dosa besar tu..." Tanya Tuan Hisyam meminta kepastian. Dia tidak suka kalau sesuatu berita tu tak betul, nanti jadi fitnah.

"Izz yakin abah, cuba abah fikir balik... sebelum Nadra tu datang, kehidupan kita bahagia. Mama pun bukan main sayang lagi dekat Tiara sampaikan dia tak bagi langsung Tiara tu pindah dari sini. Tapi lepas je Nadra tu datang ke rumah hari tu, terus perangai mama berubah..."

"Dia macam lebih percayakan Nadra berbanding anak sendiri. Abah sendiri pun mesti tahu kan mama ikut cakap abah ke tak."

Setelah mendengar penjelasan Izzat, Tuan Hisyam menundukkan kepala sambil berfikir. Ada betulnya juga apa yang Izzat cakap tu. Lagipun takkanlah saja-saja dia nak berubah perangai sedangkan sebelum ni dia bukan main baik lagi...

"Baiklah, abah percayakan kami Izz. Tapi macam mana kita nak tahu yang Nadra punca semua ni berlaku? Kita tak ada bukti yang kukuh."

"Abah jangan risau, anak abah bekas secret agent ni tahu apa yang perlu dibuat. Alif dengan Zul pun ada sekali tolong Izz." Balas Izzat sambil menepuk bahu Tuan Hisyam.

"Kalau kamu dah cakap macam tu, tak apalah. Nanti abah akan cuba pujuk mana kamu suruh berbaik semula dengan Tiara. Kita tak boleh nak buat hubungan mak mertua dengan menantu terus buruk macam ni."

"Ok abah, Izz ikut je."

Perbincangan panjang habis setakat di situ sahaja pada malam itu.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro